Isnin, Ogos 15, 2011

Tidak Di Duga ... Penemuan Menarik Kru 666

Jam 10.30 malam tadi, kru 666 berkunjung ke pejabat dan pusat rawatan Kasturi Syifa di Gombak, Selangor.


Jam 11 malam, pesakit, wanita mengandung mendakwa dirinya kerap berada dalam keadaan khayal mula dirawat. EMF Detector kami letakkan di dalam bilik sama berhampiran pesakit.


"Dia rasa macam lost dalam sebulan dua, dia mendakwa rasa macam hendak mati, rasa macam tidak stable, bila berjalan rasa macam hendak pengsan. Kita baca ayat Rukyah untuk mengesan, membatal dan menghindarkan perbuatan sihir. Pesakit itu kita bacakan Al-Fatihah sahaja dia mula rasa tidak selesa. Kita tengok orang, tengok pada keadaan dia  tadi agak kosonglah. Semakin lama kita baca, dia rasa macam panas," ujar ustaz Musleh Mohd Ali.


Turut bersama melakukan rawatan kaedah Islam, Al-hafiz ustaz Muhammad Hafiz Ahmad dan ustaz Aznil Zulkifli, baca latar belakang mereka di sini.

Sepanjang rawatan, kru 666, Rahmat Mokhtar berada di dalam bilik sama sambil memegang EMF Detector.


Sementara itu kru 666 lain berada di luar, memantau rawatan melalui tingkap bilik.


Sebelum ini kumpulan Pengembaraan Alam Ghaib, bersatu di bawah nama 666 menjalankan pelbagai tinjauan kes paranormal bersama kru lain. Malam tadi, tiga beradik, Azree, Alfee dan Asyraf membawa ayah mereka, Ja'afar Abbas, 60 tahun, ke lokasi.

"Pak cik asal orang mana?," soal saya.

"Johor Bahru, Johor tetapi datuk orang Jepun," balasnya.

Semua kru 666 berada di luar bilik saling berpandangan sambil mengukirkan senyuman sinis antara satu sama lain.

Keturunan Jepun rupanya dia orang, barangkali itu kenyataan terlintas di fikiran setiap mereka.


Pada masa sama, Boy, jurukamera bakal menjadi bapa dalam tempoh kira-kira 5 bulan dari sekarang,  sibuk merakamkan visual dari bukaan di bilik sebelah atas ruang rawatan.


Sambil merakamkan gambar pegun, saya perhatikan tangan perawat menggenggam minyak wangi diaurakan dengan bacaan Al-Quran, produk Kasturi Shifa'.


Ustaz Muhammad Hafiz turut mengambil kesempatan memantau bacaan EMF Detector di dalam bilik sama. 

Sebelum ini tidak pernah kedengaran mereka bergelar hafiz berminat untuk bekerjasama dengan kru pengkaji paranormal. Jika ada sekalipun, barangkali berita itu tidak pernah dipaparkan oleh media.


Hampir jam 11.30 malam rawatan berakhir.

"Kita minta pesakit datang sekali lagi untuk rawatan lanjut," ujar ustaz Aznil.


Sewaktu pesakit berjalan keluar dari bilik rawatan diiringi suaminya, dia berkata ...

"Masa rawatan tadi, saya rasa panas"

Kru 666 berada di ruang legar, menanti penjelasan Rahmat.


"Huh! Bacaan meter maximum," kata Rahmat kelihatan teruja.

Malangnya berikutan ruang bilik rawatan sempit, saya tidak berpeluang merakamkan bacaan meter EMF Detector terbabit.

Namun bunyi isyarat menunjukkan bacaan alat pengesan medan elektronik itu meningkat dapat didengari jelas oleh semua kru 666 dari luar bilik.

Seperti saya catatkan dalam tampalan terdahulu, saya tidak akan mengesahkan kejadian tanpa bukti bergambar. 

Justeru kami kemudian menunggu pesakit berikutnya dirawat. Rahmat pula membuat keputusan untuk memantau bacaan EMF Detector berhampiran Boy di bilik bersebelahan. Tindakan itu sekaligus memudahkan saya merakamkan bacaan meter.


"Atoi! Ingat dapat cuti tahun ke? Pergi ambil parabolic recorder, cuba dengar kalau ada audio pelik di kawasan ini," usik Azree.

Sambil tersenyum Atoi menjalankan tugasan lazimnya tanpa banyak persoalan. Untuk rekod, Atoi sering kali diusik kru 666 kerana sifat nakalnya gemar bergurau dengan kru lain. Namun sewaktu dia digigit pacat sebelum ini berhampiran Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor, semua bersimpati.



Manakala Farid mengambil Infrared Thermometer dan merekodkan bacaan suhu di sekitar.


"Suhu normal," bisiknya kepada saya.

Atoi melaporkan tidak mengesan sebarang audio ganjil di ruang pejabat itu.


"Budak itu, tidak ada ayah, kurang perhatian, kalau emak tegur kerap melawan. Wanita sebelah dia itu, ibu tunggal. Bila setiap kali hendak sembahyang dia rasa seram dan bulu roma meremang," jelas ustaz Musleh.


