Dalam tempoh kurang setahun, Sekolah Harapan di Melaka memberikan perlindungan kepada 80 gadis remaja hamil di luar nikah dan 59 bayi selamat dilahirkan.
Itu antara fakta dicatatkan dalam laporan akhbar Kosmo hari ini.
Wow!
Melihat statistik itu, pelbagai perkara spontan berlegar di fikiran.
Adakah fakta itu dilihat sebagai satu kejayaan?
Lazimnya remaja perempuan terlanjur kerap kali bertindak di luar dugaan. Zuriat mereka berkebarangkalian cuba dilupuskan, bertujuan mengelak diri dan keluarga dicerca oleh masyarakat. Justeru tidak hairanlah jika sebelum ini, bayi samada hidup atau mati antaranya ditemui di dalam longkang, terapung di kolam, terperosok di dalam mangkuk tandas, berbungkus kain pelikat di ruang legar masjid, diurung semut di dalam tong sampah dan kesejukan di halaman rumah.
Sebaik terbaca paparan akhbar terbabit, secara automatik saya teringatkan peristiwa berlaku pada 15 Ogos tahun lalu.
"Jumpa mayat bayi dekat Segi College," ujar kenalan, anggota polis berpangkat Sarjan.
Maklumat awal berhubung kes itu, saya kongsikan di sini.
Beberapa bulan kemudian saya cuba mencungkil maklumat berhubung kes terbabit. Difahamkan, ayah kepada bayi cuba dicampakkan ke dalam longkang besar buatan manusia itu dikatakan warga asing. Manakala ibunya, gadis tempatan berasal dari Felda di Pahang. Namun hingga ke saat ini saya tidak dapat mengesahkan status kebenaran dakwaan itu.
Jika mempunyai waktu terluang, sila baca tampalan lain berhubung kes pembuangan bayi, di sini dan di sini.
Hemat saya, bilangan remaja hamil dimasukkan ke Sekolah Harapan berkadar terus dengan tahap keruntuhan moral generasi muda masa kini namun segelintir mereka teperangkap, berstatus mangsa.
Tanpa pergaulan bebas sekalipun, mereka tidak terhindar hamil anak luar nikah. Di rumah, mereka menjadi mangsa haruan makan anak. Mangsa kerakusan nafsu serakah ayah, ayah tiri atau adik beradik lelaki mereka sendiri. Kes terbabit berulang kali dilaporkan oleh media sebelum ini. Malahan lebih haram jadah, lelaki bergelar datuk, berjalan terhinggut hinggut juga didapati turut melampiaskan nafsu, sanggup merogol cucu sendiri sehingga melahirkan anak.
Ringkasnya, jika di rumah keselamatan sebilangan gadis remaja didapati tidak terjamin apatah lagi seandainya mereka dibiarkan bebas bergaul tanpa batasan di luar rumah.
Setakat ini kita melihat pihak berkuasa bertindak secara reaktif bukan proaktif. Jabatan Kebajikan Masyarakat contohnya, sekian lama memberikan khidmat perlindungan kepada remaja hamil di luar nikah. Kelompok sama juga dimasukkan ke rumah perlindungan, sementara menunggu anak di dalam kandungan dilahirkan. Dalam tempoh beberapa bulan, remaja terbabit tidak berpeluang meneruskan pendidikan berbanding jika mereka dihantar ke Sekolah Harapan.
Hemat saya, perasaan malu dan gangguan emosi tidak begitu ketara jika mereka ditempatkan di sekolah terbabit kerana kesemua pelajar berkongsi status sama, ibu anak luar nikah.
Saya bersyukur berikutan tindakan pihak kerajaan negeri Melaka mewujudkan Sekolah Harapan, sekolah memberikan peluang kedua kepada remaja terbabit meneruskan kehidupan dalam keadaan lebih selesa sekaligus memberikan mereka ruang untuk menginsafi keterlanjuran masa lalu.
Apapun, itu tidak bermakna ibu bapa harus bersikap lepas tangan dalam usaha mengekang gejala sosial sentiasa mengintai peluang untuk menjerumuskan anak remaja kita.
fakta menyedihkan...
BalasPadamTak sanggup melihat gambar itu. :(
BalasPadamBro, pada pendapat saya, kembali kepada cara hidup Islam adalah yang terbaik. Pendidikan Islam atau pendidikan cara Islam bagi yg bukan Islam, itu yang perlu. Bukan menyediakan pusat sebegini. Islam sebagai Ad'din.
BalasPadamjangan pulak lepas ni ramai pulak yang mendaftar kat Rumah Harapan tu yer?? kalau boleh statistik tu janganlah tinggi sangat...
BalasPadamyelah...ok dah mengandung...tak per, kita pegi je ke Rumah Harapan...tentu kita ada harapan...
harap mereka insaf laaa...
hai buat pandai, dpat hasil buang jer mcm tu..
memang haram jadah laa manusia2 mcm ni...
menda haram kalau dibuat senang jer dapat, bila senang dapat, campak jer merata2...
