Sebaik saya memaparkan gambar dirakamkan kenalan, Tangan Saka?, pelbagai komen dilontarkan oleh pembaca, positif dan negatif.
Terima kasih.
Saya muat naikkan semula gambar terbabit untuk memudahkan pembaca meneliti imej terbabit.
Pada masa sama, saya cetak kembali beberapa komen dicatatkan oleh pembaca sebelum ini.
'Nyata sekali pada imej ke3, jika diamati nyata jari dan tangan hingga siku mungkin tangan kanak2. tak perlu saya buktikan dengan membuat imej yang lain. adakah sdr mazidul sendiri benar2 'KENAL' siapa penyumbang gambar, dan haruskah kita percaya 100% sejarah atau latarbelakang rumah atau lokasi?- Sangkuriang'
'Kamera murah, macam hp memang akan panjangkan sikit shutter speed..
cuba en. mazidul ekstrak exif data pada gambar tersebut...
saya pun pengguna tegar kamera handphone.. kalau en mazidul mahu, saya boleh tunjuk gambar seorang budak menjadi "The Flash" iaitu superhero yang mempunyai kelajuan berlari yang sangat pantas.. gambar ini saya sendiri yang tangkap guna hp saya..
pendapat saya, jangan lah en. mazidul menerima bulat2, atau sengaja "buat-buat bodoh" untuk terima sesuatu sebagai fakta, semata2 nak melariskan blog.. saya tau, blog en mazidul dah pun famous, bukan lah niat saya nak dengki ke apa ke, cuma sayanglah blog2 famous, tapi isinya 'tak berapa cerdik'.. sikit2 hantu, sikit2 hantu.. tak kaji tak apa.. tau nak bubuh ja dalam blog..
hairan saya, dah lama benar bekerja dengan kamera, takkanlah trick macam ni pun tak tahu.
oh.. mengenai orbs.. kahkah.. saya pun ada gambar orbs di siang hari, orbs tu siap duduk depan saya, jarak kamera dan saya cuma tak sampai 2 meter... wahhh.. takutnya, sebab menurut blog en. mazidul.. orbs dikaitkan dengan entiti..
haha.. kalau macam tu, cuba en mazidul keluarkan gambar orbs tanpa guna flash.. sebab ikut teori, hantu wujud setiap masa... tak payah tunggu flash pun kan?- Tukang Dera'

'Saya bersetuju bahawa entiti didalam gambar ini adalah satu entiti paranormal. Saya selalu melihat makhluk ini terutama sekali bagi mereka yang menyimpan saka.
Sebagai seorang pengubat tradisional saya akur bahawa imej didalam gambar ini ialah imej entiti - Adam Vai'
Sebagai seorang pengubat tradisional saya akur bahawa imej didalam gambar ini ialah imej entiti - Adam Vai'
'Kalau boleh dapat exif data gambar tersebut.. mungkin boleh dapat diperjelaskan setting yang digunakan oleh pemilik gambar tersebut - Power'
Saya tertarik dengan komen terakhir berhubung 'EXIF' gambar terbabit.
Petang tadi, saya menghantar gambar sama kepada kenalan, pakar komputer. Beliau menggunakan perisian Preview di Mac OsX.
Seperti dituntut oleh sebilangan pelontar komen, berikut saya paparkan Exchangeable Image File, EXIF, gambar dirakamkan, dihantar kenalan terbabit.
Sila klik untuk membaca perincian tercatat.
Seperti dituntut oleh sebilangan pelontar komen, berikut saya paparkan Exchangeable Image File, EXIF, gambar dirakamkan, dihantar kenalan terbabit.
Sila klik untuk membaca perincian tercatat.
Pada masa sama, saya menghubungi pemilik gambar.
"Saya tahu gambar itu memang original sebab saya rakamkan sendiri dan tiada sebarang modifikasi dibuat. Sebelum ini saya hanya tunjukkan gambar itu kalau ada orang menempelak kononnya tidak percaya dengan kewujudan entiti sebegitu. Kamera jenis apa? Saya tidak berapa ingat, lagi pun gambar dirakamkan pada tahun 2009," katanya.
Kamera digunakan, Canon PowerShot S5 IS bukan Nikon D40.
Kepada kelompok menuduh secara semberono, bercakap benarlah beserta bukti, bukan sekadar melepaskan geram tanpa keikhlasan di hati.
Saya tidak dibayar untuk menghuraikan kejadian tersirat di blog picisan ini, kru 666 juga tidak menerima imbuhan lumayan. Kami hanya sekadar sekelompok manusia berhajat menyingkap fakta kejadian alam membabitkan entiti dunia paranormal.