Sebaik rawatan dimulakan, saya sudah bersedia merakamkan bacaan EMF Detector dipegang oleh Rahmat.


Beberapa kali EMF Detector berbunyi, isyarat perubahan pada bacaan.

Berikut maklumat diperolehi dari laman web Atlantic Paranormal Society berhubung penggunaan EMF Detector.

'Paranormal Activity will usually register in the range of 2.0 to 7.0 milligauss. After eliminating all outside power sources and you are still in the 2.0 to 7.0 range, you are probably detecting some sort of paranormal activity.

When working with an EMF Detector it is best to pair up with someone that is operating a camera. When something is detected, the camera person can be notified and pictures immediately taken.

When a hot spot is detected, make sure to document the spot'

Berikut pula gambar bacaan direkodkan berulang kali.


8 milligauss!


Semua kru 666 kelihatan berpuas hati dengan penemuan menarik itu. Kami berazam akan kembali semula ke lokasi sama sekiranya dizinkan.

Kepuasan itu bertambah kenikmatannya apabila ustaz Aznil dan Muhammad Hafiz besetuju dengan design t-shirt ditunjukkan Razali kepada mereka.


"Kalau ikut saya, sehelai ada collar, satu lagi round neck," cadang ustaz Aznil.

"Elok juga, bila menghadirkan diri ke majlis formal, kita pakai baju berkolar," celah Rahmat.

Tiada bantahan.

InsyaAllah, dalam jangka waktu terdekat, tshirt, seragam kru 666 akan siap untuk dicetak dan dipakai oleh kru dan pihak penaja.

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada pihak pengurusan Aroma Cinta Enterprise sudi bekerjasama dengan kru 666 berusia setahun jagung. 

Memang tidak terduga dek akal dangkal, sekumpulan insan berilmu, hafiz Al-Quran sudi bersatu bersama kru 666 untuk membenarkan kami menyingkap fakta berhubung kes paranormal dalam keadaan lebih selesa dan bergaya.

18 ulasan:

  1. syabas bro n the geng.. ustaz masuk geng 666 gak ke ustaz?? hihi..~gurau di pagi hari ~:)

    BalasPadam
  2. tqs 4 share....kalau ada lg nxtme sertakan rakaman suara pesakit masa buat rawatan..brula thrill skit..:)

    BalasPadam
  3. Wanz, InsyaAllah ada. Kami akan print lebih kurang 500 helai.

    BalasPadam
  4. Tahniah, bro dan kru 666. Semoga dlm masa terdekat ada beberapa pihak lagi turut menaja team ini.

    Suka saya cadangkan kru 666 adakan satu siasatan di selekoh2 bahaya tempat meragut byk nyawa. Salah satu tempat antara pekan Karak ke Lancang.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    tumpang tanye,betul ke kwn sy kate mse bulan puasa ni still ade jin yg jahat lg berkeliaran?
    bkn ke bln Ramadhan ni , jin + syaitan diikat?
    maaf klau soklan yg dberi bkn soklan yg bijak. sy xtahu, tu sb sy bertanye. :)

    BalasPadam
  6. smti~

    cool lah ustaz kat situ!

    *header baru - cantik!

    BalasPadam
  7. wah sempat lagi promot baju ek hehehe

    tahniah, bersatu mencari fakta yg berguna

    BalasPadam
  8. salam tahniah dari saya buat sdr mazidur dan kru 666 dengan termetrai hubungan dua hala dengan Aroma Cinta sekaligus penajaan baju t ekslusif untuk aktiviti harian kru 666.
    selepas ini perlu lagi penaja lain bagi membiayai pelbagai aktiviti kru 666 pada masa depan.
    semoga usaha ini akan di permudahkanNya, insya-allah.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,
    SMTI

    Setuju dengan cadangan sdr Rusli.

    Cadangan: kawasan kemalangan bas ekspress area Merapoh-Kuala Lipis yang pernah berlaku dan meragur ramai nyawa satu ketika dahulu musim Aidilfitri. Dengar cerita (tak tau betul ke tidak), ada pemandu pernah nampak dan singgah di kawasan gerai yang kelihatan meriah waktu malam hari, sedangkan sebenarnya kawasan tu hanya kebun kelapa sawit sahaja pada siang harinya.

    BalasPadam
  10. Nak satu baju tu.. Cantek! Best baca tampalan ni.. =)

    BalasPadam
  11. Zaini Zaa and all, terima kasih banyak di atas sokongan.

    BalasPadam
  12. Perubatan alternatif yang baik - Teruskan.
    Pengkajian paranormal yang baik - Teruskan.

    Banyaknya ubat-ubatan yang meragukan (dari sudut halalan toyyiba)di pasaran maka kembali kepada yang kaedah 'alami' amat digalakkan.

    BalasPadam
  13. Syaitan atau Jin Kafir itu diikat ketika bulan Ramadan; isunya diikat di mana? Jika kita asyik duduk sebelah syaitan diikat pasti dia sempat juga menghasut kita. Cuma sukar nak masuk dalam diri kita.

    Selain hasutan syaitan jangan lupa nafsu juga kena dikekang; tak kekang nafsu juga akan pasti kita buat dosa di bulan Ramadan penuh berkat ini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.