November tahun lalu Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20 tahun, melangsungkan perkahwinan mereka biarpun tatkala itu gadis terbabit berusia kira-kira 13 tahun. 11 November lalu, kira-kira setahun kemudian mereka disahkan bercerai di Mahkamah Syariah Kulim, Kedah.
Berita itu mendapat liputan meluas media.
Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44 tahun, mendakwa anaknya dirogol oleh bekas suami sebelum mereka diijab kabulkan. Berikutan laporan polis dibuat pada bulan Julai 2013, keluarga Fahmi dikatakan datang ke rumahnya dan berulang kali merayu agar laporan ditarik. Mereka bimbang Fahmi bakal berhadapan dengan tuduhan merogol. Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan disebat.
[ Sumber gambar : The Star ]
Fazira kemudian dilapor menggugurkan laporan polis terbabit, 6 hari selepas dibuat dan Saad mengizinkan Nor Fahmi mengahwini anaknya dengan alasan Fazira telah dirogol. Terkini, Saad juga mendakwa, tatkala tinggal bersama keluarga mertua, Fazira selalu ditampar, dipukul, tidak diberikan makanan dan tidak bersekolah.
Cerita itu didedahkan sendiri oleh Saad setelah pasangan terbabit bercerai, klik di sini.
Manakala Fahmi berkata, dia tidak merogol bekas isterinya sebelum berkahwin tetapi mendakwa Fazira curang dengan lelaki lain, berasal dari Kuala Ketil. Lelaki itu dikatakan telah merobohkan rumahtangga dibina.
[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]
"Dia (Fazira) bersikap kurang ajar dengan keluarga saya sedangkan kami menjaga dia dengan baik. Dia juga langsung tidak memasak di rumah," ujar Fahmi.
Baca luahan hati Fahmi di sini.
Kini timbul persoalan, adakah kerana Fazira menarik kembali laporan polis, justeru pihak berkuasa tidak menjalankan siasatan?
Beberapa peguam dihubungi oleh wartawan akhbar The Star berkata, polis dan Timbalan Pendakwa Raya tidak dibenarkan membatalkan laporan dibuat hanya kerana individu didakwa merogol mengahwini mangsa.
Klik di sini.
Hujah dikemukakan amat menarik perhatian saya.
Di Kota Kinabalu, Sabah, pengurus restoran, Riduan Masmud, 40 tahun, dituduh merogol gadis berusia 13 tahun pada 18 Februari 2013. Dia kemudian mengahwini gadis itu sebagai isteri ketiga, bertujuan agar ibu saudara mangsa menarik kembali laporan polis. Biarpun laporan terbabit ditarik pada 18 April tahun lalu, Riduan tetap didakwa di mahkamah dan proses perbicaraan masih berlangsung, klik di sini.
Jika diteliti, kes Riduan dan Fahmi seakan sama. Kelak kita nantikan perkembangan kes menarik perhatian masyarakat ini.
Untuk rekod, lelaki mengadakan hubungan seks bersama gadis di bawah usia 16 tahun, biarpun dengan kerelaannya, perbuatan merogol mengikut undang-undang.
antara 2 buah cerita, saya lebih percaya cerita dari bapa perempuan daripada bekas suami yang saya kira tak berguna. Cerita bapa perempuan lebih masuk akal beserta dengan bukti laporan polis. Cerita bekas suami saya rasa lebih ke arah penafian. Saya harap semoga ada keadilan untuk adik Fazira
BalasPadamBagi saya,walaupun undang2 mngatakan ppuan itu dirogol, sy mrasakan bapanya mengahwinkan anak perempuannya kerana telah terlanjur bersama teman lelakinya..untuk menutup aib,bapanya mengahwinkannya..kalau mangsa rogol rasanya akan benci lelaki tu dan xkan sanggup bersuamikan si perogol..apapun, keduanya masih belum matang, belym tahu apa itu tanggungjawab..mungkin itu punca penceraian..wallahualam..bnde dah pun berlaku,diharap kedua pihak dpt move on,perbaiki hidup masing2..belajar dri kesilapan..in future kalau nak kahwin lg,pastikan krn sbb yg betul dan ilmu didada dah penuh..kisah yg boleh dijadikan iktibar kpd ibubapa diluar sana spy bijak mendidik anak dn bijak mmbuat keputusan.
BalasPadambudak umur 13 tahun suruh masak pebendanya....anak dara umur 20 tahun pn lom tentu pandai masak...kesian fazira...
BalasPadam