Khamis, November 28, 2013

LORI TERBAKAR DI LEBUHRAYA DUKE MASIH DI LOKASI (TERKINI)

Pada jam 5.10 petang tadi, saya menghubungi Pusat Kawalan Trafik DUKE dan bercakap dengan kakitangan bertugas, Zainul Abidin Azizan.


"Sebuah lori membawah minyak masak terbakar kira-kira jam 1.40 tengahari tadi berhampiran Plaza Tol Batu. Api telah berjaya dipadamkan. Kini hanya dua lorong dari Ampang ke Jalan Duta masih dibuka kepada pengguna. Pihak DUKE sedang menunggu lori, dalam perjalanan untuk membersihkan tumpahan minyak dan dijangka sebaik tiba di lokasi, petugas akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk menjalankan kerja pembersihan. Ketika itu hanya satu lorong sahaja akan dibuka," ujar beliau.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Tambah Zainul, kejadian itu tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Alhamdulillah.

Semoga maklumat dikongsikan oleh DUKE membantu pembaca blog ini.

1 ulasan:

  1. Nasib baik la bukan minyak petroleum. Masa saya lalu dari arah bertentangan petang tadi api pada bahagian tayar lori tersebut sedang marak membakar bahagian tangki. Saya memikirkan jika lori tangki tersebut membawa petroleum, ada kemungkinan ia boleh meletup. kereta-kereta yang berhenti kerana tidak berani meneruskan perjalanan pula terlalu hampir dengan lori tersebut. Alhamdulillah, tiada tragedi berlaku kecuali lori itu terbakar dan minyak tertumpah. Lori itu dilindungi insuran.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.