Selasa, Ogos 09, 2011

"Satu rumah pun buat kerja macam ini ..."

Petang tadi saya kembali semula ke Bazar Ramadhan di Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor bersama wartawan pelatih, Mohd Izzul Iswat Mohd Azman.


Di celah-celah pengunjung, kelihatan pengemis warga asing bersama 3 anak berusia di antara 2 dan 10 tahun.


Iswat mendekati pengemis warga Kemboja itu.

"Saya datang Malaysia baru satu tahun. Suami lari, sudah cerai masa di kampung bila dia tahu saya mengandung. Sekarang saya mengandung 7 bulani," ujar wanita itu.

Wajah Iswat kelihatan keliru.

"Lamanya dia mengandung," kata Iswat.

Dia mendakwa berhijrah ke negara ini sejak 12 bulan lalu, sewaktu menyedari dirinya berbadan dua. Lazimnya, wanita mengandung hanya 9 bulan sebelum melahirkan bayi. Jika dakwaannya benar, bayi dikandung pasti sudah dilahirkan kira-kira 3 bulan lalu.

Kami pening. Mungkin dia tidak mampu mengingati fakta kehidupannya.


"Sekarang tinggal di mana?," soal saya.

"Damansara Damai, sewa rumah, RM100 sebulan," balasnya petah berbahasa Melayu.

Dia mengemis di bazar terbabit di antara jam 5 petang dan 7 malam.

"Biasa dalam 2 jam, boleh dapat dalam RM50. Kawan-kawan duduk satu rumah pun buat kerja macam ini juga sebab itu kita datang Malaysia. Hidup di Kemboja susah bang," jelasnya.


"KIta mari Malaysia, tidak boleh kerja," tambahnya.

Mengapa? Kerana dia memasuki negara ini menggunakan visa pelancong bukan pekerja. Jika bekerja, dia melanggar Akta Imigresen 1959/63. Saya yakin, dia juga telah tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan.

Tiba-tiba hujan renyai. Pantas pengemis berusia 30 an itu menarik dan mendukung anaknya berteduh di bawah payung besar berhampiran longkang.


Anak kecilnya dibiarkan bermain di tepi longkang, bagaikan dia tidak langsung bimbang berhubung keselamatan mereka.


Alah bisa tegal biasa, barangkali.

Kurang 10 meter dari pengemis Kemboja itu, kami terlihat kelibat lelaki berkopiah putih meminta derma.


"Dari mana?," tanya saya.

"Narathiwat, Thailand. Kutip derma untuk rumah anak yatim," balasnya.


"Kalau kutip derma macam ini, ada komisyen ke?," tanya saya lagi.

"Bukan komisyenlah tetapi kalau kutip derma 10 hari, dapat RM300, lepas itu saya balik untuk serahkan wang kutipan kepada rumah anak yatim," jelasnya.

"Memang ada kebenaran  jabatan agama ke untuk mengutip derma ini?," soal saya.

"Tiga kali kita sudah pergi ke Majlis Agama Islam, MAIS tetapi tidak dapat kebenaran, susah," balas lelaki berusia 48 tahun itu.

Dia kemudian menunjukkan kepada saya surat kebenaran diusung ke pelbagai lokasi. Klik untuk membesarkan saiz imej.


"Kalau tidak dapat kebenaran MAIS kenapa teruskan juga?," soalan saya lontarkan.

Barangkali kurang berasa selesa dengan pertanyaan dilontarkan, dia memalingkan muka ke arah lain dan mengeluarkan telefon bimbit dari poket jubahnya.

 

Dia tidak dimarahi jauh sekali disentuh namun bertindak beredar dari Bazar Ramadhan itu. Mungkin kerana otaknya semak berikutan pelbagai soalan saya lontarkan kepadanya.

Saya hanya sekadar cuba mendapatkan fakta sebenar berhubung kehadiran pengemis dan pengutip derma warga asing di lokasi itu. Informasi itu saya dikongsikan di sini bersama pembaca.

Itu sahaja.

