Selasa, November 12, 2013

LAYAKKAH PENGELUAR KAD KOMUNITI MENGESAHKAN STATUS PELARIAN WARGA MYANMAR?


Gambar penjual sireh di ruang pejalan kaki di Jalan Lebuh Pudu, Kuala Lumpur, dihantar oleh kenalan melalui WhatsApp. Kawasan terbabit lebih dikenali sebagai Myanmar atau Bangla Street di kalangan orang ramai.


Mudahnya di Malaysia. Petik sireh, beli kapur dan pinang, duduk dan meraih rezeki tanpa perlu menghiraukan undang-undang dan peraturan. Oh! Malaysia ku!


Untuk tidak membuat tanggapan semberono, saya ke Pengkalan Bit Central Market, Kuala Lumpur, bertemu gabungan anggota RELA, JPAM, DBKL dan polis.

Saya memohon untuk menyertai rondaan bersama pihak berkuasa itu ke Myanmar Street. Permintaan itu dizahirkan.


Saya difahamkan perniagaan di deretan kedai di Jalan Lebuh Pudu dimonopoli oleh warga Myanmar dan Bangladesh. Mereka menjadi pemilik restoran, salun dan kedai runcit.


Tiada lagi kelihatan iklan menggunakan bahasa kebangsaan. Kedai mereka, bahasa mereka.


Restoran Myanmar di tingkat 1 bangunan kedai di bawah didapati beroperasi dengan lesen tamat tempoh sejak Februari lalu.


Pemiliknya, seorang wanita Myanmar bersama suami sebangsa, diarahkan untuk ke pejabat DBKL. Menurut wanita beranak dua itu, dia menyewa premis terbabit daripada warga tempatan dengan kadar RM7,000 sebulan.

"Lesen sudah 9 bulan mati," celah saya.

Dia hanya tersenyum bak tidak melakukan sebarang kesalahan. Tempoh hampir setahun menjalankan perniagaan tanpa lesen sah? Hairan dan ajaibnya kejadian itu.

Tanpa lesen hiburan, dipercayai restoran sama turut menawarkan kemudahan berkaraoke kepada pelanggan, biarpun dinafikan oleh pemiliknya.


Sewaktu turun dari restoran, saya rekodkan gambar di bawah. Lambang jelas sikap pengotor dan menjijikkan warga Myanmar tidak berupaya disangkal.


Lalu kami mencari sumbernya, beberapa penjual sireh warga Myanmar, berniaga secara HARAM di ruang tepi kedai.


Beberapa meter dari lokasi itu, air sireh diludahkan sewenang-wenangnya.


Lihat betapa ramainya warga Myanmar memerhatikan tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa. 


Bukan sahaja perniagaan dimonopoli di sini malah dilaporkan pada hujung minggu, sukar untuk warga tempatan berjalan secara selesa akibat dibanjiri oleh warga asing terbabit.


Tatkala lalu berhampiran bangunan Cahaya Suri, berhampiran Pudu Central, kami terlihat lelaki terbaring di tengah jalan.


Kopral Harizan Che Omar cuba membangunkan lelaki itu. Bau alkohol tiba-tiba menusuk hidung saya.

"Mabuk teruk. Ada kesan luka di kepala dia," bisik anggota JPAM bersama kami.

Lalu secara perlahan mereka membangunkan lelaki itu berulang kali sehingga dia tersedar dan duduk.

Lukanya kemudian dirawat.

"Baiknya kita. Warga asing terbaring mabuk tidak sedarkan diri masih dirawat lukanya," saya bersuara.


Saya kemudian menemu bual lelaki berasal dari Nepal itu sambil diperhatikan anggota pihak berkuasa.


"Saya tinggal di Malaysia sejak tiga  tahun lalu. Pada mulanya saya bekerja di Johor dan kemudian melarikan diri daripada majikan. Selepas itu saya bertugas sebagai pengawal keselamatan (haram) selama dua tahun. Sekarang saya menganggur," jelasnya.

