Jumaat, November 29, 2013

T-SHIRT MUSLIMAH DAN JUBAH ISTIMEWA DOLLSCARF


Pasangan suami isteri, Nurul Huda Ibrahim dan Dede Adriansyah Syahril, 31 tahun, ternyata amat murah dengan senyuman biarpun tatkal kali pertama saya temui.

"Bermula pada tahun 2008, kami berniaga pelbagai jenis tudung secara online, beroperasi dari rumah di Seksyen 9, Shah Alam.. Jika pelanggan membayar kos barang dipesan sebelum jam 12 tengahari, keesokkan hari, tudung akan diterima kerana dihantar menggunakan servis Pos Laju," ujar Nurul.


"Sejak kira-kira lima tahun lalu, isteri saya menjadi model pakaian dipasarkan, saya bertugas merakamkan gambar untuk dimuatnaik ke laman web kami," celah suaminya.


Selepas kelahiran anak pertama, Armandsyah Gazi, kini berusia 4 tahun, mereka mula berjinak-jinak menjual t-shirt muslimah dan jubah.

"Saya memang gemar memakai t-shirt dan sebagai wanita bertudung, saya memerlukan t-shirt berlengan panjang. Maka saya mula mereka t-shirt muslimah pelbagai corak. Baju berlengan panjang, labuh, tidak menampakkan bentuk punggung serta selesa dipakai," kata pengasas Dollscarf, graduan lulusan ijazah Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia itu.

"Betul juga. Janggal kelihatan penampilan wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian t-shirt berlengan pendek dan ketat," sambung saya.

Huda dan Dede kemudian menunjukkan kepada saya antara t-shirt muslimah dan jubah sambil gambar kami dirakamkan oleh jurukamera, Sharul Ashraf Salehuddin. 


Klik di sini untuk melihat dan memesan t-shirt muslimah dan jubah istimewa keluaran Dollscarf.

"Berapakah harga t-shirt muslimah dan jubah berjenama Wafiyyah?," soal saya kepada Huda, anak kelahiran Johor Bahru, Johor.

'Wafiyyah' bermaksud sempurna.

"Harga t-shirt muslimah di antara RM49 dan RM62 sahaja. Manakala jubah, kami jual di antara RM99 dan RM132, mengikut saiz. Material digunakan, cotton, soft denim dan lycra. Kain cotton tidak panas dipakai, bersesuaian dengan cuaca di negara kita dan contohnya sesuai dipakai tatkala membeli-belah mahupun pergi ke pasar. Tudung bawal dan shawl juga ditawarkan kepada setiap pelanggan dengan harga amat berpatutan," terang Huda sambil diperhatikan oleh suaminya.


[ Klik di sini untuk melihat koleksi Dollscarf ] 


Dollscarf  juga memasarkan pakaian untuk memudahkan ibu menyusukan bayi mereka.

"Saya rekakan baju dan jubah khas dilengkapi zip atau butang. Jadi ibu tidak perlu menyelak baju mereka dari bawah," jelas anak sulung daripada empat beradik itu.

Sebilangan t-shrt muslimah kini dijual dengan harga DISKAUN 50%.


Saya kemudian dibawa meninjau ke bilik stor di bahagian belakang kedai di tingkat satu bangunan kedai.


[ Klik di sini untuk laman facebook Butik Dollscarf ]


"Pakaian rekaan saya, dihantar ke butik oleh dua kilang, seminggu sekali, di antara empat dan tujuh design, purata bilangan mencecah 500 helai sebelum diagihkan kepada stokis. Semua gambar baju design baharu, saya muatnaik ke laman web, pada setiap hari Khamis, jam sembilan malam untuk mereka membuat tempahan secara online menggunakan code design. Setiap stokis tahu melalui informasi saya kongsikan di laman facebook kumpulan stokis," ujar Huda.

Semua pakaian juga dijual secara runcit kepada pengguna berminat.

"Saiz? Usah bimbang. Kami menawarkan pakaian bersaiz XS, S, M, L, 2XL,3XL dan 4XL," tambah bekas kakitangan bank HSBC terbabit.


"Ini antara sample design terkini kami pasarkan," kata Dede.


"Setakat ini stokis Dollscarf berada di mana?," tanya saya.

"Kota Tinggi, Johor, di sekitar Selangor, Melaka, Pahang dan di Ipoh, Perak. Jika pembaca blog Bersama Mazidul berminat untuk menjadi stokis, termasuk warga Sabah dan Sarawak, sila hubungi kami untuk berurusan," balas anak bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat swasta terkemuka itu.

"Alhamdulillah, setakat ini, isteri saya telah design 157 jenis pakaian berkualiti," celah Dede bangga.

Butik Dollscarf terletak di No 11-A, Jalan Keluli AM7/AM, Bukit Raja Business Centre, Seksyen 7, 4000 Shah Alam, Selangor.


Hubungi Dede di talian 012 345 9482 atau pejabat, 03 3359 1719 dan bercakap dengan Ekyn/Ain. Butik dibuka di antara jam 9 pagi dan 6 petang, Isnin-Sabtu.


Laman web Dollscarf, klik di sini dan klik di sini untuk ke laman facebook butik terbabit.

In Sha Allah, setiap pelanggan disambut dengan ukiran senyuman manis dan layanan memuaskan . 


5 ulasan:

  1. salam

    saya stokis sah mempromosikan baju muslimah wafiyya, boleh hubungi saya untuk jadi pengedar kami.. emel terus ke gallery.twinkle@gmail.com

    tq
    siti-galeri twinkle

    BalasPadam
  2. Salam.sy stokis waffiya juga.jika berminat ble email ke zaliha010203@gmail.co.

    Salam dari zaliha collection 2013

    BalasPadam
  3. saya stokis sah wafiyya, boleh hubungi saya untuk jadi pemborong atau dropshipper, email ke butiksafnad@gmail.com

    tq
    sal-butiksafnad@fb

    BalasPadam
  4. dimana stokis melaka? bgaimana nak hubunginya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.