Guru bahasa Inggeris sekolah swasta warga Britain, Sarah Joseph, 38 tahun, kini trauma kerana anak sulungnya, Freddie Joseph, 18 bulan, diculik sekitar jam 6 petang semalam di rumah teres 2 tingkat mereka, terletak di Jalan Terasek, Bangsar, Kuala Lumpur.
Di bawah, gambar Freddie.
Seorang lelaki dilaporkan masuk ke dalam kawasan rumah dan kemudian melarikan anak kecil itu ke kenderaan Toyota Camry, dillapor menggunakan nombor pendaftaran, BKP 4386 berwarna putih diparkir di luar rumah. Berkemungkinan besar, nombor pendaftaran itu palsu. Sarah cuba mendapatkan kembali Freddie daripada lelaki bersenjata tajam terbabit tetapi gagal. Kenderaan penculik itu dipandu oleh wanita.
Sarah dikatakan masuk ke rumah buat seketika, meninggalkan anaknya berseorangan di ruang legar rumah, tempat pakir kenderaan.
Klik di sini.
Freddie, anak hasil perkahwinan Sarah dengan bekas suaminya, warga Filipina.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dipercayai dikenali oleh keluarga mangsa dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961, sabit kesalahan pesalah boleh digantung sampai mati.
Salurkan maklumat kepada polis melalui 03 2115 9999 jika mengetahui lokasi Freddie berada.
KEMASKINI
KEMASKINI
Freddie telah ditemui, klik di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.