Dia sudah berkahwin dan ayah 2 anak, kini menetap di negara asal.

"Setiap hari kerja dia meminta duit daripada orang ramai, seringgit, dua ringgit untuk membeli Tai Song, arak murah. Minum dan kemudian mabuk terkangkang, baring di laluan pejalan kaki," celah lelaki tiba-tiba datang mendekati kami.


Hemat saya, sampah seperti ini tidak perlu dibenarkan tinggal lebih lama lagi di negara kita cintai ini.

Beberapa dokumen warga Myanmar diperiksa oleh Hanizan. Lelaki di bawah didapati pemegang kad UNHCR sah dan dibiarkan beredar.


Sebelum ini saya mendapat maklumat disalurkan oleh orang ramai berhubung kewujudan kad komuniti di kalangan rakyat Myanmar tinggal di negara ini.


Untuk rekod,  Arakan,  Chin dan Zam,  antara  kumpulan etnik di Myanmar. Biarpun mereka berasal dari negara sama, tidak semua etnik itu sebulu dan bersatu. Justeru tidak harian pelbagai kad dikeluarkan mengikut kaum.Teliti pula maklumat tercatat di belakang kad kini diedarkan di kalangan pendatang asing terbabit.

Lebih menarik, pengeluar kad komuniti itu bertindak mengesahkan status pelarian warga terbabit. Perhatikan ayat pertama di bawah.


Orang tempatan tidak mengeja 'kanegara'.

Semua pemegang kad terbabit BELUM disahkan lagi sebagai pelarian kerana mereka tidak memiliki kad UNHCR. Hairannya, mengapakah mereka masih diizinkan terus tinggal bebas di negara ini? Apakah status sebagai mereka? Pendatang tanpa izin? Saya dimaklumkan, mereka memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial serta pasport. 


Setelah tamat tempoh sebulan berstatus pelancong di negara ini, warga asing bukan beragama Islam terbabit kemudian membeli kad komuniti berharga RM30 setiap satu. Mereka percaya kad itu menjadikan pemilik kebal daripada tindakan undang-undang.

Nampaknya layanan terhadap warga Myanmar jauh berbeza berbanding layanan diberikan kepada warga Islam Rohingya, juga berstatus pelarian, terus merempat di Malaysia. Tiada pihak mengeluarkan kad komuniti untuk melindungi mereka.


Apapun, rakyat Malaysia berhak untuk tahu, apakah penjealsan serta tindakan pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen dalam menangani isu ini.


18 ulasan:

  1. Berapa banyak dah disogok (rasuah) org kita sampai melimpah dgn warga asing? Adakah pihak tertentu yg melindungi sendikit? Tiba masanya gabungan pelbagai ajensi kerajaan beroperasi bersama dan dipantau hingga PATI dan banjingan yg gadai negara dinyahkan dari bumi Malaysia. Moga En Mazidul bawa cadangan ini ke persada kebangsaan. Jasamu moga dikira sbg amal ibadah oleh Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap isu ini akan ada titik noktahnya...dalam masa yang sama macam mana untuk kenal pasti PATI dari China dan India.

      Padam
  2. Salam saudara mazidul hampir 10 tahun saya tak menjejak di kawasan pudu disebabkan fobia dengan kebanjiran warga asing yang sah dan banyak juga yang haram. Saya ingat warga asing dah dibanteras oleh operasi 6P nyata bukti dan gambar di blog saudara menunjukakan KDN bermain wayang kulit. Memalukan ditengah pusat banndar pendatang haram boleh menguasai lot kedai dan menjaja ikut suka. Sebagai rakyat Malaysia saya melihat negara ini parah dan semakin hampas. Mana dia agensi Kerajaan DBKL yang sibuk meruntuh gerai penjaja melayu? Mana dia polis ? Mana dia imigresen? Mana dia kastam membateras rokok haram yang dijual dikawasan ini? Mana dia pemimpin baik pemvangkang atau pemerintah. Adakah itu harga kemajuan yang perlu dibayar oleh rakyat?. Saya percaya sorotan gambar oleh blog saudara memang tulen. Melihat kepada senario yang menjijikan di negara ini nyata terdapat KARTEL dalam isu pendatang asing haram. Ini bukan lagi sindeket kecilan anak anak. Percatlyalah kartel ini telah memegang seluruh agensi kerajaan dengan duit. Kalau tanya bukti pada saya gambar dalam blog ini bukti dan nyata tiada tindakan oleh agensi kerajaan lebih 10 tahun dalam isu ini. Aduhai Malaysia

