Selasa, November 19, 2013

SAYA TIDAK PERCAYA MEREKA DISOROKKAN MAKHLUK HALUS DI VILLA NABILA (EKSKLUSIF)


Jika ingin menghasilkan laporan lebih tepat, molek jika wartawan atau pelapor media sosial berada di lokasi, bukan hanya sekadar meraih maklumat tidak sahih melalui laman sosial.

Saya tiba di Johor Bahru, Johor kira-kira pada jam 7 malam semalam dan bertemu  wartawan, Zulhazri Abu Bakar. Dalam perjalanan untuk makan malam di Restoran Banafe, kami melihat orang ramai masih berkumpul di luar Villa Nabila.

Mereka berhimpun di lokasi itu berikutan dakwaan kononnya 23 remaja dilaporkan hilang di Villa terbabit sejak malam Ahad lalu. Berita itu disensasikan oleh beberapa laman web, termasuk blog kumpulan paranormal, BUKAN Penyingkap Fakta

Saya dan Zulhazri berpegang kepada prinsip sama. Berita BERKREDIBILITI itu wajib disahkan oleh pihak berkuasa, dalam kes ini polis. Maklumat disiarkan di blog ini dalam entri terdahulu disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. Abd.Samad Salleh, bukan berbentuk hearsay, khabar angin.

Sewaktu bertemu beberapa kenalan di ibu negeri Johor itu, Zulhazri menerima panggilan daripada sumber awam.

"Jom, remaja hilang itu telah dijumpai di Flat Desa Mutiara (Johor Bahru), " ajak sahabat saya.

Lalu kami bergegas ke balai terdekat dengan kawasan penempatan itu, Balai Polis Bandar Dato' Onn.


Saya dan Zulhazri berdiri di luar balai dan merakamkan gambar dua remaja tidak kami ketahui identiti mereka.


Kami percaya, kenyataan Izzat sedang dirakamkan oleh Pegawai Penyiasat di dalam pejabat di bahagian belakang balai.

"Selepas ini mereka mungkin akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Central," bisik Zulhazri.

Maklumat disalurkan oleh orang awam mengatakan,  Izzat dan 2 rakannya dibawa ke balai ini dari flat. Jadi tidak tersasar sewaktu kami menjangkakan, dua remaja terbabit, kenalan Izzat. Pada jam 2.33 pagi, tiga remaja terbabit dibawa keluar menggunakan laluan belakang balai. Sebagai wartawan, kami tidak berniat untuk merakamkan kenyataan Pegawai Penyiasat atau pegawai lain di situ kerana difahamkan sidang akhar akan dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini.



Tanpa berlengah kami kemudian bergerak ke IPD Central dan menunggu kenderaan sama memasuki kawasan terbabit.

Lama kami berdua duduk di atas simen lalu pejalan kaki di depan IPD itu.



Namun dimaklumkan, 3 remaja terbabit masih belum tiba kerana berada di Larkin.

"Cawangan Narkotik sekarang di sana, dulu di sini," ujar Zulhazri.

Tiba-tiba saya telihat kelibat pasangan lelaki dan wanita sedang duduk di kerusi di dalam balai.


Sebaik dia memandag ke arah saya, hati tergerak untuk memanggilnya keluar dari balai itu. Saya dan Zulhazri berjabat tangan dengannya. Mujur dia mengenali saya dan berasa amat selesa berbual.



Abu Hashim Mohd Zain, 48 tahun, berasal dari Sik, Kedah tetapi menetap di Taman Ehsan Jaya. 

"Saya tengah menunggu anak perempuan saya. Empat orang polis datang ke rumah dan memaklumkan berita, anak saya, 15 tahun, dijumpai di Flat Desa Mutiara sekali dengan Izzat dan rakan seorang lagi itu. Sebelum itu ibu Izzat menghubungi saya dan meminta saya membuat laporan polis. Namun saya memaklumkan dia, sejak pagi Sabtu lalu, saya kerap berhubung dengan rakan anak perempuan tunggal saya itu menggunakan nombor telefon bimbit dia. Pagi tadipun saya masih berhubung lagi. Jam 9.30 malam tadi saya memang hendak membuat laporan polis," ujar pemandu lori itu.


Zulhazri pantas merakamkan kenyataannya untuk disiarkan di berita TV9, In Sha Allah, pada tengahari ini.


"Apabila anak encik Hashim hilang dan berlaku kekecohan kononnya 23 remaja tidak ditemui di Villa Nabila, adakah encik percaya dia disembunyikan oleh makhluk halus?," soal saya.



