Biarpun hujan turun lebat di Stadium Shah Alam, Selangor, semangat pasukan Kelantan dan Pahang bertanding di peringkat akhir Piala Malaysia tidak kelihatan goyah.
Semangat setiap pemain dibakar oleh 80,000 penyokong kedua pasukan. 50 penyokong Pahang dan Kelantan ditahan polis kerana memilki tiket palsu dan bahan terlarang setakat jam 5 petang tadi, klik di sini.
Separuh masa pertama, berakhir dengan keputusan 0-0 dan keputusan kemudian berubah 14 minit setelah perlawanan memasuki separuh masa kedua. Penyerang pasukan Pahang, Matias Conti kemudian berjaya menjaringkan gol pendahulu pada minit ke-59 sekaligus penjaga gol The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat, kecundang.
Minit ke-74, tendangan percuma untuk pasukan Kelantan disiakan. Manakala semangat pemain Hogoh Pahang Hogoh kelihatan semakin kental tambahan pula hujan turun mencurah-curah, berhenti.
Terfikir pada ketika ini, andai juara bertahan, Kelantan tewas, pasti semua penyokong akan kembali ke negeri asal, hampa. Perjalanan ke Kota Bharu selama kira-kira 8 jam dari Shah Alam pasti terasa lebih jauh berbanding biasa.
Setiap serangan pemain Kelantan dipatahkan oleh benteng pertahanan Pahang sebagai pasukan underdog, biarpun dikatakan peluang kemenangan 50-50.
Peluang terbuka, sepakan lintang di hadapan pintu gol Pahang pada minit ke-82 sekali lagi tersasar. Dua minit kemudian, tandukan pemain Kelantan berjaya ditampan oleh penjaga gol Pahang. Saya kira, itu antara peluang terbaik untuk Kelantan menjaringkan gol.
3 minit sebelum permainan berakhir, benteng pertahanan pasukan Pahang kelihatan semakin sukar ditembusi oleh penyerang kelantan. Sepakan sudut pada minit ke-88 tidak membuahkan sebarang hasil kepada The Red Warriors.
Pengadil memperuntukkan 3 minit masa tambahan.
Debarang semakin memuncak dan penyokong tidak berhenti menjerit, mengharapkan pasukan mereka sokong bakal berjaya dinobatkan sebagai juara pada malam ini. Pada minit ke-91, gawang gol Pahang cemas. Bola disepak kencang oleh pemain Kelantan terkena paha penjaga gol.
Keputusan akhir, Pahang 1, Kelantan 0.
Keputusan akhir, Pahang 1, Kelantan 0.
Tahniah pasukan Pahang! Tahniah kepada jurulatih, Dollah Salleh.
Selamat bercuti kepada semua rakyat Kelantan :) Berhati-hati sewaktu memandu pulang.
Selamat bercuti kepada semua rakyat Kelantan :) Berhati-hati sewaktu memandu pulang.
Inilah yg saya tunggu-tunggu tuan. Selalunya penyokong Kelantan ni bila balik dengan kemenangan, bukan nak hormat di mana tempat mereka lalu. Sepanjang jalan buat bising dengan menjerit-jerit dari dalam kenderaan. Seawal pagi esok saya nak tunggu depan rumah sambil tengok gelagat penyokong Kelantan balik ke negeri asal. Yang pasti ramai yang akan sorok bendera.....
BalasPadamtak baik mengata
PadamBetul tuan majoritinya begitu tapi tak semua, pening juga melayan karenah mereka, harap2 kekalahan ni mereka insaf dan berubah insyaallah.
PadamPETANDA AWAL...BN RAMPAS SUNGAI LIMAU...BN MENANG PAS KALA
BalasPadam