Isnin, Ogos 08, 2011

Sentuh Sikit Sudah ... (Bacaan 18SX)

Rabu lalu polis membawa keluar cebisan mayat wanita dan kanak-kanak warga asing dikerat 15 dari apartment di Taman Kosas, Ampang, Selangor.

Dilaporkan, 3 hari kemudian polis menemui peralatan digunakan untuk mengerat mayat terbabit di rumah dihuni 8 warga Bangladesh, turut ditahan sebagai suspek kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.

Hemat saya, jarang benar warga Bangladesh terbabit dalam kes bunuh di negara kita. Selama ini mereka kerap diselubungi stigma gemar mengusik perempuan terutama warga Indonesia.

Mereka juga dikenali sebagai kelompok pekerja berdedikasi dan berhijrah ke Malaysia hanya untuk mencari wang. Berikutan itu majoriti mereka dikatakan sanggup makan nasi kosong dan minum air suam semata-mata berjimat untuk mengumpul wang. 

Lebih 3 tahun lalu saya pernah membuat liputan berhubung kes warga Bangladesh tidur bergelimpangan di di bawah jambatan akibat mendakwa ditipu majikan.


Rumusan saya pada waktu itu, kehidupan mereka tempuh sukar namun barangkali kehidupan di negara asal lebih perit.

Mayat dikerat 15 dan kemudian cuba dilupuskan di lubang tandas? Kes itu cukup menarik perhatian saya.

Kes dikategorikan sebagai pembunuhan kejam tanpa sifat perikemanusiaan. Motif kes itu belum lagi dikongsikan pihak polis kerana siasatan masih dijalankan.

Mudahkah mengerat mayat?

Barangkali, jika penjenayah terbabit mempunyai ilmu kedoktoran dan memiliki kelengkapan seperti pisau tajam digunakan di bilik bedah. Kelengkapan sebegitu memudahkan sendi mayat dikerat kemas dan hirisan dilakukan secara mudah.

Jika sebaliknya, penjenayah tidak mempunyai ilmu dan kelengkapan terbabit, bagaimanakah mereka mengerat 2 mayat itu?

Apakah jenis peralatan tajam digunakan oleh mereka? Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah setakat ini belum bersedia mendedahkan perincian  senjata digunakan suspek.

Pisau pemotong daging? Kapak? Gergaji?

Melalui pembacaan, saya difahamkan, di negara barat mayat mangsa pembunuhan juga pernah dikerat, cebisan daging dan tulang kemudian dilupus menggunakan asid hidroklorik pekat.

Dalam kes ini, suspek dipercayai cuba untuk mengambil jalan mudah. Cebisan mayat serta tulang cuba di lupuskan melalui lubang tandas tetapi ternyata tidak berjaya. Tindakan kurang bijak dan kecekapan polis mengesan suspek, menggagalkan usaha itu.

Mayat pasangan anak beranak dikerat itu juga pastinya berlumuran darah. Darah pekat dan cair. Namun berikutan dihimpit perasaan takut, keadaan itu mungkin tidak diendahkan suspek. Misi suspek hanya ingin melupuskan bahan bukti secara pantas di dalam tandas dikongsi 8 penghuni. 

Dimaklumkan, tandas itu juga terlalu kotor dan menjijikkan.

Saya yakin, polis hanya memerlukan masa singkat untuk menyelesaikan kes pembunuhan terbabit. Untuk rekod, biarpun tidak kelihatan begitu gah berbanding penampilan polis negara barat, polis Malaysia diakui antara pasukan terbaik di dunia.

Dijangka, kaedah digunakan mudah, asingkan suspek dan lakukan soal siasat secara berasingan. Melalui percanggahan maklumat dilontarkan semua suspek, akhirnya suspek utama akan dikenal pasti.

Pada hemat saya, semangat warga Bangladesh tidak sekental mana jika dibandingkan dengan semangat warga Aceh. JIka diberkas menyeludup dadah dan wujud bukti jelas sekalipun, lazimnya bermati-matian mereka tidak akan mengaku terbabit. Buatlah apa sahaja, mulut mereka sentiasa terkunci rapat.

Teringat saya kisah sewaktu menemubual pelacur di Bandar Hilir, Melaka.

"Macam mana awak melayan nafsu seks mamat Bangla sekali ramai?," soal saya.

Tanpa berfikir panjang wanita berusia 23 tahun, mendakwa berasal dari Sabah itu menjawab.

"Dia orang ini, belum apa apa lagi, sentuh sikit, dah keluar," jawaban saya terima.

Jika semangat mereka juga lebih kurang sama, kes ini bakal selesai dalam tempoh singkat. Bersama kita mengikuti perkembangan kes ini dan lihat samada telahan saya benar atau sebaliknya.

10 ulasan:

  1. info yg menarik. kes jenayah nie memang tidak berperikemanusiaan langsung...

    BalasPadam
  2. smti..

    ngeri bayangkan mangsa dikerat 15belas...

    BalasPadam
  3. kira normal la gitu...
    "Dia orang ini, belum apa apa lagi, sentuh sikit, dah keluar bilik,"

    BalasPadam
  4. hahaha..
    tergelak sy membaca tampalan ini apabila en mazidul mengaitkan kisah pelacur dengan semangat bangla..
    kaitan yg logik & kelakar juga :D

    BalasPadam
  5. banyak sungguh jenayah sebegini di negara kita sekarang, kes warga asing lagi, rakyat sendiri lagi...kadang2 takut dibuatnya

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.