Rabu, Ogos 17, 2011

Misteri Bukit Putus

Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Jalan berbengkang bengkok bak ular dipalu, diselubungi misteri. Itu dakwaan ramai pemandu pernah menggunakan laluan kini menjadi pilihan kedua pengguna jalanraya dari Seremban ke Ulu Bendul.

Majoriti pemandu kini dilapor lebih gemar menggunakan Lebuh Raya Kajang-Seremban, LEKAS, lurus dan lebih selamat. Bagaimanapun, jalan Bukit Putus masih dibuka untuk digunakan oleh orang ramai.

25 Julai 2009, saya dan kru 360 berada di pekan Kuala Pilah, ketika itu bulan Ramadhan.


Berkebetulan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, saya terjumpa anggota polis trafik, berpangkat Lans Kopral bernama unik.


Bertujuan membuat liputan di Bukit Putus, saya mengajukan pelbagai soalan kepada Puasa namun seperti dijangka sebilangan pegawai dan anggota polis lazimnya tidak begitu berminat berkongsi kisah misteri.

Mereka lebih gemar bercerita mengenai fakta.

"Pergi jumpa pemandu lori di pekan, dia orang mesti tahu banyak cerita," sarannya.


Melalui temubual bersama pengguna jalan berbangsa Melayu dan Cina, pelbagai dakwaan kami rekodkan.

Antaranya, kisah lelaki ditemui menjerit tanpa kepala di tepi jalan, kumpulan manusia mengusung keranda di tengah malam menggunakan cahaya lampu obor, hantu pocong dikatakan berdiri di atas kaki bukit,

Jika kita membaca forum berhubung Bukit Putus, pelbagai lagi dakwaan berhubung misteri lokasi sama dikongsikan orang ramai. Kisah 'bantal peluk besar' bergolek laju mengejar kenderaan, perempuan rupawan menumpang kereta di tengah malam, bebola api berterbangan di ruang udara dan dakwaan berhubung gerai misteri hanya beroperasi pada waktu malam, hilang di siang hari.  

Biarpun bilangan kenderaan menggunakan jalan Bukit Putus semakin berkurangan, kisah misteri laluan itu masih terus disebarkan.

Berikut antara gambar saya rakamkan di lokasi sama 2 tahun lalu.


Waktu gambar di atas dirakamkan, jalan terbabit masih dilalui kenderaan berat dan ringan. Saya percaya kini laluan itu semakin sunyi.

Berada di lokasi pada waktu tengah malam, terasa bulu roma sentiasa meremang. Sesekali terlihat lampu lori dari jauh, mengurangkan debaran jantung buat seketika. Di kiri kanan jalan, hutan tebal dan kelihatan juga pohon besar tinggi hampir mati.

Kru 666 bercadang untuk berkunjung ke Bukit Putus dan Ulu Bendul selama 2 hari 1 malam, bertujuan menyingkap fakta sebenar di sebalik pelbagai kejadian misteri didakwa berlaku di 2 kawasan terbabit.

Setakat ini, tiada rakaman video atau audio pernah dikemukakan sebagai bukti setiap kejadian. Kita hanya mendengar kisah misteri disebarkan dari mulut ke mulut. Barangkali sebilangan cerita terbabit hanya sekadar rekaan sahaja. Pada masa sama kita tidak harus menolak kewujudan alam ghaib dan entiti penghuninya.

Pengalaman peribadi berhubung Bukit Putus dan Ulu Bendul, sila kongsikan di sini.

21 ulasan:

  1. rindunya saya dengan kuala pilah.saya bukan berasal dari sana tapi sana pernah belajar di Bahau dan praktikum di Pilah.

    tahun 2001,anak saudara saya terkena 'sesuatu' selepas kereta yang dipandu abang ipar saya lalu bukit putus semasa waktu maghrib.

    setiap kali nak ke seremban,kami pasti kira berapa banyak selekoh,jumlahnya lebih kurang 32 selekoh.
    tak sabar nak tunggu liputan kru 666 tentang UB dan Bukit Putus.

    BalasPadam
  2. pernah lalu Bukit Putus dari Kuala Pilah ke KL menaiki motor Honda C70 saya tu waktu malam...agak sunyi dan menyeramkan...masa tu tawakal je la... Alhamdulillah sampai ke KL dengan selamat..