23 ulasan:

  1. Syabas bro...
    Kepada para penderma warga malaysia yang pemurah : salurkan derma anda kepada penerima yang hak.... Bayangkan.... Ramainya muslim di negara ini yang hampir murtad kerana kesempitan hidup (alasan mereka)

    Lebai palsu yang sering kelihatan di hadapan bank di bandar-bandar kecil sering menggangu pelanggan bank juga perlu dibasmi

    Walaupun pihak berkuasa membuat tangkapan sekali-sekala tetapi orang awam memberi sokongan kepada mereka dengan menghulur wang setiap melintas di hadapan mereka - mereka ini akan terus membanjiri tempat kita.... Fikirkanlah....

    BalasPadam
  2. smti..

    itu belum lagi yang mintak derma @ sedekah dari rumah ke rumah...

    BalasPadam
  3. saya sokong ape paktua kata...banyak btol sekarang nih yang mintak sedekah...entah dari mana datang pown tatau la..

    BalasPadam
  4. Salam bro,

    Teruskan usaha membongkar kegiatan pengemis warga asing di tanah air kita itu terutama pada bulan Ramadan ini. Saya sokong usaha sdra bro itu. Patutnya pihak berkuasa tempatan lebih prihatin menangani gegala ini.

    BalasPadam
  5. tentang anak pengemis tu...semak bila memikirkan....benarkah itu anank dia??
    kutip derma...mereka memang berani,kat tempat akak pun ada...bila ditanya macam2 jawapan yang diberikan,agaknya memang spesis tak reti base(maaf ayat agak kasar),bila kita geleng kepala..mereka masih tercongok jugak,pastu pura2 mintak air...bila diberi,mintak masuk rumah ,konon tumpang berteduh..penat katanya..terlalu banyak songeh..akak kata tunggu kejap..akak gi dapur bawak kluor parang...baru tergesa2 kluor...memang serik bila terjumpe orang mcm ni lagi

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum, saya pun sokong apa yang 'paktua' katakan...paling tak suke, peminta derma yg duk depan bank...ingat semua orang yg keluar dari bank tuh bawak keluar duit berkepuk2 ke...
    tapi, kesian sgt tengok ibu n anak meminta derma...si ibu nih patut diberi hukuman dan anak-anaknye ditempatkan sementara di rumah anak yatim berdaftar...sbenarnye, atas kerajinan diri sendiri...ade je yg bekerja dari rumah ke rumah..dapat upah bersih or kemas rumah...ada ibu warga malaysia sendiri yang susah, tak heret anak minta derma pun...kerja ambik upah cuci n kemas rumah orang, demi sesuap nasi utk diri n anak-anak.

    BalasPadam
  7. Salam

    Nampak saudara semalam kat Bazar ni, pastu hari ni cepat2 bukak blog sdra, nak tengok ape plak yang sdra tulis....sokong usaha anda! gud job..

    BalasPadam
  8. Sy harap dengan pembongkaran ini masyarakat sedar akan dakyah n penipuan warga asing ni...cukup2la menderma pd mereka.kalau nak derma pun salurlah pd tempat yg betul..

    BalasPadam
  9. sekarang ni memang senang kalau nak senang..diharapkan pendedahan begini tidaklah menjadikan kita manusia yang bakhil tetapi lebih berwaspada terhadap manusia yang suka mengambil kesempatan..

    BalasPadam
  10. smti...yg pelik kenapa pihak berkuasa tidak ambil tindakan.

    BalasPadam
  11. Guna anak & agama untuk mengemis. Cara mudah meraih simpati.

    BalasPadam
  12. Mana pergi pihak berkuasa? Berpuasa dari menjalankan tugas yg diberi? Dua hari lepas saya didatangi seorang lelaki Pakistan di Ampang Park yang meminta derma untuk rumah anak-anak yatim Pakistan. Bila saya terangkan yg saya tidak membawa wang yg mencukupi, boleh pulak dia suruh saya pi ke ATM utk keluarkan duit. Terus saya belah...macam2..Saya boleh cadangkan agar warganegara yang perihatin boleh menangkap pengemis-pengemis ini dan menghubungi pihak berwajib utk mengambil mereka utk ditahan atau disiasat. Bila buat mcm ni, pengemis2 akan kecut utk mengemis..

    BalasPadam
  13. 1. Bg saya, meminta adalah jln akhir sesudah kita berusaha sehabis mungkin utk mendapat rezeki. Kalau ada kemampuan, wajib utk berusaha sendiri, BUKAN MEMINTA.

