Rabu, November 27, 2013

WANITA BERBOGEL DENGAN BAYARAN RM60

Kebanyakkan wanita warga asing sanggup berbogel sambil mengurut pelanggan, lelaki hidung belang di Malaysia, hanya kerana wang.

2 hari lalu, wanita Thailand dan China berusia di antara 20 dan 45 tahun diberkas di Batu Pahat, Johor kerana menawarkan perkhidmatan urut tubuh ke tubuh dengan bayaran RM60. Jika pelanggan menagih seks, mereka perlu menambah RM50 lagi. Mungkin majoriti pembaca wanita blog ini mencemekkan muka tetapi kejadian itu kenyataan.


[ Sumber : Utusan Malaysia ]

Klik di sini untuk membaca berita lengkap.

Tatkala bertugas di Beijing, China, saya dimaklumkan, ramai gadis tempatan bekerja sebagai pelayan pelanggan, GRO di pusat hiburan seawal usia 17 tahun. Kira-kira 5 tahun kemudian mereka akan terbang ke negara kita dengan menggunakan pas lawatan sosial dan kemudian mengintai peluang bertugas sebagai GRO atau tukang urut samada diuruskan sendiri atau dengan bantuan sindiket.

Di Malaysia, GRO berusia 25 tahun masih dianggap muda jika dibandingkan dengan GRO tempatan, segelintir mencecah usia awal 30 an. Justeru tentunya GRO warga asing terbabit dijadikan pilihan tepat terutama di kalangan pelanggan berbangsa Cina. GRO itu dikatakan lebih 'terlatih' untuk memenuhi kehendak pelanggan berikutan pengalaman diraih tatkala bertugas di negara asal. 




[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Andai bekerja di pusat urut, biarpun tidak terlatih dalam bidang itu, mereka tentunya lebih mesra pelanggan berbanding pekerja baru. Mereka bijak mempamerkan sikap manja sekaligus menggoda hati pelanggan untuk menagih servis seks sebagai tambahan. Tidak hairan jika sebilangan pelanggan menjadi ketagih berkunjung ke pusat urut biarpun tubuh tidak begitu lenguh. Bahasa perantaraan tidak menjadi halangan, asalkan jejari lembut menjalar mengusap badan dan dalam tempoh di antara 45 minit dan sejam, nafsu pelanggan berpeluang dilampiaskan. Puas tetapi tubuh menjadi lebih lenguh.

Ramai isteri barangkali tidak langsung menyedari hakikat, suami mereka ketagih berkunjung ke pusat urut. Tiada petanda jelas. Jika suami ke pusat hiburan, mereka mengambil masa lebih lama dan jika cuai, gincu bibir GRO mungkin terpalit di baju maka mudah isteri mempersoalkan bukti itu. Di pusat urut, berbeza.  Selepas memuaskan nafsu, pelanggan mandi untuk menghilangkan sisa minyak dilumurkan ke tubuh. Tiada bukti ditinggalkan sewaktu pulang ke rumah.

Saya difahamkan oleh kenalan, sebilangan warga tempatan sanggup menggunakan waktu singkat makan tengahari untuk dibelai oleh pekerja pusat urut di kawasan berhampiran tempat kerja. Mengenyangkan perut, soal kedua.

Jika wanita warga asing diberikan tugas mengurut 3 pelanggan sehari, hasil diraih, RM330 dan tentunya sebahagian daripada pendapatan itu dikongsikan bersama taukeh mereka. Justeru tidak hairan apabila, pusat urut bercambah di Malaysia kerana suasana menang menang tercipta.

9 ulasan:

  1. pada hemat saya... ayam2 ni tak akan ada jika.. tiada permintaan dari lelaki Malaysia.

    BalasPadam
  2. teruskan bongkar isu ni tuan mazidul. saya naik jelik tgk kebanjiran pusat2 urut yg menawarkan khidmat seks diseluruh negara. pihak berkuasa buat pekak je

    BalasPadam
  3. Semakin hari semakin menjadi-jadi. Teruskan pembongkaran isu-isu panas sebegini.

    BalasPadam
  4. teruskan bongkar isu ini Abg Mazidul, Even sekarang nie pun berdekatan dengan office saya pon dah wujud satu pusat urut refleksologi di Jalan PJU 5/10 Kota Damansara. Setahu saya, Kerajaan Selangor semasa PRU13 dahulu kata lesen pusat refleksilogi/urut dibekukan@diharamkan, bagaimana pula pusat urut ini boleh dibuka???

    Mintak Abg Mazidul siasat perkara ini

    BalasPadam
  5. Teruskan usaha anda. Saya benci melihat mereka mereka ini di setiap bangunan menunggu pelanggan. Mahu membuang air di tandas awam di shopping complex pun saya takut jika terkenapenyakit kerana kita tidak tahu pengguna tandas terutama berdekatan dengan pusat pusat urut seperti di sungai wang plaza .

    BalasPadam
  6. Women! Rajin2 lah kita urut suami kita, jangan lupa sekali sekala urut sambil berbogel juga, jgn biar ini amoi2 menang. Tapi kalau boleh rajin2 jugalah jaga body, muka kita, jgn sampai suami tak berselera. Kalau sy, hmm jangan harap sy biarkan perempuan lain mainkan peranan sy, sy akan buat sebagusnya. Besar pahala buat utk suami, women!

    BalasPadam
  7. Saya akui.. mmg ada suami-suami yang lebih suka makan diluar daripada yang HALAL buat mereka. walaupun isteri mereka 10 kali cantik dan 10 kali baik tetap yang HARAM itu yang mereka inginkan. Kalu tiada permintaan pasti yer ayam-ayam ini tidak dibwa masuk. teruskan usaha membongkar isu ini.

    BalasPadam
  8. Salam tuan Mazidul, sesuatu yang perlu di beri perhatian serius oleh pihak PBT (pihak berkuasa tempatan). PBT jangan hanya merobohkan dan menutup gerai2x melayu sahaja. Kalau di kawasan Selangor sahaja dah banyak gerai2x melayu di robohkan, mungkin benar mereka tiada lesen. Tapi kalau dah berniaga lebih 10 tahun di situ, Tiba 2x dapat notis 'roboh'. Mesti ada 'something wrong' yang kita x tahu di belakang tabir . Yang penting kita nampak cara mereka mencari rezeki. Ni yang berniaga di balik tabir, langsir yang tebal serta lampu yang malap siap ada katil beserta tuala lagi taknak pula mereka PBT buat pemantauan. Ni apa cite bro..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.