    BalasPadam
  3. Yang kena bunuh kat myanmar tu semua orang islam. yang dapat UNCHR kebanyakkan org bukan Islam.

    Tengoklah yang masuk dekat wad TB kebal tu semua org myanmar. Semua pesakit TB org myanmar. kita bazir duet berjuta2 untuk rawat orang dorang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat Malaysia membayar Cukai bukan untuk dibazirkan seperti ini!!

      Padam
  4. gud job bang teruskan usaha membanteras jenayah dan salah laku warga asing dinegara kita..seharusnya pihak imigresen bersama melakukan pemeriksaan terhadap warga asing ini..semoga ada pemeriksaan ulangan dilebuh pudu bang dan kembalikan keamanan zaman 90an malaysia kita bang..tahniah bang ;)

    BalasPadam
  5. bila saya meniaga, mencari sesuap nasi, banyak pulak bangsa kita sendiri larang & banyak songeh, tapi bila isu macam ni naik, pejam mata je pihak berkuasa..panas nya hati!

    BalasPadam
  6. Saya cuma nak berkongsi pengalaman.... Cuba tengok kat Jalan Silang, Kuala Lumpur dan Pasar Borong Selayang (baru dan lama). Penuh penjaja sireh ni... Mereka meludah merata-rata dan menjadikan kawasan tersebut sangat busuk dan amat menjijikan... Mereka sangat pengotor! Aduh...!! Apalah pihak berwajib seperti PBT dan Imigresen ni buat.... Yang bertugas kat sempadan tu... macam mana mereka boleh lolos...

    BalasPadam
  7. tahniah bro diatas pendedahan yang berterusan .. di harap pihak berwajib dapat menggunakan info dari blog mazidulakmal.com untuk membanteras limpahan pendatang asing di Malaysia.

    P/s : harap bro mazidul dapat mendedahkan bagaimana warga asing ( IC palsu) dapat membuka akaun bank .. mesti pegawai bank pon tgh kepanasan sekarang ni ..

    BalasPadam
  8. Tahniah. Kupasan yang sangat mantap, saya mohon untuk share ye...

    Pandangana saya begini :

    1. Setelah bandar dan kampung kita banjir dengan pendatang haram ini, masihkah dibenarkan mereka yang diluar sana masuk ke negara kita? Baik secara sah atau tidak?

    2. Pihak berkuasa di negara ni perlu diberikan kursus/motivasi untuk memantapkan lagi peranan masing-masing. Ianya bukan tertakluk kepada pegawai bawahan saja tapi pegawai atasan juga. Tidak dinafikan, sebagai manusia kita ada pasang surut semangat dalam menjalankan tugas. Banteras betul2 pendatang haram ni, kalau dibiarkan kesian anak cucu kita nanti.

    3. Rakyat biasa pula janganlah hanya mengharapkan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab, kita juga harus membantu. Ada banyak cara untuk membantu, buatlah semampu kita. Ini negara kita, jangan pula kita menjualnya. Kalau dah dapat tender buka perniagaan, janganlah bagi pada pendatang asing. Sekarang awak untung berlipat ganda, tapi nanti rugi yang awak tak nampak lagi banyak. Untung bukan sekadar dikira melalui duit tapi kebajikan kepada rakyat kita bagaimana pula?

