Isnin, November 18, 2013

CERITA SEBENAR DAKWAAN KEHILANGAN 23 INDIVIDU DI VILLA NABILA (UPDATED)


Heboh di laman sosial, kes 23 individu didakwa hilang di Villa Nabila, Johor Bahru, Johor. 

"Fakta sebenar?," itu soalan terawal saya ajukan kepada sahabat, wartawan, juga blogger, Zulhazri Abu Bakar di Johor Bahru.



"Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan," lapor Zulhazri.



"Jadi apakah hubung kaitnnya dengan kisah tersebar di laman sosial, 23 individu hilang di Villa Nabila?," tanya saya lagi.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

"Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi. Saya kemudian menghubungi Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu," jelas Zulhazri.


Kini pihak polis tidak membenarkan orang awam untuk memasuki kawasan villa terbabit. sekaligus mengelakkan kesesakan lalu-lintas di jalan utama. 

Berikut gambar dihantar oleh Zulhazri pada jam 1.48 tengahari tadi. 


Jika ingin melihat suasana sebenar Villa Nabila berusia kira-kira 40 tahun, sila klik di sini dan di sini.  Dapatkan fakta, bukan sekadar mendengar khabar angin disebarkan di media sosial, klik di sini.



39 ulasan:

  1. Dah lama dah tau cerita pasal Villa Nabila ni.. Tahu pon dari blog Bro Mazidul yang sering menggelarkan diri blogger picisan walhal dialah blogger yang terbaik.. : Cerita Sebenar Villa Nabilla

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mazidul memang blogger picisan. setiap blogger lama yang tahu erti tunduk merendah diri akan menggelarkan diri mereka picisan cuma.

      Kisah Aku Dan Hantu Dalam Villa Nabila Dan Highland Tower

      Padam
  2. Baru baca tentang misteri Villa Nabila ni bila diberitahu anak pagi tadi.

    BalasPadam
  3. https://m.facebook.com/wujudparanormalteam?fc=0&showPageSuggestions&_rdr

    try tgk page ni.. Ada update tkini mcari mngsa. Siap dgn pic.. Mmg lbh dr 1 kan? Cuma sbb 1 family j y wak report.. Tu y istihar 1..

    Sy pon xtau mne y sahih.. Sy cma folo update page y kat link ats tu... Mmg 23 org kn.. Baca komen2 pon ada y gtau brda di lokasi tu.

    BalasPadam
  4. tertanya2 juga kesahihannya..banyak versi..now wait n see..hope semuanya selamat..

    BalasPadam
  5. adeh..x faham pasal kes ni..sana suruh klik sini.sini suruh klik sana lg..okey2..klik la ni... :p

    BalasPadam
  6. byk sgt versinya..x suka baca blog len sbb tgk dari segi tulisan, mcm copy paste sesama blog jee...sy prefer baca kat cni lagi..tuan mazidul, sila update lagi entry nie ye...TQ for sharing..

    BalasPadam
  7. Kena pakai ustaz pakar cari org hilang gini..klu polis dan anjing k2 x jalan. Makhluk halus bukan kita nampak kat mata kasar. Budak2 ni mungkin di 'tutup' hijab dunia nyata...jgnlah pandai2 gi tempat keras gini klu xde Ilmu ye adik2

    BalasPadam
  8. X guna ustaz ker cari bdk2 nih? mungkin di 'tutup' hijab oleh benda halus...hrp2 semua selamat! Jgnlah dok berani2 gi kt tempat keras gini klu xde ILMU..😨😨😨😨

    BalasPadam
  9. mcm2 versi kan... tp rasanyer lebih baik ikut versi polis... sbb kalu dr fb nih kadang bukan betul2 just kabar2 angin

    BalasPadam
  10. yg crita update sorg je hilang walllahuallam.....jom xchange list wif my blog :
    Azim Aris

    Tak Mungkin Benar

    Muhasabah

    BalasPadam
  11. Benda mistik jgn dibuat main2 tampa ilmu buruk jdinya.minta pertolongan dari Allah.Allah yang maha berkuasa.

