Sebilangan pembaca blog ini meluahkan rasa kurang senang berhubung pembongkaran identiti pengemis warga Kemboja di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya catatkan dalam di tampalan ini.
Petang tadi saya dihubungi pembaca blog ini dan dia menghantar gambar dirakamkannya pada jam 6 petang di Bazar Ramadhan, Slim River, Perak.
"Bukan ke dia ini, pengemis dimuatkan dalam blog semalam?," soalnya.
Pembaca setia blog ini tentunya mampu memberikan jawaban tepat kepada soalan dikemukakan adik kandung saya itu.
Untuk rekod, di bawah saya cetakkan semula beberapa gambar pegun pengemis saya dedahkan identitinya di Kota Damansara, dirakamkan pada 4 Ogos 2011.
Jika pembaca bersetuju mengatakan semua gambar dirakamkan di 2 lokasi berbeza itu sama, ertinya petang tadi pengemis itu berada lebih 100 kilometer dari Lembah Klang.
Dia tetap membuat perkara sama dan sekaligus tidak mengenal erti aib seperti didakwa sebilangan pembaca.
Dia tetap membuat perkara sama dan sekaligus tidak mengenal erti aib seperti didakwa sebilangan pembaca.
2 hari lalu, ketika diminta menyambung bacaan Al-Fatihah, dia kelihatan langsung tidak pernah mendengar ayat Ummul Kitab terbabit. Petang tadi, dia masih berkopiah untuk meraih simpati pengunjung Bazar Ramadhan di Perak. Sekaligus, memberikan gambaran tidak tepat mengenai Islam. Islam sama sekali tidak menggalakkan penganutnya mampu berdikari bersikap meminta-minta.
Petang tadi, saya ke Bazar Ramadhan di Kelana Jaya, Selangor. Wanita kemboja mendukung anak kecil saya anggarkan berusia kurang setahun, didapati meminta sedekah.
Dia juga gagal menyambung ayat Al-Fatihah saya bacakan.
Beberapa minit kemudian, saya dihampiri 2 peniaga dewasa.
Beberapa minit kemudian, saya dihampiri 2 peniaga dewasa.
"Cuba Tuan Haji bacakan Al-Fatihah, minta dia sambung, tadi saya baca mungkin dia tak faham," pinta saya.
"Memang dia bukan Islam tetapi bertudung sekadar mengaburi mata masyarakat untuk dia meraih simpati," kata lelaki Melayu berkopiah.
Rakannya juga cuba merapati wanita itu untuk mendapatkan lebih informasi.
"Saya rasa dia faham bahasa Melayu tetapi buat buat tak faham. Tadi dia duduk di tepi gerai saya, lepas itu baru datang sini," katanya.
Tiba-tiba muncul lelaki muda, bertubuh besar.
"Tak kena cara engkau, mengaibkan dia. Kalau orang nak bersedekah, biarlah. Banyak cara lain kalau nak menegur orang," katanya.
"Tunjukkan cara terbaik, saya boleh ikut. Saya hanya cuba mendapatkan maklumat sebenar," balas saya.
Tiada sesaat pun saya mengangkat suara sewaktu berkomunikasi dengan pengemis wanita itu, jauh sekali menjerkahnya.
Tiada sesaat pun saya mengangkat suara sewaktu berkomunikasi dengan pengemis wanita itu, jauh sekali menjerkahnya.
"Semua orang kenal aku di Kelana Jaya ini. Kita kan ada pihak berkuasa, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan. Biar dia orang ambil tindakan," celahnya lagi.
Walhal dia tidak mengetahui fakta, sewaktu saya menghampiri wanita dan bayi terbabit, 3 penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, lengkap berseragam tiba di lokasi sama.
"Semalam kita orang dah halau dia, hari ini dia datang lagi," komen pegawainya.
Mereka kemudian berlalu pergi.
Lelaki bertubuh besar tadi akhirnya ditenangkan peniaga berbaju oren sebelum beredar dari kawasan itu.
