Jumaat, November 15, 2013

JOEMAR KINI GOYANG KAKI DI DUMAI? DUMAY?


Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM masih memburu perancang utama rompakan Ambank di Subang Jaya, Selangor pada petang 23 Oktober lalu, Joemar Omar. Setakat ini, belum lagi kedengaran berita penjenayah, rakan pembunuh, Loade Ardina Loade Rasila itu diberkas. 

Polis percaya, Joemar masih berada di Malaysia. Dua hari lalu, Joemar telah memadamkan akaun facebooknya. Mungkin dia menyedari, pelbagai informasi mengenai dirinya telah didedahkan kepada umum.

Saya menerima maklumat terbaharu. Joemar memiliki akaun kedua facebook dan aktif dikemaskini sejak kejadian pegawai operasi bank, Norazita Abu Talib ditembak mati. Untuk rekod, RM428,200,  wang hasil rompakan masih berada di tangan Joemar sedangkan Loade Ardina meringkuk di lokap.


Berikut status terkini Joemar, menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino. Sebelum ini dia menyamar sebagai Osman Salleh dan bertugas sebagai pengawal keselamatan haram, klik di sini.


Mungkinkah benar dia kini berada di Dumai, INDONESIA? Atau sekadar cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan memaparkan maklumat itu? Sebagai penjenayah diburu oleh PDRM, mengapakah perlu dia berkongsi maklumat kedudukan terkini? 

Seorang daripada pembaca blog ini memperbetulkan tanggapan saya. Menurutnya, 'dumay' dalam bahasa ringkas Indonesia bermaksud 'dunia maya' BUKAN Dumai. Sama seperti 'jablay', jarang dibelai. 

Terima kasih di atas maklumat itu.

Di bawah, status facebook Joemar, 3 hari selepas kejadian rompakan bank.



Lihat komen terakhir di status di atas, soalan dikemukakan oleh lelaki di bawah.



Imel Alin Loade ARDINA kini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh polis di Malaysia. Jika sabit kesalahan, dia akan digantung sampai mati.

Berikut pula status Joemar pada 24 Oktober 2013 (sehari selepas kejadian)


Klik di sini untuk melihat status dikongsikan oleh Joemar.

Semalam, saya mendedahkan pendatang HARAM Indonesia mempunyai akses kepada pump gun.


Klik di sini.

10 ulasan:

  1. Sekadar pembetulan.. "dumay" dalam akronim indon itu adalah "dunia maya".. bukan bermaksud "dumai".. indon suka2 mencantumkan perkataan..

    BalasPadam
  2. InsyaAllah..dgn adanya maklumat dr org awam..dia pasti akan ditemui

    BalasPadam
  3. Cuba tengok betul2 rupa munir tak sama dengan joemar. Bila pakai spek hitam je nampak mirip..saya rasa munir adalah orang berlainan..wallahualam

    BalasPadam
  4. Apa2 pun,dapat kalu.................... gerak lentum sama dia!!!!!!

    BalasPadam
  5. Dekat gambar Imel alin ngan anak pompuan dia tengah tumps up ada mamat naik kude baju biru/merah. Rasa mamat tu ada iras2 si arjuna raha yang sangat bongkak sebab boleh beli Mykad dengan harga RM350. Kalau betul bende ini adakah mereka sekampung dan ada sindiket yang import satu kampung sebagai pak guard haram?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro mazidul,kwn xheran kes pendatang dapat ic,xbaca ke paper berita harian hari ni..klia ,imigresen lubang bocor daa.mintak siasat bro,kasi sedar ckit

      Padam
  6. Sindiket pemalsuan MyKad dipercayai pindahkan operasi ke Miri

    Read more: http://www.theborneopost.com/2013/11/19/sindiket-pemalsuan-mykad-dipercayai-pindahkan-operasi-ke-miri/#ixzz2l4Pyg96V

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum en Mazidul..izinkan saya mengutarakan opini. Saya sudah melihat fb Munir Tarapedo Koasasino dan coba mentranslate statusnya “malam nhy kitee b,malming d,kombela ea ,,,, mat malming dumay” berkemungkinan artinya “malam ni kita bermalming(malam mingguan/saturday night) di kombela ya,,,,mat(selamat) malming dunia maya”. No clue apa itu “kombela”. Komen balasan dari imel alin “Trus gimanami la ardi ? Dorakoem ga bahi?” berkemungkinan “terus(then) bagaimana la ardi?....” selebihnya tidak tahu karna itu bahasa Sulawesi. Sudah saya tanyakan pada teman saya di Kendari tp teman saya jg tidak tahu karna di Sulawesi Tenggara ada 5 bahasa daerah. Sekian..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.