Jam 11.30 malam tadi, mesyuarat ringkas kru 666 berlangsung di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Buat julung kalinya, kesemua 13 kru berkumpul dan kelihatan gembira sebaik pelekat kereta diedarkan.
Jam 11.30 malam, selesai mesyuarat dan sesi menjamu selera bersama, semua kru keluar dari restoran dan melihat pelekat ditampal lebih awal oleh Adam di keretanya.
"Jangan pegang! Aku baru basuh kereta!," jerit Adam kepada VJ dalam nada gurauan.
Mereka itu bak adik-beradik, biarpun gurauan kedengaran dan kelihatan kasar, hati mereka sentiasa bersatu sebagai sahabat. Sememangnya VJ dan Zaki gemar mengusik anak peguam terbabit.
DIa kekadang dilaporkan sedikit emosi.
"Huh! Janganlah tanya fasal adik perempuan dia," komen Farid.
DIa kekadang dilaporkan sedikit emosi.
"Huh! Janganlah tanya fasal adik perempuan dia," komen Farid.
Hemat saya, Adam tidak membenarkan mereka mengusik pelekat baru ditampalnya itu dan pada masa sama dia juga rapat dengan adik beradiknya. Justeru, dia cuba mengelakkan mereka diganggu dek jin dan jembalang.
Perhatikan gambar awal dirakamkan sewaktu Adam dan VJ duduk bersebelahan ketika kami menjamu selera.
Gelagat mereka bak sedang berebut teman wanita walhal hanya VJ didakwa sedang hangat bercinta, Adam seperti sebelumnya, mendakwa masih solo.
"Bukan bercintalah bang, kawan sahaja," VJ membela diri.
"Memanglah, elok kalau bermula dari kawan, kemudian barulah dijadikan special girlfriend," balas saya.
"Memanglah, elok kalau bermula dari kawan, kemudian barulah dijadikan special girlfriend," balas saya.
VJ, keluarganya menetap di Dengkil, Selangor kini bertugas sebagai wartawan sukan akhbar The Malay Mail, Adam pula pelajar kolej swasta, jurusan psikologi. Kepada mereka tidak mengetahu keadaan sebenar, Adam dan VJ kerap kelihatan seperti dua manusia sentiasa bercakaran walhal hakikatnya memiliki taman di dalam hati.
Taman dihiasai bunga ros merah, hitam dan merah jambu tetapi bukan berwarna merah seperti baju Atoi.
"Orang semua pakai baju gelap, hitam, dark blue, Atoi pakai baju color merah," komen kru.
Seperti biasa, Atoi jarang membalas usikan mereka. Dia kelihatan seperti anak penyabar dan agak berahsia orangnya.
Taman dihiasai bunga ros merah, hitam dan merah jambu tetapi bukan berwarna merah seperti baju Atoi.
"Orang semua pakai baju gelap, hitam, dark blue, Atoi pakai baju color merah," komen kru.
Seperti biasa, Atoi jarang membalas usikan mereka. Dia kelihatan seperti anak penyabar dan agak berahsia orangnya.
Gambar kru tetap 666 kemudian dirakamkan sebelum kami bertolak ke lokasi tinjauan. Sila klik untuk memperbesarkan saiz imej di bawah sekaligus melihat wajah Atoi lebih dekat.
"Free style!," jerit saya.
Berikut hasilnya.
Perhatikan Atoi, tidak bergerak, hanya tersenyum sahaja.
Jam 1.20 pagi tadi, kru 666 tiba di Cheras, Kuala Lumpur berhampiran Uptown. Sebaik semua kenderaan diparkir, Rahmat memasang Parabolic recorder dibeli semalam dengan menggunakan wang disumbangkan pemilik Supremo Donuts & Coffee, Azhari Jemaon.
Jam 1.20 pagi tadi, kru 666 tiba di Cheras, Kuala Lumpur berhampiran Uptown. Sebaik semua kenderaan diparkir, Rahmat memasang Parabolic recorder dibeli semalam dengan menggunakan wang disumbangkan pemilik Supremo Donuts & Coffee, Azhari Jemaon.
Kami kemudian memasuki kawasan pembinaan terletak kurang 100 meter. dari lokasi kami berkumpul Bekas tapak Hospital Lady Templer dibina pada tahun 1952, pusat merawat pesakit batuk kering kini sedang dibangunkan.
Dilaporkan operasi hospital terbabit diberhentikan pada tahun 1988 namun sebilangan bangunan digunakan Poliklinik Cheras sehingga tahun 1995. Kini bangunan itu sedang dibina semula oleh pekerj warga asing berasal dari Indonesia.
Solikhin ditemui sewaktu saya, Farid dan Rahmat melakukan tinjauan awal di tapak pembinaan itu 2 hari lalu.
