Rabu, November 13, 2013

JOEMAR KECUT TELUR


Akaun facebook rakan pembunuh pegawai operasi Ambank, Joemar Omar atau nama palsunya Osman Saleh telah ditutup.


Joemar, pemilik 2 akaun bank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Sehingga kini pihak institusi kewangan mash membisu, belum lagi menjelaskan prosedur dipraktikkan sehingga pemegang MyKad palsu berpeluang membuka akaun bank.

Saya menulis mengenai penjenayah kini diburu polis itu pada 31 Oktober lalu, klik di sini dan banyak gambarnya saya dedahkan sebelum dipaparkan di media cetak dan elektronik, tengok di sini.


Ringkasnya, untuk menutup akaun facebook, Joemar memerlukan kemudahan internet samada diperolehi dari rumah kenalannya atau kafe siber. Mengapakah dia bertindak menutup akaun terbabit? Penjenayah beasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia itu sedar, pelbagai maklumat telah dikumpulkan oleh pihak polis melalui informasi dicatatkannya selama aktif di facebook. Maklumat itu barangkali amat berguna untuk polis mengesan lokasi dia bersembunyi pada masa ini.

Joemar kecut telur.

Kemaskini status terakhir bekas pengawal keselamatan HARAM itu dibuat pada 23 Oktober, hari kejadian Loade Ardina Loade Rasila, 35 tahun, menembak mati pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, di Subang Jaya, Selangor.

Menurut maklumat dikongsikan oleh polis, Joemar dipercayai masih memiliki RM428,200 wang hasil rompakan Loade Ardina tempoh hari, klik di sini. Loade diberkas di Kota Tinggi, Johor, selepas 19 hari cuba memboloskan diri ke negara asal.

Bayangkan, Loade kini meringkuk di lokap, Joemar pula bak cacing kepanasan diburu oleh pihak berkuasa dan dipercayai masih berada di Malaysia.


Saya percaya selain pihak polis, orang awam juga tidak keberatan untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat kelibat bajingan ini.

7 ulasan:

  1. saudara.. melihat dengan lebih mendalam... si indon ini pernah bertugas di sapura.. yang mana kita tahu sapura menjalankan perniagaan dengan kementerian pertahanan adalah sukar untuk menolak andaian indon ini juga mempuyai maklumat berkenaan hal-hal ketenteraan malaysia... kita dapat lihat betapa bahayanya sekiranya benda yang asas seperti kad pengenalan tidak dijadikan sesuatu yang bernilai tinggi di dalam hidup kita seharian

    BalasPadam
  2. Yg menjadi tanda tanya bg saya ialah kalau pemegang IC palsu boleh buka akaun bank dan menjadi anggota RELA, tak mustahil orang2 begini juga telah menyusupi bekerja di sektor perbankan, security dan mungkin ramai yg dh masuk menjadi anggota penguatkuasa PBT, atau menjadi anggota Polis, Immigration, Kastam atau tentera...saya amat sangsi keberkesanan tapisan MyKad di setiap tempat strategik.

    BalasPadam
  3. En Mazidul , Mohon info pada pihak berkuasa agar siasat Group Acheh yang kini menguasai kedai2 makan , kedai2 runcit . Mereka mampu menubuhkan Enterprise bermakna mereka mampu melepasi sistem SSM dan Business Banking.

    BalasPadam
  4. Jangan lalai dgn aktiviti pengintipan oleh negara asing walaupun mereka itu negara jiran kita.kalau begitu mudah menggunakan mykad palsu..bertambah mudahlah kerja pengintipan itu !

    BalasPadam
  5. Kecut Telur, saya rasa telur pun dah tak ada !
    Kemana dia nak lari, klu ke Batam, adus ramai menunggu ! lumayan Pak ! hari nie Ruppiah jatuh sehingga 2.80, bayangkan 400K Ringgit Malaysia. Pastinya tekong darat, laut, bukit, lurah menanti nanti warga Indon yang pulang.
    Joemar pasti tidak berani pulang ke Raha, saudara mara Ardi pasti mencarinya. Mana mungkin Joemar senang lenang, Ardi dalam penjara. Sama sama kita tunggu kesudahan Joemar Telur Kecut ini bersembunyi.

    BalasPadam
  6. Syabas MAzidul atas pendedahan ini. Terlalu banyak tanda tanya disebalik isu pengawal warga asing haram ini!! Kita sebagai rakyat Malaysia mahukan penjelasan yang jelas dari pihak Kementerian Dalam Negeri tentang isu ini. Seolah2 tiada SOP yang perlu dipatuhi dalam pengambilan pengawal di negara ini. Lihat betapa sepinya KDN memandang isu ini berbanding isu OPS Cantas sebelum ini!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.