1. Subsidi petrol dan gula dikurangkan
2. Tarif elektrik bakal dinaikkan
3. Tambang monorel dan LRT sedang dikaji untuk dinaikkan.
4. Kadar bayaran tol samada dinaikkan atau tidak, masih samar-samar.
Manakala Pengarah Strategik Pakatan Rakyat, Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat, PR menerima desakan orang ramai untuk mengadakan bantahan besar-besaran berikutan kenaikan harga barangan dan servis seperti diumumkan oleh kerajaan.
Tambahnya, bantahan itu berkemungkinan sampai turun ke jalanraya. Bagaimanapun tindakan itu bakal diputuskan dalam mesyuarat Jumaat ini.
Baca laporan Sinar Harian di sini.
Bijak, bijak, PR memang bijak. Apabila keluhan rakyat kurang didengari, pastinya parti pembangkang merebut peluang untuk menambat hati rakyat Malaysia. Mereka juga mungkin sedar, tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan servis itu turut dibantah oleh ramai pengendali blog pro-kerajaan.
Sila baca pandangan pengendali blog MMI, klik di sini.
Blogger APA pula menempelak Pengerusi Biro Media Baru UMNO, Ibdillillah Ishak kerana tidak langsung bersuara mengenai isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan biarpun kerajaan 'dibalun' pelbagai pihak.
Klik di sini.
Blogger sama turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati di sini.
Pengendali blog MKP pula mencatatkan buah fikiran dan laporan berhubung ura-ura kenaikan tol, baca di sini.
Sebenarnya, rakyat tidak dapat menerima kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara bertali arus. Sedikit sebanyak mereka terkena tempiasnya.
Apapun melakukan bantahan di jalanraya, perlu dielakkan kerana keadaan pasti akan menjadi huru-hara.
Sudah jatuh tidak perlu ditimpa tangga.
maaf komen,
BalasPadamtapi memang dah jatuh terjelepok pun... bertali arus kenaikan harga semua-semua benda, kesan rantaian kenaikan barang lagi, itu memang sudah jatuh dan ditimpa bukan setakat tangga, kerusi, meja, tukul semua jatuh keatas kepala. Kesian kan? Tapi itu la, nak buat camne, kononnya, kalau tak suka duduk di Malaysia, pergi ke luar negara, jangan duduk Malaysia. Hebatkan jawapan mereka?
tapi saya hairan dengan sikap bro mazidul yang tak habis2 menyebelahi kerajaan pusat yang semakin hari semakin menunjukkan belang kuku besi mereka kepada rakyat, tu pun bro mazidul ni masih sokong parti bn bagai, kutuk pembangkang macam2 padahal dengan kewujudan pembangkang ni la bro mazidul masih dapat hidup dan bernafas dengan selesa di bumi malaysia, yela sebab ada kerajaan pusat bn yang tak prihatin nasib rakyat dan hanya tahu naikkan kos hidup rakyat le, kewjudan pembangkang ni sangat penting untuk menyeimbangkan segala tindak-tanduk kerajaan pusat yang kadang-kala berlawanan dengan keperluan rakyat.....sepatutnya tidak boleh berat sebelah cuma kepada satu parti tidak semestinya pembangkang itu buruk, lihat saja kewujudan parti pembangkang yang wujud dan dihormati di seluruh dunia......iye idok bro mazidul? :)
BalasPadambekenaan kenaikan bertali arus ni tiada org yang suka...termasuk la saya sendiri...tp untuk melabelkan kerajaan kuku besi adalah 1 statement yang keterlaluan....mungkin saudara tak faham maksud kuku besi itu sendiri....statement saudara berkenaan "padahal dengan kewujudan pembangkang ni la bro mazidul masih dapat hidup dan bernafas dengan selesa di bumi malaysia" maaf saya tak setuju. kerana pembangkang tiada pun yang saya terima dari pembangkang, pelajaran, bantuan keselesaan kemana2 dan macam2 keselesaan lagi, semua saya terima dari kerajaan. pembangkang hanya bagi kesengsaraan kepada saya bila mereka membuat tunjuk perasaan jalanraya....Statement saudara tentang "kewjudan pembangkang ni sangat penting untuk menyeimbangkan segala tindak-tanduk kerajaan pusat yang kadang-kala berlawanan dengan keperluan rakyat" saya setuju, tapi cara berlawan dengan membawa ke jalanan itu saya tak setuju, menyusahkan pelbagai pihak. pihak pembangkang amat jarang sekali beri penyelesaian tentang sesuatu masalah tp lebih banyak Membangkang sahaja...
