Isnin, November 11, 2013

BAGAIMANAKAH PATI (RAKAN FACEBOOK PEMBUNUH PEGAWAI BANK) LAYAK MENJADI AHLI RELA? (UPDATED)



Saya telah berulang kali menghubungi Ibu Pejabat RELA di Putrajaya tetapi gagal untuk menyampaikan maklumat berhubung lelaki warga Sulawesi, Indonesia, kini menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Melalui sumber berkredibiliti, Arshanikum Endeyn juga dilapor menggunakan MyKad palsu dengan nama Hamdan Hamid dan kononnya berasal dari Sabah. Saya kemudian menghubungi Pengarah RELA Wilayah Persekutuan, Rahim Abdul Rahman dan menerangkan kepada beliau perincian kes ini.


Barangkali Rahim tidak pernah membaca blog Bersama Mazidul, tidak mengenali saya dan berkata kes ini di luar pengetahuan beliau. Apapun perincian kes telah saya kongsikan bersama Rahim melalui perbualan telefon tatkala beliau berada di Central Market, melawat kakitangannya. 

Bagaimanakah pendatang tanpa izin, PATI layak menjadi ahli RELA?

Itu persoalannya.

Adakah dia juga penerima elaun RELA? Waduh! Lumayan! Lumayan! Pada masa sama berpeluang juga memberkas warga sebangsa, menetap secara HARAM di Malaysia?

Apapun, kepada pembaca taksub ingin mempolitikkan kes ini, forget it. Ini bukan wadahnya. Pihak berkuasa perlu menyiasat kes ini secara LEBIH terperinci, sebelum fakta terserlah. 


Semalam, saya mendedahkan, tindakan Arshanikum, pemilik Mykad palsu, mendaftar menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan menggunakan identiti individu lain. Dia juga disahkan layak mengundi sewaktu Pilihan Raya.

Hebatkan?

Gila.

Klik di sini.

Saya kemudian menghantar kandungan entri kepada Portal RELA. Berikut respon dihantar ke facebook saya.




Tambah Admin portal, Hamdan Hamid, antara 2.9 juta ahli berdaftar RELA dan pihak berkuasa itu sedang mengesan alamat ahli terbabit sewaktu mendaftar pada 16 Jun 2013. Turut dimaklumkan, pemegang kad keahlian itu tidak pernah terbabit dalam sebarang penugasan RELA.

Mungkinkah wajah Hamdan 100% seiras dengan wajah Arshanikum? Atau wujud sindiket mencetak wajah Arshanikum dan memaparkan identiti Hamdan? Saya akan membuat penyelidikan lanjut mengenai hal ini.

Hari ini akhbar utama memaparkan berita, Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM sedang memburu rakan penjenayah menembak mati pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib pada 23 Oktober lalu.



Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, nama sebenar penjenayah diberkas semalam di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor itu, Loade Ardina Loade Rasila, berusia 35 tahun, klik di sini

Kini PDRM sedang giat memburu rakannya, dikenali sebagai Joemar. Joemar dipercayai perancang bertindak sebagai dan kini menyimpan sebahagian daripada hasil rompakan lebih RM400,000.

Sesungguhnya hati kecil saya membisikkan fakta tepat.


Saya telah mendedahkan mengenai rakan facebook Loade Ardina, Joemar Omar,  pada 31 Oktober 2013, kira-kira seminggu selepas kejadian rompakan bank di Subang Jaya, Selangor berlaku. Dia dipercayai pernah berkhidmat dengan Sapura sebagai pengawal keselamatan HARAM menggunakan MyKad dan nama palsu, Osman Salleh. Berikutan itu pada hari sama entri ditulis, saya telah menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Sapura dan memaklumkan kakitangan bertugas mengenai Joemar.

Klik di sini untuk membaca pendedahan awal saya dan baca di sini, laporan Utusan Malaysia, hari ini.


Saya berharap RELA akan melaksanakan tindakan lebih serius, mengesan PATI menjadi ahli sekaligus mengelirukan pihak berkuasa dengan sewenang-wenangnya.

Sila SHARE, terima kasih.