    BalasPadam
  3. jalan yang bengkang bengkok tu dah kurang dilalui... sudah terlalu sunyi

    polis pun tidak mengalakkan ikut laluan itu terutama di waktu malam sebab dah ada kes samun

    sejak dah ada jalan baru tak pernah lagi guna jalan lama tu

    selama menggunakan jalan lama tidak pernah pula mengalami sebarang gangguan tapi mulut memang tak henti baca ayat Kursi terutama ketika lalu di waktu malam ... perasaan seram memang ada

    BalasPadam
  4. sebulan sekali akan melalui jalan ni utk balik kg...kadang2 siang, kadang2 malam.... Alhamdulillah setakat ini tak jumpa apa2 yang pelik.

    BalasPadam
  5. Memang menyeramkan sebab pernah melalui pelbagai lebuh raya ketika jam melebihi 12 tgh mlm. Syukur belum terserempak dengan kes paranormal tapi rasa seram itu tetap hadir.

    BalasPadam
  6. smti

    memang unik nama polis tu, PUASA...

    BalasPadam
  7. dulu agak kerap jgk lalu jalan lama bukit putus lepas pkul 12tgh malam.. paling lambat pernah lalu pukul 2.45 pagi seorang menuju ke pilah..


    kalau orang tak biasa jalan tu, mmg bahaya..

    pada saya, kawasan yg banyak cerita mistik ialah kawasan kaki bukit, area ulu bendul.. kwsn lembah, ada sungai, kata org tua mmg port makhluk ghaib kan.. kalau kawasan selekoh2 tu, xde sngt seramnya..

    BalasPadam
  8. cuba try tanye org2 kat sek batu kikir..
    dulu ade dgr cerita mereka buang makhluk halus ni kat situ melalui bas oleh seorang ustaz..
    masa tu kat sek asrama sek mereka kena ganngu..
    pastu ade dgr cerita si polan ni berhajat nk lihat 'benda2' ni..so dia berdoa la kat mekah..bila blk malaysia dia nampak byk gila 'benda2' ni kat bkt putus tu..wallahualam
    byk sbnrnye cerita psl bkt putus ni..sng cerita klu sebut je BUKIT PUTUS=TEMPAT JIN BERTENDANG
    tapi sepanjang hampir 20thn sy ulang alik kat bukit putus ni xde pun jumpa ape2 even slalu balik pukul 3 4 pagi...(padahal tiap kali lalu kat jalan tu tgh2 pagi mesti tutup tingkap..haha)
    tp lps dah ade jln baru ni bkn main lg bukak tgkp smbil hisap rokok..huuu~

    BalasPadam
  9. kalau nak "benda" tu keluar kena ckp besar..sombong..riak..mencarut..etc
    ada bran??

    BalasPadam
  10. Hai Bro Mazidul,

    I pernah menimba Ilmu di N9, dan pernah ada keluarga angkat di Johol, kuala Pilah..

    Kalau di Ulu Bendul pengalaman saya adalah tersempak dengan 2 lembaga Aneh tersorok di celah celah tunggul kayu atau Jeram2 yang ada disitu..

    Kadang2 lewat petang boleh ternampak pasangan lembaga2 disekitar semak sedang melakukan proses persenyawaan. :|

    http://www.pengeRindu.com

    BalasPadam
  11. bro, cerita seorg ustaz di salah sebuah kolej di sana, pernah diganngu semasa drive...jalanyang bengkok dilihatnya lurus...mujur ditegur isteri...kalau tak, masuk gaung mereka...nauzubillah.

    BalasPadam
  12. Tak sabar untuk paranormal tour ke Ulu Bendul nanti. Harus persiapkan semua kelengkapan yang diperlukan. Diharap lebih ramai fact finders akan turut serta kita bersama pada hari itu.

    BalasPadam
  13. penah ke sana masa nak daki gunung angsi.... paling terperanjat tersermpak entiti aneh....


    nampak org asli mandi tanpa baju...huaaaaaaaa tanjat boboiiii..

    BalasPadam
  14. pernah studi di uitm k.pilah dulu..laluan ni pegi dan blik dri seremban....

    BalasPadam
  15. Omak den dlu cekgu kek Simpang Pertang, mase tu lak eh ado camping kek skolah mak den..so den ikot skali kono teman dio. kami blk semban dlm kol 1-2pagi ah gak..den lalu kek Bukit Putus tu la..nyaris2 nk eksiden sbb den tnampak ado cam pompuan baju puteh gayut kat atas pokok, rambut panjang jurai smpai kek pinggang..maso tu lak jalan dio kan cam bengkang bengkok U..fuhh, mmg istigfar panjang den..omak den tido kek sbelah time tuh..apo laie, terkojut la sbb den buek emergency brake. pastu truih laju yo..x pandang kiri kanan dah.. konangan botui!