Padampeliknya masih ramai rakyat tidak tahu yang buat huru hara di jalan raya semasa perhimpunan aman di jalan ialah fru dan samseng upahan kerajaan sendiri. pada yang tak pernah join memang takkan alami sendiri perkara ini. saya sendiri pernah join dipukul oleh satu geng yang pakai baju bulan pas dan keadilan sedangkan saya jg memakai baju berbulan pas, mustahil yang memukul saya itu tidak nampak lambang bulan hijau yang begitu besar di baju saya? inilah salah satu kejadian yang mustahil rakyat akan tahu, tanpa perhimpunan, kerajaan yang zalim menindas rakyat dengan pelbagai kenaikan mustahil akan peduli penderitaan rakyat dan sedikit sebanyak mereka akan takut dan gerun dengan kebangkitan rakyat marhaen yang semakin sedar dan marah dengan tindak tanduk kerajaan itu. adakah kuku besi hanya untuk pemerintah seperti negara miskin di afrika? sudah tentu tidak, kerana di malaysia juga sudah layak digelar pemerintahan kuku besi kerana rakyatnya sudah mula bernafas dengan penuh kesempitan, jangan melihat pada diri kita yang masih senang lihat pada rakyat kelas lebih bawah, jika kerajaan malaysia benar2 mengamal ajaran islam sebenar mengapa harus kerosakan akhlak remaja semakin hari semakin meningkat? masih mahu menyalahkan ibu bapakah? jika tiada pengekangan konsert/rancangan hiburan keterlaluan setiap hari di malaysia dan tindakan tegas diambil, sudah pasti malaysia lebih makmur dari brunei dan singapura. ya pasa masa kini mungkin saudara tidak melihat kebaikan yang ditunjukkan dari kewujudan pembangkang, tapi jika suatu masa nanti pembangkang benar2 pupus dan bosan mahu mendidik rakyat malaysia yang keras kepala, akan terasa lah realiti sebenar pemerintahan kuku besi kerajaan malaysia. pembangkang hanya tahu buat masalah tanpa memberi penyelesaian? sedarkah saudara siapa sebenarnya yang tidak mahu terima penyelesaian? siapa yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat miskin? siapa yang tidak mahu membantu rakyat2 negeri bawah pembangkang? siapa lagi kalau bukan kerajaan pusat parti BN? barangkali saudara tidak mengikuti perkembangan semasa dan meneliti sejarah pada masa lalu berkeenaan tindak tanduk kerajaan pusat bn dan masih berasa terlalu selesa dengan kehidupan saudara masa kini. saya menegur saudara mazidul kerana merasakan segala komen2 beliau terhadap parti pemerintah dan pembangkang amat berat sebelah, seharusnya tidak wajar sebagai wartawan profesional bertindak begitu? hanya di malaysia wartawan sangat memihak kepada parti memerintah dan mengikut segala telunjuk tanpa memikirkan etika dan kesan terhadap negara.
PadamEh eh. cakap macam Parti Pembangkang ni Tuhan pulak. (dengan kewujudan pembangkang ni la bro mazidul masih dapat hidup dan bernafas dengan selesa di bumi malaysia).
PadamKebanyakannya parti pembangkang bertindak ikut nafsu. Menfitnah nombor satu. Dalam hal nak menghuru-harakan negara excited bukan main. Melaga-lagakan orang pun satu hal. Motif kewujudan pembangkang pada hari ini, objektifnya satu. Selagi tampuk pimpinan kerajaan pada hari ini tidak bertukar tangan, selagi itulah pembangkang melatah seperti anjing sawan. Membangkang 100%. Tidak akan bersetuju dengan segala polisi dan usaha yang dilakukan kerajaan. Mula-mula bangkang bagai nak roboh rumah, apabila pemimpin yang disanjung, yang disayangi, yang dipuja-puja, yang dianggap seperti tiada dosa dan suci, bersetuju dan suka dengan polisi tersebut, semua diam seribu bahasa. Tebalkan muka, buat muka tak malu. pak turut.. pak turut..
Cuba tafsirkan pada saya maksud pembangkang dari segi sains politik. Tafsirkan saya maksud zalim seperti yang diwar-warkan daripada mulut pembangkang kepada kerajaan sedia ada. Jelaskan pula maksud zalim seperti yang ditafsirkan dalam islam. Bagaimana jika saya tanya hukum menggulingkan atau menjatuhkan kerajaan yang sah dalam islam?
Nak membangkang, biarlah cerdik. Jangan membangkang bodoh sombong.
Bro Mazidul, macam aku cakap sebelum ni la parti politik ni akan hidup bila nak pilahanraya je. lepas tu depa semua mampoih, nak tengok depa ni hidup balik tunggu pilihanraya akan datang....Masa ada isu gula, elektrik, cukai ke apa segala bagai depa akan lantang bersuara...pung pang pung pang...ajak orang-orang bodo turun ke jalanan TAPI awat depa tak mau paksa KERAjaan pandang isu pendatang asing..nanti masa pilihanraya mula la keluaq isu Bangla pi mengundi....KEPADA YANG MEMERINTAH DAN pembangkang KALAU NAK JADI HERO BIAQ BEREMPAT DER...GUNA PROPER CHANNEL...KALAU TAK, TAK GUNA LA LANTIK HANGPA JADI YB...YB taik kucin
BalasPadamEn Mazidul.
BalasPadamSaya rasa rakyat bukan terkena tempias 'serba sedikit'.
Tapi terlalu banyak dan bertali arus pula kenaikan harga dan kos servis meningkat.
Kalau kita yang sederhana ini sudah cukup terasa perit, orang yang lebih susah dari kita lebih-lebih lagi.