Ahad, November 10, 2013

MUSANG BERBULU AYAM (PENGAWAL KESELAMATAN WARGA INDONESIA LAYAK MENGUNDI?)


Di atas screen shot facebook pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, Ardi Ode Putra Katela, klik di sini.

Tiga lelaki disenaraikan sebagai rakan facebook Ardi Ode itu berasal dari Sulawesi Tenggara, INDONESIA dan berpengalaman bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di Malaysia. Seorang daripada mereka, Zulfiqar Afegav, klik di sini, melaporkan di status laman sosialnya, dia menghadiri kursus dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Malaysia, PPKKM.

Pelik.

Mengikut undang-undang, Kementerian Dalam Negeri, KDN tidak membenarkan warga asing selain daripada rakyat Nepal bekas TENTERA untuk bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia.


Teliti buktinya di bawah. 


[ Sumber : Klik di sini ]



[ Sumber : The Star ]



Berikut pula kes LEBIH  menarik megenai seorang lagi rakan facebook pembunuh diberkas pada jam 7 pagi tadi Kota Tinggi, Johor, klik di sini


JIKA pemilik kad RELA di atas adalah Arshanikum Endeyn, klik di sini,  warga INDONESIA itu terbukti menggunakan identiti individu lain.


Semakan saya di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan dia layak mengundi mengunakan MyKad 8507-12-6265. 


Saya berharap KDN dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan menyiasat informasi dibentangkan di sini untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Rakyat Sabah tidak berkomunikasi menggunakan bahasa seperti dicatatkan di statusnya.




35 ulasan:

  1. Krjn xde telor, ble mati rakyat bru terbongkar, xde hrap la saje2 pegawai dn menteri nk check SOP keadaan sbnr, lepak je lh dlm pejbt aircond mkn gaji buta! Akhirnya inilah hasilnya!

    BalasPadam
  2. KITA WAJIB MENDESAK SURUHANJAYA PILIHANRAYA MELAKSANAKAN SISTEM BIOMETRIK SEPENUH NYA PADA PRU 14 .DAN BERSIHKAN SENARAI PENGUNDI DARIPADA PENDATANG HARAM CINA DAN LAIN LAIN

    BalasPadam
  3. Butuh dlm bahasa Sabah seerti dgn Pelir atau zakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. butuh yang dimaksudkan itu adalah "perlu" .....

      Padam
    2. Sy rasa mykad yg digunakan dalam daftar undi tu betul tp mykad ada dua org pengguna satu palsu dan satu pemegang yg sebenar. Kebanyaka pendaftaran selain bank hanya perlukan copy IC saja sebab tu mudah mereka gunakan dokumen palsu utk memohon pekerjaan. Sebab itu kita perlu jaga Mykad kita supaya tidak jatuh pada mereka yg tak bertanggungjwb. Bahagian hadapan mykad kita boleh dicabut dan diganti dgn gambar lain. Sebab pada tahun 2007 mykad sy yg rosak terkena air panas sehingga tertanggal bahagian gambar nama dan alamat dan kad menjadi kosong dibahagian hadapan.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat indon ni pakai ic palsu... takde kena mengena dengan projek ic di sabah.. Ic di sabah tu sah dan tulin

      Padam
    2. encik.. sy maksud kan beralamat sabah btw syaya juga orang sabahan... kes ni banyak kesan dengan orang2 sabah

      Padam
  5. Hmmmm pelik bila mana PATI dapat masuk RELA tapi saya yang mmg asal orang Malaysia, pergi sendiri pejabat RELA serah borang - dari bulan April 2013 sampai sekarang masih lagi tak dapat2 keanggotaan

    BalasPadam
  6. Assalamua'laikum sdra Mazidul .... siapa beri IC kpd mrk??? Bila ada pihak kemukakan bukti sblm ini menteri2 menafikan .... SPR juga nafikan .... skrg terbukti dakwaan tersebut adalah bensr ... ini semua kerja utk menangkan BN dlm PRU .. puak umno yg bengong .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pernah mendengar cerita individu yang berasal dari pantai timur sabah. dia kata bila ada kematian, ada keluarga yang tidak melaporkan hal tersebut. sebaliknya mereka jual ic kpd PATI. tidak mustahil kes sebegini berlaku juga di tempat lain. bersikap terlalu prejudis terhadap kerajaan tidak membantu menyelesaikan masalah ni....

