Rabu, November 27, 2013

GADIS PELAJAR UNIVERSITI MEMBUAT 2 LAPORAN POLIS MENDAKWA DIUGUT BUNUH BEKAS TEMAN LELAKI MENYEBARKAN GAMBAR TIDAK SENONOH

Gambar 'panas' pasangan Melayu dilaporkan bercuti di Cherating, Pahang, tersebar di laman sosial, bukan sahaja menarik perhatian orang awam tetapi pihak berkuasa.


Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan undang-undang terhadap pasangan itu harus dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP.  

Klik di sini.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Melalui pengamatan, banyak kesan tompokan merah kelihatan di tubuh lelaki di bawah. Barangkali akibat nyamuk nakal berterbangan, mengigit dan menghisap darah di pantai, lokasi mereka bercuti.


Blog My Media melaporkan informasi menarik.

Dicatatkan di blog itu, pelajar universiti terbabit telah membuat laporan polis pada 30 Jun 2013. Dia mendakwa diugut bunuh sejak memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, pemain rugbi. 


Laporan polis dipaparkan di blognya dipetik daripada pemilik akaun facebook, Ottoman Ibnu Othman.


Gadis sama juga membuat laporan banyak gambar peribadi, sebilangan tidak senonoh telah dimuatnaik oleh bekas teman lelaki menggunakan akaun facebook palsu.

Laporan polis kedua menyusul dibuat pada 26 November lalu.


Ramai berpandangan, pelajar universiti itu telah melakukan kesilapan dan berharap kejadian itu tidak diulangi.  


Selain daripada JAIP, pihak polis juga harus menyiasat dan mengambil tindakan berikutan dakwaan berhubung kes ugutan bunuh itu. 


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Terfikir, mengapakah gadis itu terpaksa membuat 2 laporan kepada pihak polis? Apakah tindakan susulan polis berikutan laporan pertama dibuat hampir 6 bulan lalu itu? 

Klik di sini untuk membaca entri di blog My Media.

9 ulasan:

  1. wakaka...IO tengah sebok dgn kes yang lebih berprofail...huhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  2. ni la org kata..terlajak perahu boleh d undur..t'lajak perbuatan buruk padahnya..
    smua jd pun sbb salah prmpuan tu jgk..gmbr m'buktikan sgalanya..
    dunia dunia..

    BalasPadam
  3. mcm kenal je Ottoman tu..mcm kenal je..wuakaka

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. polis tak buat kerja..kalau polis betul buat kerja, takkan pengawal keselamatan orang indon boleh dapat senjata api..kalau polis buat kerja, takkan jenayah semakin menjadi jadi di negara ni..polis hanya buat kerja bila bukit aman turun..kalau tak, semua report hanya terperap je..pernah dua kali buat report polis ekoran pejabat dipecah masuk dua kali..tapi sampai hari ni polis takde bagi apa apa feed back..kes senyap macam tu je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. janji gaji aku masuk
      proceed
      ko peduli hapee!!
      wakaka.

      Padam
  6. pengajaran buat wanita.. jgn hilang maruah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.