    BalasPadam
  12. jalan jem...sesk nk g kje...sume ngh cr budak2 yg hilang tu.... kesiannye..kalau niat yg baik xkn jadi cmny...

    BalasPadam
  13. kan menyusahkan orang..xpasal2 polis,bomba kena ikut budak tu.ingat free ke gaji depa tu. kalau betul kena sorok jin,panggilkan je bijak pandai,ustaz ke apa ke.dunia ghaib pun boleh berkomunikasi sebenarnya.

    BalasPadam
  14. macam2 budak..panggilkan bijak pandai,ustaz ke kiyai..penghuni ghaib boleh berkomunikasi sebenarnya..

    BalasPadam
  15. Villa tu ada ruang underground tak?...rumah dulu2 byk yg gitu..entah2 budak tu jatuh kat dlm rusng tu...mana la tau....

    BalasPadam
  16. sy pgkt setia blog abg mazidul..sy mmg obses n cter2 umah lame ni bgunan2 lame trutama highland tower villa nabila ni slah satu istana2 lame n yg swaktu dgnnye..cume agak trkilan n ksah villa nabila ni ble byk sgt versi yg kluar..n rmai yg kte ksah nabila ni hoax 101%..n rmai yg kte ianya adalah christine palace..n ada pula yg brkate christine palace lain villa nabila ni pn lain..villa dr. villa bslimut kain putih.. smuenye dlm satu tanah yg sme..agak pelik??? bnarkah???? knpe smuenye ksg???? apakah ksah sbnar tapak tanah yg ksian ni???? smue villa di tggalkn bgtu sahaje????

    BalasPadam
  17. Pangil robert joe paranormal expect check tgk betul vila 2 ada hantu or nt

    BalasPadam
  18. dlm ramai2.. 23-27.. 30 org tu...
    xkan sorang pun xde hp..?
    atau xde talian.. atau bateri kong tiba2..?

    BalasPadam
  19. Abg. Mazidul, nanti cuba tanya kalau betul sampai 20 lebih org yang hilang pada asalnya, kenapa mak ayah duk diam je sorang je yang report.

    BalasPadam
  20. tlg btulkn kalau sy slh yer..btul ke mata sy mcm nmpk wanita je dlm pic no 2 tu..ke ape die sbnrnye 2?

    BalasPadam
  21. Saya cadangkan kita panggil Ust. Hakim dari Program Dua Dunia Indonesia pasti boleh mengungkap cerita sebenar.

    BalasPadam
  22. Saya cadangkan kita jemput Ust. Hakim Bawazier dari Program Dua Dunia (TRANS 7) untuk mengungkap masalah ini.

    BalasPadam
  23. entri nih memang berkualiti....setuju dengan nurni yusoff... jika 20 ke atas individu yang hilang, takkan yang lain tak report.....

    BalasPadam
  24. Byk cerita tentang villa ni.. cuba saudara mazidul siasat apakah cerita sebenar di sebalik villa ini.. betul ker ada hotel akan dibina di villa ini siapakah pemilik semasa villa ini? Mungkin ini akan menguji anda sebagai wartawan dan bloger yg hebat atau sekadar mendengar cerita dari mulut ke mulut atau dari entri blog.. terima kasih..

    BalasPadam
  25. cuba tengok pic ke 4...macam ada sesuatu je....

    BalasPadam
  26. akhirnya...1 malaysia, parataknormal, bomoh la kena game dgn budak yg lepak dgn kwnnya di flat lain...ha ha...

    BalasPadam
  27. semuanya kena kencing..yang bdk len 7 org tu pun penipu..30 org la sngt..

    BalasPadam
  28. Tu lah..g rumah Allah xnak,ngada2 g villa..cri penyakit,nyusahkan org..Good job, Malaysia..Kita ditipu oleh budak yg belum ambil SPM

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.