    4. Nilai keselamatan penduduk Malaysia sekarang di tahap berapa ye? Sekarang ni nak lepaskan anak-anak main di depan rumah pun takut. Kadang-kadang bukannya kita tak sedar, kita ni dah jadi 'terlampau melindungi' anak-anak, tapi keadaan memang tak mengizinkan. Melihat pendatang haram ada di mana-mana ngeri saya rasa.

    Marilah kita menjadi orang yang dapat memberikan manfaat kepda orang lain terutamanya agama, bangsa dan negara kita dulu. Jangan yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat. Maaf juga kalau pandangan fakir saya menyakitkan.

    BalasPadam
  9. mohon pergi ke daerah batu pahat,johor di sini pun banyak warga asing sampai ada juga yg berniga dan mana pihak PBT mohon ambil kepada mereka ini.

    BalasPadam
  10. Tahniah. Kupasan hebat!

    Di Ipoh juga ada ramai. Siap dah ada yang buka restoran. Paling ramai pada hari cuti hujung minggu dan cuti umum. Kadang-kadang takut juga nak berjalan kaki seorang. Takut di bumi sendiri. Ha macam mana tu? Tolonglah wahai kerajaan Malaysia. Carilah jalan penyelesaian SEGERA!

    BalasPadam
  11. Tahnniah abg mazidul.saya bangga dengan peranan anda sbg warga prihatin..harap ramai lagi spt anda..cuba kupaskn isu tokey restoran besar yg rata- rata terdapat d utara semenanjung.ini bukan isu baru.meraka adlh warga thailand.kami peniaga terpaksa bersaing bermati- matiam dan bermula dari bawah.mereka pula terus menghidupkan kedai makan dengan gah tidak bermula dari bawah..pd tahun lepas imegresen telah membuat pemantauan dan kesemua restoran tutup.nampak sudah mereka tidak berada secara sah.tetapi..tidak smp 2 bulan beroperasi balik dengan tukang masak baru.kemudian membina lagi satu restoran.subsidi malaysia telah digunakan.hasilnya mereka bw pulang ke negara mereka.minta kupaskn isu ini..

    BalasPadam
  12. Adakah suara kita didengari dan di hiraukan ? isu pendatang asing ini bukan baru setahun dua jadi isu panas. Rakyat marhaen dah lama mengeluh, merayu dan meminta agar pihak berkenaan yang ada kuasa untuk bertindak. Malaysia hanya indah pada nama saja akhirnya.

    BalasPadam
  13. Sebenarnya inilah akibatnya bila rasuah berleluasa. Aku yakin ada diantara penguatkuasa yg telah dirasuah dan menutup sebelah mata diatas kebanjiran aktiviti pendatang asing ini. Kat tempat aku bila tanya indon yg takde permit or lari dari majikan samada mereka tak takut kena tangkap ke, dijawabnya takpe bang saya sudah bayar.

    Kalau pemimpin dok makan rasuah berjuta-juta takpe, kalau aku jadi penguatkusa pun aku tak terasa sangat kalau ambik 2,3 ribu sebulan dari mereka semua itu.

    Sekarang ini whatever problem the solution is political. Bila u trace whatever problem yg berlaku disekeliling kita kita akan jumpa root cause dia ialah sebab politik. Tak caya? Cuba bagi satu permasalahan nanti aku trace

    BalasPadam
  14. Inikah negara berpendapatan tinggi yang sedang dibina? Penuh dgn warga asing yang membawa pelbagai jenayah dan menyedut kekayaan negara utk dihantar ke negara sendiri?

    Allahu Akhbar!

    Apakah kerajaan 'segan' utk bertindak secara keras dan tegas dlm isu ini kerana 'menjaga semangat setiakawan dalam ASEAN'?