18 ulasan:

  1. Assalam Mazidul, sesungguhnya kematian Norazita Abu Talib @ Ita membawa seribu rahmat kepada negara. Betapa selama ini rupa-rupanya ramai warganegara Malaysia adalah warganegara palsu. Mudah sungguh rupanya proses memiliki taraf kewarganegaraan Malaysia ini. Mahal sedikit harganya daripada membeli sebungkus kuaci! Kematian Ita membuka mata rakyat (sepatutnya pemerintah) bahawa aktiviti sindikit i/c palsu telah lama berlaku, masih berlaku dan menjadi aktiviti bisnes paling menguntungkan. Hanya dengan RM200 sudah boleh menjadi warganegara! Bukankah itu gila namanya? KDN, Imigresen dan jabatan2 yang terlibat, sila buat kerja. Pantau anak buah masing-masing dan pastikan anak buah yang jadi pengkhianat dikenakan tindakan paling wajar. Rasanya hukuman mati mungkin sesuai. Tanpa kematian Ita, sampai bila-bila penyelewengan dan pengkhianatan isu i/c palsu tak akan diambil perhatian. Kematian Norazita Abu Talib adalah mati syahid.

    BalasPadam
  2. sesungguhnya apa yang berlaku tu bersebab dan ada hikmah tersembunyi... seperti dalam kes ni, baru la mata kita semua nampak bertapa ramainya guard haram ni di sekeliling kita... mereka buat negara ni macam diorang yang punya... pernah juga saya sendiri bergaduh dengan guard di apartment yang pernah saya duduki... ketika itu saya sendiri terfikir, macam saya pulak yang menjadi pendatang di negara sendiri... cara mereka melayan kita sangat kurang ajar... semoga dengan tertangkapnya penjenayah kejam ni akan terbongkar juga sindiket ic haram dan tertangkapnya dalang disebalik semua ini.... Semoga arwah Norazita tenang di alam sana dan semoga ditempatkan di kalangan org beriman dan dikasihi Allah SWT...

    BalasPadam
    Balasan
    1. "semoga dengan tertangkapnya penjenayah kejam ni .."

      udah tangkap penjenayah tu..
      penyelia/supervisor... boss/majikannya jangan terlepas pandang la pulak...
      tentunya ada akta dan seksyennya skali !!

      Padam
  3. Bangunlah pihak berkuasa! Kerahlah seluruh tenagamu, perginya Arwah Norazita harus dibela dengan memerangi pendatang asing ini.

    Sebagai rakyat Malaysia juga seharusnya kita sama-sama bekerjasama membanteras jenayah dan mempertahankan kedaulatan negara ini.

    BalasPadam
  4. Kalau aktiviti pemalsuan kad pengenalan ini berlaku di negara China, hukumannya adalah mati. Sama juga hukuman untuk penerima rasuah. Pihak berkuasa sepatutnya merasa lapang kerana sebahagian besar kerja menyiasat kemelut pemalsuan myKad telah dilakukan oleh saudara Mazidul. Atau mungkin ada pegawai dalam agensi/jabatan tertentu yang sedang merasa panas buntut dek pendedahan yang dilakukan?

    Bayangkan sekiranya negara jiran sekali lagi melancarkan konfrantasi "Ganyang Malaysia" seperti di tahun 1960an dahulu. Sudah pasti "musuh dalam selimut" ini akan menganyang Malaysia selumat-lumatnya....Syabas di atas "thankless" job ini, saudara Mazidul. Sebenarnya sumbangan suadara amat besar kepada keselamatan negara dan rakyat Malaysia. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. Anda adalah "investigative journalist" yang sejati!!!

    BalasPadam
  5. pendatang HARAM yang mudah terjebak dengan jenayah kini memakai uniform , bebas kemana2 dan memegang senjata . Satu ironi yang menyakitkan , bukan ?

