Sejak mula menulis blog lebih 3 tahun lalu, saya melihat pelbagai peel pembaca sewaktu melontarkan komen.
Majoriti beradab dan menulis buah fikiran secara profesional, dijana pemikiran dewasa manakala segelintir lagi melontarkan komen secara tidak berhemah.
Contohnya, sebaik saya memaparkan gambar di bawah, beberapa pembaca blog ini pantas melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas.
Berikut satu daripada contoh komen saya masukkan ke folder spam sebelum ini. Sila klik imej di bawah untuk membaca kenyataan secara lebih jelas.
Jika dilihat komennya, berapi-api tetapi malangnya pengecut untuk memperkenalkan diri.
Mengapa dia bertindak begitu? Mengapa perlu menyembunyikan identiti jika yakin komen dicatatkan terbabit benar dan boleh diterima semua?
Gentar kelak dikenali sekaligus bakal dicemuh bertindak kurang bijak?
Hanya Tukang Dera mampu memberikan jawaban kepada semua soalan itu.
Mari bersama kita teliti komen dilontarkan Tukang Dera sebelum ini.
'aci kerat tengkuk la kalau betul gambar tu hantu..'
- Jika diteliti tiada sekalipun di tampalan ini atau ini, saya menulis perkataan 'hantu'. Ternyata dia tidak memahami isu diutarakan.
'gambar slow shutter pun nak kecoh kat saka..'
- Ternyata melalui komen juru gambar berpengalaman, Mohd Kamal Misahah, gambar terbabit tidak dirakam menggunakan kaedah slow shutter seperti didakwa.
Berikut komen dihantar doktor berasal dari Kelantan.
Berikut komen dihantar doktor berasal dari Kelantan.
'saya bukan diskredit tanpa asas, terang dan jelas saya cakap gambar ni slow shutter.. jangan main sapu bawah karpet je hujah saya tu wahai cik anna..'
-Ternyata hujahnya kurang berasas.
'sekarang cik anna check tgk gambar ni pakai slow shutter ka tidak, kalau ya, cik ana boleh tampar pipi sendiri laju laju. sekian'
- Tukang Dera, sila tampar pipi sendiri.
Selain catatan di atas, pelbagai lagi komen dihantarkan oleh Tukang Dera kepada saya. Komen berbentuk kurang ajar melampau terbabit terpaksa saya bakul sampahkan.
Kepada semua pembaca blog ini ...
Tidak salah jika pendapat kita berbeza.
Cuma, cubalah melontarkan komen secara dewasa, itu sahaja. Usah meludah bercampur kahak hijau ke langit dan kemudian terkena muka sendiri.
Sabar En. Mazidul. Hanya manusia yang terpilih saja dapat peluang snap gambar entiti macam tu. Yang tak berpeluang tu, mungkin berasa cemburu, memperlekehkan hasil orang lain, meroyan/attention seeker. takpa la, biar dia berdoa banyak-banyak. Mana tau, mungkin akan datang dia juga bakal diberi kesempatan untuk merakam photo yang lagi dasyat/hebat, face-to-face dengan entiti misalnya. Nah, itulah yang akan menjadi momen yang tak akan dilupakan oleh tuan empunya badan sehingga ke akhir hayatnya. Pasti dia tidak akan berani memperlekehkan manusia lain di kemudian hari.
BalasPadamhehee..satu perkara dah boleh mnjadikan satu isu..=DD
BalasPadamKMTI
BalasPadamSaya pun pernah guna DSLR sebelum ni. Lebih kurang 2 tahun penggunaan secara tegar. Melalui secebis pengalaman saya, kalau betul lah gambar ini menggunakan teknik shutter speed kebarangkalian latar belakang imej juga akan terkena tempiasnya. Dan saya yakin 100% yang gambar ini asli dan tidak mengunakan apa-apa teknik. Wallahualam.
BalasPadamif i stand in your shoes, sy xlyn komen2 sampah nih... byk benda len yg en. Mazidul bleh pk n buat dr melayan komen2 sampah nih... makin en. mazidul melayan, makin bertambah2 laa nnti...
BalasPadamsy menyokong penuh sebarang aktiviti yg en. mazidul lakukan demi memaparkan benda2 yg xpernah kite lihat... kalu di beri peluang, sy pn ingin menyertai aktitivi paranormal nih...
Encik Mazidul, tak perlulah nak layan sangat pada orang yang tak beradab tu. Sabar aje. Orang yang pengecut macam tu, belakang aje meletup-letup. Mereka ni jenis manusia yang tak senang duduk kalau tak kacau orang, golongan syaitan yang boleh nampak... Jenis yang suka memperlekehkan orang lain dan hanya fikir dia aje yang bagus. So, take it for granted. The truth will speak by itself.
