Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.
Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.
Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.
Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan. Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...
"Kemboja! Kemboja!"
Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.
Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.
Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.
Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.
Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.
Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.
Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.
Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.
Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.
Menarik? Pelanduk dua serupa?
Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.
Ya, kejadian pelik.
Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini.
Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini.
Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.
Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.
Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van.
Tadaaaaaaaaaa!
Dia kemudian saya 'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.
Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami.
Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.
Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya.
"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju merah.
Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.
Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab itu.
Terlintas di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?
Mendengar saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis terbabit.
Dia kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang ramai.
Pengemis itu kemudian dibenarkan beredar.
Kali ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.
Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan kepada saya. Barangkali dia berasa lega terlepas begitu sahaja.
Melihat senyuman bak mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya tercabar. Lalu tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja itu.
Saya percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi dinaikinya tidak berasa selesa.
"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.
Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.
"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.
Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.
"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.
Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.
"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.
Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.
Sebaik teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih tersenyum. Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah merah.
Barangkali akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang 'bayu senja' bulan Ramadhan.
Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.
Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.
Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa.
Itu pesan saya.
Untuk rekod, selain pengemis warga asing terbabit, lelaki warga tempatan cacat penglihatan, penjual tisu, juga berada di lokasi sama.
Bagi saya, dia berniaga. Tisu ditukar ganti dengan wang tunai disumbangkan oleh orang ramai. Samada pengunjung ingin mengambil tisu dihulurkannya atau tidak, terserah kepada mereka memiliki pilihan dalam proses membabitkan trasaksi barangan dan wang itu.
Hemat saya, tindakan penjual tisu buta di atas jauh berbeza berbanding perlakuan pengemis warga Kemboja itu.
Biar saya ringkaskan maksud ayat di atas melalui 5 gambar di bawah.
Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.
Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.
Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa.
Itu pesan saya.
Kemas Kini
Saya tertarik dengan komen cintahatikamu:) , dilontarkan di bahagian komen di bawah.
Katanya ...
'Ini bkn brniat mmalukan org ke? yes, die wat salah, tp mengaibkan, 1 yg kurang btol jgk.. :) just pandangan...'
Begini penjelasan saya ...
Ya, semalam saya mempunyai pilihan untuk tidak mendedahkan perbuatan pengemis terbabit. Dalam erti kata lain, selepas membuat intipan dan merakamkan puluhan gambar, dia dibiarkan pergi begitu sahaja.
Justeru, tidak perlu saya nukil dan kongsikan di tampalan ini berhubung penemuan terbabit?
Bukankah tindakan seperti itu akan memberikan dia peluang untuk terus memperdayakan orang ramai di lokasi sama? Sedangkan dengan tindakan tegas semalam, BUKAN menjamin pengemis warga asing itu akan memberhentikan tipu muslihatnya di lokasi lain.
Cintahatikamu, saya amat menghormati pembaca melontarkan pandangan di blog ini tetapi biarlah pandangan itu membina. Ertinya, sertakan cadangan awak fikirkan wajar. Adakah awak mencadangkan gambarnya tidak dirakamkan? Adakah awak berasa wajar kegiatannya dan wajahnya tidak dibongkar sekaligus didedahkan? Adakah awak ingin dia dilepaskan begitu sahaja sambil saya mengusap-usap dahinya?
Sila jelaskan.
Untuk rekod, selain pengemis warga asing terbabit, lelaki warga tempatan cacat penglihatan, penjual tisu, juga berada di lokasi sama.
Bagi saya, dia berniaga. Tisu ditukar ganti dengan wang tunai disumbangkan oleh orang ramai. Samada pengunjung ingin mengambil tisu dihulurkannya atau tidak, terserah kepada mereka memiliki pilihan dalam proses membabitkan trasaksi barangan dan wang itu.
Hemat saya, tindakan penjual tisu buta di atas jauh berbeza berbanding perlakuan pengemis warga Kemboja itu.
Biar saya ringkaskan maksud ayat di atas melalui 5 gambar di bawah.
Apapun, biarlah pembaca blog ini menjadi hakim kepada pandangan dilontarkan oleh blogger Cintahatikamu.
Saya membaca pandangan awak tetapi tidak semestinya bersetuju. Sebelum ini pelbagai pendedahan saya lakukan di televisyen. Berikutan tindakan itu nyawa saya sering kali diancam dan untuk pengetahuan semua, program televisyen mempunyai kekangan tersendiri. Maksudnya dalam kes seperti ini, bakal ada pihak berkata ...
"Berhati-hati, nanti pengemis itu boleh menyaman kita"
Liputan di blog berbeza. Dalam kes ini, jika pengemis itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap saya, silakan.
Saya menyingkap fakta sama seperti objektif 666 biarpun tidak semua bersetuju dengan tindakan saya.
... TETAPI itu lebih baik berbanding mereka langsung tidak mengambil tindakan, hanya melihat dan berlalu, kan?
BACA rentetan kes ini di SINI.
... TETAPI itu lebih baik berbanding mereka langsung tidak mengambil tindakan, hanya melihat dan berlalu, kan?
BACA rentetan kes ini di SINI.
ini memang terbaik..teringin jgak nk buat pada peminta sedekah yg buta.. sesetengah mereka mencurigakan..tp, sye x berani mcm abg la..hahaa
BalasPadammacam-macam kan..
BalasPadamsedekahkan surah alfatihah kepadanya.. semoga dia mendapat hidayah Allah.. kalau dia Islam, kembali ke landasan lurus yang digariskan Allah.. kalau dia non-islam, mudah2an pintu hatinya dibukakan untuk menerima cahaya islam.. amein..
al fatihah.
Pipi merah ditiup angin? Ohh..faham..hehe..saya pergi jugak bazar seksyen 7 tadi..tapi dah pukul 7..terlewat la nak tengok entiti paranormal ni..:)
BalasPadamsaya juga..kata org, curiousity kills the cat..tp abg dpt buka mata ramai org..tahniah
BalasPadamsalut..mmg berani..jarang ada wartawan yg dedahkan mereka ini..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamWaaaaaaaahh terbaik!
Minggu depan cuba jenguk semula kot-kot dia hanya serik 2-3 hari sahaja. Tahniah!
Benda-benda macam ni lah buatkan kita rasa geram dan tertipu hingga orang yang sepatutnya kita tolongpun tak tertolong sebab kita rasa was-was kot jadi macam ni.
Dah agak mesti ada yg jenis macam ni...kelentong sana sini. OKU mmg OKU tp amik kesempatan..
BalasPadamadehhh ....
BalasPadamselalunya anak aku minta duit dan derma pada depa ..... selalunya dia akan kata ... "abah .... jom kita derma skit pada dia ... nanti dapat pahala ....",
tp kalau betul depa buat gini ...., tak kan nak kata depa tuh maybe menipu ....
tp apapun ... tq kerana mendedahkan isu ini ...
absolutely THE BEST, NO DOUBT!
BalasPadamtahniah bro, ini satu artikel yang cukup menarik, izinkan saya kongsi bersama
bongkar lagi bro, KASI PECHAAAHHHH!!!
smti..
BalasPadamentry terbaikk.. makin menjadi2 warga asing kat negara kita ni.. bila la nak berakhir semua ni..?
Syahril, kalau syahril, an experianced journalist berkata begitu, what else can I say other than TQ.
BalasPadamEja, kita laksanakan perkara kita termampu buat.
Shahrul, perlu diingat mereka juga tidak mempunyai dokumen, most of the times.
Anyss, cuba nasib.
memang terbaikkk la En.Mazidul!!!
BalasPadamkawasan saya ( seberang jaya,p.pinang ) ni pun ramai pengemisyg amik kesempatan . Warga asing perempuan bersama anak2 mengemis dikawasan pasar malam.. tengok kesian..tp takut juga kena tipu macam ni.
aduhhh...hidup2 kita kena perdaya yea...diaorng ni tak yah susah2 mintak permit nak berniaga...nak masak macam2...tunggu orang beli ...ni duduk 2 jam dah dapat rm60...pemurah sungguh rakyat Malaysia..
BalasPadamcerita camni yg best bang..cerita2 paranormal adventures to tak best la bang...
BalasPadamMelampau betul!
BalasPadamMA, pelbagai kisah dipaparkan di sini. Kekadang best bagi awak, tak best bagi orang lain.
BalasPadamSebaliknya juga benar.
Kalau kisah begini mudah didapatkan, pastinya setiap hari ramai akan menulis cerita sama dan kemudian awak akan kata tak best, kan?
Assalam,
BalasPadamSaya dah berhenti memberi sedekah kepada pengemis di pasar2 malam dan kepada budak2 sekolah yang merayau dengan buku resit...bukan lokek tp tidak mau ianya menjadi satu trend dan galakan...ada cara yang lebih baik lagi kalau kita nak bersedekah...
Satu lagi pembongkaran..Tahniah..Pernah sekali saya makan bersama isteri. Seorang lelaki berpakaian koyak-koyak dan lusuh menghampiri saya. Dia kata "mintak sumbangan ikhlas encik, saya belum makan lagi hari ni". Saya pun kata "awak order je apa yang awak nak makan, saya bayar". Dia tak nak pulak. Sambil menjeling dengan muka marah dia angkat kaki jalan selamba. Geram saya masa tu, tapi ditenang kan isteri. Kita sebagai masyarakat kena sama-sama peka dengan perkara-perkara begini agar tidak tertipu.
BalasPadamassalam....
BalasPadamsaya setuju,rakyat malaysia memang pemurah orangnya...tapi,bila orang dah mainkan kita macam nie,rasa bengang jadinya....nak-nak warga luar yang buat macam tu...
Terbaik dari Abg Mazidul. Pengajaran untuk semua, tak perlu sedekah di bazaar Ramadhan macam tu, baik kita sedakah pada waktu kita bayar zakat fitrah yg wajib tu. Jgn la bayar cukup2. Kita bayar lebih ikut kemampuan. Kalau sedekah RM1 setiap hari, maknanya lebihkan RM30 bila bayar zakat fitrah. Niat sedekah fakir miskin melalui pusat zakat lagi bagus.
BalasPadamDulu selalu nampak kat pasr mlm seksyen 6 KD.. tapi org lain.. bukan duduk dia bergerak guna dada je ..mmg sedih tengok ...rupa2nya mcm ni helah diorang..
BalasPadam....best entry ni.. TQ
SMTI
BalasPadamsy pernah terbaca tentang perkara ini beberapa lama dulu , tapi tiada bukti/gambar yang sahih utk membuktikan dakwaan ini..
tapi hati rasa cuak kalau pendatang asing senang2 dpt duit dengan cara begini..rakyat Malaysia memang terkenal dgn sifat pemurahnya..terutama di bulan Ramadhan ini..
pendapat saya..bantulah saudara kita yang susah di kampung, atau pun berkunjung ke rumah anak yatim yang tidak pernah mendapat tajaan/bantuan dari badan korporat..itu lebih bermakna..moga sedekah kita itu lebih bermakna pada mereka..
Saya dah lama berhenti menyumbang kepada pengemis/orang buta/orang cacat di mana-mana sejak 12 tahun lalu.
BalasPadamMasa tu saya bujang lagi, saya lepak di Bangsar, ada orang buta minta sedekah dan selepas di Bangsar, saya lepak pulak di Damansara Uptown, dan saya berjumpa dengan orang buta yang sama. Bayangkan dalam masa 3 jam saya berada di kedua-dua tempat tu, dia dah kutip berapa banyak wang?
Syabas!! Barangkali perlu dibongkar lagi secara formal menerusi media pulak, baru ramai yang buka mata.
Kita memang dah lama diperkotak-katikkan sindiket pengemis atau pun pihak-pihak yang menggunakan agama dalam soal beramaljariah.
Kalau kita berhenti dari menyumbang, mesti dorang ni lama-lama berhenti melakukan kegiatan ini. Takde supply takde la demand!!!
hmmm dahsyattt tul la depa ni menipu...oku memang la oku tapi dh dapat kaki palsu bekerjala mcm org lain....
BalasPadamni bkn brniat mmalukan org ke? yes, die wat salah, tp mengaibkan, 1 yg kurang btol jgk.. :) just pandangan...
BalasPadamSatu pendedahan terbaik tentang realiti sekeliling kita. harap sauadara buat banyak lagi pendedahan yang ramai tidak ketahui. Pengemis seperti ini memang memalukankan negara kita.
BalasPadamsepatutnya kene siarkan/hebahkan hal ni pada seluruh rakyat malaysia.pada aku la..drpd korang sedekah kat pengemis kat tepi jalan,baik gi msjd,taruk dlm tabung masjid.sedekah tu amalan mulia,tapi orang yg berakal pun mulia jugak..jadik kalu nak double mulia,korang guna la akal sebelum menderma..x kesian ke tgk surau pkai sejadah buruk kat tmn/kg kite?
BalasPadamwayh.. 'kerja' 90 minit dh dpt dekat rm50.... kalah org yg kerja bertungkus lumus...