Rasulullah berkata antaranya, "akan sampai satu zaman dimana zina secara terang-terangan..."
BalasPadampenyumbang utama semua ini adalah video2 seks yg mudah didapati dipasaran, even yg free di internet pon banyak... yg kurang iman, tak mustahil melampiaskan nafsu mereka pada mereka yg terdekat disekeliling mereka seperti anak or even cucu.
BalasPadamsaya tak rasa diorg yg dah biasa tgk video2 lucah ni akan stop, unless kerajaan banned all the websites dari di akses oleh semua orang di sini
smti...
BalasPadamdikalangan binatang, tiada manusia..tetapi di kalangan manusia...byk binatang...
Sudah ada kajian yang dibuat oleh sebuat IPTA (saya tak ingat kajian mana tapi ada masuk suratkhabar)berlakunya kes kelahiran mendadak bayi luar nikah/bayi dibuang lebih kurang 9 bulan selepas tarikh-tarikh ni:
BalasPadam- 31 Disember / 1 Januari
- 14 Februari
- 31 Ogos
- 25 Disember
Sepatutnya kita tahu yang pada tarikh-tarikh tersebut pergaulan lelaki perempuan adalah amat bebas sehingga terbabas. Kena tutup pintu kepada pergaulan bebas.
Jadi cara untuk mengekangnya sepatutnya adalah dengan melarang anak gadis masing-masing daripada keluar rumah. Ibubapa liberal yang banyak mengabaikan tanggunjawab mereka.
Nak berzina??? ala rumah harapankan ada...
BalasPadamNak mengandung anak luar nikah??? ala apa susah rumah harapan kat melaka kan ada...malaysia boleh...
Saya bersetuju ibubapa memainkan peranan sangat penting dalam mengawasi anak-anak mereka. Situasi dalam pendidikan kita hari ini amat menyedihkan dimana para pendidik dihukum jika mereka mengambil tindakan disiplin ke atas anak didik mereka. Sekarang semua ibubapa harus buka mata dan bekerjasama dengan semua pihak dalam memantau aktiviti harian anak mereka.
BalasPadamYa saya setuju...ibubapa perlu memainkan peranan utama...
BalasPadamKalau zaman saya sekolah dahulu kena rotan dibetis, tapak tangan, punggung, kena cubit dan pulas kulit perut, kena tarik telinga dan anak rambut ditepi telinga (sampai terjingket-jingket), kena hempuk di kepala dan belakang dengan buku matematik, kena ketuk kepala dengan pembaris kayu satu meter, kena tampar dipipi dan belakang dengan tangan kasar yang penuh dengan habuk kapur tulis (sehingga terkencing), kena berdiri atas kerusi dan meja, kena jemur tengah panas di luar bilik darjah,kena berlari keliling padang sekolah, kena baling dengan pemadam papan hitam atau kapur tulis...semua itu jangan sekali-kali diceritakan kepada ibubapa, kalau diceritakan maka saya akan kena denda benda yang sama dirumah.
tapi sekarang??? cikgu tidak boleh memainkan peranan utama lagi.
keburukan rumah harapan, anak gadis diluar yang tahu kewujudan rumah ni takkan gentar nak lakukan kesalahan. sesetengan budak mentah fikir jalan singkat. mungkin betul kata en. wira.
BalasPadamtapi kita lihat dari segi kebaikan. rumah ni juga bagi perlindungan kepada remaja yang menjadi mangsa. rogol dan sebagainya. MANGSA iaitu bukan atas kerelaan sendiri.
rumah harapan ni ada banyak kebaikan juga keburukan.
tapi bukankah elok kita mencegah dari merawat?persepsi masing2.
Sungguh sedih menatap gambar bayi berkenaan. Memang sudah sampai masanya hukum bunuh dilaksanakan kepada kedua ibu dan bapa bayi tersebut. Saya amat setuju dgn cadangan Ketua Pemuda Pas menjadikan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sbg wajib lulus utk pelajar yang beragama Islam. Kerajaan juga wajib "ban" kesemua website lucah spt mana mereka ban sesetengah downloading site. Selagi semua pihak tidak menjalankan tugas, selagi itulah buang bayi akan berleluasa. Jgnlah kita caci sekolah harapan kerana sekolah itu bukan sahaja menyelamatkan bayi terbabit, tapi juga boleh beri kaunseling supaya mereka insaf. Kepada remaja lelaki diluar sana, jgnlah rosakkan anak dara orang dan kpd remaja perempuan jgnlah percaya kpd "cinta kristal'....ingatlah pepatah atuk nenek kita selalunya tepat....habis manis sepah dibuang...
BalasPadamSMTI
BalasPadamMaaf lari topik.