    BalasPadam
  16. niy bkn dkat bukit putus tapi dekat bukit tangga dkat jelebu .bende ni terjdik mse taon lpas , sye dgn kwn sye pergi sane sje nk tgok tmpat da lme ta pegi . da smpai sane turun la dri moto , kteowg na singgah dka warung yg ade dkat sane mse na letek helmet sye terpandang sorang makcik ni dok sorang2 dkat tmpat nk tnggu bas yg dkat dgn warung tu ,makcik ni aasyik pandang sye pastuh sye bwt ta pediuli la. jln trus pegi dkad meja warung tuh skalisye toleh ke blakng tgok2 makcik tu da ilang pastu sye tnye kwn sye ni , sme de dy nmpak tak makcik yg dok dkad tmpat tunggu bas tu dy kate mne ade sape2 dkad situ .mse tu sye terus wt tak peduli la . ialh nk tkowt ape mse tu siang bkn mlm .

    BalasPadam
  17. Den pornah kono.. back in 2002, den dalam perjalanan balik dari tapak projek di Melako ke rumah abah den di Batu Kikir. Den bertolak dari Bandarayo Melako jam 12:45 malam (khamis mlm jumaat) ..memandu pacuan 4 roda milik majikan (kenderaan projek)..condition kenderaan bohsia .tayar pulak botak- temperature kejap naik kejap turun.. utk balik ke Bt Kikir ado 2 jalan alternatif..satu ikut alor gajar - lalu tampin- johol- inas- pilah dan terus ke bt kikir.. Satu laie ikut highway plus northbound keluar ikut somban-pilah- bt kikir.. Sobab keadaan kenderaan tak berapa sempurna den memilih laluan keduo, kalau rosak tongah jalan pun dokek dgn seromban, sonang nak ikhtiar.. berdasarkan resit tol exit senawang waktu 2:05minit pagi den terus kearah pilah melalui jalan bukit putus..mungkin den lalu bukit putus antara jam 2:30 pagi lah.. jalang lengang, langsung tak do kereto, lori dll.. nothing happen jang dlm pemanduan den..sehingga sampai berhampiran kem pengakap tibo tibo kenderaan den jadi berat...bukan sikit..bukan main berat.. aiiiseyy parahlah cam ni..dlm kepalo den menyimpulkan kenderaan ni dah mula nak meragam...den pandang cermin pandang belakang..tak do kenderaan-mano tau bulih mintak bantuan..dopan pun tak do.. den toleh ke arah cermin belakang..den dah ternampak satu benda pelik .. satu objek putih 'semi transparent' sebijik mcm pontianak maya karin dalam filem pontianak harum sundal malam..tertonggok atas seat belakang..mato merah, bau mcm kapur barus..otomatik den menggigil satu badan..kalau jiwo tak kuat boleh terbabas dlm gaung.. doa, serapah, ayat suci.. satu pun den tak ingat..doa nak makan pun tak ingat laie dah.. upayo yg ado ialah, den alihkan cermin pandang belakang tu kearah lain..dan terus tekan pedal minyak.. kenderaan tetap merangkak..berat..den cuma berbisik dlm hati ajo..jgn kacau den..den nak balik rumah...yang den paling tak tahan ialah bau kapur barus dan bunyi nafas pontianak tu mcm bunyi nafas kerbau.. Keadaan berlarutan sampailah den ke puncak bukit putus , dulu ado gerai makan kat situ..tibo tibo den dongar mcm bunyi angin kuat..dan tibo tibo kenderaan den ringan macam biaso...tangan masih mengigil..den terus memandu sampai ke taman rekreasi ulu bendul..den nampak ado 2 buah lori balak sedang lepak , drebar isap rokok...den terus parkir kereto berhampiran diorang dan terus berjalan berhampiran mereka..sorang india sorang cina.. pemandu inda terperanjat dan bertanyo kenapo den menggigil dan pucat..den terus bercerito apo yg berlaku..drebar cino tu pun cakap.."itu pasal lah kita dua olang duduk sini dulu..ini time memang itu pontianak ada sana..dulu ada satu kali terbang masuk lori gua..lori balak pintu takdak..." tambah mengigil den dongar cerito tu.. lopeh tu den ucap terimo kasih dan terus memandu..tak berani mlm ni balik bt kikir..den tidur rumah kawan den di Ulu Bendul...cam tu la cerito den..

    BalasPadam
  18. Ad lagenda dia kenapa nama bukit putus. Ikut orang tua..lurah tajam kt bukit tu terjadi sebabkan masa zaman dulu2. Raksasa bergaduh sebab kenduri kemudian tertetak bukit tu. Jadi terputus dua. Itu lagenda nya

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.