BalasPadamterbaekkkk bro..!! hehe... :)
BalasPadamSMTI, ada rasa marah, ada rasa kesal, ada rasa geram. hehe..
BalasPadamBro, ini antara paparan pendedahan yang terbaik. Best! Dah pergi ke Pasar Ramadhan Seksyen 7, ramai awek... he he he
BalasPadamSMTI.
BalasPadamkot ye pun nak menipu bijakla sikit... adoyai
Bro
BalasPadamCintahati wrote:
'Ini bkn brniat mmalukan org ke? yes, die wat salah, tp mengaibkan, 1 yg kurang btol jgk.. :) just pandangan...'
Komen tambahan dari saya:
Cinta hati, penulisan datang dari hati, ayat yang baik datang dari hati yang baik...eh, ko tak reti mengeja ke tak reti menaip? ke ko menaip dari handphone NOKIA 3310? Bodoh la kau...tak fikir panjang
pendedahan macam ni mmg terbaik dan menarik. kasi bukak mata sikit orang kite yg terlalu mudah kesian termasukla saya.
BalasPadampendedahan terhebat Saudara
BalasPadamSemoga berpegajaran kepada masyarakat
Tahniah Abg Mazidul..!
BalasPadamPendedahan begini perlu kpd rakyat Malaysia. Masyarakat kite terlalu bermurah hati hingga mudah diambil kesempatan oleh orang-orang yang x bertanggungjawab mcm nie..! patut bawa g balai jek abg..
SMTI..izinkan saya share link entri saudara eh pd kenkawan utk pengajaran semua..sy ni jenis cepat kesian n tak pandai gak nak mengelak lebih2 lagi bila di 'pau' oleh peminta sedekah muslim yg biasanya bersepah2 depan bank,paso mlm,stesen minyak,kedai makan n bla2..ikutkan mmg byk kali terkena nak2 yg kononnya nak suruh kite derma n diorg bg buku,dahla paksa2 org bila kita bg duit bolehlak marah sy ckp xcukup dan minta ditambah lg padahal awal2 merayu minta suruh kite derma dgn seikhlas hati.. so suka hati la la org nak bg berapa kan kdg2 tersepit antara simpati dan berhati2 so kalo nk menderma sy lebih senang derma kat masjid ke,atau terus kerumah ank yatim xperlula nk masukkan ke tabung yg diletakkan kat pasar malam belum tentu duit tu benar2 sampai ke pihak yg sebetulnya memerlukan.
BalasPadamSMTI....
BalasPadamsalam
BalasPadamdapat tahu n3 dari gadisBunga :)
sama, 'pelajar tahfiz' juga sering mengelirukan kita, salah seorang kawan blog penah terkena. lepas kira2 2jam memberi sumbangan kepada 'pelajar tahfiz' itu, dia terserempak pelajar yg sama masuk dalam cc, main warcraft, dengan jubah2 and kopiah2 sekali ;D
next time, kata kawan blog saya, kalau berdepan 1-1, dia nak cakap satu jer 'baca surah al-mulk aku nak dengar sikit' ;)
salam saudara,
BalasPadamsaya setuju saudara berkongsi cerita ini sekiranya niat saudara hanya sekadar berkongsi dan untuk pihak umum mengetahui bahawa adanya mereka mereka yg sanggung berbuat apa saja untuk sesuap nasi , tetapi yg sayg tidak bersetuju apabila saudara, membawa pakcik itu kembali ke pasar ramadhan untuk diaibkan. I was there, saya tgk kejadian itu dan saya rasa tak patut dia dimalukan sebegitu dihadapan orang ramai.
Hadis Rasulullah SAW:
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
Ourmuslimahshop, ingin juga saya tanyakan, apa pula tindakan saudari laksanakan?
BalasPadamSedangkan kita berada di lokasi sama seperti didakwa.
Saya membawanya semula ke lokasi untuk menunjukkan kepada peniaga sebelum itu tertanya-tanya berhubung identitinya. Tidak lebih daripada itu.
Adakah saya mendapat ganjaran kerajaan negeri Selangor selepas membongkar kes itu? TIDAK.
Adakah saya dianugerahkan trophi? TIDAK.
Saya, pihak tidak berkepentingan.
Jika saya tidak mendedahkan kes terbabit, adakah saudari sudi mengambil alih tanggungjawab itu?
Saya ke lokasi setelah mendapat aduan daripada orang ramai dan saya bertindak atas kapasiti sebagai BLOGGER kerana kisah ini tidak disiarkan akhabr mahupun program televisyen.
bro Dol,
BalasPadamOurmuslimahshop, apa tindakan anda? Saya rasa anda cuma jenis pandang, lihat dan 'lantaklah' atau tak apa. Kecuali bila anak anda kena langgar kereta atau kena pukul dengan penggemis ni baru anda nak ambil tindakan, atau bila anda dah tertipu baru nak kecoh kecoh, dan mungkin tindakan anda lebih teruk dari 'tindakan murni' yang di lakukan oleh Mazidul Akmal Sidek.
Eloklah anda kuatkan iman, buka mata dan berfikir keluar kotak, bukan setakat pandang dan lihat dan bukan setakat pergi beli juadah berbuka, parking ikut suka, bila balik pergi tarawikh berebut berebut carik parking pastu berebut masa ambik makanan dan pastu berebut masa nak balik rumah, pastu berebut nak pergi kerja. Apa tindakan Fardu Ain Anda?
Bro Red, untuk pengetahuan, sewaktu saya membawa pengemis itu kembali ke lokasi dia duduk, saya cuma menjelaskan kejadian sebenar kepada peniaga dan pengunjung berkebetulan lalu di kawasan sama.
BalasPadamJika saya bertujuan memalukan pengemis itu, saya patut arak dia keliling kampung!
kalau dia ada kaki palsu dan boleh berjalan dgn eloknya..
BalasPadamdia seharusnya mencari kerja/bekerja utk mencari rezeki..
bukan dengan meminta-minta sebegini..
rakyat malaysia mmg baik..diakui..
Saya menyokong perbuatan seperti ini perlu didedahkan. Isu hendak memalukan dia adalah soal lain bergantung kepada niat dan cara pendedahan dilakukan.
BalasPadamPerbuatan ini perlu didedahkan dan biar orang ramai yang memberi penilaian.
saya berpendapat, saya takkan bg pengemis yang mencurigakan.. tapi kawan saya kata, Allah akan beri pahala ikut niat ikhlas kita, ketepikan benar atau tidak perlakuan pengemis itu.. betul.. ALLAH sangat pemurah.. tetapi saya lebih suka tidak menyokong perbuatan meminta2 mereka, terutama seperti kes ini, akan rasa terpedaya.. baik berikan pada tabung2 kebajikan yang saluran duitnya jelas ke mana... sedikit pendapat dari saya.. Wallahualam...
BalasPadamSMTI
BalasPadamEn MA, kisah saya pulak, saya terjumpa pengemis menjadikan anak-anak kecil sebagai umpan. Letak atas riba. Saya sangat ingin selamatkan anak-anak tersebut dari dimanupulasikan tetapi tak tahu saluran mana yang perlu dihubungi. Boleh bagi pandangan? Perkara saya baru tulis di blog saya. Harapnya ada pihak yang boleh beri pandangan supaya saya juga dapat menyumbang untuk membanteras perkara ini. TQ.
Tempelan Terbaik En. Mazidul sejak saya mula menjengah ke blog ini - Mukadimahnya baik, penyudahnya tepat - Natijahnya jelas.
BalasPadamYa, kali pertama membaca & melihat gambar perasaan diruntun sedih kerana :-
"Kesiannya, dia cacat anggota..."
"Kesiannya dia tak bekerja sampai meminta sedekah..."
"Kesiannya dia diperlakukan begitu..."
Bacaan & pemerhatian kali kedua membuatkan saya lebih sedih. Sedih dengan sikapnya kerana :-
"Eh, dia tadah mangkuk aje ni..., kalau jual tisu ke, key chain ke tak apa juga..."
"Eh, ada kaki palsu boleh berjalan dengan segak & tegap, kalau minta kerja jadi pembantu gerai di Bazar Ramadhan boleh ni..."
"Eh, boleh naik teksi lagi, aku dulu zaman kerja kerani hanya mampu naik bas aje sebab gaji tak sampai RM60.00 sehari..."
Tempelan ini bukan kisah biasa dan bukan juga kisah luar biasa, namun seandainya berfikir di luar kotak pemikiran dan melihat dengan mata hati, natijahnya jelas-nyata-sudah terang lagi bersuluh.
S Y A B A S!
terbaik lah....
BalasPadamdulu saya sgt pemurah nk bg sedekah kat sesape saje... tapi lately dah ramai sgt penipu susah nak kelaskan yg mane betol yg mane tipu.. so nak bersedekah pergi masjid jer senang...
SMTI
BalasPadamAntara artikel terbaik pernah saya baca.
Pendedahan macam ni sewajarnya diketahui oleh semua rakyat Malaysia dan biar rakyat di negara ni memberi penilaian kepada tingkahlaku pengemis yang ada banyak tipu helah.
Saya pun dah stop bagi duit kat golongan macam ni. Bukan kedekut tapi lebih baik duit yang saya sedekahkan tu diterima oleh golongan yang memerlukan.
Bila tengok mamat atas ni pakai kaki palsu dan boleh berjalan dengan elok membuatkan saya panas hati dengan tingkah lakunya menipu orang ramai dekat bazar tu.
smti
BalasPadamSalam Sahabat...
BalasPadamSaya dah kongsi entri anda ni dalam jam 11.30 malam tadi kat FB saya...tujuan saya ialah nak bagi lebih ramai tahu.
Saya memang tak pernah bagi kepada pengemis di jalanan baik warga kita atau warga asing. Sejak dulu lagi. Kecuali yang berniaga walau sekecil tisu bungkus baru saya akan beri. Di Kangar ada seorang OKU yang kayuh basikal roda tiga sambil jual tisu dan kopi 3 in 1. Ramai yang dah ada tisu dan tidak berhajat minum kopi di jalanan pun akan bantu beliau. Sebab dia berusaha.
Nak mencelah pada dua komen yang tak setuju dengan anda di atas, benar Allah dan RasulNya menyuruh menutup aib sesama manusia...tetapi jangan lupa Allah dan RasulNya juga menyuruh kita membetulkan keadaan sekadar mampu...jika mampu dengan tangan, tak mampu dengan lidah, dan tak mampu dengan hati....
Mazidul dah ada bukti bergambar...dan dikenali ramai di Pasar Ramadhan itu membolehkan beliau kembali menunjukkan kebenaran, maka tanggungjawab menegur dan membetulkan ada di bahu Mazidul.
Nak menegur menggunakan hukum hakam pastikan kita lihat skop yang lebih luas. Wallahua'lam.
syabas dan tahniah Mazidul atas pembongkaran ini. janganlah pedayakan baik budi dan keikhlasan masyarakat kita.
BalasPadamTerima kasih Ustaz Azhar.
BalasPadamNah, ini dua situasi yang berbeza di kawasan yang sama; Saya amat bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh sdr Mazdidul. Pada hematnya muslim tidak harus dipatuk ular dua kali dalam lubang yang sama.
BalasPadamRamai yang ambil mudah bab bersedekah... tak tau nak sedekah pada siapa yg layak menerima sedekah... kalau kita letak patung kudung dan mangkuk duduk di alley kat pasar ramadan tu pun, ada yang pasti menghulur kononnya "sedekah"... Kita patut tahu siapa yg berhak menerima dan bezakan antara sedekah, hadiah, zakat, infaq...
BalasPadamApa2 pun kemana duit sedekah/zakat tu pergi, itu bab lain... Yg pasti umumnya, Allah memberi pahala di atas NIAT kita bersedekah dgn IKHLAS dan BERSANGKA BAIK. Kalau ada yg menipu ambik sedekah tu dgn cara yg tak patut, dia terimalah dosa dan padahnya yg setimpal. Secara KIFAYAHnya sebarang PENIPUAN memang WAJIB didedahkan... dihukum... dan dielakkan/diatasi agar tidak berulang.
BalasPadamTahniah En. Mazidul.. harap dapat rungkaikan lagi kes-kes sebegini.. Bila nak buat kat Perak pulak?..
BalasPadammintak izin nak re-post entry ni...sebagai panduan ramai...saya pun memang dah x bagi lagi duit kat orang macam ni..takut di tipu..baik serah pada saluran yang lebih di percayai
BalasPadamsatu pendedahan yang menarik ..minta dikongsikan artikel ini ye..
BalasPadamBetul, di perak juga banyak pengemis..terutama di ipoh...terlalu ramai pengemis..mungkin betul..dan mungkin ada yg tidak..
dia mungkin akan ulangi 'pekerjaan' yang sama namun di tempat berbeza.. paling tidak, antara kita yang melihat, sudah kenal si penipu ini dan mungkin sebahagian kita akan punya keberanian seperti en. mazidul... wallahualam...!