Sewaktu saya meneruskan tinjauan, individu tidak saya kenali membisikkan kepada saya ...
"Brother tadi, tiga line"
Spontan, saya teringat 'Amal makruf nahi mungkar', kepada mereka faham maksud perjuangan sebenar.
Sewaktu saya meneruskan tinjauan, individu tidak saya kenali membisikkan kepada saya ...
"Brother tadi, tiga line"
Spontan, saya teringat 'Amal makruf nahi mungkar', kepada mereka faham maksud perjuangan sebenar.
Di kawasan sama, saya terserempak anak kecil, 10 tahun, berketurunan Kemboja dan tidak bersekolah.
"Rumah di mana? Datang dengan siapa?," tanya saya.
"Sungai Buloh, datang naik teksi dengan papa. Papa ada di sini tetapi dia duduk jauh"
Itu kenyataannya saya rakamkan dalam bentuk video.
"Uncle nak jumpa papa, boleh bawa jumpa dia?," mohon saya.
Kakinya kelihatan berlipat, cacat tetapi berikutan permintaan itu dia selamba bangun, berjalan laju ke arah lokasi ayahnya berada.
Ayahnya, berusia 46 tahun, mengemis tidak sampai 100 meter dari lokasi anaknya ditinggalkan.
"Mengapa suruh anak mengemis? Umur dia baru 10 tahun," tanya saya.
"Saya balik," ujarnya ringkas.
Saya merakamkan puluhan gambar pegun. Saya berniat hanya melindungi identiti anak kecil itu kerana usianya di bawah 16 tahun bukan identiti ayahnya.
Lihat gambar ini.
Saya merakamkan puluhan gambar pegun. Saya berniat hanya melindungi identiti anak kecil itu kerana usianya di bawah 16 tahun bukan identiti ayahnya.
Lihat gambar ini.
Dari mana datangnya tongkat? Di sorokkan sebelum itu? Di sorokkan di mana? Mengapa? Sejauhmanakah jujurnya kenyataan anak kecil dipergunakan ayah untuk meraih simpati? Saya bertanya kepadanya, apa papa kata bila ajak kamu datang ke sini? Apakah jawaban dia? Ringkasnya, jawaban itu teramat menyentuh hati saya sebagai ayah mempunyai anak berusia sama.
Jika saya dedahkan semua fakta dan gambar, barangkali sebilangan pembaca melihat saya bakal mengaibkan mereka. Mengaibkan pengemis bestatus pendatang tanpa izin dan menggunakan pelbagai kaedah untuk meraih simpati masyarakat kita.
Andaikata pembaca ingin mengetahui kisah sepenuhnya, maklumkan saya tetapi sekiranya menganggap tindakan saya memalukan semua pengemis terbabit, saya berhenti di sini.
Jika saya dedahkan semua fakta dan gambar, barangkali sebilangan pembaca melihat saya bakal mengaibkan mereka. Mengaibkan pengemis bestatus pendatang tanpa izin dan menggunakan pelbagai kaedah untuk meraih simpati masyarakat kita.
Andaikata pembaca ingin mengetahui kisah sepenuhnya, maklumkan saya tetapi sekiranya menganggap tindakan saya memalukan semua pengemis terbabit, saya berhenti di sini.
Saya tidak dibayar untuk melakukan tugasan terbabit dan bergerak tanpa kepentingan.
Tidak perlu berkata "Siapa tidak kenal aku di Kelana Jaya ini?"
Mencabar insan tidak berkepentingan seperti saya, tiada gunanya.
Saya tidak tergamak dan berasa malu untuk mengeluarkan kenyataan ...
"Siapa tidak kenal saya di Malaysia ini?"
Kekadang terfikir, lebih baik berurusan dengan entiti paranormal berbanding manusia berfikiran singkat.
Sila like fact finders di sini.
smti bro..
BalasPadam"siapa x kenal saya d malaysia ini" - KELAS TERSENDIRI..
saya orang pertama.untuk komen..
erkkk..siap lmbai lagi..elok je die jalan slpas gna kaki palsu tu...hurmmm..
