Saya percaya ramai rakyat Malaysia tidak begitu pasti untuk menjawab soalan di bawah SECARA TEPAT.
Adakah SEMUA warga Nepal dibenarkan bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia?
3 tahun lalu, saya menulis senarai soalan dikemukakan oleh wartawan juga penerbit program 999 pada waktu itu, Shahnun Hanif kemudian diajukan kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, KDN, Tan Sri Mahmood Adam.
Jawaban bertulis di bawah disediakan oleh kakitangan KDN pasti menggerunkan kita semua.
Jelas dinyatakan, HANYA warga Nepal bekas tentera dibenarkan berkhidmat di negara kita. Ertinya BUKAN semua rakyat Nepal.
Tercetus soalan susulan.
Apakah status lambakan pengawal keselamatan BUKAN bekas tentera Nepal kini bertugas di tanahair kita?
Tangkap muat? Haram? Tidak sah? Melanggar peraturan ditetapkan sendiri oleh KDN? Tidak boleh dipercayai? Mampu untuk mengancam keselamatan Negara? Berkebarangkalian menjadi penjenayah sekaligus menggugat keselamatan rakyat Malaysia?
Klik di sini untuk membaca jawaban penuh kepada setiap soalan saya rangkakan kira-kira 3 tahun lalu.
Dalam ertikata lain, pihak berkuasa WAJIB menahan 2 pengawal keselamatan saya dedahkan identiti mereka di entri ini sebagai bukti undang-undang dikuatkuasakan tanpa prejudis.
Usia Santa Tamang baru mencecah 20 tahun justeru sejak bilakah dia menjadi tentera dan layak bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia?
Melalui perbualan bersama Akash Kumar, dia menyatakan secara jelas kepada saya, tidak pernah berpengalaman menjadi tentera sewaktu berada di negara asal.
Saya telah menghantar kandungan entri ini kepada Balai Polis Damansara Utama.
Seseorang pernah beritahu saya yang hanya warganegara nepal dibenarkan kerana dulu org nepal adalah askar gurkha...dia x ckp plak mesti bekas tentera...
BalasPadamKenyataan itu dikeluarkan oleh KDN bukan Mazidul Akmal Sidik. Apa 'orang kata' tidak semestinya benar.
PadamSaudara mazidul,
BalasPadamSyabas atas pendedahan yang dilakukan. Terima kasih, teruskan usaha.
Saya berpandangan usaha pihak kdn tidak cukup bagus. Apabila satu syarikat dikenalpasti tidak mematuhi undang-undang, pihak persatuan pengawal keselamatan perlu mengambil tanggung jawab dan syarikat-syarikat lain yang menjadi ahli perlu turut disiasat. Ada kebarangkalian perkara yang sama turut berlaku dan kita tidak mampu lagi untuk berdiam diri dan melihat masalah ini berterusan.
Yang lebih menakutkan, pengarah-pengarah sykt ini ada yang merupakan bekas pegawai tinggi polis, tentera dan ramai lagi yang berpengaruh, dan mungkin masih berpengaruh atau mahir dengan selok-belok undang-undang dan kelemahannya. Adakah saudara mazidul nampak apa yang saya nampak? Sangat menakutkan.
Kalau nak tangkap pengawal keselamatan nepal yang bukan bekas tentera rasanya tak logik..sekarang yang bukan bekas tentera ramai rasanya puluhan ribu,kalau tak percaya trylah selidik latar belakang setiap pengawal nepal.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamitu alasan untuk ambil pekerja asing.tidak pernah nampak iklan2 di sini cari pengawal keselamatan.
PadamSyarikat keselamatan yang betol betol ada pengawal nepal bekas tentera adalah syarikat SECOM SECURITY SDN BHD..sebab saya tahu saya pernah bekerja dengan secom dulu.
BalasPadam