    2. Sudah tersebar di merata dunia agaknya, dtg Malaysia mntklah sedekah. Bkn menafikan kesusahan mereka di negara asal, tp klu berhijrah dgn niat utk mintak sedekah, ternyata salah drpd segi agama & undang2 Malaysia.

    3. Smpai bila kita nk berdoa dlm hati jer supaya mereka sedar dan diberikan hidayah Allah tanpa apa2 usaha utk mencegahnya.

    4. Ibu ini wajar dihukum kerana jelas dia menipu, anak2 perlu dilindungi oleh PBT yg bertanggungjawab. Kemudian, hantar balik ke negara asal. Ramai sgt dah warga asing kat Malaysia ni. PBT kena tegas dan cekap dlm hal mengesan kehadiran warga asing yg tdk sah.

    5. Jelas sekali, non Muslim mengunakan Islam utk meraih simpati. Besarlah ganjarannya pd mereka yg bersedekah, tp kita juga penyumbang kpda masalah2 sebegini walhal ini negara kita. Wajib kita menjaga kesucian agama dan keamanan negara kita kan....

    6. Kepada tuan rumah, sblm nk bg org sewa, pastikan org tu dtg secara sah, kerja elok2. Esok2 klu ada masalah, awak jugak yg kena tempiasnya. Bukankah itu usaha kecil kita utk membanteras pendatang haram kan? Jgn harap PBT semata2...

    Semua ni pandangan peribadi, maaf klu ada yg tersinggung. Semoga kita sama2 mendapat kebaikan dan hidayah drpdNYA.

    BalasPadam
  14. smti...duk malaysia senang? tapi kenapa org malaysia sendiri susah nak carik keja? atau MALAS?

    BalasPadam
  15. Malaysia wajib bertegas dengan pendatang haram. Pihak berwajib kena berkerja 24 jam sehari, 365 hari setahun tahan pendatang haram, panggil pihak Kedutaan Negara mereka datang ambil & hantar mereka kembali ke negara asal dengan semua kos ditanggung oleh negara mereka.

    Nampak senang kan?
    Tetapi... tersangatlah SUSAH.

    BalasPadam
  16. bab pengemis bawak anak tu memang confuse. sy pernah terkena..dia dtg rumah bark 2 orang anak. anak yg besar umur dlm 6 thn...baby dalam 10 bulan. si ibu bagitau...tolonglah bagi derma.saya suami sudah mati.4 tahun lalu...hidup susah...tapi ada baby 10 bulan....musykil betul....anak siapakah itu???

    BalasPadam
  17. Cuba Encik Mazidul terjah pengemis kanak2 yang menggunakan MA'HAD TAHFIZ YAN, KEDAH. Diaorg ni selalu saja ada dimana2 R&R Lebuhraya PLUS dan stesen2 minyak sekitar lembah kelang.
    Kenapa tiada tindakan dari pihak berkuasa? Seolah2 kegiatan sindiket ini halal dan semakin berleluasa.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  18. di Bazar Ramadan Kota Damansara Seksyen 6 pun ada pengemis ni. Membawa bayi yg krg 1thn usianya..menangis2 terkena pancaran matahari..hati terdetik melihat anak comel itu bersusah payah bersama si ibu. saya & suami melalui depan sorg ibu dan 3 org anak kecil yg berkaki ayam..suami terdetik nk memberikan sedikit sumbangan, selepas tu anak2 tu berlari2 ke gerai buah...haus barangkali...-sedih-

    BalasPadam
  19. kat pasar ramadhan ss6 klana jaya dan pasar malam sg way setiap hari isnin ramai peminta sedekah.
    dari bagi kat mereka lebih derma kat tabung rayuan hari pahlawan atau persatuan stjohn ambulan.

    BalasPadam
  20. Terus terang saya hampir tiada simpati pada golongan pengemis sebegini. Di tempat saya dah kantoi, pengemis buta dapat lebih RM400 dalam masa sekali pasar malam.Kerani bank beritahu akaun pakcik tu berbelas ribu. Kerja duduk tadah cawan, boleh pulak beza duit kertas dengan kertas biasa. Anak dia subahat bawak ayah pergi mengemis. Kerja mudah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.