Sabtu, November 16, 2013

KDN HARUS MENGARAHKAN JABATAN IMIGRESEN DISIASAT KERANA TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PULUHAN BURUH PENCUCI KENDERAAN BANGLADESH

Semalam Kementerian Dalam Negeri, KDN, mengarahkan polis menyiasat dakwaan sebilangan kakitangan Jabatan Imigresen bertugas di KLIA dan LCCT disogok minima RM10,000 untuk membenarkan setiap pendatang haram dari India dan Bangladesh masuk ke Malaysia.

Baguslah, sudah tiba waktunya kedaulatan negara kita tidak terus dilacurkan kepada warga asing.

Awal September lalu, saya telah mendedahkan kes puluhan buruh warga Bangladesh bekerja mencuci kenderaan di Bandar Baru Sungai Buloh dan Paya Jaras, Selangor. 

Saya tidak membuat tanggapan kerana menemu bual sendiri pekerja terbabit di lokasi.


Mereka dibawa masuk ke negara kita untuk bertugas di restoran menggunakan permit sektor perkhidmatan tetapi dipaksa mencuci kenderaan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen sendiri mengakui, TIADA permit dikeluarkan kepada pendatang asing untuk mencuci kenderaan. Maksudnya, mereka semua MENYALAHGUNAKAN permit kerja sekaligus boleh diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Semua lokasi pekerja haram itu berkumpul telah saya kongsikan bersama Jabatan Imgresen, klik di sini.


Menurut penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, semua 5 premis mencuci kenderaan terbabit TIDAK memiliki lesen beroperasi. 


Hairannya, tiada tindakan diambil, klik di sini dan di sini.

Pada 9 September 2013, saya menghantar maklumat itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad melalui facebook beliau. Mungkin kerana saya ini hanya blogger picisan, lalu tidak diendahkan. Tiada langsung respon.

Justeru, saya amat berharap, KDN mengarahkan kes ini disiasat secara terperinci. 

Klik di sini untuk melihat bukti.


Sila baca kronologi liputan saya lakukan di sini.

Apakah penghalang utama penguat kuasa Jabatan Imigresen tidak mengambil tindakan selama ini? Buruh warga asing jelas melanggar undang-undang di hadapan mata, dibiarkan begitu sahaja.

Sungguh pelik bin ajaib.


Klik di sini.



9 ulasan:

  1. Ni semua dah sogok atas sogok, jadi sapa nak siasat sapa????

    BalasPadam
  2. Kepada Penjawat awam bekerjalah dengan Ikhlas jujur dan tak makan rasuah.Fikirkanlah kesan jangka masa panjang akibat tindakan tidak beramanah nanti. jangan senang dunia akhira merana.

    kepada rakyat Malaysia juga hentikanlah menggajikan warga asing tanpa permit.jangan kita asyik marah Imigresen,Polis JPN tak buat kerja kalau kita sendiri,saudara mara kita dan kerabat kita ada yang masih galak gunakan khidmat mereka ni.tak da demand tak da supply.tahniah kepada Mazidul atas usaha dan penat lelah saudara bongkar sana bongkar sini tp pihak berwajib buat dek saja. sakit hati jangan cakaplah

    BalasPadam
  3. Kalau dulu kita cuma mendengar tanpa kesahihan berita ini...now bila dah masuk paper maknanya bukti bukti tu mula nak timbul...orang ramai mula berani or kes jenayah makin menjadi jadi...either way, rasa geram,marah, sedih dan malu semua ada...malu semalu malunya...dek kerana seekor kerbau degil yang badannya penuh lumpur habis yang lain terpalit sama...bila wang dan dunia jadi pilihan...mata kabur dari kebenaran...

    BalasPadam
  4. Kalau berani siasatlah dengan telus,takkan nak buat suruhanjaya diraja pulak....siasat juga agensi yang berurusan dengan jabatan Imigresen dengan. Bekas KP pun sangkut .

    BalasPadam
  5. X abes2 masalah ni...cuba siasat plak berapa gaji pegawai yg menjaga pintu masuk negara ni...bahaya kalau jadi begini..mereka org paling awal dan org paling akhir utk pelancong...tuan mazidul tolonglah siasat brp plak gaji pegawai imigresen tersebut sehingga mudah terjadinya perkara sebegini..dan saya percaya bukan semua..hanya segelintir..setahu saya kalau katalah pegawai itu tinggal di shah alam dan bekerja di klia..mereka perlu bayar tol rm7.Utk pergi balik katalah rm30 dgn minyak..kalau dlm sebulan katalah rm900..tu belum parking lg di klia...berapa plak gaji pegawai tersebut?adakah mmg tidak relevan dgn gaji yg mereka terima dgn tanggungjawab yg diberikan?mmg sangat bahaya apabila pintu masuk negara jadi begini..mereka yg paling awal bertemu pelancong dan org paling akhir..mereka menggambarkan perwatakan org malaysia..harap tuan mazidul siasat pula berapa gaji pegawai imigresen dan siasat tempat tinggal mereka..mgkn sudah tiba masa gaji mereka dikajisemula memandangkan masalah2 yg tak abes2 di dada akhbar...

    BalasPadam
  6. Hmm semua jabatan yang ada berkaitan penguatkuasaan memang ada acara suap-menyuap ni...siapa ntah yang ngajo dorang ni buat keje gitu tak tau la ye....nak harap yang betul2 jujur buat keje tak ramai, tapi yang kena tempias kakitangan kerajaan yang ikhlas buat keje....sebab tu ramai yang demoralised keje ngan goverment

    BalasPadam
  7. Mungkin diorg nak tunggu sampai bangla2 tu bunuh pelanggan carwash baru ada tindakan. Oh Malaysiaku.. serupa lah spt kes ambank-guard yg tengah panas ni, ada kematian, baru semua pihak berkuasa terbabit "aktif" dan "pantas" untuk menguatkuasakan undang2.

    BalasPadam
  8. Penguatkuasaan terhalang dgn adanya campur tgn pihak atasan lain.alangkah baiknya sekiranya penguatkuasaan undang2 negara tidak di cemari dgn campur tangan politik.

    BalasPadam
  9. syabas encik mazidul kerana terus membongkarkan pendatang tanpa izin yang bekerja di malaysia. kami respect encik mazidul.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.