    Jika begitulah gayanya, sahlah negara ini menuju kehancuran dan kecelaruan etnik dlm tempoh 20 tahun akan datang

    BalasPadam
  15. Salam. Isu nasional yang perlu diambil tindakan segera sebelum ianya menjadi wabak yang tidak mampu diubati. Kebanjiran pendatang asing ( samada secara sah & tidak sah ) di Malaysia amat menakutkan sehingga warga malaysia sendiri seolah menjadi pendatang di negara sendiri. Lihat sahaja Pusat Bandar Klang, Selangor ketika hari raya puasa, Ma'asya allah ..... apatah lagi bandaraya Kuala Lumpur seperti Petaling Street & Chow Kit. Aktiviti di malam hari yang sangat happening di sekitar Bukit Bintang ex di Jalan Nagasari seolah berada di luar negara

    Bro Mazidul, persekitaran slim village,perak berdekatan dgn kampung bro (Sg. Bil) yang dulunya thn 80an-90an nak tengok mamat indon pun susah apatah lagi abang Bangla TAPI kini dah menjadi 'warga tempatan'..mudah dilihat.

    Kehadiran mereka perlu dikawal mengikut keperluan tenag kerja di sektor-sektor yg memerlukan. Setiap agensi kerajaan wajar memainkan peranan masing-masing, begitu juga segelintir pemimpin politik & NGO-NGO serta pihak pembangkang yang tidak mempolitikan isu kebanjiran pelancong luar. Diharapkan juga agar tidak terlalu menjaga populariti sehingga 'mengganggu' pihak berkuatkuasa melaksanakan tugasan mereka. Isu biokrasi & ketahanan mental staff agensi penguatkuasa dari tawaran & sogokkan termasuk ancaman dari suara/tangan dari 'langit'..doa saya agar mereka ini diberikan kekuatan oleh allah.

    Topik harian di media elektronok, dada akhbar & media sosial .........
    (1). Aktiviti pelacuran & rumah urut yang bersepah sepah di setiap bandar & pekan2... awek cina dari china, awek Indon/Thai, Vietnam, Russia & Mongolia.
    (2). Kelibat warga africa yang menghuni di flat & apartment sehingga mengancam keselamatan warga tempatan khasnya kaum wanita. Ini tidak termasuk aktiviti minum arak di kawaasan terbuka.
    (3). Kes pecah rumah & bawak lari anak dara/ isteri orang.
    (4). Pembantu rumah lari - Majikan dipersalahkan & terpaksa menanggung kos.

    Kenapa ' warga asing' memilih negera kita untuk "cari makan" ? Adakah kerna keterbukaan negara, sikap terlalu memilih kerja oleh warga tempatan, sikap ambil mudah dgn menyewa premis / tapak perniagaan kpd warga asing, keramahan & sifat mesra warga kita sehingga mudah menjadi mangsa... Bagaimana senario di negara kita dalam tempoh 20 tahun akan datang? Apakah nasib anak-anak kita? Adakah negara senario politik malaysia akan berubah seperti di negara Singapora? fikir-fikirkan.

    BalasPadam
  16. Kepada pihak berkuasa, tolonglah ambil tindakan sewajarnya. TOLONGLAH hantar balik mereka ke negara asal mereka dan seterusnya kawal dengan ketatnya kawasan pintu masuk negara. Ini negara kita, mereka tak boleh berbuat sesuka hati dalam negara kita. Jangan dengan mudah bagi mereka masuk. Kang kata tak buat kerja marah, ni dah ada kerja.. cepatlah bertindak. TOLONGLAH....

    Dalam masa yang sama, ambil tindakan terhadap pemilik-pemilik bangunan/lot kedai yang disewakan kepada bangsa asing tu. Kalau mereka tak bagi ruang pada bangsa asing tu, takkan semudah itu mereka dapat tapak meniaga.

    Rasa geram pada lelaki Nepal tu. Penguatkuasa siap bantu dan merawat.. ok takpelah - atas dasar perikemanusiaan. Tapi apa tindakan selanjutnya yang dilakukan? Biarkan? Tangkap? Nak tunggu ada kes baru nak bertindak? Tolonglah saya merayu kepada pihak berkuasa, cepatlah bertindak. Ni dah masuk dalam blog en. Mazidul, takkan nak senyap lagi kot.

    Bukan mudah nak buat semua tu? Kalau dikawal dari awal, mudah semua urusan, takdelah macam sekarang ni.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.