    BalasPadam
  6. Hi mazidul, saya pernah tinggal di indonesia. Ada newspaper di indo pernah memaparkan bahawa banyak warganya menjadi anggota RELA. Soalan ini pernah ditanyakan kepada pm kita najib dalam acara lawyers club di indo. Masa tu kes malaysia copy budaya indo. Pernah ada acara tv di indo paparkan kisah orang di perbatasan indo malaysia. Orang di perbatasan indo malaysia ada dua ic .. Satu indo satu malaysia. Mcm mana perkara ini boleh berlaku?? Kawan saya asal orang naratiwat thailand jadi warga malaysia sejak kecil sebab mak bapaknya ikut program kerajaan memberi ic kepada mereka disana. Sekarang dia tinggal di terengganu, tapi kena undi umno.. Kes bahi ic ni dah lama dari dulu. Kalau ke tawau semua orang bugis. Balik raya pasti ke ujung pandang sulawesi. Jadi di tawau x dpt beza mana indon mana malaysia sebab semua cakap bugis...tolongla kerajaan buat sesuatu. Nasi dah jadi bubur baru nak bertindak...

    BalasPadam
  7. Isu pendatang asing mungkin ada kaitan dengan tsunami cina pada PRU13. Kita asyik soal tentang pendatang dari negara-negara ini, bagaimana dengan pendatang dari China yang hilang begitu sahaja? Kalau ops cantas diperluaskan untuk membanteras pendatang China ni juga, pasti ada golongan rasis dan cauvinis yang menyalak. Takpe, teruskan banteras habis-habisan sebelum menjelang PRU14. Kita akan nampak perbezaannya.

    BalasPadam
  8. dah lame dah isu ni baru nak buat liputan ke? time pru13 ari tu dah bgtau tp ade tv3 buat liputan? dah ade yg meninggal barula nak heboh sane sini. nak suruh kdn siasat buat apa? kdn yg tolong masukkan pendatang2 ni semue ke malaysia utk menang besar dlm pru...lagi nak suruh siasat? serupe mcm bg labu kat tikus la mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik daripada awak yang tidak berbuat apa. Kalau enggan berterima kasih, perlukan memperkecilkan usaha saya?

      Padam
  9. Hrm... Ini baru indon, Bagaimana dengan warga China yang tumbuh macam cendawan?..

    Misdirection? Saya harap pihak berkuasa tidak hanya memfokuskan pada warga Indon.
    warga india dah china pun mesti dipantau sama. Mana tahu lagi banyak pembongkaran terhasil. lebih-lebih lagi selepas PRU13 dimana kita lihat mereka telah cuba merampas kuasa.

    PRU14 bagaimana?

    BalasPadam
  10. Terima kasih pada saudara mazidul..moga usaha ini akan ada kesannya..

    BalasPadam
  11. Kami di Sabah telah lama luahkan mengenai Projek IC ini.. bermula sejak Projek M lagi.
    Projek M walaupun telah ditamatkan.. tapi modus operandinya tetap berjalan dan diteruskan untuk kesinambungan tujuan Projek M.

    BalasPadam
  12. PR dah bangkitkan lama dah....ada kerajaan peduli atau siasat?

    BalasPadam
  13. Saya sebagai rakyat sabah rasa kecewa apabila ada sesetengah pihak mendakwa orang sabah banyak mengeluarkan penjenayah...namun kami masih percaya yg ini semua adalah disebabkan penggunaan ic palsu sudah berleluasa di sini..saya mohon kepada mazidul agar isu ini boleh dibawa ketengah dan kalau boleh pihak berkuasa mulai saat ini buat lah satu operasi secara besar besaran mencari pemilik ic palsu yg saya rasa masih ada digunakan pada waktu ini..ini adalah demi keselamatan kami seluruh warga negeri dibawah bayu...

    BalasPadam
  14. Dah lama dah berlaku.. dulu banyak pihak sudah bentang hal projek IC di Sabah kat surat khabar tempatan tapi tiada tindakan di ambil. Maklum balas pihak tertentu bahawa pihak dorang di fitnah. Kalau berani tunjuk kan bukti dibalasnya. Kini selang dua dekad. Baru semua bukti terkeluar dan siapa disalahkan? Penduduk Sabah disalahkan tapi dorang sudah lama bentangkan. Engkau ingat penduduk Sabah boleh buat IC MyKad Malaysia? Tiada tindakan susulan sehingga kini..

    BalasPadam
  15. orang sabah tulen tau membezakan antara orang sabah tulen dengan yang celup. masalah projek IC sekarang bukan saja di Sabah. tapi melarat ke Semenanjung. Hm.... sindiket tu memang menyusahkan! memperdagangkan kedaulatan Negara hanya sebab nak duit lebih!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.