Saya menerima aduan daripada pembaca blog.
"Gambar saya telah dimuatnaik di laman 'Awek Buat Isteri'. Bukan gambar seksi tetapi saya berasa seperti diperdagangkan berikutan maklumat palsu dipaparkan oleh pengendali laman. Mohon Mazidul membantu saya dan mangsa lain untuk berhubung dengan pengendali itu sekaligus menasihatkan dia agar berhenti menjual maruah wanita," ujar pengadu.
Pengadu lain pula, menyalurkan kepada saya maklumat berhubung identiti pemilik laman terbabit.
Lalu saya meninggalkan pesanan kepadanya di ruang komen status.
Kali pertama dicatat, komen itu disiarkan. Sebaik disedari, komen itu saya tuliskan selepas maklumat ditambah, berikut mesej saya terima.
Perlukah saya hubungi melalui telefon bimbit ke? 012 907 16XX.
Mungkin adik-beradik dia juga perempuan, tentunya tidak molek sekiranya diperlakukan sebegitu. Lebih malang jika rakan mahupun sanak-saudara kita dijadikan mangsa tanpa rela. Sumber saya memaklumkan, gambar isteri orang juga turut dipaparkan oleh pengendali laman itu untuk kepuasan dirinya.
Dia mendakwa kononnya, nama saya catatkan di atas, bukan miliknya. Pelik, pengendali itu dengan pantas telah memadam setiap komen dihantar dan menyekat saya untuk menulis di ruang komen statusnya. Graduan dalam bidang sains, UiTM itu kemudian berselindung di sebalik wajah beberapa wanita, didakwa pengendali laman.
Followers berpeluang menjadi admin?
Lebih ajaib, pesanan disampaikan oleh pembaca blog ini juga turut dipadam dengan sekelip mata.
Berikut pengakuan seorang daripada individu, wajahnya dimuatnaik di halaman itu. Saya menghubungi wanita terbabit secara rawak melalui facebook.
Siapa jua pengendali laman itu, ODI FX, tindakannya ternyata tidak mendapat restu. Difahamkan, dia mempunyai adik bertugas sebagai pengaturcara komputer.
Saya telah meminta mangsa membuat laporan polis agar kes ini disiasat.

Kepada rakan berpeluang, sila klik di sini dan kemudian tampalkan entri ini di ruang komen laman terbabit. Terima kasih di atas kerjasama.
Boleh tauid fb pemilik page ni?
BalasPadamewm..penjual tokek ni pernah ditangkap ke??
BalasPadamSMTI. saya dah paste link entry ni di page tu. hahaha.
BalasPadamSaya dah komen kat page tu, xsampai 30 saat dah di DELETE komen saya..
BalasPadamBoleh report dkt facebook rasanya org ni manipulasi. cuba bro mazidul try
BalasPadamCuba bro mazidul report dekat FB pasal page nie. rasanya ada setting untuk kita report. bila bukak page tgk banyak sangat gambar n nampak sangat gambar tuh dicuri. xpatut. sian org yg kene.
BalasPadamSy pun kena jugak. Dia guna pic orang lain , tp guna link fb sy. Ramai org asing add, serious takut :(
BalasPadamAssalam...saya baru hantar mesej semalam seperti yang saudara mazidul tulis. Dia jawab sepatah je - "Kasian."
BalasPadamBangun pagi je tiba-tiba ada 130+ friend request. Dia ni degil. Jom ramai-ramai report group ni ke facebook.