"Mereka pergi beramai-ramai. Saya juga telah pergi ke Villa Nabila semalam. Memang tidak ada apapun di sana. Musykil juga kalau pergi ramai, mustahil seorang sahaja hilang. Jadi saya memang tidak percaya, tidak yakin langsung dia disembunyikan oleh makhluk halus. Bukan hendak bercakap besar tidak, tetapi kalau melihatkan keadaan di dalam Villa Nabila, In Sha Allah, saya berani tidur seorang diri di situ. Malang, bila berita kononnya 23 remaja hilang di villa itu disebarkan di internet, suasana menjadi kelam-kabut sekaligus menyusahkan banyak pihak. Jadi nasihat saya, berhentilah menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial," balasnya yakin.




"Polis BELUM lagi mengesahkan berita tetapi maklumat awal kami terima, disalurkan oleh sumber awam, amat menarik. Izzat dan rakan, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat 'keras' untuk dikunjungi secara berkumpulan barangkali termasuk anak encik sekali. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air. Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai," kata saya.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.

"Apapun, kita tunggu sahaja perincian lebih tepat akan disahkan oleh pihak polis akan dikongsikan bersama semua media cetak dan elektronik," sampuk Zulhazri.

Akhrinya kami difahamkan, anak perempuan Abu Hashim, teman wanita Izzat.

Kira-kira jam 3.48 pagi, kenderaan membawa 3 remaja terbabit dipandu laju, masuk ke IPD Central.


61 ulasan:

  1. Dah agak dah... memang ada dua kemungkinan je:

    1) benar-benar disorok 'penghuni' Villa Nabila, cuma anehnya dah ramai ustad yang pergi lihat dan cuba berbuat sesuatu (baca doa, solat hajat) di villa tu tapi takde pun dapat apa-apa petunjuk.
    2) mesti remaja tu menetap di rumah kawan, atau ada lari dari rumah atas sebab konflik keluarga atau sengaja nak cipta publisiti.

    Dan firasat saya memang kuat kepada point kedua. sebabnya, tak mungkin masuk beramai-ramai kemudian hanya seorang je yang hilang, lepas macam-macam versi pula yang kita dengar... ada yang masuk 30 orang, 7 hilang.. ada pula yang kata 30 masuk, 23 hilang... memang buat cerita kartun betul la mereka ni.. menyusahkan orang ramai termasuk pihak polis dan pemberita.

    Terpengaruh sangat dengan cerita Highland Towers, mungkin sudah masanya kerajaan buat larangan semula penyiaran cerita-cerita berunsur tahyul dan mistik ni dilayar perak atau skrin tv.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Lagipun filem2 Melayu kebanyakan kurang unsur positif. Cerita gaduh, cerita cinta(yang lebih kurang je jalan ceritanya), dan cerita tahyul yang sepatutnya bukan jadi unsur minat orang ramai. Saya sejak dua menjak ni susah nak tonton cerita Melayu sbb tidak banyak ataupun tiada pengajaran yang boleh dapat.

      Padam
  2. Saya baru sahaja membaca blog tuan. Apa yg saya boleh katakan, blog ni memberikan fakta dan berita yang sebenar. Syabas!

    BalasPadam
  3. salute ngn en mazidul yg terus ke johor bahru utk dptkan maklumat yg tepat....

    BalasPadam
  4. pandai budak ni nak troll rakyat Malaysia khususnya Johor... hahahaha...
    jom reramai sekeh pale budak ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU!! sebab mereka saya lewat tiba ke tempat kerja!!!

      Padam
    2. hihi..akk pun rasa nk sekeh jgk bdk2 ni..myusahkn mak bapak..siannya under age bdk perempuan tu..

      Padam
    3. setuju.kecik2 dah pandai..isshh kalau zaman dulu..dah kena bantai kaw2 ngan mak ayah dorang..

      Padam
    4. bkn hanya rasa nak sekeh...nak pelempang 4,5 kali...menyusahkan mak bapak ja..usung anak dara org lewat2 malam mcm tu apa kes...eiii gerammm...

      Padam
  5. Terima kasih en mazidul atas info yg berguna ini.Inilah cara yg sebenar sebagai wartawan mencari menyelidik dan memaparkan cerita yg mempunyai fakta.Teruskan usaha anda.

    BalasPadam
  6. kesian hantu kat villa nabila yg dipersalahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. arr arr lerr .. tak pasai pasai HANTU kat villa tu di fitnahkan :)

      Padam
  7. 15 tahun, dulu, 1900 dah kena siap2 mandi. 2130 dah kena masuk tido. Hari cuti, 2300 max! Melawan? Mmm.. x terpikir pulak - x de sebab nak melawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud dia 15 tahun dulu, pukul 7 malam dah kena siap2 mandi, 9.30 malam kena masuk tido, hari cuti 11.00 malam max .

