Khamis, November 21, 2013

KENDERAAN BERUSIA 12 TAHUN KE ATAS TIDAK AKAN DILUPUSKAN


Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, kerajaan tidak akan melaksanakan tindakan pelupusan kenderaan berusia lebih 12 tahun kerana akan memyusahkan rakyat.

Hasil  kajian dilakukan oleh MIROS, kenderaan lama dikatakan cenderung rosak tanpa disedari pemandu dan membabitkan kemalangan maut kerana kekurangan daya serapan sewaktu berlaku perlanggaran.

Tempoh maksimum pinjaman memberli kenderaan, 9 tahun. Selepas digunakan 3 tahun, terpaksa dilupuskan. Pengguna kemudian akan berhutang lagi untuk membeli kenderaan baharu.

Tentunya membebankan mereka. 

Apapun, molek benar, kerajaan mendengar rintihan suara rakyat. Pada masa sama pengguna jalanraya harus memandu lebih berhati-hati.

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah, cadangan ini tidak dilaksanakan. Kalaulah jadi jawapnya timbul pula isu pelanggaran undang undang yang lain...orang kampung yang menggunakan kenderaan lama untuk angkut hasil pertanian atau untuk kegunaan keluarga bersiar-siar pasti akan memilih menggunakan juga kereta tua mereka walaupun dilarang. Sebabnya mana nak cekau duit sesenang beli kereta lain...dalam keadaan sekarang pun ramai guna kereta tanpa road tax sebab tak mampu bayar...nak suruh beli kereta lain? Idok la jawapnya...bagus-bagus jangan laksana....

    BalasPadam
  2. bukankah itu baru cadangan..malangnya rakyat malaysia dah meroyan awal2 lagi..tapi bagus jugak.sekurang2nya didengar jua.hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg la baru cadangan, tapi kalau xda yang menentang, mereka akan fikir tiada permasalahan sbb semua senyap membisu, bila da jadi baru nak bising.. nak menyesal kemudian x berguna da kak, btw, kalau kita tgk newspaper hari2, kebanyakannya kereta baru je yg masuk paper eksiden sana sini.. jarang sekalu nampak kereta2 lama yg eksiden.. lagi2 jenama proton dan produa, paling top eksiden kat newspaper

      Padam
  3. boleh kalau nak tukar....semua jenis kenderaan hendaklah dijual bawah RM10,000.....amacam???? boleh?? :)

    BalasPadam
  4. Memang la baru cadangan tapi buat nya betul2 jadi, amacam? PRU akan datang terima lah nasib!

    BalasPadam
  5. alhamdulillah. kemalangan berpunca dari sifat dan sikap manusia termasuk dah ajal. jadi logik nya kenderaan 12 tahun itu punca kemalangan adalah tidak masuk akal. diharap pak menteri ke sapa ke sila buat kajian dahulu ok cari mekanisma lain la.. itu term banyak singkat mcm tak pakai otak jer bila nak buat sesuatu. ok

    BalasPadam
  6. saya tak setuju sebab suami saya pun masih kapai iswara lama.. masih dalam keadaan yang sangat baik, dan tak pernah ada masalah... :D

    BalasPadam
  7. SMTI-Baguslah sebab tak jadi di laksanakan. Kelihatan berakal dan berotak sikit para Menteri kita.

    (Kalau tak, memang aku libas dengan ekor pari masing masing)

    BalasPadam
  8. Sebenarnya kereta yg berumur lebih daripada 12 tahun yg mendapat penjagaan dengan betul dan menggunakan alatganti yg original sememangnya takkan bermasalah, tetapi apabila berhadapan dengan tahap jalanraya-jalanraya di negeri Selangor yg berada ditahap amat kritikal sekarang ini akibat tiada sebarang naiktaraf/pembaikan sehinggakan boleh membuat kolam memancing di tengah jalan, even kereta baru pun boleh rosak jikalau melalui jalan-jalan tersebut,

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.