Untuk rekod, kami juga mengeluarkan wang poket sendiri sewaktu melaksanakan tinjauan di pelbagai lokasi dan kadangkala dibantu penyokong usaha kami.
Ringkasnya, cukuplah jika keringat kami selama ini dibalas dengan lontaran komen membina, bukan bercorak penghinaan, biarpun barangkali sebilangan isu dibangkitkan tidak dipersetujui oleh semua.
Itu adat manusia, hanya ilmu menjadi faktor pembeza.
Sebelum ini sebilangan pembaca, meminta EXIF data gambar terbabit dikongsikan.
Done.
Kini segelintir mendakwa imej dirakamkan menggunakan slow speed shutter.
Apapun, terlebih dahulu saya ingin kongsikan bersama pembaca, fakta dimaklumkan penghantar imej kepada saya.
"Masa gambar itu diambil, tiada kanak-kanak di rumah didakwa 'haunted itu'," katanya.
Jika ingin terus berhujah secara kosong, pertikaian berhubung status keaslian gambar tidak akan berakhir atau terungkai.
Dengan kebenaran pemilik photo, saya sudi bekerjasama dengan juru gambar profesional untuk menganalisa imej terbabit, jika mereka sudi. Hubungi saya melalui emel mazidulakmal@yahoo.com, sertakan nama lengkap, nama syarikat dan nombor untuk dihubungi, InsyaAllah bersama kita mencari fakta sebenar menggunakan ilmu mereka miliki.
Kepada kelompok berbicara bak tin kosong, just keep your opinion to yourself.
Jam 5.10 petang tadi saya menghubungi juru gambar berpengalaman, Mohd Kamal Mishah, 40 tahun.
Untuk rekod, Kamal bertugas di syarikat Bintang Maju di Maju Junction, Kuala Lumpur dan berpengalaman merakamkan ribuan gambar sejak 30 tahun lalu.

KEMAS KINI I

KEMAS KINI II
Jam 5.10 petang tadi saya menghubungi juru gambar berpengalaman, Mohd Kamal Mishah, 40 tahun.
Untuk rekod, Kamal bertugas di syarikat Bintang Maju di Maju Junction, Kuala Lumpur dan berpengalaman merakamkan ribuan gambar sejak 30 tahun lalu.
"Kalau kita menggunakan teknik slow shutter speed, semua formation subjek (entiti di dalam gambar) mesti complete, bukan hanya nampak tangan dan kaki sahaja. Contohnya dalam kes ini, kepala dan badan tidak kelihatan. Lebih pelik, kedua tangan kelihatan memegang penghadang tangga, tangan kanan sahaja. Slow shutter kalau digunakan sekalipun, kita mesti nampak shadow pergerakan the whole body, bukan hanya tangan dan kaki sahaja," jelas Kamal.
"Kita boleh consider gambar ini rare ke?," soal saya.
"Ya. Memang berlaku pergerakan subjek dari atas ke bawah tangga tetapi jika dia manusia, imej tubuhnya tidak complete. Kalau kata, gambar sama dimodifikasi, EXIF data tidak menunjukkan bukti imej diubah. Saya memang biasa menggunakan teknik slow shutter untuk merakamkan night potrait. ISO kamera rendah, cahaya kurang tetapi gambar cerah," jelasnya lagi.
Saya terus mendengar penjelasan juru kamera gambar pegun berpengalaman itu.
"Kalau orang tidak percaya kewujudan entiti seperti ini, sampai bila pun, dia orang tidak akan percaya. Hakikatnya, kita semua tahu, dunia ini kita kongsikan bersama entiti alam ghaib dan pemilik gambar kira beruntunglah sebab berpeluang merakamkan gambar sebegitu," katanya.
Pembaca pembaca mahukan bukti, sudah diberikan bukti bahawa gambar ini sahih dan tidak dimanipulasi.
BalasPadamSegala usaha krew 666 adalah untuk mendedahkan FAKTA kepada masyarakat umum, bukan menakutkan orang ramai. Jangan salah faham disitu.
Segala gambar, video, rakaman audio dan lain lain bukti akan dipastikan kesahihan sebelum ianya dipaparkan di blog untuk maklumat ramai.
Kami lakukan pendedahan ini secara percuma untuk orang ramai dan bukan mengejar populariti. Abang Mazidul sendiri pun dikenali seluruh malaysia, tiada sebab mengapa dia mahukan lebih populariti.
