Ahad, November 10, 2013

PENGAWAL KESELAMATAN MENEMBAK MATI NORAZITA ABU TALIB DIBERKAS (UPDATED)


Alhamdulillah, 19 hari selepas pengawal keselamatan warga Sulawesi Tenggara, Indonesia, menembak mati pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib di Subang Jaya, Selangor, penjenayah itu diberkas oleh polis di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor, pada jam kira-kira 7 pagi tadi. 


Kejayaan itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitter beliau.

Pasukan Ops Cantas Bukit Aman masih berada di Johor Bahru ketika entri ini ditulis. 

Tahniah kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM!

Perkembangan terkini menyusul.

Apapun, berikut analisa saya.



Titik A di atas, Jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi. Kampung Belungkor terletak bersebelahan Tanjung Belungkor. Penjenayah itu berasal dari Sulawesi di sebelah kanan peta di atas.



Jika diteliti peta di atas dan di bawah, lokasi lelaki Indonesia itu diberkas memudahkan dia menggunakan jalan laut, untuk menyusup ke Pulau Tekong, Pulau Batam dan Pulau Bintan. Mujur pegawai dan anggota PDRM bertindak cekap sekaligus meredakan kebimbangan masyarakat.

Jika penjenayah itu berjaya memboloskan diri ke negara asal, dia pasti tersenyum kerana memiliki wang tunai lebih RM400,000 di dalam tangan.



Apapun, itu hanya jangkaan saya. Maklumat lebih terperinci, In Sha Allah akan diperolehi dan dipaparkan oleh media cetak dan elektronik.


Berikutan tangkapan itu, saya jangkakan pelbagai maklumat akan terdedah.

1. Sumber MyKad palsu digunakan penjenayah itu selama ini?

2. Bagaimanakah dia mampu mengelirukan majikannya, Kawalan Prima Sdn. Bhd sehingga diberikan akses menggunakan senjata api?

3. Adakah dia berniat menembak mangsa? Atau akan mendakwa tertembak?

4. Wujudkah sindiket membawa masuk lelaki warga Sulawesi, mendapatkan MyKad palsu dan kemudian bertugas sebagai pengawal keselamatan haram di Malaysia?

Saya percaya, penjenayah itu akan dibawa ke Selangor dalam jangka waktu terdekat untuk disiasat lanjut, direman dan dibicarakan.

Penjenayah itu direman 7 hari, bermula jam 3.30 petang tadi di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.



22 ulasan:

  1. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada PDRM. Tanpa mahu mengulas apa yang mungkin berlaku selepas ini... saya pohonkan kepada pihak berkaitan supaya mempastikan orang asing seperti ini diharamkan buat selama-lamanya dari memasukki Malaysia.... dan hukumlah seberat-beratnya kepada semua yang membantu beliau hingga boleh tiba ke Kampung Belungkor....dan nyaris-nyaris melarikan diri pulang ke negara asalnya...

    BalasPadam
  2. tahniah PDRM..bunuh jo si bangsat tu...!!!

    BalasPadam
  3. tahniah pdrm, memang terbaik pasukan polis kita

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, terima kasih en Mazidul atas maklumat ini, ia amat berguna dan sudah pasti keluarga si Mati akan mendakwa pesalah dengan dakwaan yang berat. Dan sudah semestinya semua Rakyat Malaysia *rakyat Malaysia sahaja, pasti menginginkan keadilan terhadap Si Mati. Tahniah PDRM, terima kasih.

    BalasPadam
  5. Terbukti bahawa dakwaan dan kebimbangan rakyat Sabah selama ini bahawa terdapat pengeluaran IC palsu kepada penduduk asing yang selama ini disangkal oleh kepimpinan negara adalah betul. Semoga kes sedih ini akan menjadi satu pengajaran kepada pemimpin negara agar tidakmenyembunyikan kebenaran semata mata kerana kepentingan politik. Pihak polis mestilah menjalankan penyiasatan dgn terperinci bagaimana kes ini boleh terjadi dan sekiranya sipelaku didapati bersalah kita mohon agar balasan setimpal dengan memancung kepala sipelaku dikhalayak ramai dapat dibuat agar ianya menjadi pengajaran kepada penderhaka negara.......