BalasPadamNgeri - Perempuan Berbogel Disula & Dipanggang
Video - Error 404 Paling Gempak Di Dunia
Saya menyokong usaha saudara Mazidul ini.
BalasPadamramai pengemis macam ni, di mana aman ada, kalau di pasar malam tu, macam jumlah payung gerai pulak banyaknya
BalasPadamsmti..
BalasPadamsaya sokong cik Mazidul bongkar kisah ini... sila sambung... :)
Assalamualaikum Bro Mazidul,
BalasPadamSaya sangat hormat dengan cara abg mendepani permasalahan sebegini. Tak ramai antara kita yang sanggup ambil tindakan serupa walaupun mempunyai pandangan yang sama.
Saya ingin tahu lanjutan peristiwa tersebut supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada pengetahuan itu.
Saya percaya pendedahan sebegini sememangnya akan sedikit mengaibkan pihak yang terlibat tetapi mendatangkan manfaat yang besar untuk masyarakat.
Izinkan saya ulas sedikit isu tersebut, sekiranya kita melihat dari sudut agama islam, ada hukuman yang dilakukan secara terangan supaya kelompok yang lebih besar mendapat manfaat dan pengajaran daripada hukuman tersebut.
Apakah tidak timbul soal mengaibkan disitu? pasti ada tetapi perkiraan Allah itu lebih hebat dan hukuman yang ditetapkannya itu sememangnya sempurna.
Namun kita sebagai manusia kerap lupa dan lalai daripada memahami serta melaksanakannya.
Maaf, saya bukan ustaz atau ahli agama tetapi itu pandangan daripada saya yang tak seberapa.
hahahaa..terbaik skali lg..
BalasPadam1Malaysia pakcik ni..dah sampai ke slim river..
Makin menjadi2 bro pengemis macam ni.. bila pendedahan ni dibuat saya rasa dah mula kurang percaya dengan pengemis sedemikian.. dia orang lagi kaya dari kita sebenarnya
BalasPadamsalam...setuju juga dengan pembongkaran macam nie..and, yang budak ngan ayah dia tu, saya selalu nampak kat pasar malam sri serdang, serdang..setiap isnin and jumaat..bukan setakat di bazar ramadhan and di bulan puasa je...ya ALLAH..tak sangka..merata juga mereka ni pegi...
BalasPadambudak ngan ayah nya tu..saya selalu nampak kat pasar malam sri serdang..setiap isnin and jumaat..tak sangka, merata jugak diorang ni pegi...
BalasPadambudak ngan ayah nya tu..saya selalu nampak kat pasar malam sri serdang..setiap isnin and jumaat..tak sangka, merata jugak diorang ni pegi...
BalasPadamtak sangka ada type pengemis yang macam ni sampai la saudara Mazidul bongkar kisah ni...tak sangka betul la diorang ni... sila teruskan....
BalasPadam"Siapa tidak kenal aku di Kelana Jaya ini?" hehe, sgt gangster soalan 2..
BalasPadamSaya pernah kerja di TMPoint Kelana Park View, tapi tak kenal sapa2 selain kwn2 sepejabat dan pakcik meniaga nasi dpn opis dan kakak jual jambu pakcu 916
..tp, saya kenal en.mazidul
Congrats bro..we want more!
saya sokong usaha murni abang mazidul. menyakitkan hati penipuan macam ni. dah lama saya tak derma jenis pengemis macam ni. langsung tak ikhlas nak keluarkan walau sesen pun. lebih baik hulur ke bersamamu, confirm pergi ke orang susah. diaorang ni silap-silap lagi senang dari saya. ceh.
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamAbang Mazidul,saya wanita yang menegur abang petang tadi di Bazar Kelana Jaya,kalau saya tak nampak abang tadi...memang saya simpati tengok keadaan orang tua itu bersama anaknya yang cacat...sekali pandang terdetik dalam hati saya,"Ya Allah,kesiannya anak beranak ni..ke bazar ramadhan membeli juadah".