En MAzidul boleh komen pasal isu hina agama Islam oleh Hajjah Sitt al Wuzara?
Nampak benda ni tak ada hentinya. Perlukan perhatian pihak yang sepatutnya.
scroll cepat2 takmau tgk gambar tu...
BalasPadammiss malika; dikatakan that girl actually a guy...maklumat dari hackers yang godam IP dia.
Jangan sampai nanti ada yang ambil kesempatan...
BalasPadam"Lebih baik mencegah daripada merawat"...
menyediakan pusat sebegini mampu untuk mengelakkan pembunuhan bayi, tetapi cara mencegahnya adalah pendidikan agama pada setiap lapisan masyarakat. kita tidak akan mampu mengurangkan bilangan bayi tidak berayah sekiranya anak muda kita masih terjebak dalam kemaksiatan. aspek keagamaan perlu diajar kepada ibubapa, pelajar, dan semua anggota masyarakat barulah pengurangan kes sebegini akan tercapai, insyaAllah.
BalasPadamSMTI
BalasPadamsedih ... apalah nak jadi dengan anak bangsa kita, minta dijauhkan daripada ahli keluarga kita perkara yg mengaibkan sebegini
izin kongsi pic...
BalasPadamsedih sgt tgk gambar...
saya sgt setuju penulisan ini.
kewujudan rumah harapan perlu pendekatan islam yang 100%. ia amat penting sekurg2nya ia x mungkin akan berulang lagi. dan sewajarnya, remaja yg telah terlanjur itu haruslah turun padang dan sekaligus membantu mencegah kejadian ini,krn mereka lebih faham mengapa terjadinya kejadian sedemikian... sebenarnya byk cara kita boleh lakukan,tapi....dalangnya pun byk juga. sepertinya kes murtad dan hina islam...saya pun tunggu pendapat en mazidul juga mengenai kes tersebut, terima kasih....
smti..
BalasPadamsetuju dengan cikgu k.z dan kamayusof.. apa2 pun semua bermula dari rumah..
Faktor media banyak menyumbang kearah akhlak remaja sekarang. Alangkah baiknya jika dunia berpatah balik ke zaman lampau. Bukan semuanya remaja tersebut tidak mempunyai didikan yang cukup, malahan sebahagiannya mempunyai didikan formal di sekolah agama. Tapi desakan syaitan dan keseronokan melebihi dari pertahanan benteng iman. Moga mereka berubah menjadi insan yang bertakwa suatu hari nanti. Amin.
BalasPadamSila jenguk ke blog saya mengenai petua kesihatan/kecantikan seperti contohnya cara mencegah botak yang dikaitkan dengan ketidakseimbangan biokimia dalam badan, insyaalah berkesan.
Sekolah Harapan pastinya perlukan kos yang tinggi sebabnya pasti keluarga penghuninya tak akan mahu membantu membiayai anak yang telah menconteng arang ke muka keluarga.
BalasPadam2. Kejadian terbenih anak haram ada banyak faktor; sebab utama mestilah iman, tak dapat mengekang nafsu yang ada, pergaulan bebas & ada yang buat kata Bro Maz menjadi mangsa.
3. Nak kikis masalah ini memang amat sukar jika kita asyik menuding salahnya pada sikeluarga atau si empunya diri. Semua anggota masyarakat kena bertanggungjawab, jika sentiasa mencegahnya pasti akan makin berkurangan.
4. Rumah tumpangan atau hotel kena sering diserbu (jangan kira bintang), rumah sewa pelajar kena sentiasa diawasi, taman atau lokasi panas, asrama dah tentu ada jaganya. Rumah perseorangan ketua keluarga kena cepat peka. Pusat hiburan pun bilik karaoke yang meragukan juga kena sering di pantau.
5. Iman kena dipupuk sejak kecil lagi, bila ada iman barulah mudah menjaga batas pergaulan. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi; bala yang akan diturunkan Ilahi dalam masalah maksiat ini tak akan terkecuali; kita yang tak kena mengena pun akan dapat azabnya.
menitik air mataku melihat gambar itu sob..sob.. ,btw, lihatlah bagaimana ayah-mak kita dulu mendidik kita sampai kita boleh jadi siapa kita pada hari ini. so, bolehlah di apply cara itu pada anak-anak kita. mungkin ada yang bakal menggelarkan kita kuno, kurang toleransi, tak sporting etc, tapi kalau hasilnya cemerlang, why not ye tak?
BalasPadamKesian...apalah nasib baby tu. Dah buat dosa tambah lagi dosa membunuh...
BalasPadamKesian dan sedih, ade orang yg senang dpt anak..buang2 je.ade org susah dpt anak, mcm2 cara nak mrndptkan anak.
BalasPadamHarap segala rezeki yang kita perolehi sekarang adalah dari sumber yang halal, supaya generasi akan datang tak buat hal..Insya Allah.Amin