    BalasPadam
  6. Tahniah YB Mazidul dan PDRM
    Usaha YB Mazidul juga memainkan peranan sebab saya rasa pembunuh ini pastinya rasa sudah selamat bila sampai ke Jeti Kampung Belungkor. Mungkin sementara menunggu tekong untuk ke Batam, pembunuh ini menelepon kawan atau membuka FB atau membuka blog Mazidul ( sila check IP, ada tak dari Kota Tinggi )
    Dengan ini memberi akses lokasi terkini beliau. Teruskan usaha usaha YB Mazidul. Kami sentiasa menyokong usaha YB yang tidak pernah jemu jemu, terfikir saya, klu lah YB jadi KP Imigresen atau KPN, tak dapat saya bayangkan kemana nak lari PTI PTI Haram ini. Setelah melihat beberapa photo Jeti Kampung Belungkor, lokasi ini memang sesuai untuk melarikan diri.

    YB = Yang Berkhidmat, Yang Berusaha :)

    BalasPadam
  7. Analisa saya pula :
    1-Ardi menuju ke Pelabuhan Sekupang, Barat Batam, disini terdapat Terminal Ferry Antarabangsa dan Domestik. Dari sini Ardi punya pilihan untuk ke distanasi lain, Tanjung Balai, Tanjung Batu, Dumai atau untuk berhibur di Pulau Batam sebelum meneruskan pelarian ke Sulawesi. Tradisi warga indonesia, sejahat manapun warga mereka, uang bisa mengubah segalanya.
    2-Meloloskan diri ke Tanjung Uban, Pulau Bintan, lokasi yang baik untuk bersembunyi sebab terdapat perkampungan nelayan disini.
    3-Tidak mungkin Ardi ke Pulau Tekong, Singapore sangat tegas menjaga kedaulatan pulau pulau miliknya, rasanya tidak ada tekong yang punya telur berani mendekati kawasan ini.

    Apa pun Allah S.W.T tidak akan mensia siakan doa doa anak arwah serta doa doa pembaca setia blog YB Mazidul,

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...Syukur kepada Allah swt....

    BalasPadam
  9. Tahniah PDRM. Tahniah saudara mazidul. Sentiasa updated.
    -silent readers-

    BalasPadam
  10. Harap dia ni mati secara live di tv. biar semua orang tengok.

    BalasPadam
  11. Mangkok hanyun tu dah kena tangkap....takkan la KDN xreti2 lagi nak "KOREK"...wake up KDN....dah lama kot tidoq

    BalasPadam
  12. Saya amat pasti PDRM berjaya menangkapnya berdasarkan "intelligence". Banyak sumber2 diperolehi untuk track si pelaku (lebih tepat "si laknat"). Dia adalah manusia. Manusia tidak akan dapat hidup tanpa manusia lain. Dia nak makan pun kena mintak org belikan/beri. Org yg tolong berikan makanan kpdnya x semestinya akan bersekongkong dgnnya. Mesti ada yg report sana sini. Sbb tu PDRM berterima kasih kepada public atas bantuan. :)

    BalasPadam
  13. better haramkan pekerja dari sana. macam apa yang singapura buat dengan mengharamkan pekerja dari sabah n sarawak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. apasal nak salahkan orang sabah n sarawak pulak... ko ni memang bodoh la.. kan dah bagitau dia tu mat indon cuma guna alamat sabah untuk mengaburi pihak tertentu untuk tujuan tertentu. apasal tak tanya JPN sapa yang kuarkan ic untk si setan ni.. lu tau ka kebanyakkan staf JPA dari semenanjung termasuk bos2 besar. jangan suka2 menghukum sabah n sarawak sedangkan PERSEKUTUAN yang memberikan ic.

      Padam
    2. assalamualaikum,
      saudari amni najwa, saya sedikit berkecil hati cara saudari memberi pendapat. Sepatutnya kita memberi pendapat yang ada intipati bernas bukan berdasarkan emosi semata-mata. lain kali berlapik sebelum bercakap. :)

      Padam
  14. Tahniah dan terima kasih PDRM. Terima kasih juga utk Abang Mazidul yang sudi berkongsi maklumat dengan kami. Semoga Allah melindungi kita daripada perkara2 yang memudaratkan.

    BalasPadam
  15. sekadar pandangan...geng Sulawesi masuk bukan nak jadi pengawal pada mulanya...tapi diberikan IC untuk mengundi kot...lepas ngundi mereka bebas melakukan apa saja termasuk meminta pekerjaan...hmmmmm...all related kes di Sabah...suratan atau kebetulan.. :P
    apa-apapun Tahniah pada Bro Mazidul & PDRM khasnya...!!

    BalasPadam
  16. Bunuh balasan bunuh...gantung sampai mati..!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.