Tapi bila tengok abang mazidul mengekori mereka,terus saya teringat tentang lelaki kemboja tersebut.Rupanya matlamat mereka sama,meraih simpati di Malaysia dengan jalan yang salah.
Apapun,saya sokong usaha abang mazidul,sepatutnya pihak berkuasa pun memainkan peranan mereka menangani masalah ini.
Saya percaya,mereka ini akan kembali ke Bazar ini dalam 2-3 hari lagi.
Brader mana yang besar sangat kat kelana jaya tu? orang menyamar jadi orang islam dan memburukkan imej islam dengan mengemis di tepi jalan pun main nak langgar je nak bela? 3 line tu bukan ke pertubuhan islam bukan gangster? apa da
BalasPadamteruskan usaha ini bro, mohon tolong bongkar. Boleh bersedeqah, tp biar pada yg betul2 memerlukan
BalasPadamdi sabah ni pun sama juga..ada pengemis..bila ditanya, dia jawab "kalau ikhlas, beri sahaja, kalau tidak jangan ditanya".. dari ikhlas nak beri, terus sakit hati dengan jawapan dia tu..
BalasPadam3 line tu sebenarnya g/ster melayu, yang saja nak tunjuk hebat, berani sebab ramai, sumpah quran tapi melakukan sebaliknya.
BalasPadammuka dia ni memang muka slamber dhek,
BalasPadamBang...patutnya tangkap je..hantor kat rumah kebajikan...mcm kat tempat saya memang x de pengemis,kalo ada ...diorang tangkap hantar kat rumah kebajikan utk pengemis...
macam-macam kategori pengemis ada kat situ...terdiri dari golongan profesional(dulunya)pun ada gak,
kadang2 lucu,kadang2 kesian pun ada gak.
Diorng duduk kat sana ada aktiviti..
contohnya..ternak itik,telurnya dibuat telur masin dan dipasarkan di kedai2....ada gak pekdahnya.
sy tak boleh tgk pengemis...kesian sgt...tambah2 yg bawak anak....anak dahlah tak terurus...geram pun ade bile tgk anak-anak yang dibiarkan kotor utk kepentingan diri...
BalasPadamtp if pengemis dr 'belah2 sana' tu mmg pelik skit diaorg punye fizikal....saya pernah tgk yg anak n ayah berparut terbakar seluruh badan...ngeri betul bile tgk pengemis kat sane...macam-macam jenis cacat...entah, kadang-kadang terfikir, yg diaorg nih sengaja buat jadi cacat...macam yg en.mazidul tunjuk tuh, anak ngan ayah tuh...anak cacat badan terlipat...entah2 masa anak dia kecik...dia ramas2 n lipat2 anak dia sampai jadi cacat....org2 macam nih bukan boleh kira sgt...semua sanggup buat....
Teruskan usaha saudara! Biar seantero Malaysia ni (sekurang-kurangnya) tau pasal ni.
BalasPadamKebenaran itu sememangnya pahit tapi yang pahit itulah ubat!
mereka menyamar berpakaian mcm islam sbb mereka tau dlm islam bersedekah tu baik, lbih2 lg dlm bulan ramadhan. mereka mengambil kesempatan atas sikap murah hati org malaysia.
BalasPadamtahniah atas kerja baik ini...
BalasPadampotong sebelah lagi kaki elok .
Bab tunjuk samseng jerr "tiga line", AMNM tidak menghalalkan cara untuk berbuat sesuatu yang bertentangan. Perkara beginilah yang mengotorkan imej ///
BalasPadamSedar2lah bagi yang dah terlanjur, ingat ikrar kita untuk memperjuangkan AMNM dan akibatnya...
Bab tunjuk samseng jerr "tiga line", AMNM tidak menghalalkan cara untuk berbuat sesuatu yang bertentangan. Perkara beginilah yang mengotorkan imej ///
BalasPadamSedar2lah bagi yang dah terlanjur, ingat ikrar kita untuk memperjuangkan AMNM dan akibatnya...
