Khamis, November 14, 2013

APAKAH TINDAKAN KDN TERHADAP SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN BEKAS MAJIKAN JOEMAR?


Setelah meneliti puluhan profil warga asing berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia, saya mendapati majoriti mereka selama ini bekerja sebagai pengawal keselamatan HARAM di pelbagai syarikat kawalan keselamatan di Malaysia. Saya berharap pihak berkuasa turut menyedari fakta sama.

Jika disenaraikan nama syarikat terbabit, pasti penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri, KDN lenguh kaki untuk menjejaki setiap satu. 

24 Oktober lalu, lesen syarikat Kawalan Prima Sdn. Bhd dibatalkan kerana gagal membuat tapisan keselamatan terperinci terhadap bekas  pengawal keselamatan, Loade Ardina Loade Rasila, pembunuh pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib. Kesannya? Dilaporkan lebih 2,000 pengawal keselamatan menjadi penganggur. Sebilangan mereka diambil bekerja oleh syarikat kawalan keselamatan lain.

Kini lebih banyak syarikat didapati melakukan kesalahan sama. Namun tidak pula kedengaran KDN melaksanakan tindakan.

Lihat banyak nama syarikat tertera jelas di baju seragam pengawal keselaman Indonesia dipaparkan di sini.

Polis sedang memburu Joemar Omar, disahkan perancang rompakan sekaligus membabitkan insiden kematian ibu kepada dua anak itu.

Siapakah Joemar?

Joemar sebelum ini adalah bekas pengawal keselamatan HARAM menjaga bangunan Sapura. Terdengar berita pihak pengurusan syarikat terbabit mengadakan mesyuarat tergempar berikutan gambar tanda nama Joemar dipaparkan di blog ini.

Untuk pengetahuan, pada 31 Oktober, saya telah menghubungi kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat Sapura sebelum gambar terbabit dipaparkan. Saya maklumkan kepada staf lelaki menjawab panggilan telefon agar memaklumkan pihak pengurusan berhubung identiti Joemar. Ambil tindakan jika dia masih bertugas.

Baca di sini.

"Pengawal keselamatan bukan di bawah Sapura tetapi dibekalkan oleh pihak pengurusan bangunan," katanya.

Apapun logo Sapura dicetak jelas di atas kad tanda nama itu dan dimuatnaik sendiri oleh Joemar. Justeru agak mengelirukan kerana nama syarikat kawalan keselamatan dicetak lebih kecil.


"Nanti jika ada sebarang penjelasan, tolong hubungi balik," pesan saya kepada staf sama.

Biarpun saya meninggalkan nombor telefon bimbit peribadi kepadanya, sehingga kini tiada usaha untuk berkomunikasi semula. Saya tiada sebarang kepentingan dalam hal ini kerana bukan Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah kepada syarikat pembekal pengawal keselamatan, BEKAS majikan penjenayah itu.

Nama syarikat kawalan keselamatan menggajikan Joemar atau Osman Salleh, tertera di bawah nombor MyKad palsunya. Tidak jelas dilihat tetapi saya percaya penguat kuasa KDN boleh mendapatkan maklumat itu secara mudah. 

Tindakan double standard harus dielakkan agar kredibiliti pihak berkuasa tidak tercalar. Majikan Joemar terbukti menggajikan pengawal keselamatan HARAM, pemilik MyKad palsu dan kini berstatus penjenayah. Bezanya dia tidak bertindak menembak warga Malaysia secara tidak berhati perut. 


Sewaktu dalam buruan pihak berkuasa, dia telah menutup akaun facebooknya, klik di sini. Di bawah seorang lagi rakan facebook Loade Ardina, sebelum ini dikenali sebagai Ardi Hamza atau Ardi Ode Putra Katela.


2 ulasan:

  1. sebaiknye semua pengawal keselamatan adalah dari warga tempatan.. dan dinaikan taraf menjadi polis bantuan.. yg sudah pasti memperolehi berbagai faedah yg baik dan menarik.. dgn keadaan ini dpt menarik minat rakyat utk bekerja sbgai penawal keselamatan.
    keadaan yg terjadi adelah krn pelanggan2 sykt keselamatan mungkin mahu membyr dgn harga murah atau sykt2 keselamatan ingin menambah utg dgn membyr gaji yg murah dan faedah ala kadar kpd warga asing..
    kerana rakus dgn utg.. kite dedahkan diri kite dgn bahaya2..

    BalasPadam
  2. Saya org sabah, tgk muka mereka ini pun kami boleh tahu mereka bukan org sabah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.