Isnin, November 11, 2013

WAJAH PEMILIK SEBENAR MYKAD 'ANGGOTA RELA' DIKENAL PASTI

Dalam entri terdahulu, saya mengajukan soalan, bagaimanakah individu berstatus pendatang tanpa izin, PATI, warga Indonesia, Arshanikum Endeyn, layak menjadi ahli RELA?

Klik di sini.


Admin portal RELA memaklumkan,  pihak berkuasa itu sedang menjalankan siasatan. Bagaimanapun sumber berkredibiliti saya telah melakukan tugasan cemerlang. Berikut gambar sebenar pemilik MyKad digunakan oleh pengawal keselamatan HARAM di atas.  

Kepada RELA, sila rujuk Jabatan Pendaftaran Negara.


Saya difahamkan, pemilik MyKad disalahgunakan itu beralamat di Kampung Air, Kota Kinabalu, Sabah. Tidak hairan jika dia tidak pernah ditugaskan oleh RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Kini ternyata, RELA telah dikelirukan oleh pengawal keselamatan HARAM, Arshanikum.

Jika Hamdan, ahli keluarga atau kenalannya terbaca entri ini, sila hubungi saya melalui emel mazidulakmal@yahoo.com. Penjelasan warga Malaysia itu tentunya akan lebih mendedahkan pelbagai fakta berguna untuk rakyat Malaysia.

Sebelum ini, pengawal keselamatan menembak mati pegawai operasi AmBank di Subang Jaya, Selangor,  Laode Ardina Laode Rasila, 35 tahun, memaparkan di laman facebooknya, dia mempunyai akaun bank di Malaysia. 

Isu ini menarik perhatian sahabat saya, Zulhazri Abu Bakar, klik di sini. Berikut hasil maklumat perbincangan ringkas bersama beliau.


Dalam terma perbankan, Mykad dikenali sebagai Government Multi Purpose Card, GMPC. Pada tahun 2007, Bank Negara mengarahkan semua institusi perbankan di Malaysia menggunakan biometric scanner, pengimbas cap jari untuk setiap individu membuka akaun bank. 

Tujuannya untuk memastikan individu membawa MyKad terbabit, pemilik sebenar dokumen itu.

Justeru, bagaimanakah Laode Ardina, disahkan menggunakan MyKad PALSU terlepas daripada melalui proses pengimbasan cap jari di bank sehingga melayakkan dia membuka akaun simpanan?

9 ulasan:

  1. Btul tu, saya sendiri kdg kala menghadapi kesulitan bila mana mesin pengimbas my card itu 'pening'.beberapa kali mencuba baru mesin tsbt dpt mengesan cap cari.kne sapu losyen antara kaedahnya.PELIK btul klu my card palsu serta cap jari org itu blh dibaca dgn sgt baik oleh mesin tsbt.salah siapa ?

    BalasPadam
  2. Tindakan drastik bagi mengawal pendatang dari indonesia dan afrika perlu diambil berikutan peningkatan kes jenayah yg melibatkan warga ini. Mereka seolah-olah tidak menghormati undang2 negara ini. Harap saudara dapat membongkar lagi kegiatan warga ini, saya memberi sokongan padu terhadap saudara. Jika ada maklumat, sy akan salurkan pada saudara untuk disiasat. Insyaallah.

    BalasPadam
  3. ic palsu...satu isu yg sudah lama menghantui kami disabah...memang ada hikmah di atas segala yg berlaku...semoga isu ini dpt diselesaikan sehingga ke akar umbi.

    BalasPadam
  4. Ank aku nk kuar duit biasiswa tp bsn reject sbb katanya chip tk leh baca sdgkan itu ic baru.trpksa la aku bwk sijil lahir ank aku walau pada maaa yg sama aku ada masa ank aku nk kuarkan duit..tp lahanat ni sng2 je bkk akaun.heran aku cm wujud double standard lak dlm sistem perbankan negara..kera dihutan disusukan ank sendiri mmoos kojol

    BalasPadam
  5. Sebenarnya masih boleh lagi buka akaun kalau mykad tu palsu. Kerana apabila scanner takleh imbas mykad, pihak bank akan guna 2nd prosedur, iaitu fotostat je IC depan belakang.

    BalasPadam
  6. Kenal org dalam kot?

    Sehari selepas kejadian pegawai Ambank di tembak seramai 4 orang pengawal keselamatan dibangunan yang di jaga oleh syarikat tempat kerja suami saya hilang begitu sahaja. Sebelum itu suami saya telah syak mereka bukan warga tempatan tetapi tidak dapat berbuat apa2 kerana mereka bekerja di bawah syarikat keselamatan.

    Kat rumah saya pun ada kononnya mengaku orang Sabah, Tawau. Satu hari dia naik dan bertekak dengan saya (entah apa jenis lelaki) bila berpanjangan suami keluar tanya dia org mana katanya Tawau kemudian suami saya minta IC katanya ada tetapi pelan2 undur ke belakang dan turun!

    BalasPadam
  7. isu PATI dan ic palsu sudah lama di Sabah. org Sabah sudah jemu dan muak 2 perkara ini seperti tiada penghujungnya. masih ingat insiden pencerobohan di Lahad Datu, ramai org tempatan seperti takut utk berbelanja barang dapur di pasar besar. sebab ramai PATI di kwsn tersebut. seperti kwsn mereka shj. kawasan shopping mall seperti centre point pun bila hujung minggu dan cuti umum bole nmpk mereka berkumpul. dan kwsn tangga dan luar centre point berbau hancing dan ramai penjual rokok seludup.

    BalasPadam
  8. bukan susah pon.. kalau ic rosak, bank biasanya akan fotostat ic tu.. senang je..

    BalasPadam
  9. Alamat yg digunakan oleh 'Pemilik sebenar' mykad itu menimbulkan keraguan.Tidak dinafikan 'kg Air,Kota Kinabalu' dahulunya (sebelum pertengahan 80an)didiami majoriti masyarakat Brunei Sabah dan sedikit masyarakat Cina,namun kebelakangan ini boleh dikatakan org tempatan tidak lagi menetap di situ disebabkan lambakan warga asing sudah memenuhi seluruh pelusuk perkampungan atas air itu

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.