      Padam
    2. Saya sahkah apa yg saudari tuliskan di atas.

      Di Sabah, khususnya di daerah Pantai Timur (Kunak, Lahad Datu dan Kepulauan di Semporna) sudah menjadi budaya utk keluarga yg kematian anak utk menjual surat beranak kpd warga asing, khususnya warga Filipina berketurunan Sulu

      Ini kerana bagi mereka kerja melaporkan kematian itu meletihkan dan ada baiknya menjual dokumen pengenalan diri itu utk mendapatkan sedikit wang (lazimnya RM 300) utk meneruskan kehidupan.

      Oleh yang demikian, warga PATI Filipina berketurunan Sulu berjaya masuk dalam masyarakat Sabah bertopengkan nama orang yang sudah mati dan berketurunan si mati (lazimnya Bajau).

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau yerpun dia salah gunakan IC orang lain, pihak2 yg berwajib tak boleh usul periksa ke? nak jadi pengawal keselamatan, nak jadi rela mesti ada IC biru yg sah, dah kalau sah nak buka akaun bank, nak daftar SOCSO mesti ada cap jari..nak buka akaun bank semua skrg ni kena scan cap jari..kalau tak mcm mana dia org ni semua terima gaji? terima elaun RELA? secara TUNAI??? tak payah sembang kencang ttg cip keselamatan IC kita yg super canggih konon kalau benda2 mcm ni pun JPN, KDN, PDRM tak boleh nak atasi..ataupun mmg sengaja tak nak atasi sbb ada BIG BROTHER dok kat atas..hehe..rakyat malaysia yg tulen perlu buka mata seluas2nya sekarang!!!

      Padam
  9. kalau nak tahu mereka itu betul2 orang Sabah,kalau ada mykad mesti ada surat beranak atau surat sumpah bagi mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.Kalau tak da tanyalah siapa yang keluarkan mykad tersebut kerana ini sudah tentu kerja orang dalam pendaftaran sesebuah daerah.Mereka dibayar untuk mengeluarkan kad pengenalan ini.Saya memang tahu hal ini sejak dulu lagi kerana saya berasal dari Kunak Sabah.Sebulan lalu,mak saya ada memberitahu bahawa si polan bin si polan telah mendapat resit kad pengenalan yang dikeluarkan oleh pegawai X.si polan telah membayar sebanyak rm12ribu,mak saya cakap susahlah macam ni kalau ada duit senang2 orang dapat mykad,kita yang beranak pinak kat sini susah kerana terpaksa ikut semua syarat2 untuk membuat daftar lewat kelahiran.bahkan bertahun2 baru dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Imah, x tau la bila akan selesai mslh ni d Sabah, patut pegawai2 terlibat hukum buang negara, pengkhianat negara!

      Padam
  10. Asal drpd kendiri..salah satu identiti rakyat indonesia adalah semangat kenegaraan dia..mereka tetap bangga dgn tanah air mereka. Sekarang isu pendatang asing dpt i/c, jd guard, jadi RELA...pasni x mustahil PATI ni boleh join army and police..

    BalasPadam
  11. agak-agaknya IC senang sangat dapat kat Sabah eh...hmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat senang,,datag time plhn ry msti ad pny..jnji balas budi dgn undi haha corrupt among our leader..did not diserve to be leader..dont u think this is a not big problem for them to solve..even we all can give our own opinion..

      Padam
    2. Memang senang sebab tu pakcik aku kat tawau tu tiba2 takde warganegara, duit kwsp abis kena sapu, kereta tanah rumah semua hilang sekelip mata. harta tu tak kisah lah, boleh cari macam mana dengan status Isteri dia, anak2 dia paling kecil umur 5tahun....hasil siasatan JPN putrajaya hasil dari pegawai2 mereka yg gelap mata. bukan government. pegawai2 mcm ni la yg memburukkan keadaan...