Semoga persoalan sesetengah pihak yang skeptik terhadap kesahihan gambar tersebut dapat dijawab.
teruskan perjuangan...
BalasPadamsemoga sukses dlm menyingkap fakta...
Kepada juruphoto profesional, jika ingin melontarkan komen sila perkenalkan diri dan nama syarikat.
BalasPadamJika sekadar menggunakan nama samaran, Tukang Dera atau Sangkuriang, TANPA berani menampilkan identiti sebenar, saya tidak dapat melayan pandangan, maaf.
Just be a gentleman.
Terima kasih.
Ingin juga saya kongsikan maklumat berikut, rumah terbabit, rumah pusaka lelaki tua, dia meninggal dunia.
BalasPadamMenurut pemilik gambar, semasa berada di rumah terbabit, tiada kanak-kanak, hanya orang dewasa termasuk cucu dewasa kepada si mati.
kalau baca sekadar nak reject post org,better tak payah baca kot.. Hantu is different.. there were talk about entity paranormal.. bkn HANTU.. make it clear bro.. kalau tak percaya tak yahla sibuk..
BalasPadamWan, kekadang ramai keliru.
BalasPadamAdakah entiti digelar saka itu hantu?
Atau jin?
tangan je? badan, kaki kepala g mana? kamera ni memilih gak kn nk tangkap mende, kekadang tgn je, kepala je, kaki je, xnk plak yg penoh. klw ilusi tu tgn saka, ilusi kecil anak tangga tiga dr atas tu apa plak?flare je ke?
BalasPadamApa jua panggilannya, saka, entiti, hantu, langsuir, aku hanya percaya bahawa ianya ialah syaitan/iblis yang memang dah berikrar akan menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat.
BalasPadamTak perlu nak menemplak berlebih lebihan jika tak percaya terhadap gambar yang dipaparkan oleh bro Mazidul ni. Kalau nak mengomen pun, biarlah secara matang.Saudara Mazidul dah beri penerangan, tentang tahap kebolehpercayaan sumber beliau.
Dan aku harap bro Mazidul pun jangan terlebih sentap/emosi bila cuba menerangkan 'fakta' gambar ini. Anda patut boleh jangka reaksi pembaca tentang gambar yang anda paparkan siang tadi.Anda kena terima bahawa posisi anda sebagai public figure memang menjadi bahan, jadi jika tak bersedia utk menerima kritikan, jangan buat sebarang entri kontroversi sebegini. Mudah bukan?
Apa nak jadi dengan sesetgh blogger ni. Asyik nak kutuk jer kerjanya. Semuanya tidak kena di mata mereka. Tak suka jangan baca. Pembaca sekarang tahu menilai tanpa sebarang pesanan dari Anon nih.
BalasPadamDah ler ahli politik sesama politik bergaduh, yang blogger pun dah terkena kesan juga ker? Mcm mana kita nak maju jika ginilah sikap kita. Nak tegur ada caranya. Saya lebih suka berbincang dan memberi pandangan jika pendpt saya berbeza dari seseorg blogger. Kutuk bukan jln penyelesaian terbaik.
SMTI
BalasPadamteruskan perjuangan bro...
alamak...takde sape pown cakap gambar tuh gambar hantu...Bro mazdiul siap suruh kite nilai sendiri lg...ape bende la...tak payah nak memperlekehkan org...
BalasPadamApe² pown saya tetap fact finder setia 666...usaha anda amatlah kami hargai...peduli ape org nak cakap...minat kita berbeza... :))
Contoh mudah kenapa orang kita mudah berbalah.
BalasPadamRasa diri pandai dan hebat, bersikap negatif, skeptikal: hasilnya komen yang terluah berbau kritikan tidak membina dan bermotif nak memalukan orang semata-mata.
banyak lagi cara yang berhemah untuk mengeluarkan komen walau seskeptikal mana pun pengomen tersebut. bukan terus menghentam dan menuduh.
kalau pun tak suka dengan individu tersebut, cuba hormati pandangan dan usahanya yang sekadar mahu berkongsi sesuatu yang sedang diperjuangkan.
KEPADA BLOGER YANG SESUKA HATI NK KOMEN IKUT PERASAAN DIA ORANG. CUBALAH BERFIKIR DULU SEBELUM KOMEN MENGIKUT PERASAAN. BRO MAZIDUL HANYA BERKONGSI SO SEKIRANYA TAK BERMINAT TAK PAYAH LAH NAK KOMEN SAMPAI TAHAP GABAN. CONTOH KATALAH BLOGER YANG KOMEN TU NAK BELI BUAH TEMBIKAI TAPI YANG ADA SEMUANYA BULAT SEDANGKAN SELERANYA BUJUR ADAKAH NAK SURUH PEMBEKAL BUAH TU WUJUDKAN BUAH YANG BUJUR JUGA UNTUK SELERA BLOGER YANG KOMEN TU ISH ISH ISH PERLU ADA KEWARASAN DAN AYAT AYAT MEMBINA SIKIT SEBELUM KOMEN.....