"Jumpa apa?," soal saya.
"Ada seperti orang lelaki duduk di sini, bercakap menggunakan telefon bimbit dan kemudian bila saya lihat selepas beberapa saat, dia hilang," jelasnya.
Dia kemudian membawa kru 666 ke lokasi dimaksudkan.
"Dia duduk begini tadi," tambah warga Jawa Timur itu.
Sebelum itu, saya, Rahmat, Adam, Azree, Atoi dan Razali meninjau pokok besar berhampiran kolah mandi, saya turut serta bertugas merakamkan gambar pegun.
Klik di sini.
Wanita Flores didakwa pernah melihat entiti menyerupai wanita, berambut panjang, berpakaian serba putih kelihatan bak terapung berhampiran pokok kira-kira 10 minit pada jam 12 tengah hari pada awal Mei 2011.
Malam tadi, di lokasi sama, Atoi berkata perlahan ...
"Ada bunyi"
Dia kelihatan begitu berhati-hati merakamkan audio menggunakan alat perakam tidak lekang di tangannya sejak memasuki kawasan terbabit.
Di sinilah wanita terbabit dipercayai mandi.
... dan di sini, entiti berupa perempuan dikatakan muncul secara tiba-tiba mengakibatkan suhu di kawasan sekitar bertukar menjadi lebih sejuk, seperti didakwa saksi kejadian.
"Bang, kita dapat suara, Atoi rakam tadi," ujar Azree.
Ketika itu jam tangan saya menunjukkan pukul 2.57 pagi. Pantas saya memintanya memperdengarkan rakaman audio itu kepada Solikhin.
"Ya! Ya! Benar, itu bunyi pernah saya dengar. Hu Hu Hu Hu Hu, begitu," jelas lelaki warga Indonesia itu.
Bunyi tangisan singkat lelaki selama kira-kira 5 saat.
Kami kemudian memberikan peluang kepada rakan sekerja Solikhin berusia 41 tahun untuk mendengar bunyi rakaman sama. Ternyata hati lelaki berasal dari Jawa Timur itu kecut.
Sebelum rakaman itu diperdengarkan kepada 2 'pengawal keselamatan' Indonesia itu, kru 666 dibawa ke bahagian belakang kawasan pembinaan oleh Solikhin..
"Setahun lalu, sewaktu bangunan baru sahaja dibina, saya sering mendengar bunyi tangisan di sini," katanya kepada kru pada jam 1.47 pagi tadi.
Bagaimanapun tiada perubahan suhu secara drastik direkodkan mahupun bunyi atau visual ganjil kami rakamkan di lokasi terbabit.
Hampir jam 2 pagi, kami dipelawa memasuki bekas tapak bangunan utama Hospital Lady Templer sebelum struktur asal dirobohkan.
Ketika dalam perjalanan keluar dari bangunan itu, kru dipelawa pula memasuki bahagian bangunan sejak awal pembinaan dikatakan keras.
"Awal tahun 2010, sering hantu dilihat di ruang ini," dakwa pekerja berbaju belang.
Sebaik mendengar kenyataan itu, Adam dan VJ memasuki ruang dimaksudkan.
"Kedap sungguh tempat ini," komen mereka.
Tiada perubahan suhu direkodlan oleh Infrared Thermometer atau gambar entiti paranormal berjaya saya rakamkan di ruang terbabit.
Pada masa sama, peluh mula memercik di dahi sekaligus membasahi baju dan tubuh sedikit penat akibat berjalan kaki agak jauh.
Jam 2.26 pagi kru 666 sekali lagi meredah rumput tinggi dan denai licin untuk kembali semula ke kawasan di bawah pokok tinggi.
Jam 2.45 pagi, semua peralatan pengesan bunyi dan medan elektromagnetik, perakam gambar automatik dan video kamera dipasang di sekitar kawasan pokok besar berdaun rendang itu.
Kru kemudian beredar dari kawasan terbabit dan kembali ke lokasi sama kira-kira 45 minit kemudian untuk mengambil kembali semua peralatan elektronik terbabit.
Melalui SD Memory Card diserahkan kepada saya oleh Razali, tiada gambar entiti berjaya dirakam menggunakan motion camera dipinjamkan kepada kru kami.
Hasil rakaman video kamera dan pengesan bunyi bakal saya kongsikan di sini melalui kemas kini sebaik menerima laporan kru 666 terbabit.
Sebelum pulang, kami mengucapkan terima kaish kepada semua warga Indonesia sudi membantu di lokasi.
"Lokasi seterusnya nanti, kaki Gunung Nuang," ujar Rahmat.
Semua bersetuju dengan cadangan terbabit.
Ketika jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi, saya terpaku seketika sewaktu merakamkan gambar di bawah.
Gambar membawa makna besar.
