Isnin, Ogos 01, 2011

20 Kali Ganda Lebih Kuat Berbanding Kekuatan Manusia Normal

Selamat berpuasa kepada semua pembaca beragama Islam di Malaysia dan di luar negara. Terima kasih di atas kesetiaan terus berkunjung tanpa jemu ke blog ini.

"Sekarang ini dalam bulan puasa, ini malam satu Ramadhan kan? Syaitan kena tangkap, bos kena tangkap, semua kena tangkap, tinggal hanya jin. Jangan kata dalam bulan Ramadhan  tak ada rawatan Islam, ada. Bagi sayalah lebih baik buat (rawatan) dalam bulan Ramadhan fasal tengah bulan Ramadhan ini si pemberi arahan, perancang, chief tak ada jadi dia orang (jin) ini blur. Kalau syaitan ada, sewaktu rawatan, dia akan bagi tahu, contoh, kau menyorok bawah kaki pula," ujar Ustaz Aznil Zulkifli.


Ustaz Aznil Zulkifli, Pengarah Urusan Aroma Cinta Enterprise, syarikat pembekal minyak wangi Kasturi Syifa'.


Beliau dilahirkan di Gombak, Selangor 33 tahun lalu, pernah menuntut di sekolah tahfiz dan pengajian kitab di Kedah dan Terengganu.

"Lepas habis baru ambil Sijil Pelajaran Malaysia, masa umur 21 tahun and then Alhamdulillah dapat keputusan baik dan sambung di Universiti Malaya, jurusan Usuluddin selama 3 tahun," tambah beliau.

Wajah sejuk bapa kepada 3 anak berusia di antara 2 bulan dan 6 tahun itu membuatkan saya berasa cukup selesa menemubual beliau.

Kru 666 menemui Ustaz Aznil dan rakan kongsi perniagaan beliau, Ustaz Muhammad Hafiz Ahmad, 31 tahun, di pejabat dan pusat rawatan mereka di N0 7, 2M, Pinggiran Mutiara Gombak, Kilometer 11, Jalan Gombak, Gombak, Selangor.

Pusat rawatan terbabit terletak bersebelahan 7 Eleven di kawasan sama.


Ustaz Hafiz berasal dari Kampung Padang Pusing, Pendang, Kedah. Beliau lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Islam Antarabansga dan pernah menuntut di beberapa sekolah pondok sebelum ini.


Saya tidak mampu menjangka fakta sebenar berhubung kerjaya tetap Pengarah Operasi syarikat ditubuhkan sejak 17 Ramadhan tahun lalu itu.

"Saya guru, sudah 3 tahun mengajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah," ujar Ustaz Hafiz.

Menurutnya beliau dan Ustaz Aznil pernah berniaga miyak wangi selama setahun di Uptown Sri Gombak.

"Ilmu perubatan Islam memang kita sudah tahu sejak 2001, selepas itu ada orang minta supply minyak wangi untuk kegunaan perubatan. Kita tahu kaedah menghasikan minyak itu, jadi why not kita buat?  Kita buat sendiri tetapi kita tambahkan syifa', kata orang sekarang, aura, dengan bacaan Al-Quran 30 juzuk. Cukup memadai, minyak wangi ini dapat memberikan kesan kepada alam jin. Nature jin, dia sukakan bau busuk, sampah, dia tak suka minyak wangi, lawan dia," jelas Ustaz Hafiz.

Terus-terang, saya terpaku mendengar kepetahan 2 ustaz terbabit bercakap. Mereka juga saya dapati cepat mesra dan berfikiran terbuka biarpun bertemu kami buat pertama kali malam tadi.

Sebagai hafiz, Ustaz Aznil, sering kali dijemput menyampaikan ceramah agama di pejabat swasta dan masjid.

"Kita ada ilmu Al-Quran, saya belajar kaedah rawatan dengan Imam Masjid Sungai Besi," ujar beliau.

Kru 666 mengambil kesempatan menjelaskan kepada mereka objektif penubuhan 666. 

"Kami tidak menolak kewujudan alam ghaib. Pada masa sama, kami juga bukan pencari hantu. Setiap kali melakukan tinjauan, kami cuba merakamkan visual, gambar pegun dan audio pelbagai entiti paranormal. Pada masa sama kami cuba menyampaikan maklumat kepada masyarakat agar tidak berasa takut secara semberono," ujar saya.

Kru 666 kemudian menjemput dua ustaz terbabit untuk menyertai tinjauan bersama kami pada waktu sesuai di masa akan datang.

Tiada bangkangan daripada pihak mereka.

Mewakili semua kru, saya kongsikan bersama mereka beberapa gambar entiti berjaya kami rakamkan sebelum ini di lokasi berbeza.


Pengalaman awal merawat pesakit dikongsikan oleh Ustaz Aznil bersama kru 666.