BalasPadamPerhatikan hadis berikut ini daripada Qabisah bin Mukhariq radiallahu ‘anhu:
BalasPadamAku sedang menanggung sebuah beban (seperti hutang) lalu aku datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam untuk bertanya kepada baginda tentangnya. Rasulullah menjawab: “Tunggulah sehingga ada orang datang kepada kami memberi sedekah. Aku akan menyuruh mereka bersedekah kepada engkau.” Kemudian Rasulullah menyambung:
Wahai Qabisah, Sesugguhnya perkara ini (meminta sedekah), tidaklah ia halal kecuali terhadap salah satu dari tiga sebab berikut:
[1] Seseorang yang memikul beban yang berat, maka dihalalkan baginya meminta sedekah sehingga dia dapat mencukupi dirinya sendiri, kemudian dia berhenti (dari meminta).
[2] Dan seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya, maka dihalalkan baginya menerima sedekah sehingga dia dapat mencukupi keperluan hidupnya.
[3] Dan seseorang yang ditimpa kesulitan sehingga dipersaksikan oleh 3 orang dari kaumnya: “Sungguh dia ditimpa kesulitan.” Maka dihalalkan baginya sedekah sehingga dapat mencukupinya.
Selain yang tiga ini, jika seseorang meminta sedekah, wahai Qabisah, adalah haram, peminta tersebut sama dengan orang yang memakan barang haram.
Dari hadis di atas, jelas kepada kita bahawa dihalalkan sedekah kepada peminta yang berkemampuan fizikal atau nampak bercukupan. Ini adalah kerana di sebalik yang zahir dari diri peminta tersebut, dia mungkin menghadapi masalah yang berat seperti baru ditimpa kemalangan yang menghancurkan rumah kediaman dan segala isinya, kerana banjir, tanah runtuh, kebakaran, menanggung beban hutang akibat kerugian besar di dalam perniagaan, dan berbagai lagi.
Oleh itu apabila dikatakan setiap peminta sedekah ada haknya, yang dimaksudkan ialah setiap peminta itu ada hak untuk diberi pertimbangan yang sewajarnya sama ada dia layak atau tidak untuk menjadi peminta. Kita tidak boleh menolak seseorang peminta sedekah semata-mata kerana pengamatan kita dari sudut zahir peminta tersebut. Sebaiknya hendaklah kita menuntut 3 orang saksi bagi membenarkan tindakan peminta sedekah tersebut. Jika ini tidak tercapai, maka paling minimum hendaklah kita selidiki apakah masalahnya yang sebenar.
Jika dia benar-benar menghadapi masalah, maka dia layak untuk menjadi peminta sedekah. Jika dia tidak menghadapi masalah kecuali sifat malas, mengambil kesempatan dan salah faham terhadap konsep sedekah dalam agama, maka dia layak – malah wajib – diberi nasihat dan kata dua.
Tahniah Mazidul, tindakan yg tepat. Kenapa kita perlu ditipu oleh bangsa lain. Kealpaan kita menyebabkan ramai yg mengambil kesempatan. Kadang2 kasihan melihat kanak2 yg berniaga produk atas perkataan' sumbangan amal'. Selalunya saya lebih suka belikn makanan atau barangan kpd mrk drpd memberi wang. Utk kes di atas, anda tidak mengaibkn tp sekadar mengingatkan yg lain agar tidak tertipu terutama org kita yg cukup pemurah lebih2 lagi di bulan yg mana semua org ingin gandakan pahala. Nasihat saya, bersedekahlah dijalan yg tepat seperti berhubung terus dgn rumah2 kebajikan yg berdaftar. Niat kita bersedekah itu sudah baik, namun tidak pasti sedekah itu sampai atau tidak jika ia dimanipulasi oleh mrk2 yg tidak layak atau sepatutnya. Selamat Beramal.
BalasPadamSMTI
BalasPadamBtol tu, lbh baik jual tisu..tak lah kita rasa di'pau' compare than dok hulur tgn/bekas plastik.
BalasPadamHehe,bygkan time dia tahan teksi tu, kita kat sebelah dok mengendong juadah buka puasa sambil tunggu bas..
Haha..pemurah betul kita ni kan..yg dah lps tu biar je la, lps ni sebelum nk sedekah tu kena lah fikir dolu.
Apa pun, i'm Proud to be Malaysian psl sume org dok sibuk nak mai negara kita.
salam
BalasPadamSMTi..entry yang bagus, seronok juga baca pdgn pro dan kontra..
assalamualikum...Tahniah En. Mazidul kerana berjaya menyingkap kisah penipuan yg selalunya kita terlepas pandang. semoga dgn pendedahan cerita ini akan membuat kita terbuka minda dan boleh berfikir dgn waras dimana seharus nya kita kita perlu bersedekah... :-)
BalasPadamsebab tur sy tk penah bg sedekah kt org yg mintak sedekah kt tepi jalan neh..yg jual tisu kt pasar malam ker..budak2 yang kononnyer kutip derma untuk tabung masjid larh.tabung sekolah larh..sy lagi suka wat collection kt pejabat..atau kumpulkan barang2 terpakai..sedekah kt umah anak2 yatim..atau rumah org2 tua..atau cari sendirik fakir2 miskin..sekurang2 nyer kita tau..mereka lebih memerlukan dari sedekah kt bangsa asing atau bangsa sendiri yg kadang-kadang suka membangangkan org lain..
BalasPadamSyabas di atas pendedahan ini... tak semua orang berani mendedahkannya kerana kita takut ada orang yang menjaga orang2 sebegini... untuk bersedekah, sedekahlah ke rumah anak2 yatim yang kita boleh cari alamatnya dalam web. Kemudian boleh pergi terus atau masukkan ke akaun bank.. lebih bermakna rasanya sedekah kita itu keran yang menerima adalah penduduk tempatan, dan mereka tahu masih ada orang yang ambil berat hal mereka...
BalasPadamSyabas di atas pendedahan ini... tak semua orang berani mendedahkannya kerana kita takut ada orang yang menjaga orang2 sebegini... untuk bersedekah, sedekahlah ke rumah anak2 yatim yang kita boleh cari alamatnya dalam web. Kemudian boleh pergi terus atau masukkan ke akaun bank.. lebih bermakna rasanya sedekah kita itu keran yang menerima adalah penduduk tempatan, dan mereka tahu masih ada orang yang ambil berat hal mereka...
BalasPadamtahniah. seharusnya perkara sebegini harus dipertontonkan kepada umum khasnya rakyat malaysia. ini membolehkan kita sebagai manusia lebih berhati2. bukan tidak boleh memberi simpati. namun berita sebegini dapat membuka mata rakyat malaysia agar tidak sewenang-wenangnya diperdaya oleh tipu daya manusia. sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kerana dapat membongkar perlakuan sedemikian. tahniah en mazidul
BalasPadamTahniah dan syabas kepada Mazidul. Pendedahan yang terbaik dan memberi pengajaran harapnya kepada pemberi dan penerima sedekah.
BalasPadamBaru lagi saya melihat pengemis wanita bersama anak kecik di pasar malam. Kesian memang kesian melihat anak kecik yang hanya memakai lampin pakai buang dan singlet atas ribaan. Pancingan simpati menjadi. Tapi saya tengok anak kecik tu pakai lampin jenama DRYPERS. Brand mahal tu.
Takut tertipu, sememangnya saya tidak menderma dijalanan begini.
syabas bang, sy pernah jugak ekori org yg mcm ni di JB tapi tak smpai ke tahap kantoikan dia....
BalasPadamhuhu maybe satu hari nanti sy akan ikut jejak abg.Bukan utk mengaibkan sesiapa tapi unk iktibar. Geram dgn gelagat pemalas org mcm nih.
mmg best la artikel nih.
Terima kasih untuk pendedahan ini. Banyak kali orang kita diperlakukan penipuan yang mempermainkan rasa simpati kita.
BalasPadamSaya juga banyak kali bertemu remaja pelajar tahfiz yang buat jualan amal ini di stesen minyak. Pada tengah-tengah malam. Merbahaya kerana mereka ini hanya remaja perempuan. Bila ditanyakan mana guru mereka, mereka cakap ada, dan bila saya mahu berjumpa dengan guru mereka, mereka kata guru mereka pergi tempat lain sebab ada kerja.
Teruskan usaha anda En Mazidol.
saya tidak faham kenapa cintahatikamu berkata ini mengaibkan...memang org seperti ini wajar diaibkan supaya dia sedar akan kesilapan....ini pun belum tentu dia akan sedar....memang perlu ada org yg berani seperti en mazidul...syabas!!!
BalasPadamGood job Sdr Mazidul. Hope to see more of this nature of investigative reporting on your blog. SElamat Berbuka.
BalasPadamSeperti yg saya katakan saya bersetuju dgn pendedahan yg saudara buat. X salah saudara mendedahkan dan meletakkan nya di dalam blog untuk tatapan umum.
BalasPadamYg saya tidak setuju cara saudara bckp dan nengaibkan pemuda itu dikhalayak ramai. Itu sahaja. Jika saya melihat perkara itu saya mungkin tidak berani untuk melakukan apa yg saudara buat kerana saya sorg wanita. Tapi saya masih mampu berdoa semoga allah memberi hidayah pada pemuda itu.
Ini hanya sekadar pandangan bukan saya tidak melihat dari aspek yg lebih besar hanya pd satu hadis nabi. Tapi itu sudah cukup untuk saya menilai baik buruk dan mengingatkan saudara penulis. Yg selebihnya terserah pada Allah. Dia lebih mengetahui. Jadi sudah terlepasla beban saya sejak dr semalam yg merasakan saya patut menegur saudara pd waktu itu.
Ini sekadar pandNgan. Ada salah silap atau terasa hati harap di maafkan. DOsa dgn MANUSIA ni akan dituntut diakhirat. Sekian Wasalam
diharap saudara Mazidul dapat membongkar lagi kes penipuan sebegini...syabas
BalasPadamOurmuslimah, saya benar-benar tidak faham berhubung pandangan puan.
BalasPadamMengaibkan dari aspek apa? Saya telah jelaskan dari awal, saya membawa pengemis itu kembali ke lokasi dia mengemis kerana ingin memaklumkan kepada peniaga di sekitar berhubung keadaan sebenar. Salahkah tindakan itu? Tindakan sekaligus memungkinkan mereka untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai agar tidak terus terpedaya.
Saya tidak langsung menjerkah pengemis itu di khalayak ramai biarpun dia ternyata memperdayakan ramai orang di lokasi.
Perlahan saya menariknya ke bahagian belakang gerai dan cuba berkomunikasi dengannya.
APAKAH SEBENARNYA Puan ingin saya lakukan? Sila jelaskan.
Jika puan berada di lokasi, hati jujur akan mendorong puan untuk menegur perbuatan saya jika dikatakan salah. Kenapa hanya sekadar melihat?
Saya percaya puan juga melihat lelaki itu duduk di tengah laluan namun hakikatnya puan tidak mengetahui kejadian di sebalik kehadirannya.
Lalu bagaimana untuk menegur? (biarpun dari dalam hati)
Hanya dengan pembongkaran dimuatkan di dalam blog ini, barulah puan tahu apa sebenarnya berlaku dan kemudian kononnya cuba ingin menegur biarpun tidak mengetahui fakta sebenar.
Perbetulkanlah niat di hati itu terlebih dahulu sebelum cuba memperbetulkan orang lain.
OurMuslimahshopz, saya sambung sedikit lagi.
BalasPadamPuan berani melontarkan pandangan, saya puji biarpun tidak mengetahui hujung pangkal kejadian.
Puan bijak memberikan nasihat, baguslah begitu.
Tetapi hakikatnya, bagi saya mudah. Blogger tanpa profil, blogger tidak berani memperkenalkan diri.
Jika itu juga takut dilaksanakan, payahlah.
Dalam tinjauan terbaru di LOKASI SAMA, wanita Rohingya didapati menggunakan 3 kanak-kanak kecil untuk meraih simpati orang ramai. Children exploitation.
Ramadhan masih berbaki, jika puan jujur untuk membantu, sila tegur perbuatannya. Saya 100% YAKIN, jika puan berbuat begitu, kesemua peniaga dan pengunjung pasti akan memberikan bantuan jika puan dimarahi wanita warga asing itu.
Tidak perlulah kita menegur sekadar di dalam hati, jika secara fizikalnya kita berpeluang dan mampu mengubah keadaan untuk menjadi lebih baik.
pihak berwajib harus ambil tindakan segera membenteras gejala mengemis dan menipu.kepada semua org2 awam juga hendaklah salurkan sumbangan ikhlas di saluran yang betul..
BalasPadamlelaki itu adalah penipu.mendedahkan penipuan tidak salah utk kebaikan semua org.
BalasPadamKepada semua pembaca ingin mencetak semula entry ini, silakan.
BalasPadamSebarkan, supaya lebih ramai anggota masyarakat mengetahui keadaan sebenar.
