Saya terbaca laporan akhbar, Ketua Pengarah, Datuk Mustafa Ibrahim mengesahkan semua anggota RELA warga Malaysia.
Klik di sini.
Januari 2013, RELA mentauliahkan pelakon warganegara MALAYSIA, Zed Zaidi dengan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) RELA.
[ Klik di sini ]
Alhamdulillah, kenalan saya, warga tempatan itu kelihatan segak berseragam RELA tatkala menerima pentauliahan terbabit.
Jika kenyataan dikeluarkan oleh Datuk Mustafa itu tepat, pemegang kad RELA di atas, semestinya warganegara MALAYSIA.
Namun setakat ini fakta itu didapati tersasar.
Berikut maklumat tempat asal lelaki itu.
Untuk rujukan, Kendari, bandar dilengkapi lapangan terbang di Sulawesi Tenggara.
Arshanikum Edeyn sebenarnya warga Sulawesi Tenggara, INDONESIA. Namun seperti diketahui majoriti pembaca blog ini, lelaki suku kaum Buton itu telah menyalahgunakan nama dan nombor MyKad milik Hamdan Hamid, berasal dari Sabah untuk mendaftar sebagai ahli RELA Wilayah Persekutuan Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Jun tahun ini.
Berikut gambar Hamdan dihantar oleh sumber saya. Pihak berkuasa berhak untuk mengesahkan ketulenan gambar ini.
Terkini, Arshanikum telah memadamkan gambar kad keahlian RELA dimuatnaik di laman facebook milik warga asing itu. Mujur saya menyimpan salinannya. Semua gambar tatkala dia bertugas sebagai pengawal keselamatan haram juga tidak lagi dipamerkan. Gambar profilnya juga telah ditukar, tinjau di sini.
Dia menyedari, penipuan liciknya selama ini tersebar di laman sosial sekaligus tembelangnya pecah, berbau amat busuk.
Dia menyedari, penipuan liciknya selama ini tersebar di laman sosial sekaligus tembelangnya pecah, berbau amat busuk.
Kisah awal anggota RELA warga INDONESIA itu telah saya dedahkan di sini.
11 November lalu, saya menghubungi Pengarah RELA Wilayah Persekutuan untuk mengesahkan identiti Arshanikum.
Klik di sini.
Malangnya sehingga hari ini, beliau masih belum memberikan sebarang respon.
Klik di sini.
Malangnya sehingga hari ini, beliau masih belum memberikan sebarang respon.
Jika benar semua ahli RELA, warganegara Malaysia, buktikan gambar dicetak di kad RELA di bawah, adalah penama dan pemilik asli Mykad 850728-12-6265.
Jika diteliti maklumat dimuatnaik di laman sosial Arshanikum, dia ternyata pengguna bahasa Buton.
Berikut, senarai rakan rakannya, majoriti warganegara INDONESIA.
Oh! Usah lupa, Arshanikum juga rakan kepada pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib. Sebelum ini penjenayah terbabit, Loade Ardina Loade Rasila, 35 tahun menggunakan nama samaran Ardi Ode Putra Katela.
Perhatikan, antara rakan Loade Ardina disenaraikan di bawah (barisan tengah hujung kanan), Arshikum.
Jadi masih benarkan kenyataan bahawa SEMUA ahli RELA warganegara MALAYSIA? Pembaca, sila catatkan pandangan anda di ruang komen.
Tu kenyataan membabi buta dan nak kover line...
BalasPadamSyabas Mazidul... bongkar sampai habis..
BalasPadamatau mungkin juga KAD RELA itu kad klon atau palsu .. sama macam kad pengenalann yang begitu mudah dipalsukan ...
BalasPadamSebab itu kita meminta penjelasan daripada RELA Wilayah Persekutuan tetapi tiada respon.
Padamterbaik abang
Padamteruk-teruk, ketua pengarah rela tidur. statement nak cover line. betul kata bro mazidul, pendatang haram ada kat mana-mana sekarang. yang jadi rela pun pendatang haram. boleh pegang senjata tu...........
BalasPadamAkhir sekali ketua pengarah RELA akan bg statment baru,KAD RELA PALSU
BalasPadamhubungi lah @kp_rela di twitter nya jika bro ada beran
BalasPadamcall budak bawahannya meme cam tuh
good luck!
Ni aku jawab bagi pihak ketuat pengarah rela. "Kami dah periksa kad tu, dannn....jeng3, kad tu dipalsukan". Takkan la nak jawab soalan bro mazidul tu, nak kena meetinng sampai peringkat menteri. senang je la kerja orang gomen ni. macam posmen je la...puiii
BalasPadamPerkara ni patut terus hubungi Bukit Aman . Ketua Pengarah ni patut berhenti je.Adanya Ketua Pengarah yang bodoh seperti ni lah yang menyebabkan punahnya negara. Bukti dah jelas sepatutnya ambillah tindakan dan bukan sekadar buat penafian je . Patut kena bagi pelempang pada ketua pengarah ni.
BalasPadamKalau ada kesilapan di mana-mana tak salah pun nak mengakui kelemahannya, dan berjanjilah untuk perbaiki kelemahan tersebut. Bila sekali kita berbohong, kita akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan yang dah kita lakukan. Kalau macamtu sampai bila keadaan nak berubah.
BalasPadamKalau kad itu palsu dan tidak dikeluarkan oleh RELA, katakan secara jelas.
sokongan membawa rebah.. jgn dipersalahkan org bawahan jika yg di atas buat2 tak endah.. rakyat dah lama melihat tentang kelambakan pendatang haram ini.. mrk dtg secara haram, ada duit ic pun senang dpt, yg jual sudah kaya raya, yg ada ic pun senang keluar masuk, siap boleh meniaga lg.. #psstt: adakah mrk ini boleh mengundi? kasihan nasib anak cucu kita.. (sokongan membawa rebah, sokong le lagi, janji aman)
BalasPadammasalah kite semua kite kata ok.. tiada masalah, semua terkawal kpd bos2 realitinye negara da tunggang langgang. kalau bos cerdik dan ade kajian sendiri ade harapan keadaan akn baik.. klu bos percaya bulat2 ckp org2 dibawahnye.. jahanam la negara..
BalasPadambkn menuduh tp wajar dikaji.. byk kaki tangan kerajaan yg da mabuk dunia...
mabuk dunia sebab makan duit haram (rasuah)...macam mana negara nak maju?
BalasPadamRasa malu pulak jadi warganegara Malaysia bila mereka yang berkenaan ni mengeluarkan kenyataan yang macam hentam keromo je...Diharap agar kerajaan dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin.Teringat aku dengan kes Lahat Datu.Ada betulnya kenyataan batapa senangnya jika Indonesia hendak menakluk Malaysia,tidak perlu bersusah payah pun menghantar bala tentera,memadailah dengan rakyat Indonesia yang sudah begitu ramainya berterabur di Malaysia ini.
BalasPadamsyabas mazidul...bongkar smpai tuntas.
BalasPadam