      Padam
  8. salahkan hantu.... betul2 perangai hantu! menyusahkan mak bapak... keluarga.. dan polis. wartawan Mazidul pun terpaksa turun JB... he3 tahniah bro.

    BalasPadam
  9. mcm2 hal la bdk2 skrng nie,menyusah kn org aje...nti kna sorok dgn hantu btul2 baru tahu...

    BalasPadam
  10. Bohsia bohjan mmg macamtu ler.. menyusahkan orang..

    BalasPadam
  11. Di harap kerajaan Johor dapat buat sesuatu ke atas Villa ini. Di hapuskan atau dibersihkan dan dibaik pulih sebagai tempat pelancongan. Jangan biarkan villa ni jadi sarang penagih dan bebudak HANTU yang lagi hantu dari makhluk2 halus kat sana.

    visit mazlittleshop.blogspot.com and facebook.com/MazLittleShop.

    tq

    BalasPadam
  12. orang suka menokok tambah benda yang belum pasti..dah heboh satu malaysia...last-last ceritanya lain pulak...

    BalasPadam
  13. Daripada awal lagi sikit pun tak percaya ...yang main sorok2 ni dua aje,orang bunian dan hantu kopek.Itupun berlaku dihutan belantara bukan di bandaraya.Rumah kosong biasa tempat jin lepak,mat gian dan pot budak2 nakal buat 'kerja'.

    Dah jangka ini tentu kes salah faham dan besar2kan cerita.

    Yang patut mak bapak budak2 ni risau adalah apa budak2 ni buat lelaki perempuan lepak duduk rumah flat kawan.Yang patut mak bapak zaman sekarang risau adalah tentang gejala sosial anak2 remaja,bukan anak kena sorok hantu.Ini saya cakap secara umum termasuk untuk diri sendiri juga bukan ditujukan pada orang2 yang terlibat saja..

    BalasPadam
  14. saya pun hanya percaya cerita dalam blog ni aje
    blog lain setakat copy and paste aje, entah betul ke tidak
    lagipun dah memang agak budak tu tak akan ada dekat villa tu
    entry ni dah jawab keyakinan saya

    majoriti masyarakat kita sekarang begitu mudah like and share
    benda yang belum betul kesahihannya
    ianya boleh mendatangkan impak negatif dan paling pasti, bikin ribut

    mungkin satu hari nanti kerajaan malaysia akan buat kempen yang sama
    seperti kerajaan india untuk berhati-hati like atau share apa-apa
    di laman sosial

    BalasPadam
  15. macam kena sorak je
    macam kena sorak je
    macam nak kena pelempang je
    macam nak kena pelempang je

    Oooooooooo....pengaruh filem rupanya
    hahaha.....Melayu boleh!
    hahaha.....Malaysia boleh!

    bikin kecoh betul la bebudak ni.
    aduiiilalalalala..... ni la akibatnya...masjid yang banyak tak nak pergi...rumah hantu pula yang dicari...bab agama taknak pula amik tahu, bab2 mistik macam gitu memang melayu kita no.1......gitu???

    BalasPadam
  16. huhuhuhu best laaa blog neh semua info yang betul dan faktaaa tak dalahhh pening2 kepala pikir betul ke tak betul ke tak huhuhu

    BalasPadam

  17. Nama tmpt tu bknnye Villa Nabila...Nama asalnye Christine Palace...Saje je tu diorang mengarang citer...Dan takde org yg di bunuh sbnrnye....Ape2 je bdk2 tu...

    BalasPadam
  18. Menyusahkan orang betul la..mula dari pereka cerita ,pemuat naik cerita , penyebar cerita, pembaca cerita....buta2 kita semua kena. Memang menyusahkan budak2 zaman sekarang ni.

    BalasPadam
  19. berita tidak sahih jangan mudah percaya, budak-budak sifat ingin tahu tu tinggi. buat keputusan tidak fikir dulu, hanya ingin suka-suka, menyusahka mak ayah. Harus percaya pada FAKTA bukan percaya pada AUTA..
    terima kasih en Mazidul atas info yang sangat berguna.

    BalasPadam
  20. bugimon punya budak2. HAHAHA.

