Ketua ajaran sesat, Harun Mat Saat, 47 tahun, disahkan menghidap angin ahmar, lumpuh separuh badan, sejak Jun lalu. Berita itu dikongsikan oleh isteri ketiganya, Azida Mohd Zol dan Harun kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Menurut berita dipaparkan oleh Utusan Malaysia, Harun direman 7 hari untuk membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) Jabatan Agama Islam Pahang, Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik ditembak mati di Indera Mahkota pada 10 November lalu.
Lelaki mendakwa dirinya tuhan itu bersama Azida dan pemandunya, Nor Hairi Harun, diberkas sepasukan polis di Bandar Baru Tangkak, Johor 2 hari lalu, kira-kira jam 3.30 petang.
Berikut gambar Harun dipaparkan oleh Utusan Malaysia.
Harun menubuhkan pengajian mirip sukatan pelajaran di universiti dikenali sebagai 'Universiti Universal Overhead God' serta mewujudkan beberapa pertubuhan bertujuan mengutip dana.
Antara ajaran lain Harun, mendendangakn lagu berirama rock dan terloncat-loncat tatkala azan Maghrib dilaungkan, klik di sini.
Berikut antara rakaman video dipaparkan di Youtube.
Antara ajaran lain Harun, mendendangakn lagu berirama rock dan terloncat-loncat tatkala azan Maghrib dilaungkan, klik di sini.
Berikut antara rakaman video dipaparkan di Youtube.
Tingkah laku Harun mengingkatkan saya kepada bekas ketua ajaran sesat kini lebih dikenali sebagai SM Amin, klik di sini untuk menyaksikan rakaman klip videonya.
Mereka berdua peminat lagi rock tetapi tidak bersuara sedap.
Kini SM Amin hidup mewah kerana sekian lama memperhambakan pelajar Pusat Tahfiz Amal di Kedah, klik di sini.
Kasihan orang-orang yang terpengaruh dengan ajaran sesat itu...
BalasPadamyg jd pengikut dia, aku tak tau la mcm mana jenis pemikiran
BalasPadamMenunjukkan masih ramai lagi rakyat Malaysia yang masih cetek pengetaguan dan pendidikan terutama dalam bidang agama.
BalasPadam