Majoriti melihat pengemis sebagai peengemis, berasaskan pengalaman lampau, saya melihat pengemis lebih daripada apa mereka tampilkan.
Hal tersurat dan tersirat harus diberikan perhatian.
saya sudah share link entri ni di fesbuk.
BalasPadamencik mazidul, saya setju benar dengan tindakan anda. sangat bernas! Saya pernah mengalami situasi dimana, pengemis yang lagaknya mcm org buta, datang dekat satu persatu kepada penumpang2 bas, sewaktu di pudu raya, (2/3 years back). apabila pengemis buta sampai kepada wanita yang duduk di sebelah saya,wanita itu mengulurkan sejumlah wang. dengan tal disengajakan, wang itu turut terjatuh, yang menghairankan saya, si pengemis ni seolah2 boleh nampak, sebab reaksi dia selepas wang tersebut jatuh kepala dia tunduk dan seolah2 mata dia pandang kearah duit itu, dan tiba2 pengemis itu tunduk dan kutip! kejadian ini, mengingatkan saya, sekiranya nak hulurkan bantuan, hulurkanlah pada yang wajar menerima. don simply give them money. diorang akan sesuka hati bermaharajalela, menjadi pengemis murahan seperti itu, take for granted diatas kesusahan org lain., maksud saya, ada yang lebih susah tapi cekal berusaha. manusia td cukup sifatnya, boleh berjalan dan sbgainya kenapa nak jadi pengemis?? mnyusahkan org ramai! menakutkan org ramai.
BalasPadamsy minta dengan izin untuk copy kisah ini dan war-warkan kepada yang lain sebagai tauladan.
dalam perkara ini saya setuju...saya yakin dia bukan kesaorangan ...dia mesti ada ketuanya....
BalasPadamlakonan dia membuat kan kita tidak puas hati...
kita simpati dengan OKU apa ugama pun tapi jujurlah...
salam saudara mazidul,
BalasPadamterima kasih atas pendedahan ini. saya telah buat satu entry dan link kan ke entry saudara. Semoga dapat disebarkan untuk peringatan kepada orang ramai.
Wassalam.
MOHD NASER.com
terbaik la abg mazidul...saya ada satu cerita..petang tadi saya ke parkson rawang.. sedang saya membeli barang datang dua orang pak arab.. dia cakap arab lah..siap berjubah dan berkopiah.mintak derma anak yatim kononnya..dalam hati saya, memang sah penipu.siap tunjuk gambar anak yatim,keadaan gambar pun lusuh macam gambar diambil pada thn 90an.. saya, cakap "no" je la..mereka pun cari mangsa lain.. masa saya nak start moto di parking.. saya nampak 2 pak arab tadi keluar.. di pintu keluar parkson tu ada org jual kaya ball.. dengan selamba diorang beli kaya ball dengan muka tak malu di bulan puasa..masa tu pukul 3 pm.. takkan nak buat berbuka kot..awal lagi..itu satu , cerita masa dekat melaka pun ada, ada patut seorang makcik mintak derma untuk anak yatim di resoran di MELAKA. bila saya tnya dari mana, dia cakap dari selangor..come on la, zakat selangor berlambak2 kan..moralnya,kalau boleh kita jangan suka bersedekah di jalanan.kalau nak jugak pegi la masjid ke atau tempat yang betul.sebab sikap pemurah kita menyebabbkan mereka bermaharajalela..
BalasPadamSalam Bang, whatever people say, we know you are doing the rite thing. Saya juga buat seperti itu di masjid subang. Selalu sangat melihat bebudak luar negara ni, dari ampang datang all the way to subang untuk mintak sedekah di masjid. Orang memang tak suka apa yang saya buat, but bebudak luar negara ni amik kesempatan sangat. Bulan ni depa kutip derma untuk bapaknya yang nak operate mata, next month mintak derma untuk bapaknya yang sakit buah pinggang. Same kids but different bapak kut or bapak depa memang sakit satu badan. So i siasat until depa lari. But they will never stop till ada pihak berkuasa ambil tindakan. Melampau sangat mereka sampai masuk dalam masjid untuk mintak derma tanpa kebenaran. Hanya hulur gelas plastik kat orang. Hmmm... how then? But whatever it is, what Bang Dol did is something that other people cant. Keep it up. Wish we cud follow your foot steps. Salam.
BalasPadampengemis ni memang selalu buat kita serba salah..nak tolong, macam rasa tak ikhlas..tapi bila kita berlalu camtu je,rasa mcm kejam pulak..tapi artikel ni buat saya nekad tidak menghulurkan wang ringgit utk mereka pasa masa hadapan..
BalasPadamDole, ko mmg best bro, sejak dari dulu lagi, ko mmg macam ni.. tahap berani gaban, Kekadang, aku nak jugak 'tangkap' dia orang yg mengemis macam ni, yg tunjuk surat dari jabatan agama & JKM, yg bawak org cacat penglihatan ari meja ke meja, tapi aku kesian pulak..
BalasPadamSaya juga bersetuju sekurang-kurang kita tidak akan terpedaya lagi.. Kalau diikutkan logik akal..ramai lagi orang yang lebih "berhak" mendapat derma tu berbanding dia yang walaupun kaki sudah "kudung" sebelah namun dia masih mampu berjalan menggunakan "kedua-dua kakinya". Ini menunjukkan yang dia masih ada "kudrat" untuk mencari rezeki yang halal (sekiranya dia MUSLIM). Selepas baca post ini, saya rasa peniaga kurang upaya penglihatan jauh lebih baik. Apa-apa hal pun walaupun dia meminta sedekah dengan cara yang tidak wajar namun itu tidak patut menghalang kita dari bersedekah tambahan lagi pada bulan RAMADHAN ini walaupun kepada orang yang tidak selayaknya kerana sedekah itu membersih harta pencarian kita. Bersedekahlah dengan niat untuk mendapat Keredhaan ALLAH s.w.t selebihnya itu adalah urusan antara dia dengan TUHAN. Ingatlah ALLAH menurunkan ujian kepada hambanya untuk melihat sejauh mana ketaqwaan hambaNYA kepadaNYA. Kerana SEDEKAH tidak memilih insan.
BalasPadamnmpk nya pengemis ni bkn saja berada di sekitar kawasan saudara...terbaru, semlm seorg teman ke pasar ramadhan di sri gombak, juga menemui 'entiti' yg sama..mmg dia blh cam coz baru smlm melayari blog saudara mazidul mengenai pendedahan ini...nmpknya dia tak akan berhenti selagi sesuatu tdk dilakukan...hmmm
BalasPadamPerkara sebegini perlu di benteras, kadang-kadang terdapat juga kanak-kanak, warga-warga emas yang dipimpin tangannya ke kedai-kedai makan sekitar bandar raya meminta sedekah, tetapi disebaliknya, ada orang yang menunggu mereka di satu kawasan dengan membawa van @ kenderaan. Siapa pemandu Van tersebut @ kenderaan tersebut? Perkara sebegini sering berlaku, mereka mempergunakan budak-budak dan warga-warga emas untuk kepentingan mereka. Perkara sebegini pernah berlaku di depan mata saya sendiri. Niat memberi sedekah memang ikhlas, tetapi bila melihat perkara sebegitu, kita jadi marah. Minta abang mazidul selongkar perkara ini. Dan untuk cerita tentang pengemis seperti dilampiran blog abang ini, saya tertanya-tanya pada diri sendiri, sebab apa orang cacat di Malaysia ini dicaci maki, dihina oleh masyarakat sendiri dan bila melihat blog abang mazidul ini, baru saya dapat jawapan, kerana merekalah, orang cacat di Malaysia asyik dihina, dicaci maki. BENTERAS habis-habisan perkara seperti ini. Kasihanilah Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini. Jangan biarkan mereka MENUTUP kepercayaan masyarakat kita terhadap OKU Malaysia.
BalasPadamsalam bang,
BalasPadamentry abg mmg terbaik.. sekurang2nya abg telah membuktikan yang tak semua pengemis tu jujur.. ada yg menipu.. geram btul saya bile membacanya.. dan tindakan abg bukanlah mengaibkan.. cume memberi pengajaran yang rakyat Malaysia buken mudah utk diperbodohkan.. Rakyat Malaysia sgt pemurah tp bile dilakukan begini dengan org asing lg tu, kite perlu buka mata rakyat Malaysia supaya lebih berhati2 dengan penipuan sebegini... yang tertindas kite org melayu.. syabas bang.. sye sokong tindakan abg... abang buat tindakan yg betul... tahniah.
tahniah bro..mmg wajar diwarwarkan kepada umum sbg peringatan dan amaran kpd warga malaysia..
BalasPadamTerima kasih atas pendedahan ini...ianya satu pendedahan yang bersifat ikhlas, tulus dan pembuka minda...bukannya kita nak suruh rakyat Malaysia berhati-hati ketika menderma atau tidak perlu menderma langsung, cuma ianya hanya untuk pembuka mata dan minda tentang kehidupan sebenar pengemis ini dan kesan derma penderma ke atas pengemis khasnya dan perkembangan sosial masyarakat umumnya...
BalasPadamsalam ramadhan & salam satu malaysia....
BalasPadamsebagai seorang oku yang dilahirkan kecacatan fizikal. saya benar-benar tercabar dengan tampalan ini. tindakan lelaki tersebut menyebabkan saya dan rakan-rakan cacat yang lain dipandang sinis, hina dan meloyakan.
sedangkan ada diantara kami yang mempunyai kerjaya, penadapat sendiri tetapi dipandang serong disebabkan tindakan-tindakan segelindir individu yang 'cacat akal' seperti ni.
masih ingat kata-kata emak dan ayah di kampung. "buatlah apa saja yang halal, berdikarilah dengan cara tersendiri. asalkan tidak menyusahkan / meminta-minta pada orang. tak mampu tolong orang pon tak apa. janji lepas untuk diri sendiri & tidak menyusahkan orang. cukup buat mak ayah gembira"
saya juga cacat, dan alhamdulillah saya ada kehidupan saya sendiri walaupun cara saya berbeza dengan kalian. tapi sangat-sangat benci bila tengok orang cacat menggunakan kecacatan meraih simpati. cacat bukan halangan berjaya. cacat juga bukan alasan utk mengada-ngada. (serius terasa emosi dengan tampalan ini)
maaaf jika terkasar bahasa. saya cuma bersuara tentang apa yang saya rasa. salam...
hishhh...geramnya... kenape abg tak stongkol ajer? ;p
BalasPadamWell done Bro.... mmg sepatutnya kegiatan seperti ini didedahkan... tak dinafikan hanya segelintir daripada mereka ini yg mengambil kesempatan....ada juga yg menggunakan nama rumah anak2 yatim untuk tujuan ini tambahan lagi menjual cd cetak rompak karya tempatan seperti siri katun Upin dan Ipin....dan ramai diantara kita yg mudah terpedaya dengan modus operandi seperti ini. Tak kurang juga yg menggunakan anak2 kecil sebagai peraih simpati terutamanya di masjid2 pada hari jumaat. Kesian tengok anak2 kecil ini dibiarkan berpanas semata2 untuk tujuan meminta sedekah....dan kebanyakannya anak2 kecil ini didalam keadaan yg lesu dan tak bermaya..... Diharap kita semua lebih berwaspada...
BalasPadamingat cerita orang alim , pokok sembahan dan syaitan ?
BalasPadamkalau pergi dekat pasar malam kat tempat saye ni..slim river..abg mazidul org sg bill kan.jadi kita kongsi pekan lah..hehehe..hehehe
BalasPadammemang terlalu banyak sangat pengemis....memang dari pintu masuk,tengah2 sampai lah kehujung ada saja pengemis..tu belum kira lagi yang duduk depan maybank setiap kali hujung bulan org keluar duit gaji..
kdg2 kalau ada lebih saya hulur juga seringgit dua..
tahla..serba salah,tak sampai hati,kesian..semua...ada..lagi2 yg sangup bawak budak kecil compang camping sekali....hati pmpuan saya msti tsrsentuh...
tp sepuloh org doploh org bagi..dah berapa kan...
nak kata kesian,memang kesian...
saya sendiri pernah ditegur oleh seorang hamba Allah apabila ada seorang perempuan bukan bangsa melayu yg asyik menghimpit saya untuk minta wang..saya jadi rimas diikut,saya hulur seringgit....
lepas saya bagi,ada yg tegur...
'awk baik..tapi jgn amalkan selalu..bukan kita tak kesian..tapi kdg2 ada sindiket,terlalu ramai sangat pengemis...'
pelik jugak kan..dari mana mereka dtg??? dan boleh tahu setiap kali ada pasar ke apa ker....
tapi kalau yg jual tisu mcm abg mazidul kata tu..memang saya akan beli..sebab dia jual.dan sama juga yg jual kerepek...tak sampai hati tengok..beli jugak kerepek2 tu....
-pendedahan yg baik dan buat kita fikir....
selamat berpuasa......