      Padam
  12. Pihak berkuasa terbabit perlu mengambil tindakan yang wajar, telus dan tegas. Jangan biarkan tanahair kita dilimpahi warga asing.

    BalasPadam
  13. Untuk PRU 14, pastikan hanya kad pengenalan KPT biru yg ada satu gambar atau gambar pemilik saja dibenarkan. Kad pengenalan lama tu jangan dibenarkan langsung. Kerajaan mesti tegas meminta rakyat menukar kad pengenalan lama tersebut. JPN mesti bersedia seandainya pemilik kad pengenalan lama hendak menukarkan kad pengenalan mereka dan tiada dalam rekod dlm JPN, terus saja tangkap pemilik berkenaan dan serahkan kepada polis..sebab ternyata kad berkenaan palsu.

    BalasPadam
  14. Harap perkara ini tidak berlalu tanpa tindakan. Soal keselamatan negara bukan perkara mainan. Kementerian yg terlibat harus terus bertindak dan jangan terus dipandang lemah dan "pondan".

    BalasPadam
  15. rajin ke menteri/penguatkuasa kita nak bongkar semua?
    dah berapa ribu warga asing yg sudah dapat mykad?

    saya pun terfikir, tak boleh ke semua rakyat Msia ni renew mykad semula dengan membawa salinan surat beranak.
    sama macam sebelum ni drp IC lama tukar ke mykad.
    yang lebih 50 tahun tak ada surat beranak buat angkat sumpah, bancian sebagainya. apa sajalah yang boleh menyokong mereka ni memang asal usul dah berzaman rakyat Malaysia. yang tak berjaya tukar tu siasat lah asal usul dan halau keluar negara ni.

    Sakit hati bila ramai sangat warga asing bebas buat sesuka hati di negara ni.

    BalasPadam
  16. menarik dan sungguh berinformasi

    BalasPadam
  17. Alah, biasalah... macam2 la alasan utk halang pendaftaran semula IC. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Cuba fikir agak2 napa pendaftaran semula tak boleh dibuat? Sendiri maw ingat ler. Walhal kan skg ada mykad yg lebih canggih (kononnya)- yg ada 2 gambar tu. Boleh jer wajibkan semua rakyat utk perbaharu IC. Bagi la tempoh yg reasonable... sure boleh nyer. Apa guna design IC baru yg canggih tu if segelintir ja yg pakai? Klu dulu masa pakai ic plastic yg lama tu boleh dibuat ... napa skg takleh?

    BalasPadam
  18. "Mengikut undang-undang, Kementerian Dalam Negeri, KDN tidak membenarkan warga asing selain daripada rakyat Nepal bekas TENTERA untuk bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia."

    Nepal jadi jaga kt Malaysia ni xgaya bekas tentera pun.susuk tubuh macam Mat Pet pun leh jadi security.Mohon pencerahan

    BalasPadam
  19. Sy rasa mykad yg digunakan dalam daftar undi tu betul tp mykad ada dua org pengguna satu palsu dan satu pemegang yg sebenar. Kebanyaka pendaftaran selain bank hanya perlukan copy IC saja sebab tu mudah mereka gunakan dokumen palsu utk memohon pekerjaan. Sebab itu kena jaga mykad kita jgn sampai jatuh pihak yg tidak bertanggungjwb kerana bahagian hadapan kad boleh ditanggalakn bahagian gambar, nama dan alamat. Pada thn 2007 bahagian hadapan, gambar, nama dan alamat tertanggal selepas terkena air panas.

    BalasPadam
  20. Harap kerajaan ambil serius..lakukan pembersihan secara besar2an..sekat mereka..

    BalasPadam
  21. Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Datuk Mustafa Ibrahim menegaskan pada Ahad semua anggota pasukan itu adalah warga tempatan. bacaan lanjut klik http://rela0464.blogspot.com/2013/11/semua-anggota-rela-rakyat-tempatan.html

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.