BalasPadambetul tu, saya setuju..
BalasPadampendapat masing2 berbeza, respect each other kan..
jangan layan lahabau otak senget tu...dia tu budak hingusan lagi...
BalasPadammanusia kurang ajar memang bersepah en mazidul..terutama kat dunia maya. tapi yang kurang ajar tu selalu 'lempar batu kemudian sorok tangan'. a total coward!!!
BalasPadammungkin dia panas hati tengok jumlah 3,416,603 kat sebelah kanan ni kot....
BalasPadam(3,416,603 setakat komen ini ditulis)
Hehhee..macam tu lah Bro, bak kata org tua2, lain padang lain belalang, lain org lain perngainya....Sabar je la....
BalasPadamsmti. jgnlah dilayan mereka yg kurang dewasa.
BalasPadamSMTI.
BalasPadambiar je org yang macam tu..
kita buktikan apa yang patut je bro.
first-first tengok hari tu pun i thought, 'slow speed shutter punya teknik, kot..?' Tengok lama-lama pun takda rasa seram ka apa..
BalasPadamTapi bila tau tis is the real thing, fuh, seram pula walaupun tengok kejap jer...
**i'm a horror movie/book fan, so it's only natural tat I love tis blog so much..:D
Sayapun rasa nak 'kerat tengkuk' - Tengkuk ayam lah nak masak rendang menyambut raya kan...
BalasPadamBerselisih pendapat & pandangan ni sebenonye sudah menjadi adat dunia, kita kata suami kita hensem tapi kawan kita kata muka macam kartun. Sambil bercakap dgn kawan kita senyum manis, tapi kawan kata kita senyum sinis seolah memperlekehkan apa yang dia tengah auta. Lagi best kita kata kita kaya budi bahasa tapi kawan kata kita propa. Tambah best bila kita pakai baju kaler merah menyala tetiba kawan tegur "Eh, u look blue la..."
Heheeee... 'Yes, different people has their own interpretation".
Sebaiknya fikir dahulu sebelum berbuat sesuatu, kan?
biarkan ajer abg..."si luncai terjun dgn labu2 nya" tah yg mana satu dia tuh...luncai atau labu? ;)
BalasPadamsalam. benda2 ghaib ni mmg wujud tetapi x mudah utk dilihat dgn mata kasar ttp dgn teknologi terkini atau dgn kamera kita mungkin bernasib baik dpt merakam imej2 mereka ni. sebagai sorg photographer sy akui gambar ni original dan x da manipulasi software, kalao ada manipulasi dah tentu akan keluar dkt EXIF dan satu lagi gamba ni mmg diambil dgn mode slow shutter, kita boleh tgk dkt EXIF "exposure time" = 1 second. 1 saat exposure boleh dikategorikan SLOW SHUTTER. tq
BalasPadamSalam sahabat..jangn diambil peduli sangat komen2 yg main tembak ja..sakadar baca dan kita,sbgai blogger beri fakta dan penjelasan..yg lain2..fikirlah sendiri..jenis paku..sekali ketuk,sekali masuk..
BalasPadamsaya dan family di beri kelebiham Allah untuk dapat melihat perkara di belakang tabir..apa yang orang lain tidak nampak, kami boleh lihat..tapi apa boleh, kami hanya mendiam kan diri kerana sikap segelintir orang2 macam Tukang Dera ni...
BalasPadamBelum kena batang hidung, boleh lah cakap macam2..dah kena, anak atau ahli keluarga meracau xtentu pasal.. baru mereka menggagau cari orang yang pandai...
Sabar lah En Mazidul..
SMTI
BalasPadamnanti akan datang smula baca tampalan yang lepas, saya dah banyak ketinggalan membaca tampalan en MAS... internet problem sejak akhir2 ni selain kekangan masa
selamat hari raya en MAS, moga ceria diaidilfitri ini
Bro, ada juga hikmahnya bila masing masing beri pendapat pasal gambar tersebut. Sekurang kurangnya kita dapt mengenali encik Mohd Kamal Mishah. Teruskan menulis tentangparanormal bro.
BalasPadamP/s semalam berhenti kat lamu isyarat sebelah kereta Gen2. Ada sticker 666, nombor pendaftaran kereta W**1200. angkat tangan kat dia tunjuk tanda "bagus". Dia balas balik. Best!
SMTI sejak isu awal topik ini. Bukan bidang kepakaran, saya baca komen orang lain saja.
BalasPadamhujah Tukang Dera terkena batang hidung sendiri...
BalasPadamsmti ... bukan bidang sy.. tk berani komen.. apapun topik yg sgt best!
BalasPadamsmti...
BalasPadamSabar jer bro...biasa la, kalau nak layan orang 1001 perangai....mamat 'tukang dera' tu entah mungkin yang ke 1002....