Syabas saudara Mazidul diatas pendedahan ini.Sekurang-kurangnya,kita tahu apa yg tersurat dan tersirat disebalik pengemis ini.Pendedahan yg disertakan fakta & bukti.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammana2 bazar ramadhan pun ada kegiatan macam ni...dah makin menjadi-jadi.....
BalasPadameB stuju biler kiter ketengahkan sbb eB pn kalo gi maner2 pasti snap photo2 yg eB raserkan ptt diketengahkan, sampai biler kiter nk biarkan hal2 gini berlaku?... mmg xthn sebak biler kiter tgk pengemis esp yg bawak babay, anak2 yg nmpk sgt2 perlukan batuan... tapi kiter sebagai insan, rasernyer msh boleh membantu cara lain... tq sudi berkongsi :)
BalasPadamAssalamualaikum. pendedahan ini adalah sesuatu yang menarik. tapi tak lah pelik sangat.
BalasPadam18 tahun dahulu saya yang naif sebagai penduduk KL sering kali terjerat dengan pelbagai penipuan. biasa jumpa orang yang kehilangan dompet duit dan meminta bantuan kewangan untuk balik kampung? bukan sekali tapi berkali-kali. biasa jumpa orang yang kita sangka baik rupanya seorang gay yang nak mengambil kesempatan. biasa jumpa orang yang mengaku mempunyai keistimewaan paranomal rupanya conman. perghhh...!!!kalau nak dikira banyak sangat.
Ada satu kes 15th dahulu di masjid india. saya terjumpa seorang perempuan Rohinga. saya lihat dia duduk bersila ditengah jalan sambil meminta sedekah. tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya meluangkan masa memerhati perlakuannya. setelah pasti saya pun mendekatinya. lalu berlangsunglah temubual tak rasmi.
Wanita tersebut rupanya mempunyai 5 orang anak berumur dari 1th lebih - 7th. ada lelaki ada perempuan. melihatkan anak-anaknya yang comot dan berkudis terasa belas ya amat. ceritanya wanita tersebut masuk ke Malaysia dari perlis. di sana suaminya berkerja sebagai pencuci kereta. tak lama kemudian suaminya meninggal dunia kerana sakit (ditunjukkan surat kematian). lalu kerana tak berduit dia merempat dari satu tempat kesatu tempat sehinggalah terdmpar di KL.
Terasa belas saya pun menawarkannya bantuan. pertama saya bagi sedikit duit untuk makan. kemudian saya tanya tinggal di mana. tanpa sedikit curiga wanita tersebut membawa saya ketempat penginapannya. saya dibawa ke sebuah rumah kedai sekitar jalan loke yew berdekatan dengan dewan bahasa. rumah kedai lama tingkat 4. masuk melalui tangga belakang dan melalui lorong sempit yang telah disekat sekat menjadi bilik dan dihuni beberapa keluarga dan bujang dari pelbagai bangsa. india, indonesia, myamar. Dia rupanya menumpang salah satu bilik disitu atas belas kasian satu keluarga sebangsa.
setelah berbincang dan bertanya apa yang dia mahu saya bantu. katanya, mahu pulang ke negara asal. saya bersetuju untuk membantu dan berjanji akan datang kembali esoknya untuk uruskan perjalannya pulang ke negara asal.
Esoknya apabila saya kembali bersama duit untuk urusan tersebut, saya dapati wanita dan anak-anaknya sudah tidak ada. mengikut kata keluarga yang ampunya bilik tersebut wanita dan anak-anaknya dilihat kali terakhir malamnya dan tidak kembali lagi.
Saya cuba mencari dibeberapa tempat namun gagal. setelah puas mencari saya andaikan mungkin dia telah di tangkap pihak berkuasa atau dia telah berpindah ke lokasi/negeri lain. sehingga ke hari ini saya masih lagi teringatkan anak kecilnya makan sebungkus nasi berkongsi 3 yang dibeli dengan penuh selera ditepi longkang dekat masjid india. paling tidak dapat saya lupakan apabila anak kecil itu sambil tersenyum dengan nasi yang penuh dimulut mengajak saya makan bersamanya.
Pernah didekati oleh budak buta di sebuah restoran di seksyen 7, shah alam. Kesian sangat sebab dia buta...dah habis makan 2, lalu la kat 1 kawasan dekat area kedai 2..saya nampak budak yang buta 2 elok je berlari berkejar2 dengan kawan dia kat bawah kwsn pokok...x langgar lak pokok yang ada kat situ...hurm..hopefully budak 2 berubah..kecik lagi...
BalasPadam1 lg waktu kat seksyen 2, shah alam..budak kecik 2 minta sedekah macam ALONG je..memang x bagi la kalau minta gitu..nak minta sedekah macam nak minta hutang..
ada yang cakap x cukup makan 2, bila ajak makan sekali xnak pulak...
ada yang bagi seringgit xnak..tetapkan paling kurang RM5..
ada yang berlagak jadi amil la..macam2 la sekarang ni...al-maklum la...sorang kasi RM1..target dapat 50 orang sehari..da dapat RM50...kalau 20 hari kutip gitu, dapat RM1000...banyak tu...
assalamualaikum abg mazidul..teringat saya ketika berada di gerai makan di Gurney Drive, Penang Mei lalu 2011. sedang sibuk menjamu selera bersama rakan, datanglah seorang pengemis cina tua, tidak tahulah samada org kita atau tidak. wajah bak cina, tapi saya tak tahu jika bangsa lain. alkisahnya, dia daripada satu meja ke satu meja menghulur bekas tin untuk meminta wang dengan bahasa yang tidak langsung difahami...dia menjeling lama pada kami supaya memberi wang padanya.apabila saya menggeleng..dia terus memaki hamun sampai orang keliling memandang kami.bukan sekejap dia memaki hamun tu, lama pulak..rasa nak menampo je nenek ni (cakap dalam hati).
BalasPadamtidak puas hati, dia ke meja sebelah pulak, kali ni family mat salleh..pun mereka menggeleng tak mahu layan nenek ni dan biasalah ..kene maki hamun lagi dengan nenek tua tu, lama jugak (mencarut kot?). setelah daripada satu meja ke satu meja dengan lagak dan gaya ala2 samseng tu, akhirnya dia menghulur tin ke satu abang ni-macam nak hunus pisau..(seram je tgk masa tu.)abang tu kuarkan kan la dompet dengan muka langsung tak takut/ternacam..kami ingat kan dia nak beri la wang..rupanya dia tunjukkan kad kuasa kastam/Polis (macam cerita penyiasatan FBI dalam TV)..nenek tua tu tak berani la nak maki hamun dan terus blah..
saya pun pelik, terlalu ramai bangsa asing yang kini menjengah negara kita untuk mencari rezeki seperti Indonesia, Myanmar, Kemboja,dan lain-lain (yang lain-lain tu ramai, tapi tak sure negara apa). Mereka menumpang di negara kita tapi lagaknya macam negara ni mereka yang punya...boleh nak maki-maki org malaysia, buat hal jenayah sana sini. orang kita pula yang takut... cuba abang mazidul tengok apa jadi di stesen bas klang, Klang. dulu tak ramai rakyat Indonesia kat situ, sekarang ni?? kita yang lalu lalang di situ pulak kena jeling atas bawah macam masuk wilayah mereka pula.dalam bas pula kena raba. belum lagi ditambah dengan gerai-gerai dan premis perniagaan yang ramai dikuasai Indonesia/ bangsa asing (samada diurus/di miliki)-ada permit ke tu?
sampai bila harus rakyat Malaysia hidup dalam rasa ragu-ragu dan ketakutan dek perangai menjadi-jadi rakyat asing..? adakah sebabnya rakyat Malaysia terlalu baik hati dan ramah mesra. pantang baik, mulalah kita dipijak-pijak?Cuba kerja dan duduk singapura..berani tak mereka lakukan apa yang dah mereka buat di negara kita..melampau sangat...!
Cuba tuan semak pulak dgn kanak2 yg mengutip derma di RnR sepanjang kebuhraya atas nama kutipan derma utk rumah anak2 yatim piatu. Adakah wujud satu sindiket di belakang pergerakan ini?
BalasPadamtq sudi berkongsi & sy mohon kongsi dgn org lain plak ek... :)
BalasPadamTerima kasih kpd en. mazidul atas paparan yang sangat bermakna..
BalasPadamMemang rakyat Malaysia terlalu baik. Tambah lagi di bulan Ramadhan ni, kita digalakkan bersedekah.
Saya xmenolak niat baik rakyat kita untuk bersedekah pada orang-orang yang memerlukan, tetapi kalau kita dah tahu keadaan peminta sedekah macam tu yang berpura-pura, sedangkan masih ada lagi rakyat negara kita yang meminta sedekah tetapi secara berniaga tisu atau minuman, bukankah itu lebih baik?
Tindakan En. Mazidul menurut saya benar kerana dia ada bukti yang kukuh mengatakan pengemis itu menipu rakyat tempatan. Dengan kaki palsu yang ada, dia boleh membuat kerja yang lebih baik daripada mengemis. Memang kita xtahu apa masalah mereka sampai mengemis, tetapi secara jujur ada yang mengemis kerana mengambil kesempatan atas kekurangan diri sendiri dan rasa belas ihsan manusia...
itu pendapat dari pengalaman saya yang hidup di negara Indonesia yang penuh dengan budaya mengemis..
smti
BalasPadamSMTI
BalasPadammemula baca rasa kesian. tp bila baca sampai hbs, hmm...
BalasPadamBnag Mazidul, tahniah diatas pendedahan ini. Dah ramai yang tertipu dengan taktik pendatang asing sebegini. Tempat saya di Kulim pun ramai pengemis berbagai bangsa berpeleseran menagih simpati. Cuba lihat disekitar bank, pasti ada mereka-mereka ini. Kutip derma cara kutip derma. Mudah sungguh mereka memperdayakan kita.
BalasPadamKepada yang masih nak membela golongan ini contohnya seperti Cintahatikamu..mungkin kamu salah seorang dari ketua sindiket ini..jangan melompat tak tentu pasal...
Bang Mazidul, keep up a good work.
best dan sgt menarik citer nya , mcm2 kerenah skrg..hehe
BalasPadamTahniah Dol coz bongkar kes seumpama ni. Hari ni penduduk tetap (PR) dapat ic biru. Esok bukan saja kemboja, myanmar, bangla, lombok, filipina dan entah berbagai rupa manusia akan kita jumpa yg tak reti berkata bahasa kita tetapi mereka telah disahkan sebagai warganegara yg sama seperti kita.
BalasPadamthanks abg mazidul kerana berani buat pendedahan seperti ini....at least org ramai akan tahu wujudnya penipuan di sebalik kekurangan yang dimilki...
BalasPadambetol la tuh bro
BalasPadampihak yang di bayar gaji dengan duit rakyat banyak yang dah butakan telinga dan pekak kan mata, masakan penduduk indonesia bersepah2 di depan dan di sebelah rumah pun diorang buat tak tau alasan takde report! pernah sekali saya report guess what? pendatang tak kene apa apa sebaliknya nama saya yang naik sampai orang tu boleh carik saya! see kalau kisah besar sampai beranak pinak pendatang kat malaysia ni ( mostly takde ic datang malaysia BERANAK DAPAT IC BIRU!) rasa nak mencarut je!
erm, rasenye ne mengaibkan.. tapi kalau xwat cam ni, cam ne nak bagi orang sedarkan.. kita rakyat malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah.. sebab tu ramai bangsa2 lain pijak kepala kita...
BalasPadamAssalamulaikum Kepada umat Islam, Selamat menjalani ibadat puasa semoga sentiasa dirahmati Allah.
BalasPadamSaya amat tertarik kepada paparan yang telah dibuat oleh Saudara Mazidul tentang "episod" seorang pengemis "Kemboja", dimana beliau memaparkan "gelagat" seorang pengemis yang sememangnya cacat yang kudung kakinya mengambil kesempatan diatas kecacatan yang dialaminya untuk memperdaya orangramai terutama umat Islam di bazar Ramadan.
Episod ini boleh dikategorikan sebagai helah seorang cacat untuk mengabui orangramai untuk menaruh simpati dengan kecacatan yang ada dengan cara "penipuan" dengan lagak kononnya beliau tidak dapat berjalan sedangkan kecacatan beliau alami itu membolehkan beliau berjalan dengan menggunakan kaki palsu.
Apa yang saya ingin nyatakan bahawa:
1. Kecacatan memang ada pada "sipengemis" itu patut diberi simpati
2. Menggunakan kecacatan yang ada pada jalan yang tidak sepatutnya
3. Walau apa pun alasan dan komen, ianya memang wujud niat yang tidak baik dari "sipengemis"
4. Dari peristiwa ini kita bimbang akan menimbulkan rasa tak ingin membantu kepada orang yang benar-benar memerlukan bantuan dari masyarakat.