    BalasPadam
  21. salute encik.
    suatu fakta tu baik pergi sendiri tgk

    dan saya pun dah teka dari awal..mesti ada rumah kawan
    syabas mazidul

    BalasPadam
  22. Good job..:-)..at least terjawab la spekulasi dan kbr2 angin pasal remaja hilang tu..hishh...mcm2 budak2 sekrg ni..kecoh satu Malaysia..

    BalasPadam
  23. NI lah jadinya bila banyak sgt dok layan cerita mengarut lepas tu depa dapat idea nak buat kes mengarut jugak lepas tu lagi banyak le idea nak auta org. Tak apa kita bagi je pihak polis buat kerja depa.

    BalasPadam
  24. Jangan mudah terpengaruh dengan cerita yang belum sahihnya tu.. sebab tu saya lebih suka baca kat blog en. Mazidul ni.. berita yang bukan hanya setanyat 'hearsays'.. ')

    Tahniah buat semua mereka yang terlibat dalam menyelesaikan masalah ini.. dan buat budak2 tersebut. tak usah rasa bangga dengan apa yang berlaku kerana anda telah menyusahkan banyak pihak dan lebih2 lagi buat ibu anda sangat risaukan anda.

    BalasPadam
  25. menyusahkan orang jerler.. selalu buat keje takder faedah...

    BalasPadam
  26. Kalau ilmu tak tinggi jangan ngada2 mencari mistik...! knp mmg benda2 mistik ni berada di tempat2 yang menyeramkan ke? tak semestinya kn... sebenarnya benda2 ni berada di sekeliling kita cuma kita xdapat melihat dengan mata kasar..

    Cerita2 dan khabar2 angin yang tak sahih ni mmg sampah....

    BalasPadam
  27. budak bertuah ni sampai rumah je sure dapat pelempang dari maknya..sia2 maknye tabur garam

    BalasPadam
  28. sekumpulan remaja lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, beramai-beramai pergi ke sebuah rumah kosong yang terpencil tengah2 malam....nak buat aktiviti apa kat situ??? tahu tak hukum hakam? pastu ikut laporan polis, si Izzat tu berada di rumah flet dengan awek dia yang berumur 15 tahun....boleh buka kes khalwat..begitulah teruknya gejala sosial sekarang..

    BalasPadam
  29. Akhirnya fakta sudah terbukti. Hanya auta yang masih belum berhenti.
    Mudah-mudahan kehilangan 23 orang yang digembar-gemburkan sebelum ini tidak dipanjang lebarkan lagi.

    BalasPadam
  30. hantu pun tepuk dahi tgk diaorg dok cari hantu huhuhu.....apa2 pun alhamdulillah xjadi apa2, mak bapak sila pantau anak2 yang suka balik lewat ke rumah...menyusahkan byk pihak bila berlaku salah faham...

    BalasPadam
  31. Dah agak dah diorang ni... Tadi terbaca kat paper kononnya ade yg bgtau dia tu tido kat umah makwe dia... Ape la nak jadi ngan anak bangsa aku skg ni....

    Jom baca sini juga
    http://www.papablogger.my/2013/11/tips-untuk-elak-jadi-madu.html?m=1

    BalasPadam
  32. Maaf ckp tapi sekarang memang fitnah semudah share. Berita2 yang tak tahu dari mana asal usul senang2 dikongsikan. Itu lah kuasa facebook. Apa2 berita pun, warga facebook yang dapat tahu dulu baru media perdana. Dah tersebar di facebook sudah tentu ditambah rencah sesedap rasa. Mudah sekarang ni nak buat dosa. Semudah share

    BalasPadam
  33. Mengade2 budk zmn skg ni...biar kne tgkp polis je bg pengajaran.budk2 remaja especially yg pempuan jgn bg kluar mlm xtentu hala

    BalasPadam
  34. Mengade2 budk zmn skg ni...biar kne tgkp polis je bg pengajaran.budk2 remaja especially yg pempuan jgn bg kluar mlm xtentu hala

    BalasPadam
  35. Hantu sebenar patut tampil buat saman fitnah, atau sekurang-kurangnya buat repot polis :)
    Toyota Vios 2013: Harga Dan Spesifikasi

    BalasPadam
  36. kalau betul yang hilang dah dujumpai, kenapa kawasan villa tu masih penuh dengan orang ramai hari ini?

    BalasPadam
  37. bagus abg mazidul! sangat beretika dan tepat. respek!!!!!!

    BalasPadam
  38. xpasal2 hantu yang kene tuduh.......kalu hantu 2 bole saman da lame die saman budak 2........

    BalasPadam
  39. xpasal2 hantu yang kene fitnah....kalau hantu tu boleh saman da lame die saman budak tu.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.