Musim cuti sekolah menjelang tiba.
Lazimnya, dalam tempoh itu, sebilangan ibu bapa membawa anak mereka pergi bercuti di dalam atau keluar negara. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Namun majoriti ibu bapa pula mencari pengisian berbentuk ilmiah untuk mengisi masa lapang anak mereka agar tidak dibazirkan begitu sahaja.
Menghantar anak untuk menghadiri bengkel motivasi juga antara pilihan utama ibu bapa tinggal samada di kampung atau di bandar.
Penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affandi Hashim bersetuju untuk menjadi fasilitator Bengkel 3 dalam 1, bakal dianjurkan di lokasi terletak berhampiran bandaraya Kuala Lumpur. Bengkel ini dibuka kepada peserta, pelajar sekolah menengah, berusia di antara 13 dan 17 tahun.
"Izinkan saya untuk mengabdikan diri, berkongsi sekelumit ilmu di dada agar anak remaja kita tidak terjebak dengan pelbagai kes jenayah masa kini. Pada usia remaja, pelajar lazimnya cenderung terjerumus dalam kegiatan tidak sihat akibat pengaruh sebilangan rakan sebaya. Hakikatnya, ibu bapa pelajar tidak akan mampu membuat setiap keputusan untuk mereka di sepanjang kehidupan. Jadi dalam bengkel ini, saya akan bekalkan mereka, ilmu untuk mencegah jenayah sebelum kejadian berlaku," ujar sahabat saya itu.
Terima kasih Kamal.
Biarpun masih mendapat rawatan susulan di hospital, semangat kental tertanam di dalam ASP Kehormat itu tidak dapat disangkal. Klik di sini untuk membaca kisah Kamal, usaha gigih ditampilkan oleh beliau, biarpun sedang dilanda derita.
"Selagi saya masih hidup ...," tambahnya.
Semoga Allah memanjangkan usia insan sentiasa berbakti kepada masyarakat ini.
Manakala penasihat kru Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal Al-Hafiz juga menawarkan khidmat beliau sebagai fasilitator kedua.
Ustaz Zaharuddin, anak kelahiran Melaka, lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, kini bertugas sebagai guru, penceramah bebas dan imam masjid di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
"Jika dizahirkan, kita lengkapkan juga bengkel sehari ini dengan pengisian perihal agama tetapi dalam suasana santai. Kehadiran encik Kamal sebagai fasilitator, In Sha Allah akan lebih memeriahkan suasana bengkel. Lazminya jika pelajar berasa gembira tatkala menuntut ilmu, ilmu mudah masuk ke dalam hati mereka," ujar Ustaz Zaharuddin.
Ustaz Zaharuddin, antaranya akan menyentuh isu kepentingan anak untuk menghargai dan menyayangi ibu bapa.
Ustaz Zaharuddin, antaranya akan menyentuh isu kepentingan anak untuk menghargai dan menyayangi ibu bapa.
"Mungkin sebagai pengamal kaedah perubatan Islam, ustaz juga boleh berkongsi antara senjata paling ampuh untuk pelajar mendepani gangguan jin?," celah saya.
"In Sha Allah, tiada masalah," balas beliau spontan.
Bengkel berlangsung di antara jam 8 pagi dan 10 malam.
Ruang di antara ceramah 3 dalam satu itu akan dipenuhkan dengan pelbagai jenis permainan minda sekaligus mampu menceriakan semua peserta.
In Sha Allah, sebagai fasilitator ketiga, saya akan bercakap mengenai isu sosial di kalangan remaja di samping menyuntik ilmu komunikasi memukau bersama semua.
Anak terlalu taksub menggunakan laman sosial seperti facebook? Memerap di dalam bilik hampir separuh hari?
Bimbang anak terjerumus dengan gejala gay?
Anak mengelak untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga?
Anak tidak begitu menghormati ibu bapa tatkala semakin membesar?
Jika anda kurang berasa selesa untuk menegur sikap mereka, kami akan melakukannya secara profesional, In Sha Allah. Menunggu perubahan tanpa tindakan, BUKAN jalan penyelesaian. Usah kita terlewat, terantuk baru terngadah.

Tarikh bengkel belum ditentukan lagi tetapi dirancang pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh cuti sekolah. Makan tengahari, minum petang dan makan malam disediakan oleh pihak penganjur di samping tempat selesa.
Jika sambutan masyarakat memberangsangkan, In Sha Allah, bengkel dirancang ini akan disempurnakan.
Bilangan peserta terhad, 50 orang sahaja.
Kepada ibu bapa berminat untuk menghantar anak ke Bengkel 3 dalam 1 ini, sila hubungi Puan Ita (BUKAN Ita Lembut) di talian 012 261 5868.
Kepada ibu bapa berminat untuk menghantar anak ke Bengkel 3 dalam 1 ini, sila hubungi Puan Ita (BUKAN Ita Lembut) di talian 012 261 5868.
MOHON SEBARKAN MAKLUMAT INI, terima kasih kepada semua pembaca budiman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.