BalasPadamJANGAN MAREEEE EK EK EK......
Jangan jadi seperti Uncle Seekers VS Dato Dr. Fadzilah Kamsah sudahhh..
BalasPadamPerbincangan biarlah dengan ilmu.Jangan jadi seperti tin kosong..ingat lagi kot pendebatan di antara Uncle Seekers Vs Dato Dr. Fadzilah Kamsah..haaa..bila ada ilmu baru boleh masuk gelanggang.
BalasPadamblogger yg komen tak tentu pasal tu rasanya hilang akal kot,ataupun tak paham bahasa,kalau dah tak reti nak komen takyah le nak belagak pandai konon...buat abg mazidul,saya suka selidik kisah paranormal.teruskan usaha anda bersama 666,jgn layan blogger banggang tuuu...
BalasPadamsetelah diteliti exif data tersebut dan dari cerita en mazidul.... ada kebenaran kepada gambar tersebut..
BalasPadamperlu kita ingat.. didalam dunia ini bukan kita saje yg ada.. dalam surah An-Nas pon ada menyebut jin dan juga manusia... dan bilangan jin lebih banyak dari manusia..
so tidak dinafikan kita boleh terambik gambar mereka ...
keep it up en mazidul n kru 666
saya suka bace entry ni...
BalasPadamhuu...seramnye...mcm budak pompuan yg tgh nk naik tangga,pastu pandang ke kamera smbil tangan pegang tangga tuh...
BalasPadamSalam Abg Mazidul,
BalasPadamLantak la apa tin-tin kosong tu nak berbunyi sedap ke tak sedap ke.. apa2 pun saya sokong dan blog abg Mazidul semakin menarik sehingga setiap hari saya tidak missed utk membacanyer kerana..saya sendiri adalah insan yang 'gifted' kerana dpt melihat entiti2 ini (kadang2)..pada pendapat saya...entiti2 ini tidak perlu kita takut...kerana bacaan ayat2 suci sudah boleh menghapuskan mereka ...tetapi adalah lebih baik kita takut pada manusia2 yang sakit mental yang takde keje nak campak asid kt orang, bunuh org, rogol org..teruskan abg mazidul..
selamat hari raya ...dan maaf zahir dan batin..
Saya dimaklumkan, jika teknik slow shutter digunakan. semua objek di sekeliling juga akan blur atau kabur.
BalasPadamala...ajak je yg complain lebih2 tu g tempat tu..tengok die berani ke tak..
BalasPadamSaya mula mengambil foto sejak berusia 12 tahun. Sehingga kini saya dan adik saya Mohd Ridhuan (Ex-Dawama Photographer)sudah mengambil puluhan ribu gambar. Mulanya saya tidak mahu beri komen tetapi oleh kerana nampak berpanjangan maka disini saya berikan pendapat saya yang sudah 40 tahun menggunakan kamera... MAZIDUL... TO ALL: MAZIDUL IS RIGHT. THE PICS ARE REAL. NO DOUBT ABOUT IT. Kalau nak yang lebih 'eerie' pergi ke tanah perkuburan seksyen 19 PJ... tgk apa yg dapat shoot... lebih dari itu pun ada.
BalasPadamdulu kalau datang/balik kerja jam 8pm, selamba je saya parking kereta kat training building kosong. kekadang menda tu siap start compressor air cond bangunan lagi, dekat je dengan belakang kereta, sekelumit saya tak terasa takut pun. namun sekarang, bila dah selalu baca entry2 saudara mazidul yang ala2 ghost buster ni, saya dah mula cuak... berjalan waktu malam di koridor samar2 pun pandang kiri-kanan... terbau bunga wangi pun hati dah terasa cuak. dlm fikiran, dah terbayang mcm2 hal. paling utama, saya dah tak parking kereta lagi di training building kosong tu... seram pulak... he..he..
BalasPadamRozy, jangan gentar atau takut dengan makhluk aka entiti ni. Sebab mereka tu juga maklhluk Allah, semuanya ciptaan Allah. Takutlah pada Allah dan hanya pada Allah sahaja, tidak pada yang lain.
BalasPadam