Rabu, Ogos 17, 2011

Lebih Sebulan MBPJ Masih Gagal Menyelesaikan Masalah 'Perangkap Maut'

Semalam, Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Mohd Fauzi Maarop membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Laporan terbabit dibuat berikutan tindakan blogger, Papagomo memaparkan dokumen di blognya didakwa palsu oleh Fauzi.

Saya mengenali Fauzi agak lama dan beliau jarang menghampakan jika kenalan memohon bantuan.

13 Julai lalu, saya menghubungi beliau dan memaklumkan pegawai penguatkuasa itu berhubung  'perangkap maut', klik di sini.

3 hari kemudian, saya kembali ke lokasi dan melihat tindakan diambil kontraktor dilantik MBPJ, klik di sini.

1 Ogos 2011, saya sekali lagi menulis berhubung 'perangkap maut' mampu menggugat keselamatan orang ramai itu, klik di sini.

3 kali saya menulis di 2 blog berbeza namun usaha saya itu bak mencurah air ke daun keladi.

Jam 5.38 petang tadi saya menghubungi Hotline Bahagian Aduan MBPJ, 03 7954 2020 dan bercakap dengan Saadon Hussin

"Saya telah bercakap dengan Tuan Fauzi, rasanya dia pun sudah memaklumkan jabatan berkaitan berhubung masalh ini tetapi sampai sekarang tidak juga selesai. Jadi saya membuat aduan secara formal. Jabatan mana sebenarnya bertanggungjawab dalam menangani masalah itu encik Saadon?," soal saya.

"Jabatan Kejuruteraan," balasnya ringkas. 

Jam 6 petang, saya ke lokasi dan merakamkan gambar terkini 'perangkap maut' terbabit. Hujan lebat saya redah hanya untuk menyingkap fakta sebenar. 

Dalam kes ini, saya harap MBPJ tidak akan mendakwa saya memalsukan gambar direkodkan. Bukan sekali, petang tadi kali ke 4 saya ke lokasi sama.

Saya juga tidak menulis bermotifkan politik kerana setakat ini belum lagi saya mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas secara terbuka dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Tambahan pula sumber kewangan saya terhad, bukan seperti kontraktor dilantik MBPJ. Wang mereka lebih banyak cuma dalam kes ini, kerja dilaksanakan sambil lewa.

Perhatikan gambar terkini saya rakamkan.


Ini papan tanda berhampiran lokasi dimaksudkan sekiranya pegawai Jabatan Kejuruteraan MBPJ sukar menemui 'perangkap maut' terbabit.


Lorong di sebelah kiri jalan masih diguna pakai.


Berikut close up 'perangkap maut'.


Sebelum ini tayar kereta melalui jalan sama dilaporkan terperosok ke dalam lubang sama, mujur pemandu dan penumpang tidak tercedera.


Jika dilihat tarikh tampalan pertama ditulis berhubung kes ini, MBPJ didapati masih tidak mampu menyelesaikan masalah mampu menggugat keselamatan masyarakat dalam tempoh lebih sebulan.

Diharap, aduan rasmi saya lakukan melalui Hotline Aduan MBPJ petang tadi akan mempercepatkan tindakan pihak bekuasa tempatan itu mengatasi masalah ini.

16 ulasan:

  1. apa pun tak bole..

    jika masalah ni masih lagi tidak selesai, adalah lebih baik jika dilaporkan kepada SPRM pula.. teruk betol

    BalasPadam
  2. bahaya tu . . . perlu diambil tindakan segera sebelum ada nyawa yg melayang.

    BalasPadam
  3. paling sedih adalah kami nasib penunggang motosikal... mana yang tak biasa jalan ni mesti boleh kena perangkap maut ni.. harap ada tindakan susulan...

    BalasPadam
  4. Sometimes the only way to get someone to fix a problem is to take the time to show them how the problem can affect them personally

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Tak tau nak habaQ apa dah...selalunya blogger di cop suka buat benda-benda yang palsu, bila buat benda yang betul, tak ada lah nak ambil tindakan. Errr....sori, ada ambik tindakan, tapi...macam tak ambik je...

    BalasPadam
  6. salam bro..ini kat area rumah saya ni.. bahaya tul la.. dah la jalan tu bnyak kenderaan lalu lalang.. at least letak kon la semntara nak d baiki,,ermmmmmmmmm

    BalasPadam
  7. salam bro.. dekat nagn arae rumah saya ni..diharapkan pihak berkenaan ambik la langakah sepatutnya,, buka payah pun just tutup jelah... at least sebelum baiki tu letak la kon ke as signal,,, bahaya tu

    BalasPadam
  8. yg pakai moto, mmg boleh mengundang maut.masa hujang, orang susah utk tumpu perhatian pada lubang2 tu.. org lebih tumpukan pada jalanraya.pandangan pulak bukan 100% clear masa hujan.sebelum ada yg mati.. harap cepat2 lah buat sesuatu.derang ni nak tunggu orang mati dulu ka baru nak kalut?

    BalasPadam
  9. Bro, MBPJ memang bodoh, kalau setakat sebulan, memang tak de hal pada mereka, bayangkan kalau trafic-light di simpang Appartment Salvia mengambil masa 4 tahun untuk diproses dan di pasang, inikan pulak setakat tampal lubang. Kecuali kalau ada pegawai MBPJ yang tinggal di Flat Dedap atau Appt Kamila atau Appt Mewah Salvia dan anaknya bersekolah di Sekolah berhampiran, baru mereka akan ambil tindakan. Mana YB kota Damansara ek? tengah buat kempen dalam jail ke? Tak guna punya wakil rakyat, keldai cina biaDAP dan Melayu hamPAS. Kesimpulannya ialah, mereka memang bodoh macam keldai, ada jawatan tinggi tapi tak de kuasa.

    BalasPadam
  10. MBPJ sibuk round saman kereta tak bayar parking aje..dengan cabut gerai2 peniaga kecil bangsa melayu..tadi kat pasar ramadhan satu gerombolan sibuk buat round check lesen bukan nak check tahap kebersihan ke..so..ape nak dihairan..lubang jalan ni takde siapa yg nak disaman...huhuhu..tak balik modal derr nak betulkan lubang2 ni..:(

    BalasPadam
  11. salam bro, sebenarnya banyak lagi isu yang gagal dilakukan MBPJ atas faktor tangan Ghaib yang bertindak mengarahkan MBPJ melakukan pekara yang hanya ada kepentingan sahaja.

    Harap MBPJ usahlah jadi Lembu yang dicucuk Hidung

    BalasPadam
  12. SEMUA SIBUK CAKAR BERPOLITIK..LANTANG BESUARA BANYAK BERCAKAP....TUDING MENUDING SAMA LAIN......TANGAN TAK BERGERAK

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.