5. Takut-takut akan menimbulkan masalah lain, seperti rasa tidak puashati dikalangan yang ada disekeliling yang boleh menyebabkan "sipengemis" seperti ini dibelasah dan sebagainya.
6. Orangramai yang berniat baik untuk menderma dan mendapat keredhaan dari Allah tidak boleh dipersalahkan kerana niat mereka memang murni.
7. Semoga peristiwa yang dipparkan oleh Mazidul ini dibuat pengajaran kepada kita semua. Kepada yang masih "bergiat" dengan gejala yang kurang sihat ini diharapkan berhentilah sebelum kita "dipanggil balik" oleh Allah
Renung-renungkanlah
Thank Mr. Mazidul. This is truly an eye opener for me. Jangan tertipu, jangan cepat rasa kasihan. I would like to re-port this entry through my blog if possible so that kawan-kawan saya boleh baca.
BalasPadamKat Kelana Jaya pula lain cerita nye. Guna kanak-kanak sekolah agama. Bile saya tanye dari mane "Kedah, Perlis, Perak". Fine...dia bagi alamat atas receipt siap no# telefon ustaz nya. Pernah call tapi tak pernah berjawab. Pelik. Saya tak ralat lah nak hulur 5 ke 10 ringgit sbb mereka akan hulur CD atau kalendar atau buku2 agama untuk bacaaan. Tapi saya sesal kalau guru-guru mereka ni menggunakan mereka untuk mendapatkan derma untuk sekolah. Malaysia kan ade kementerian pendidikan. Mesti ade peruntukan for education, right? Sekarang ni, waktu saya menghulur saya cuma cakap "kalau betul ini untuk sekolah adik-adik, perjalan pergi dan balik serta keadaan sekolah adik-adik akan sentiasa selamat. Tapi kalau ini menipu, saya minta maaf saya tak redha ditipu atas nama agama"....
marilah datang ke bazar ramadhan kelana jaya macam tahun2 sudah... pengemis yang pernah encik mazidul rakamkan dulu dah memakai tudung.. kalau xsilap dia bukan warga malaysia.. ada juga kanak2
BalasPadamKita adalah khalifah dimuka bumi ini. Allah dah tertukan tugas masing2. Mari kita jalankan tugas masing2. Tak perlu bercakaran untuk sesuatu isu. Apa yang rasa perlu buat kita buat, kalau tak perlu kita tinggal. Islam itu mudah dan Allah Maha tahu atas setiap sesuatu yang di jadikan. Wallahualam.
BalasPadamDulu, ade lah peminta sedekah(lelaki) yg kununya cacat penglihatan ni meminta sedekah di kedai makan.. peminta sedekah ni ditemani seorg perempuan la.. mereka meminta sedekah dari meja ke meja.. saya dgn kawan sy perhatikan saja gelagat mereka.. Dan kawan saya ternampak yg lelaki tu sebenarnya x cacat penglihatan.. sebabnye, ketika ade org tgh hulur duit, lelaki tu terus menghalakan tgn dia kat org yg derma tu dgn sendirinye.. kalau org cacat penglihatan, x mungkin mereka tau kat mana arah duit tu dihulurkan.. mungkin dia perasan kot sy dgn kawan sy perhatikan dia.. dia terus tak dtg meja kami.. tapi meja setiap org lain dlm kedai, dtg pulak... senyum je la melihat telatah mcm ni..
BalasPadam~alhamdullillah..terima kaseh abg mazidul sebb sudi kongsi cerita...saya sokong sgt..ini bukan memalukan org...tp kite kene sedar..sebb kadang2 kite tertipu dengan kecacatan diorg sendiri.. saya pernah lalui perkara ni... saya rasa jadi xikhlas nk menderma.. harap perkara ni dapat disebarkan.. tq
BalasPadamKita adalah khalifah diatas muka bumi ini. Buatlah apa yang kita rasa patut buat dan tinggalkan apa yang kita rasa patut tinggalkan. Tak pe bercakaran tentang sapa betul sapa salah. Islam itu mudah. Allah Maha tahu setiap sesuatu kejadiannya. Dalam hal ini Mazidul mungkin betul dan komentar lain pun betul. Tiada siapa yang salah. Yang Paling Betul hanya Allah sahaja. Wallahuallam.
BalasPadamlawak bodoh bulan Ramadhan 2011
BalasPadamSalam tuan rumah, dan tahniah atas lagi pendedahan anda yang ekslusif ini.
BalasPadamYe, manusia biasanya hanya tahu pandai bercakap, tanpa ada apa tindakan. Sebenarnya kita semua tidak perlu menjadi wartawan atau sehebat Mazidul untuk mendedahkan perkara sebegini. Sesiapapun boleh lakukannya dengan niat untuk menyedarkan masyarakat dan juga 'mengajar' manusia-manusia durjana sebegini.Tetapi berapa ramaikah yang sanggup melakukannya?
Untuk makluman, berani saya katakan, 99 peratus pengemis yang kita temui di mana-mana jua di negara ini, adalah PENIPU. Wajarkah kita membantu penipu-penipu ini dan bersimpati akan penipuan mereka ini?
Tiada pengemis yang 'genuine' sebenarnya, sebaliknya mereka menggunakan kecacatan/'kecacatan'fizikal mereka dan juga kanak-kanak semata-mata untuk meraih simpati, dan ditambah dengan modal air liur membuatkan ramai yang 'meleleh' mendengar dan melihatnya.
Pihak JKM sendiri ada ketikanya sudah mati akal dengan aksi dan juga muslihat pengemis-pengemis ini.
Saya sendiri ada ketikanya, pengemis akan 'melarikan' diri dari saya jika terserempak yang pernah saya 'tangkap' ketika melakukan penipuan mereka. Dari yang buta, pura-pura buta, merangkak, kudung, berkudis bernanah sehinggalah golongan muda yang sihat wal afiat.
Pernah saya terserempak 2 gadis usia awal 20 han, berpakaian cantik, elok, mengemis dengan memegang tongkat, dengan karektor sebagai orang buta. Dengan kecantikan diri lagi, saya anggarkan dalam satu pusingan, mereka dapat mengutip RM100 dalam tempoh 10 minit sahaja, yang akhirnya apabila melintas jalan, saya terlihat kedua-duanya melipatkan tongkat org buta yg dibawa, dan melintas dengan laju, terus menuju ke sebuah restoran makanan segera.
Benar, bersedekah itu amalan yang mulia. tetapi, bersedekah kepada manusia yang sudah kita ketahui atau ragui statusnya @ penipu, patutkah dilakukan?
Begitu juga dengan kaedah digunakan sebuah pusat tahfiz di kedah yang kononnya mengajar pelajarnya berniaga di merata tempat seluruh negara. Itu semua adalah bertujuan mempergunakan kanak-kanak terbabit sehinggakan kanak-kanak itu termasuk perempuan , 'dipaksa' menjual pelbagai barangan sehingga lewat malam, dan ditinggalkan seorang diri di stesyen-stesyen minyak. sedangkan 'ustaz' mereka hilang entah ke mana, dan muncul beberapa jam kemudian untuk 'mengutip' kanak-kanak tersebut.
Bagi saya, ini bukan tindakan mengaibkan, malah tindakan yg amat patut dilakukan. Itu belum dibongkar lagi kehidupan dan pendapatn sebenar setiap hari dengan menipu dan memperdaya orgramai dengan kecacatan itu.
Sudah terang lagi bersuluh - tindakan menyorok/menyimpan kaki palsu di bawah van itu, telah terserlah niat untuk menipu/mengabui orangramai. Cuba lelaki itu berpakaian lengkap dan tidak menanggalkan kaki palsunya itu, agak-agak, ada sesiapa yang akan menghulurkan wang padanya?...
Salam semua, untuk pengetahuan anda semua sudah 8bulan saya mengunjungi blog bersama mazidul ini. dan ini adalah pertama kali sy meninggalkan komen.
BalasPadammemang pernah terjadi kepada diri sy pekara seperti diatas mlh lebih truk dari itu pun ada.
pada pndangan saya, sebagai seorang muslim di Malaysia mempunyai banyak masjid dan sudah pasti mempunyai banyak tabung untuk diberikan kepada yang berkenaan yang lebih memerlukan.. jd lebih wajar sekiranya kita sedekahkan wang di masjid, kita juga tak akan merasa was-was utk menyedekahkan wang, kerana sudah pasti wang yang diberi pasti akan disalurkan kepada Umat Seagama kita atau digunakan untuk amal kebaikan. berbanding kita memberikan sewenang2nya wang kita kepada orang yang kita sendiri tak tahu ke mana wang kita akn pergi. ini cuma pandangan peribadi, "Rambut Sama hitam hati laen2" Salam Ramadhan...:)
please "Like" This Page : http://www.facebook.com/AfieCover
perkara begini sering berlaku..sy pun pernah terkena.
BalasPadammcm2 jns pengemis ada. bile kerap perkara berlaku, walaupun sikit akan buat terlintas kt hati serik nak menderma ke pengemis jalan2. Walaupun sedar bukan semuanya mcm ni, namun tetap timbul syak wasangka bile nak menderma. Sekarang ni saya sudah tidak menderma ke pengemis jalanan, hanya menderma ke masjid, anak yatim or lain2 yg lebih diyakini.
Assalamualaikum;
BalasPadamrasa tak baik la bro dedahkan keaiban org, jelas2 bertentangan dengan agama.
cuba bayangkan, masyarakat yg mengenali dia menghukum dia dgn hukuman buatan sendiri??
klau boleh bro just blur kan gambar muka dia tu,sedangkan gambar penjual tisu pun bro boleh buat.
apa2pun tahniah atas pendedahan
Salam. Kalau pengemis ini jujur dia akan meminta sedekah dengan keadaannya berkaki palsu. Tak perlu menagih simpati dengan menggunakan roda itu. Pada ketika itu biarkanlah khalayak ramai menilainya dan lihat bagaimana 'rezekinya'...
BalasPadamtahniah buat pendedahan nie...
BalasPadamxde lah kiter berase tertipu ...
abg..selmat berbuka pose =)
bagi saya x perlu la buat mcm nie....semua rezeki dari allah...x kira nak menipu ke ngan halal...memang x adil sbb ambik kesempatan tapi pikir la betol2..kalau ikhlas nak menderma x kira la org yg di derma tu menipu atau tidak...truskan lah keikhlasan itu...menegur boleh...tapi x perlu kata mereka ini bersalah....sbb nya salah atau betol bukan kita yg tentukan...semua NYA yg menentukan...kita ikhlas..kita beri..kalau x...baik jangan...sbb pas tengok org tu kantoi trus marah...trus dapat dosa...subhanallah
BalasPadamsaya memang dah lama tak menderma kat orang macam ni. saya tau saya tak rasa ikhlas, untuk apa keluarkan wang bagi pada mereka. sebab dalam hati memang terlintas penipuan begini.
BalasPadamsalam
BalasPadamterima kasih bro diatas pendedahan ni,semoga selepas ni kita akan lebih berhati-hati
lu mmg mantop ma..hahaha..
BalasPadamPendedahan yang sangat bagus. Mendedahkan perkara sebenar di sebalik wajah pilu dari pengemis. Memamg patut didedahkan demi menfaat kepada orang ramai. perkara jahat yang berlaku jangan diselindungkan supaya pesalah berasa malu dan insaf dengan sendirinya sedangkan perkara baik patut diselindung untuk elakkan riak terbit dari hati. Syabas Abg Mazidul.
BalasPadamni bukan perbuatan nk memalukan pakcik tu
BalasPadamsbb pakcik ni sndiri dah sanggup hadapi risiko malu bile mintak sedekah
org yg btol2 susah pn malu mintak sedekah
ni lak org yg xpatut mintak sedekah, lg la
n pengajaran yg kite dpt:
pahala sedekah ada dua, PAHALA SEDEKAH itu sndiri dgn PAHALA BERTERUSAN bile org tu dpt beramal gune sedekah kita
kalau nk komfem dpt PAHALA BERTERUSAN, kaji la bnyk2
kalau xkesah dpt PAHALA SEDEKAH je, xyah kaji
Salam...pendapat saya, betul la buat pendedahan dan bawak dia balik ke pasar malam tu ...kurang2 yang lain cuba2 nk tipu tu faham n tahu kalau dieorg kena tangkap ini lah balasannya...wallahualam
BalasPadamTahniah mazidul di atas pembongkaran ini...teruskan usaha anda....
BalasPadamsemoga anda sentiasa dilindungi Allah selalu...
lepas saya baca entri ni, ntah kenapa saya rasa seperti tak adil. diaibkan didepan orang ramai yang mungkin mengenali kita, kemudian berulang2 keadaan kita tengah diaibkan direkodkan.