Sebelum ini bukan semua mereka mengenali antara satu sama lain. Ternyata 666 mampu menyatukan mereka kerana berkongsi minat sama.
Pesanan saya, selagi semua kru 666 bersatu hati dan melangkah bersama dalam menjalankan tinjauan dan kajian, InsyaAllah kurang halangan bakal diundang.
Rahmat memandu kereta kami naiki ke Damansara.
Kurang 5 minit perjalanan, dia tiba-tiba membelok ke kiri jalan dan memasuki laluan gelap sebelum memberhentikan kereta.
"Ini jirat Cina Sungai Besi," ujarnya.
Pantas saya keluar dari kenderaan dan merakamkan 13 gambar sebelum kami beredar.
Berikut gambar ke 11 saya rekodkan awal pagi tadi.
Melalui pandangan mata kasar, saya pasti entiti di atas bukan burung Cenderawasih tanpa bulu turun ke jirat Cina dari langit pada waktu awal pagi.
Bukan juga batu nisan berbentuk ganjil.
Sekiranya pembaca berminat dengan usaha kami menyingkap fakta berhubung kes paranormal di serata pelusuk negara ini, sila like page fact finders sebagai sokongan moral. Saya percaya 'like' itu, satu perkara cukup bermakna kepada semua kru 666.
Pembaca terbuka hati untuk menghulurkan sumbangan untuk memacu kegiatan kru 666, sila klik di sini.
Sekiranya pembaca berminat dengan usaha kami menyingkap fakta berhubung kes paranormal di serata pelusuk negara ini, sila like page fact finders sebagai sokongan moral. Saya percaya 'like' itu, satu perkara cukup bermakna kepada semua kru 666.
Pembaca terbuka hati untuk menghulurkan sumbangan untuk memacu kegiatan kru 666, sila klik di sini.
panjang betul rambut abang tu..kalau dia jalan memalam pun org igt antu huhu..gambar last no komen apakah itu?????
BalasPadamsalam
BalasPadamSMTI
Gambar last tu plastik beg kut..:)
Da 7 kali naik nuang.. mmg tempat trbaek kalu nk mencari.. mcm lubuk..
BalasPadamye ke ni??
BalasPadammemang elok la cari kat gunung nuang tu...sebulan yg lepas kawan saya naik gunung nuang dan balik meracau2 sehingga kene buat rawatan perubatan islam...lepas seminggu baru dia sedar...perkara terakhir yang dia ingat dia berada di puncak gunung nuang...dalam seminggu tu bukan dia...huhuhu...menurut cerita kawan yg sempat temuramah 'benda' tu katanya dia dibunuh diatas sana...anak orang asli...mungkin kru 666 boleh menyingkap misteri gunung nuang...Wallahualam...
BalasPadamseriau tengok.... huhu...takutnya..
BalasPadamsmti...
BalasPadamwahhh gunung nuang..bagus2 dulu penah naik masa turun tu dh magrib..kalau jalan ikut 4wheel drive nye jalan sepatutnya dua jam smpai tmpat base..tapi ktorang amik masa..4 jam lebih..asik2 tmpat sama aja jalan..huhuhu
BalasPadamsmpai melecet kakai..naik gung lagi senang dari jalan kat tempat mendatar
SMTI.
BalasPadamSMTI
BalasPadamgambar entiti tu betul2 macam hantu cina kuno yg ditocangkan rambutnya, memakai jubah. terbaekkkk~~
BalasPadambukan time posa ka dia punya date tu.....
BalasPadamkalau nk terjah biar sungguh2....
bulan posa ni biar nampak rantai besi tuh.....
salam...
BalasPadamnak pg gunung nuang ker? huhu...sy ade pg bln 6 yg lepas...kerane terlibat dgn latihan kem di sana...sy n 3 org kwn yg laen...ktorg pergi lmbt sehari berbanding peserta laen...mcm2 dugaan...sebelom smpai ke gunung nuang...kereta tayar pancit...huhu...dah la ktorg semua ladies...terpakse r mintak tolong org kg kat ctu...naseb lah org kg kat sane baek2...sebenarnyer ktorg tolak awal pg...sbb nak join aktiviti naik gunung nuang...tp disebabkan tayar pancit...ktorg smpai lmbt...last2...ktorg naek sendiri gunung nuang...sbb yg laen dah gerak naek gunung setgh jam awal...huhu...naseb baek lah tiada kejadian x diingini berlaku....
ktorg bermalam kat sane 3 hari...kat ctu kan ade resort...tdo kat dorm kat ctu..memandangkan ladies ramai...and dorm tuh agak menyeramkan...kerana beberapa rakan sy mengalami kejadian pelik kat dorm tuh...mungkin encik mazidul bleh menyiasat dorm tuh sekali...