"Di Sentul, Kuala Lumpur, kami merawat pesakit, gadis berusia 21 tahun, dia mendakwa mampu melihat jin. Bila kita soal dia dekat mana benda itu? Dia kata ada dekat tingkap ustaz. Bentuk macam mana? Dia cakap banyak janggut, banyak bulu. Kemudian suara dia berubah, suara lelaki dan perempuan, mata pun berubah. Dia suruh kita balik, bulu roma kita meremang. Adik beradik dia kata, ini bukan kakak dia, ini orang lain. Adik dia lebih kurang saiz Rahmat, kena tampar. Kita soal jin itu, dekat mana awak sorok budak ini? Dia kata di Banjaran Alps, terkejut kita, wah jauhnya! Menurut adik pesakit, kakak dia tak lulus Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris dia cakap bukan British punya, US punya, lain terus. Cikgu bahasa Inggeris pun terkehel hari itu," beliau mengusik rakan kongsinya.

Kami semua tertawa.

Menurut Ustaz Aznil, mereka kemudian mendapatkan bantuan perawat lain. Pesakit dirasuk jin menurut Ustaz Aznil mempunyai kekuatan di antara 10 dan 20 kali ganda berbanding tenaga manusia normal.

Di samping merawat pesakit menggunakan kaedah Islam, 2 usahawan terbabit memasarkan produk keluaran mereka.

"Kami ada 3 produk, produk pertama, ibu minyak dibacakan Al-Quran oleh hafiz 33 kali, doa shifa; kami bacakan sendiri. Dua lagi produk masih baru, kira-kira 2 bulan. Minyak wangi ini kualiti dia dari Dubai. Harga semua sama, RM35.90, harga runcit. Kami sudah menyertai ekspo di ke Brunei, Sabah, Sarawak dan selatan Thailand," kata Ustaz Hafiz.


"Jin ini bergerak dalam salur darah manusia, hadis kata maka sendi menjadi tempat perhentian dia. Macam macam tipu helah dia. Macam tubuh badan, perempuan paling sulit kalau dia duduk di kemaluan. Problem juga. Macam mana kita nak buat?," ujar Ustaz Hafiz. 


Jika ingin mencuba kaedah rawatan antaranya berhubung masalah gangguan jin, saka dan santau, sila hubungi Ustaz Musleh Mohd Ali di talian 012 298 7900.

Lazimnya, di pusat perubatan lain, pesakit terpaksa menunggu dalam tempoh agak lama untuk dirawat selepas janji temu, justeru soalan berikut saya lontarkan.

"Kalau buat appointment, bila pesakit boleh dirawat?"

"Malam itu juga boleh, InsyaAllah. Kalau orang itu terdesak sangat, kita atur ustaz perawat kita untuk datang ke pejabat kami," balas beliau.

Apapun, mereka berikhtiar, pesakit pulih dengan keizinan Allah.


Sebelum beredar, Ustaz Aznil dan Hafiz menghulurkan buah tangan kepada semua kru 666 hadir dalam pertemuan terbabit sekaligus sudi menjadi penaja pakaian rasmi kami.


Terima kasih kepada mereka.

Untuk mendapatkan bekalan minyak atau menjadi pengedar, sila hubungi Puan Lin di talian 012 6277 300.




15 ulasan:

  1. Wah ustaz aznil..lama tak jumpa.. Ada baby baru ya ustaz...

    BalasPadam
  2. selamat berpuasa Mazidul dan semua yang singgah ke blog mazidul.

    BalasPadam
  3. KMTI :)

    Selamat berpuasa buat saudara seisi keluarga dan juga seluruh team 666.

    BalasPadam
  4. SMTI

    Selamat berpuasa bro.. Menarik sekali membaca entry ini.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    SMTI.
    Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua, moga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa pada tahun-tahun sudah.

    Terima kasih dengan maklumat tentang ustaz aznil. Pernah dengar tentang beliau, tetapi maklumat ini banyak membantu.

    BalasPadam
  6. Kami dari team Kasturi Syifa' Brunei mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengasas Kasturi Syifa' diatas kerjasama yang telah diberikan kepada 666 semoga usaha dakwah kita akan berpanjangan dan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t....

    BalasPadam
  7. wah..tahniah kasturi syifa' dan org2 kuatnya...

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Salam Ukhwah dari Stokis Daerah Kulim, Kedah...

    BalasPadam
  10. salam...
    saya dan keluarga antara pengguna minyak kasturi syifa..:-)

    BalasPadam
  11. as-salam...
    ingin bertanya,bagaimana caranya hendak membeli produk ini?
    ada minyak syifa ini sama dgn yg dijual diruangan iklan disebelah?
    rujukan:http://haizumresources.blogspot.com/p/produk.html

    BalasPadam
  12. abg mazidul..sy ada saka keturunan..adakah 666 bole tlg sy

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.