Selasa, November 26, 2013

MELANCONG DAN MEMBELI-BELAH KE HO CHI MINH CITY VIETNAM BERSAMA MAZIDUL II (PERTUKARAN TARIKH)


Tarikh : 7-10 Jun 2014

Pakej 4 hari 3 malam, termasuk kos penerbangan MAS, penginapan, makan 3 kali sehari, pengangkutan di Ho Chi Minh dan tips, berharga RM1,740. 

Jika peserta membayar deposit RM500 sebelum 31 Januari 2014  harga lebih ISTIMEWA ditawarkan, RM1,650 sahaja.

Depositkan bayaran terbabit ke akaun CIMB 0514-0005445-056 (Ideal Travel) dan kemudian WhatsApp/Tel  012 6277 300 dengan kadar segera untuk mengesahkan penyertaan.

MAS membenarkan peserta membawa pulang ke Malaysia barangan seberat 20 kilogram tanpa masalah.

Semua peserta akan dibawa berkunjung ke Sungai Mekong dan Chu Chi Tunnel selain membeli-belah sakan bersama saya. Usah bimbang, semua tidak perlu membazirkan masa kerana saya akan membawa peserta ke lokasi tepat untuk membeli barangan dikehendaki.

Makanan HALAL dan enak disediakan justeru tiada peserta rombongan akan kebuluran atau berasa sangsi dengan status halal makanan.



[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

September lalu saya membawa 25 peserta dan Alhamdulillah, semua berpuas hati dengan servis ditawarkan. Mereka terdiri daripada lelaki bujang, anak dara, pasangan suami isteri dan warga emas.

"Amat menyeronokkan, berasa selamat, selesa dan lebih daripada kami jangkakan"

Itu antara komen mereka.

Klik di sini.

Bilangan peserta, 40 orang sahaja.

Jika berminat, sila emelkan butiran lengkap diri (nama penuh, no MyKad, nombor telefon bimbit) ke mazidulakmal@yahoo.com. 

6 ulasan:

  1. Tawaran yg menarik tu En. Mazidul, sehinggakan saya sendiri yg pernah ke Vietnam dgn syarikat saya 3 tahun lepas pon teringin sekali lagi nak pergi.. Memang tidak dinafikan Vietnam memang syurga membeli belah, bahkan kebanyakkan barangannya masih tahan lasak walaupun selepas beberapa tahun. Jikalau tawaran ini masih terbuka sehingga Mei, berkemungkinan besar saya juga teringin pergi sekali lagi walaupun pergi melawat ke tampat yg sama sebanyak 2 kali sebab kita akan merasa perbezaan diantara pergi rombongan bersama syarikat berbanding dgn rakan yg baru dikenali

    BalasPadam
  2. Jika bayar RM1,740.00 maksudnya tak perlu fikir apa-apa lagi dari malaysia dan pulang ke malaysia ke..siap makan 3 kali sehari? tiada hidden cost ke tuan.

    Deposit tanda setuju tu berapa jumlahnya.

    Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik. No untuk dihubungi telah dicatatkan. Bertanyalah.

      Padam
    2. Saya bukan buat bisnes siap ada hidden cost. Kalau buat untung, saya caj awak RM2700.

      Apapun bilangan peserta hampir penuh, tq.

      Padam
  3. Boleh saya tahu nama tempat shopping yg en. mazidul akan bawa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ke semua tempat biasa dikunjungi pelancong dari Malaysia atau terus hubungi no hp disertakan untuk mendapat perincian lokasi.

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.