BalasPadamdalam hati 'tuhan, mungkin ini balasan atas perlakuan buruk aku selama ini, ya tuhan, aku mohon padamu, ampuni aku dan bantulah aku. aku mohon padamu, bantulah aku....'. masa tu kita terpaksa buat2 senyum supaya orang tak dapat baca perasaan sebenar kita.
pendapat saya, menderma tu adalah hak kita. kalau kita nak menderma, menderma, kalau kita rasa tak patut menderma pada orang tu, terserah pada kita.
dan apa saya buat bila jumpa dengan orang macam ni?.. oleh kerana dia bukan budak kecil yang dipergunakan, saya beri juga dia duit. dan saya doakan semoga dia sedar dengan perbuatannya.
kenapa saya nak beri duit pada penipu macam tu? sebabnya, dia meminta.. mak saya pesan, rasulullah menyuruh kita memberi apabila ada yang meminta. tak kira orang tu macam mana. berilah semahu kita. kalau taknak takpe. yang meminta tu pulak biarlah hal dia dengan Allah.. saya percaya setiap duit saya ada hak orang lain.
pada saya, diaibkan adalah benda yang paling2 saya takut. lebih2 lagi didepan khalayak ramai. saya sangat sensitif bila keluarga atau adik-beradik saya diaibkan. terus-terang saya boleh jadi murung.
nabi juga ada pesan, jangan sesekali membuka aib sesiapa walaupun aib kita sendiri.
pada sesiapa, jika hendak menderma, menderma. kalau rasa ragu, terserah. hak masing2.
saya tak pernah rasa kurang pandai bila memberi pada orang yang meminta. walaupun saya tahu dia orang yang berduit. pendek kata, saya memilih untuk memberi.
saya harap, pendapat saya tidak dipertikaikan kerana saya betul2 nak berkongsi apa yang saya rasa.
dan saya harap encik tahu yang encik adalah antara orang2 yang saya hormat kerana kerja2 yang encik lakukan.
Min, jika gentar kenyataan dipertikaikan, lebih baik kita berdiam diri.
BalasPadamAndai kata ibu masih ada, tanyakan kepada dia "Wajarkah kita memberi kepada pengemis ternyata memperdaya masyarakat sendiri?". Tamabahan pula dia individu mampu berdikari?
Tambahkan sedikit fakta, pengemis itu warga asing dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, secara jelas memperlekehkan sistem perundangan negara.
Lagi, sedang penduduk tempatan kurang berkemampuan menggunakan bas sebagai sistem pengangkutan, pengemis itu menaiki teksi dengan tambang lebih mahal.
Min, tidak salah untuk memberi atau menderma tetapi seperti saya utarakan berulang kali, biar kena pada tempatnya.
Jika awak mempunyai pilihan samada untuk memberikan sumbangan kepada ibu tunggal hidup melarat dan pengemis warga asing terbabit, mana satu kah pilihan awak?
Masih pengemis itu?
Barangkali tidak. Maksudnya, kita sebagai insan berkemampuan seharusnya menggunakan akal fikiran dianugerahkan Allah untuk membuat keputusan lebih baik.
Namun jika keputusan awak sama seperti dikemukakan, siapa saya tidak menghalang?
caya r bro...
BalasPadamorg cm tu mmg patut d bagi pengajaran agr dye x mengulangi prbuatan cm tu ag....
berbanding wang, saya lebih suka sedekahkan makanan. sekurang2 nya, boleh menjadi darah daging nya. kalau dia berbuat baik, bukan kah kita akan mendapat hasil nya? berbanding wang, kita xtau apa yang akan di belanjakan n ke mana wang itu. kalau ke arah yang bermanfaat kepada diri n keluarganya (mungkin), ok lah. kalau dia belanja kepada yg x brmanfaat? em,,,
BalasPadamterbaek.......
BalasPadamsaya pernah jumpa peminta sedekah buta yang bagi tisu tu. Peminta sedekah yang ada orang memimpin mereka tu. Selesai meminta sedekah ada kereta TOYOTA AVANZA mengambil mereka. Rasanya memang sindiket benda ni semua.
BalasPadamSaya setuju rakyat malaysia sangat perihatin. Buktinya orang luar/pendatang asing boleh datang minta sedekah kat sini.
lorrr... pasar malam depan umah jer rupanya...
BalasPadamrakyat malaysia kan pemurah orgnya...haha
saya terjumpa peminta sedekah sama di pasar ramadhan taman ehsan tarikh 05-08-2011.Sbb dh tau sy buta x tau je kat dia..memang sama,tersengih je..
BalasPadamsebenarnya kita kena paham apa maksud mengaibkan orang itu....(=memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah berzina ~ agama Islam; Kamus Dewan Edisi Empat=)
BalasPadammanakala perlakuan abg mazidul ini pula bukanlah mengaibkan seseorang,tetapi lebih kepada membongkarkan penipuan dan untuk mengelakkan perkara penipuan ini berulang lagi-itu sebab gambar muka pengemis itu didedahkan skali.....bagi kesalahan spt ini hukuman secara ta'zir harus di laksanakan--- Perisytiharan umum; Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat----.tahniah abg mazidul atas pendedahan penipuan pengemis ini....
saya penah kena marah dgn pengemis dkt terminal bus seremban...dia paksa2 saya beli sticker tulisan ALLAH..."dalam hati:bkn xnak beli tapi xder duit sebenarnya..hihi"
BalasPadamterkejut ja dgn tindakan dia...marah2 saya bila dia asik ulang "ikhlas..iklas..ikhlas" saya tak layan...org tuh rasanya bangladesh or myanmar..
Pembongkaran ni bagus.
BalasPadamTapi takperlu lah kita komen macam"..
Sebab yang pnting ialah KeIKHLASAN hati kita nak bersedekah tu..
Kalau dia tipu itu diantara Allah swt dengan dia..
Kalau kita berkemampuan dan ikhlas sedekah jela..
Ikhlas dari hati...
Hmm.. Entah bila benda2 mcm ni nak habis..
BalasPadamSaya pelajar yang berulang-alik dari Klang Central ke Larkin setiap sebulan sekali.. Di Stesen Bas Larkin tu,ada sorang mak cik yang akan dukung anak dia dan masuk ke dalam setiap bas yang akan bergerak keluar.. Pak Cik Bas tu kata setiap hari mak cik tu ada di situ meminta duit pada orang.. Saya tidak faham apa tujuan dia meminta-minta begitu sedangkan dia ada suami.. Tidak cacat anggota.. Sempurna sifatnya.. Mempunyai keupayaan utk bekerja dan suami dia pun saya tgk sihat je.. Dia juga ada 2 org perempuan yg juga turut di pergunakan utk meminta sedekah sbb saya pernah nampak 2 org anak perempuan wanita tersebut menghulurkan tin kepada wanita terbabit.. Masa pertama kali naik bas dulu,saya bagi juga sbb kesian tgk ank dia,tp bila dah ternampak ank dia dan suami dia,saya terus tak bagi lagi..
Geram betul tgk muka mak cik tu!!
saya setuju sgt dgn tulisan di atas. teruskan penulisan...memang terbaek!!
BalasPadamtahniah atas keberanian membongkar misteri tersebut
BalasPadam:)
Sah. inilah muka pengemis yang saya nampak dan jumpa di pasar malam Puchong Indah. hampir setiap minggu dia ada. saya pun sebenarnya teringin nak ambil gambar sebab saya nampak sendri dia bersiap-siap untuk mula masuk 'kerja'. bila saya tengok dia dengan wajah yang curiga, dia tersenyum-senyum pula. harap mazidul datang sendiri ke Pasar malam Puchong indah hari isnin sekitar jam 6 petang. memang inilah orangnya! izinkan saya mengabadikan gambar-gambar ini di facebook dan blog saya agar kawan-kawan dan penduduk di sini tidak tertipu olehnya.
BalasPadamkdg2 tension gak ngn peminta sedekah ni...klu yg jual tisu, bg perkhidmatan urut, menyanyi dan sebagainya xpe la...ini ada yg jalan dgn tgn kosong..menagih simpati org ramai..ada lg 1 trand..OKU meminta sedekah bersama org2 muda sihat walafiat..meminta simpati di tmpt2 makan..npe org sihat tu mgkn sanak saudara mereka..knapa yg sihat tu x bantu OKU tu je..ini tidak, tlg menemani menagih simpati...haissssh..
BalasPadamso agree. pernah saya makan kat salah 1 restoran di johor bahru. while am eating, dtg seorang lelaki cina yg mmg nampak uzur mukanya, mcm tk makan 2 weeks. nk jalan pun lambat, siap pakai tongkat. dia mintak derma di meja makan saya. saya x layan. lepas habis makan, waktu nak balik, sy nmpak lelaki cina tua tu kat belakang kedai. mengejutkan, jalan sgt laju, tak pakai tongkat. memang nampak sgt normal ! sy setuju, kes ni didedahkan sbb salah satunya, org kita mudah mengasihani. bagi sy, pengemis selagi ada kaki & tangan, selagi tu boleh cari rezeki cara halal. terpulang, nak cari rezeki mcm mana, kalau org lain bersusah payah mengerah tenaga utk dapatkan duit, knp pengemis penipu mcm mereka ni hanya bermodalkan rupa ala ala cacat, muka seposen, mintak simpati org ramai. mengaibkan benda beserta bukti, apa salahnya ? terus terang, kalau abg mazidul tk buat pendedahan mcm ni, sapa yg berani nak ikut, amik gambar, berdepan dgn penipu utk tegakkan kebenaran ? kalau saya di tempat abg mazidul, sy mmg x berani nk pergi kat dia, bwk dia balik ke bazaar tu semua. memang xde keberanian & bila tkde org yg berani, tkde lah pendedahan benda mcm ni yg rakyat kita patut tahu. WELL DONE ! memang sangat terkejut dgn si "pengemis" macam ni. tak salah nk menderma, tapi bg saya lah.. saya lebih suka menderma pd suatu persatuan/kebajikan yg didaftar/disahkan. :)
BalasPadamsaya pernah jumpa pengemis yang mana pernah berada pada dua tempat yang berbeza. Kali pertama saya nampak di TANJUNG MALIM dan kali kedua saya nampak di BANGI
BalasPadamsatu perkongsin yg lengkap & baik utk dikongsi.
BalasPadamsemalam kat bazar ramadan kota damansara agak pelik...sorang pengemis pun takde kat situ, sebelum pendedahan ni ..ada lebih kurang 4 org yg mengemis kat situ...line tengan panaas agknye skrg ni, mesti bos diaorg suruh stop dulu... kite tgok hari ni pulak...ada ke tak lagi pengemis2 tu..
BalasPadamPendedahan yang berani... Izinkan saya share atrikel ini di blog saya...itu pon jika diizinkan...
BalasPadamSalam Ramadhan...
BalasPadammengenai apa yang en mazidul paparkan, satu jer sy nak katakan, "cube letak kan diri kita dalam situasi lelaki tersebut".....
pertama, awak da mengaibkan dia dekat semua pembaca2 blog awak dan orang sekeliling,kalau nak ikutkan dia memang boleh dikata kan kurang upaya akibat kecacatan sebelah kaki.... kedua,dengan status "warga asing" di malaysia ni awak rasa apa kerja jer yang dia boleh buat?buruh?dengan kaki yang sebelah kudung, mustahil....lain?
ketiga, kalau nak menderma tu biarlah ikhlas.kita ikhlas menderma ALLAH akan balas di akhirat nnt, itu SAHAM kita di sana nnt, apa dia nak buat slepas itu, menipu/memperdaya orang sekeliling terpulang pada dia, Allah juga akan balas jika ianya salah...jadi siapalah kita nak menghukum manusia sedemikian..sekali kita niat bersedah, InsyaALLAH ALLAh akan bagi ganjaran pada kita...dengan hanya niat jer manusia boleh dapat pahala, janganlah da dpt pahala niat sedekah, awak aibkan plak orang tu di sekeliling orang ramai...kalau betul nk bantu, ckp secara personal pada dia untuk cari kerja2 ringan yang lain, bukan dengan membawa dia ke bazar tu dan malukan dia.....
sy simpati melihat bila pemandu teksi tu taknak bawak dia ke tmpat yang dia nak pergi...disebbkan gmbar nyer diambil oleh awk...mana kita nak tahu kalau dia ada kesusahan yang membuatkan dia terpaksa mengemis...
ayat awak diakhir komen :TETAPI itu lebih baik berbanding mereka langsung tidak mengambil tindakan, hanya melihat dan berlalu, kan?:saya tak setuju...bukan melihat dan biar ia berlalu, tetapi MELIHAT DAN BERDOA PADA ALLAH UNTUK KEBAIKAN DIA DAN KITA SEMUA......
akhir kata dari saya, mintak maaf kalau ada kata2 yang menyinggung perasaan...wallaualam..
selamat berpuasa....
Terbaeeekkk bang..
BalasPadamBang lepas ni Abang try terjah kat Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor. Penempatan Kemboja macam Istana kat situ.. Dah macam perkampungan dorang dah.
