Jumaat, November 22, 2013

PENGESAHAN LOGO DAN NAMA KOLEJ YAYASAN MELAKA DISALAHGUNAKAN


Semalam, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Mohd Nooh Gadut mengulas mengenai Villa Nabila. Menurut beliau, cerita dicampur adukkan dengan perkataan dusta boleh jatuh khurafat, menyebabkan syirik dan terbatal iman seseorang itu.

Klik di sini.

Jika diperhatikan, sewaktu kisah kononnya sekumpulan remaja dilaporkan disorok dek makhluk halus di Villa Nabila, banyak pihak memaparkan maklumat tidak sahih di laman sosial. Diakui, sebilangan daripada laman web terbabit mempunyai puluhan ribu pengikut setia. Pengikut pada waktu itu tentunya menelan bulat bulat setiap maklumat dikongsikan oleh pengendali, termasuk perkataan dusta. 

Ringkasnya, sebagai pemilik akaun laman web, twitter, facebook atau blog, pengendali harus bijak menapis maklumat disalurkan oleh SUMBER mereka. Bukan secara semberono mengemaskini status dan entri hanya berdasarkan khabar angin dikongsikan oleh SUMBER tanpa kredibiliti. 

Sebaik tindakan ditegur, berikut respon diterima, klik di sini.

Teliti maklumat dipaparkan kononnya di akaun Twitter KYM International menggunakan logo Kolej Yayasan Melaka, KYM.


Berikutan itu, untuk mendedahkan FAKTA, saya menghubungi Pegawai Perhubungan Awam KYM,  Norhayati Mohd Mokhtar pada jam 10.53 pagi tadi.

"Biar saya periksa terlebih dahulu dan akan menghubungi Mazidul semula," ujar Norhayati.


18 minit kemudian, pegawai terbabit menghubungi saya kembali seperti dijanjikan.

"Saya telah mengesahkan dengan Head of ICT KYM, kolej tidak pernah membuka akaun Twitter untuk berkongsi maklumat bersama orang awam atau pelajar. Apatah lagi maklumat tidak sahih. Jadi KYM menafikan akaun di atas milik kolej dan pengendali akaun Twitter terbabit  telah menyalahgunakan nama dan logo KYM," ujar Norhayati.

Terima kasih kepada KYM kerana memberikan respon pantas, kerjasama itu amat saya hargai.

Mengapakah pengendali akaun Twitter itu perlu menyalahgunakan nama dan logo KYM? Apakah tujuan tersirat pengendali akaun Twitter terbabit? Meraih kredibiliti? Menangguk di air keruh? Bekas pelajar?

Hemat saya, KYM harus menghubungi pengendali akaun Twitter palsu itu, klik di sini, sekaligus memperingatkan individu terbabit agar tidak terus mencalarkan imej KYM sebenar. 



Lebih molek jika laporan polis dibuat di balai berhampiran kerana pengendali ternyata terlalu berani melaporkan informasi tidak tepat, contohnya berhubung pegerakan Sultan Johor (rujuk status kedua terakhir).


[ KLIK di sini ]

4 ulasan:

  1. Pada pendapat saya, org yg guna logo tu sebenarnya merasa dirinya kebal bila menggunakannya... Dia beranggapan takde yang berani mempertikaikan ape yang dia cakap dan tulis melalui twitter... Huhu

    [repost] : Jangan Anggap ade LOGO JPJ tu KEBAL

    BalasPadam
  2. terima kasih diatas tindakan saudara. saya rasa ini mungkin perbuatan student, pekerja kym ataupun bekas student.

    BalasPadam
  3. Ye bang ... dia ada tulis perkataan "Parody" ... jadi akaun itu bukan official ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.