Takziah saya hulurkan kepada Rusdi Rani, 38 dan Siti Aishah Ariffin, 40 tahun, ibu bapa keluarga 3 beradik maut berasal dari Kampung Gelam, Kedah, Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3 tahun.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya, mayat Noor Syafikah ditemui orang awam pada jam 3.45 petang Sabtu lalu di bendang Alor Senibong, Langgar. Manakala mayat 2 adiknya ditemui pada jam 4 petang semalam, terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani.
Lokasi mayat Syafikah dan dua adiknya ditemui, berjarak kira-kira 3.5 kilometer. Menurut polis, tali air di dua lokasi mayat mereka dijumpai tidak bersambung justeru tiada kemungkinan Izzati dan Puteri Nurul dihanyutkan dari lokasi tubuh Syafikah ditemui.
[ Sumber : The Star ]
Mereka dilaporkan hilang setelah keluar pada petang Jumaat menaiki motosikal untuk ke rumah majikan Syafikah di Kampung Gelam, 15 minit dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar untuk mengambil gaji bulannya bekerja sebagai pencuci botol. Motosikal ditunggang tiga beradik itu di temui di hentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Gelam, berkunci, 1 kilometer dari rumah. Kenderaan itu dipercayai kehabisan minyak sebelum ditinggalkan. Bapa saudara mangsa memaklumkan, anak lelakinya terlihat semua mangsa di kedai kopi di Kampung Gelam pada kira-kira jam 9 malam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim mengesahkan, Syafikah tidak dirogol biarpun mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan bendang. Hasil bedah siasat di hospital mendapati, mangsa meninggal dunia akibat lemas tanpa kecederaan kecuali kesan cakar di belakang Syafikah. Namun pihak polis mengesyakki wujud elemen meragukan dan setakat ini menganggap, mangsa bukan mati akibat lemas biasa.
Keputusan punca kematian 2 adiknya bakal diketahui selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Meneliti gambar MyKad di atas, Syafikah diliihat berbintikan Abdullah manakala 2 arwah adiknya dibintikan Rusdi.
[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]
Meneliti gambar MyKad di atas, Syafikah diliihat berbintikan Abdullah manakala 2 arwah adiknya dibintikan Rusdi.
Jenazah Syafikah disemadikan di Tanah Perkuburan Alor Semela, jam 5 petang semalam.
Saya percayai kini polis berusaha gigih untuk merungkai pelbagai persoalan berhubung kes ini. Tiga beradik itu dikatakan menuju ke rumah majikan Syafikah tetapi mengapakah motosikal mereka ditemui 1 kilometer dari rumah? Tidak di rumah majikan seperti diberitakan. Andai motosikal ditunggang kehabisan minyak di tengah jalan, siapakah menumpangkan mereka ke Kampung Gelam kerana kelibat mereka di lihat di kedai kopi kampung terbabit pada malam 3 beradik itu dilaporkan hilang? Polis menyifatkan Syafikah mati akibat lemas tetapi bukan lemas biasa? Apakah fakta terselindung di sebalik kenyataan itu? Dua mayat adik Syafikah ditemui terapung di tali air, sedangkan mayatnya ditemui tertiarap di darat, mengapakah mereka terpisah? Bilakah waktu mereka dibunuh?
Siapakah pula penjenayah terlalu kejam sanggup mencabut nyawa anak kecil berusia 3 tahun? Apakah faktor mendorong perbuatan tidak berperikemanusiaan itu?

Terlalu sedih dgn berita begini.Siapalah yg sanggup melakukan perbuatan yg sangat kejam..anak kecil berumur 3 tahun pun..sanggup diperlakukan sebegitu rupa :(..semoga mereka aman disana wahai bidadari syurga..
BalasPadamBerita menyayat hati bagi seorang ibu...semua anaknya hilang sekelip mata. Moga keluarga ini diberikan ketabahan. Kata orang putih, "I can smell something fishy here too" dengan izin. Jika anak ini dianiya, kita doakan moga penjenayah itu ditangkap dengan segera dan dihukum dengan setimpal...walau siapa pun dia...
BalasPadamKejam..Mohon pelaku di tanggkap dan dikenakan hukuman setimpal..
BalasPadamSungguh menyedihkan. Sangat marah kepada pembunuh, semoga penjenayah ditangkap segera dan dikenakan hukuman setimpal.. Anak2/manusia kini tidak selamat, di bandar atau di kampung....
BalasPadamkelihatan seperti kes dendam
BalasPadamPenjenayah mcm ni ptut kena kerat 14..bg anjing makan..
BalasPadamPenjenayah mcm ni letak dlm tpt anjing lapar..
BalasPadamsedihnya tapi tak terdaya nak buat apa2 semoga Allah balas kat penjenayah tu
BalasPadamSemoga undang2 Allah dikuatkuasakan segera...
BalasPadamadik yg kecik 3 tahun tu kenal pembunuh tu sbb itula dia dibunuh..biasa mcm tu la..
BalasPadamBunuh balas Bunuh
BalasPadamBilakah dunia baru akan menjelma
BalasPadammungkin pembunuhnya adalah org yg mereka kenal...tumpangkan mereka dan bunuh. wallahualam...semoga roh anak2 ini berada dikalangan ahli syurga.
BalasPadamAbg Mazidul, xada update ke untuk kes nie...ternanti2 jugak update dalam berita.........hope ada update dari abg mazidul, dan berharap sangat kes nie dapat di selesai kan....semoga Allah membantu
BalasPadamSeorang pekerja sedang membuka warung pada awal pagi, tergamam apabila 3 orang adik-beradik tersebut datang bertanyakan "Dah tangkap pembunuh tu" Sumber: Penduduk Kampung Berhampiran kejadian
BalasPadamBro mazidul... bagaimana dengan perkembangan kes ini sekarang.. aaya suka membaca ulasan bro mazidul dalam satu2 kes..sperti kes tembak pekerja ambank yg lalu hingga tertangkapnya pengawal keselamatan indon tu.. harap saudara mazidul dapat menulis balik kes misteri kematian 3 beradik ini.. kasihan kematian mereka mati belom diungkaikan.. salam maju jaya bro..
BalasPadam