Selasa, November 26, 2013

USAH BIARKAN OPERASI 'SEJUK'

"Sebelum ini terdapat 4 pengawal keselamatan wanita warga Filipina bertugas di sebuah kilang di Selangor Science Park 2, Cyberjaya," ujar pengadu.

Namun sejak pihak berkuasa mula membuka mata sekaligus melaksanakan pelbagai operasi membanteras pengawal keselamatan haram, mereka dilaporkan bercuti.

"Maklumat dalaman mengatakan, apabila operasi sudah 'sejuk' kelak, mereka akan kembali bekerja semula," tambahnya.

Pengawal keselamatan haram itu menggunakan MyKad palsu, kononnya berasal dari Sabah.

"Saya difahamkan, suami dan ahli keluarga mereka juga menggunakan MyKad palsu. Pengawal keselamatan warga asing itu dibayar gaji secara tunai kerana mereka tidak boleh membukan akaun bank," ujar pengadu lagi.

Seorang daripada wanita itu dilaporkan bernama Elpie Tahan tetapi nama tercatat di Mykadnya, Amil Intan.


Sejak berlaku kes pegawai operasi Ambank ditembak mati tempoh hari, majoriti fokus media, lambakan pengawal keselamatan haram warga Indonesia walhal ramai rakyat Filipina juga telah berjaya menyusup masuk ke Malaysia, kononnya bekerja untuk menjaga keselamatan harta benda dan nyawa.

Sebelum ini, 20 pengawal keselamatan haram warga Filipina dihadapkan ke mahkamah kerana memiliki Mykad palsu dan milik orang lain, klik di sini.

Dalam operasi bersepadu pihak berkkuasa di Kelana Jaya, Selangor pada 13 November lalu, seorang daripada pengawal keselamatan haram Filipina diberkas mendakwa, harga sekeping MyKad palsu, RM300 sahaja. Sindiket membekalkan MyKad palsu itu dikatakan beroperasi secara aktif di Sabah dan dijual kepada mereka setelah masuk ke negara ini.

Klik di sini.

Maksudnya, terdapat individu tidak dikenali identiti melacurkan dokumen pengenalan diri menyerupai MyKad asli.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Alhamdulillah, setakat ini pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan berusaha gigih, menangkap pendatang haram sekian lama bersarang di Malaysia. Mereka tidak seharusnya dibenarkan membina koloni di negara berdaulat, semakin ramai, semakin berkuasa.

Jika diteliti, kini warga asing memonopoli pelbagai bidang pekerjaan di sekeliling kita. Sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan pembantu rumah. 

3 ulasan:

  1. Ini memang "normal" kat Malaysia...Penguatkuasaan dibuat sebab public dah bising, lepas tu sengap teruih....HANGAT2 SEGALA JENIH T_ _ _....Dari kerani sampai la ke menteri semua LEKA...tidoq lena...makan gaji buta, tapiiiii takkan la PM pun tidoq kot. Pasaipa bila nak election boleh buat kempen MEGA tapi bila isu PATI ni macam xpenting je ATAUPUN ada diantara menteri/ketua pengarah/pengarah kanan/pengarah yang berkepentingan, dengan bahasa yang lebih tepat = MAKAN RASUAH

    BalasPadam
  2. operasi penangkapan pendatang tanpa izin harus di teruskan sepanjang masa. di condomonium tempat saya tinggal banyak wanita filipino menawarkan khidmat part time maid. saya sering tertanya apa permit yang mereka pakai dan bagaimana mereka boleh begitu senang masuk ke malaysia. yang mencuci kereta saya adalah lelaki dari negara India lewat malam dengan harga yang murah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time guna frasa PENDATANG HARAM..jgn nk brlembut n berlapik guna frasa PATI

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.