Saya hairan macam mana mereka boleh mendapat keistimewaan begini sekali.
this is good. buka mata kita, but rasa kesian pun ada. entahlah, kalau orang tu sedar diri, dia boleh je cari kerja ngan berjalan seperti biasa tanpa perlu minta sedekah yang penatkan dia dan agak menipu orang. sedangkan ramai lagi OKU kat luar tu takde kaki palsu and susah nak berkerja sebab tak cukup sifat. at least, this guy ada laa kaki palsu so leh kerja lain and tak perlu tipu orang lain yang bukan orang negara dia. wallahualam.
BalasPadamsaya amat sokong....kawasan kg baru banyak yang datang minta derma....saya pernah tengok dieorang hisap rokok..kaya betul dieorang ni...saya amat sokong...saya sokong...saya nak ikut jugak kalau abang nak membongkar hal sebenar...
BalasPadam6 ogos 2011(sabtu) jam 6.30 ptg.aku jumpa mamat ni di bazar Ramadhan Slim River...baju dan seluar yang sama...dia xkan serik selagi tak ditangkap..
BalasPadamAda saya terbaca pendapat mengatakn ( setuju rakyat malaysia memang pemurah ) nak tanya rakyat malaysia berbangsa apa? kalau melayu i dont think so. setakat beri rm1 .tak payah lah cerita pemurah. saya lakukan kerja amal di bukit bintang dan 12 tahun. kebanyakan yg beri rm 1 adalah melayu. seringgit untuk 104 ekor kucing terbiar hahahaha. talk nonsence!!!!!!
BalasPadamsekurang2nya kaki dia betul2 kudung, tp ketika diajak berjalan semula ke baazar mesti ramai igt kaki dia sbenarnya xkudung..kesian
BalasPadamLebih baik Mazidul jejak pemimpin politik yg menipu dari pengemis yg menipu. Mereka lebih bahaya dari pengemis. Tak jatuh miskin kita jika menderma kpd pengemis.
BalasPadampembongkaran ini sepatutnya tidak menjadi persoalan siapa betul atau salah.... sebenarnya hakikatnya masyarakat kita yang telah membiarkanya berleluasa selama ini sejak zaman dahulu lagi... cuma caranya saja berbeza.. apapun sy ucapkan syabas kpd En. Mazidul atas penipuan pengemis ini..
BalasPadamkat pasar ramadhan klana jaya pun ramai peminta sedekah dan pengutip derma.
BalasPadamsaya tak suka dan tak akan menderma pada mereka.
dalam hidup saya selama ini saya hanya derma pada tabung hari pahlawan dan persatuan bulan sabit merah/st john ambulan saja.
lebih baik saya derma pada st john ambulan kerana mereka selalu berbakti pada masyarakat.
isteri saya nak bersalin pun saya pernah call mereka dan mereka datang bawa kehospital.
sebab dekat maka FOC(percuma)je.
Apa kerja yg dia boleh buat ya? Cuci kasut ker? Jual tisu? Sapu longkang? Angkat sampah? Ada sesaper nak bagi kerja kat dia... Cuci kolah kat surau? Permisi.
BalasPadambagus juga pendedahan ni, supaya orang lain tidak tertipu juga
BalasPadamSalam semua, 1st sekali selamat berpuasa dan menyambut bulan ramadhan...semalam baru je lepas baca artikel ini dan sekarang ni baru je balik dari bazar ramadan Bukit Sentosa Rawang. Lebih memeranjatkan saya, Pakcik tersebut(yang ade dalam gambar) berada di tempat saya! Dari damansara ke Rawang?? Btw, saya sempat mengambil beberapa gambar sebagai bukti. Alhamdulillah, dengan penyebaran info diatas, ade beberapa orang yang perasan akan pakcik ni dan menegur beliau, tapi seperti biasa, beliau sengih2...Masyaallah, tak serik2...Syabas kepada En. Mazidul diatas pembongkaran ini...
BalasPadammamawana,"Apa kerja yg dia boleh buat ya? Cuci kasut ker? Jual tisu? Sapu longkang? Angkat sampah? Ada sesaper nak bagi kerja kat dia... Cuci kolah kat surau? "
BalasPadamsemua tu boleh...orang tanpa tangan pun boleh mampu kerja dan mampu memiliki kereta..drive pakai kaki jer..inikan pula orang yang mampu bergerak sempurna dengan kaki palsu.
yes! da btol cara abg mazidul ni... kalu x sampai bila mereka2 suma rakyat malaysia yang bersikap perihatin akan tertipu oleh golongan mereka2 yg x bertanggungjawab.....
BalasPadamsetuju dengan Wanz Mejuez..
BalasPadammmg betul die menipu..tapi tak perlu terang2 gambarnya dalam blog..
penipuan macam ini ada di mana2..harap selepas ini dia akan berusaha bekerja dengan keringat sendiri.
walau apepun..jika saya ada disitu, saya akan bagi duit kpd dia..
kenapa??
sebab die sentiasa tersenyum walau apepun berlaku..senyum adalah satu sedekah..
Salam Ramadhan;
BalasPadamMintak kongsi info ini di blog saya, untuk pengetahun rakan-rakan.
ermm Iejam setuju tindakan ni diambil... rata2 rakyat Malaysia amek sikap mudah dgn memberi wang kpd golongan ni... seharusnya jika dilihat dari aspek sedekah tu sendiri sebenarnya kita perlu beri pd yg btol2 yg memerlukan dan harusla menyelidiki backgroundnya dlu... xleh sesuka hati bagi jer... sedekah niat membantu mereka yg susah... lebih baek mereka adalah beragama Islam, saudara kita sendiri.... Iejam lebih suka pendekatan menjual tisu tu dari cuma mengadah bekas meminta dihulur wang... mudahan usaha abg Mazidul membuahkan hasil dgn menyedarkan masyarakat kita tentang isu2 yg mungkin tidak difikirkan dalam2...
BalasPadamkepada sume orang yg bodoh yang memihak pada pengemis tu spt cintahatikamu:)
BalasPadamkalau betullah dia peminta sedekah yang ikhlas(meminta kerana desakan untuk terus hidup), kenapa dia meneyembunyikan kaki palsu dia? kenapa dia memakai kopiah sedangkan dia tidak menganut agama islam?
orang melayu ni pemurah tapi banyak yang bodoh. contoh lain orang melayu yang bodoh ialah bersekutu dengan bangsa yang anti melayu, anti agama islam dan memperjuangkan 'hak' orang murtad.
kepada sesiapa yang pandai, syabas. kepada mazidul, thanks.
sememangnya kemurahan hati dan keprihatinan masyarakat Malaysia sudah dimanipulasikan oleh warga asing dgn meminta sedekah..secara peribadi, saya juga sudah tidak menghulurkan sedekah kepada golongan ini kerana terasa agak keberatan lantaran fizikal mereka ini kelihatan agak sihat, bukan kurus kering. satu lagi senario yg berleluasa adalah sindiket yg menggunakan kanak2 dan remaja belasan tahun meminta derma bagi tujuan pembinaan sekolah dan juga masjid. saya juga keberatan utk menghulurkan derma seperti yg diminta kerana saya tidak mahu kanak2 dan remaja terbabit terus-menerus dipergunakan bagi kepentingan sindiket tertentu. seperti yg dinyatakan oleh beberapa rakan di atas, terdapat pelbagai cara dan saluran yg betul untuk umat Islam bersedekah kepada yang memerlukan. jadi gunakanlah saluran2 yg ada. dan diharapkan agar rakyat Malaysia lebih berhati2 dalam perkara sebegini dan mendermalah di saluran yang betul.
BalasPadamSaya linkkan entri saya ke blog abang...
BalasPadamhttp://wacanaku2009.blogspot.com/2011/08/peminta-sedekah-penipu-terkantoi.html
saya sokong abg mazidul kuarkan entry ni.. bukan niat kita aibkan org.. klau la semua fikiran mcm pengkomen2 tu ckp abg aibkan org, kita ibarat hidup bawah tempurungla.. sama gak kalau org tak puasa ditangkap dan di bawa naik van jenazah bg org ramai tgk.. itu pengajaran bukan untuk aibkan..samala dgn ni.. syabas abg..teruskan..
BalasPadamRasanya x salah mendedahkan utk org tahu & sebarkan supaya berhati2...sedekah dpt pahala tapi jgn smp ditipu...Mintak izin share utk kawan2...
BalasPadamBeberapa bulan lepas saya melihat seorang gadis sunti pengemis di pasar malam Sg Buloh. Dia kudung sebelah tangan dan sebelah kaki yang pada penglihatan saya yang bukan asal cacat. Wajahnya sungguh manis bertudung dan sering kali tersenyum.
BalasPadamTerfikir saya siapa yang membawa dia ke situ. Ingat hendak menunggu tetapi terpaksa cepat pulang untuk mengejar solat maghrib.
Kalaulah En. Mazidul ada, tentu terbongkar satu lagi kisah menipu.
Alhamdulillah kita dihadiahkan oleh Allah S.W.T dengan insan yang mampu memberikan sedikit nukilan & rentetan mengenai perbuatan ini. Memang akan terlihat perbuatan ini boleh meng'aib'kan seseorang individu. Namun, perbuatan ini jika semua orang berdiamkan diri, sampai bila tiada siapa pun yang akan tahu akan perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Teringatkan saya tentang Sabda Rasulullah S.A.W.
BalasPadam“Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman.” (hadis Muslim).
..........
BalasPadampengemis tu bernasib baik..kalau di tempat lain memang dah kena pukul.
BalasPadamni la salah satu sebab kenapa pendatang asing suka Malaysia, sebab rakyat yang baik hati.. jenis beri muka. "takpalah", "biarlah"
tahniah abg!! dah hampir stahun jugak saya tak terlibat dengan operasi pengemis kuturayau, memandangkan sekarang berkhidmat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak. Memang kami di JKM sentiasa berusaha menangani masalah kebanjiran pengemis warga asing yng kian meningkat di negara kita. tapi sayangnya masih ada segelintir masyarakat kita yang sanggup memarahai kami kerana berusaha menyelamatkan golongan ini di jalanan dan pasar2 di seluruh negara. seperti abg yang pernah sendiri mengikuti pasukan kami untuk slot 360 dulu, macam itulah situasi kami. apapon saya kagum dengan abg mazidul. semoga apa yang abang sampaikan disini berjaya membuka mata masyarakat kita. "Sikap menolong itu bagus tetapi biar kena pada salurannya" tahniah abang Mazidul Akmal Sidik
BalasPadammasa saya belajar dekat uitm shah alam.. sekitar pusat komersial section 7 selalu ada peminta sedekah yang buta.. bersama sama mereka ada seorang lelaki normal yang akan memegang mereka dr belakang.. muka agak bengis.. kawan saya pernah ternampak dalam area maghrib mereka turun dari sebuah van..
BalasPadamBaru semalam minda saya meragui seorang pengemis yg saya temui di sebuah bazaar ramadhan di Johor..
BalasPadam"Bagaimanakah dia boleh sampai ke bazaar ini dgn kaki yg kudung spt ini? Naik baskah? Ada org bawakah?". Tak sangka pulak tetiba, bila balik saya cek email teman saya mengemailkan artikel you ni. Just on time! Dan merupakan satu jawapan atas persoalan yg bermain di minda saya.
Ada juga orang yang macam ni kat dunia. Minta duit orang dengan cara menipu tanpa rasa bersalah dan malu. Apa salahnya pakai kaki tu, g tolong peniaga yang kekurangan pekerja. Ada gak kerja daripada meminta tanpa melakukan kerja! Kerana orang macam ni la aku dah malas nak sedekahkan kepada mereka yang dijalanan. kalau nak sedekahkan harta atau wang, biarlah saluran yang betul. Senang!
BalasPadamhurmmm.. manusia.. rasanya ramai warga asing yang mengambil kesempatan ketas kebaiakn rakyat malaysia ni.. apa pun entry ini sedikit sebanyak membuka mata masyarakat. :-)
BalasPadamMinggu lepas saya terjumpa pengemis yang sama di bazaar Ramadhan Bandar Tasik Puteri Rawang. Pada ketika itu, ada seorang lelaki berkata sesuatu yang jelas di telinga saya..katanya, "dia ni fatihah pun tak tahu baca". saya agak tergamam dan dalam hati berkata betapa biadapnya lelaki itu...dengan pendedahan en. mazidul, baru saya faham mengapa...
BalasPadammemberi lebih baik dari menerima ..tapi banyak sangat penipuan sekarang ini..menyebabkan kita was-was untuk menderma...
BalasPadamSaya sangat setuju kisah begini dipaparkan & saya tidak rasa ia bertujuan utk mengaibkan tetapi utk menyedarkan kita keadaan mrk yg sebenar.
BalasPadam"KITA MUDAH SIMPATI PADA PENGEMIS"
bila jumpa peminta sedekah,budak2, orang buta direstoren-apa yg sy buat-sy ajak mereka duduk n makan bersama-tapi ALL of them refused.kenapa ye?ermm..-dari was2 baik pergi n derma kat masjid/rmh anak2 yatim-apapun terpulang kepada individu--
BalasPadam