Assalamualaikum,
BalasPadamSMTI.
Dah banyak kali sangat 3 line tunjuk samseng, kononnya pertubuhan Islam.
Saya sangat sokong pembongkaran sebegini walaupun ramai orang kita sangat sudi ditipu dengan alasan "biar allah yang hukum mereka". Tapi saya bukan sebaik mereka, sebab saya paling tak suka ditipu...
teruskan usaha murni anda...
saya sebenarnya sudah lama menunggu post sebegini rupe..peminta sedekah seolah-olah menyatakan kerajaan tidak menyediakan rumah kebajikan..pelbagai slauran boleh digunakan selain meminta sedekah..mencemarkan imej negara
BalasPadamSaya menyokong usaha saudara..
BalasPadamKebanyakan peminta sedekah memperolehi pendapatan yang sanggat lumayan, terutamanya di bulan ramadhan ini.. Rakyat malaysia terkenal dengan murah hati... Tapi tak kena tempat... Sekali hulur RM1.. jarang2 lihat beri duit syiling... Bayangkanlah
Teruskan usaha saudara.. Saya hanya mampu mendoakan
Kepada yang benar2 ingin bersedekah, bayarlah zakat
Kepada pusat zakat.. Bukalah akaun yang membolehkan orang awam bersedekah tanpa merekodkan data peribadi dan maklumat mereka...
Wassalam
Salam Bro.sy sgt setuju agar pengemis yg menyamar sabagai Islam di dedahkn lagi.
BalasPadamUtk pakcik yg 3 line atau 3 paku,usah rasa marah.walau terkenal kt kawasan tu,tapi gagal utk settlekn peminta sedekah kt kawasan tu.
Wasalam.
masih teringat pesan guru sy ms sekolah rendah dulu,beri sedekah kepada org yng mengeluarkantenaga seperti menjual tisu atau sebagainya..perkara yg mcm en mazidul tampalkan ni..pernah dilihat oleh ahli keluarga sy sendiri dipasar malam..bukan nak mengaibkan para pengemis,tapi kenyataan mereka mengaibkan diri sendiri mmg ada..
BalasPadamdiorang ni mintak sedekah sanggup ek pakai tudung kengkonon Islam.
BalasPadamtapi pernah suatu masa dulu saya nampak ada orang angkat peminta2 sedekah ni dalam 1 van kemudian letak kat ampang point. sindiket ni didalangi orang sihat.
yang bangsa asing ni gerak sendiri kot..tah2 nanti hujung bulan balik kampung naik flight..
Selalunya niat kita yg baik sering disalahertikan. Saya pernah mendedahkan di youtube tentang aktiviti tidak bermoral remaja di tempat saya. Saya bertujuan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat terutama remaja. Namun maklum balas yang saya terima amat mendukacitakan. Ada yang menuduh saya mendedahkan aib remaja terbabit. Itulah, niat yang baik belum tentu dapat diterima oleh masyarakat. Pada hemat saya, brader yg dikatakan '3 line' adalah dalang di sebalik pengemis wanita yang disebutkan dalam entri ini.
BalasPadamSalam bro mazidul..bila baca entry ni jadi geram pulak tengok mamat kemboja berkopiah tu.. dengan muka tersenyumnya menipu org ramai.. try la pakai kaki palsu dia tu pi mintak sedekah.. ade org nak bagi? mmg tujuan menipu pun.. saya yakin dia memang akan out station 1 semenanjung.. takde ke penguatkuasa yg baca blog ni.. imigresen ke sape ke.. tolong lah..
BalasPadampergghhh bongkaknya mamat kelana jaya tu.. bro.. letak la gambar dia dalam blog.. supaya bukan kelana jaya je yg kenal dia.. biar 1 malaysia kenal dia.. mesti dia bangga..
Salam
BalasPadamSMTI
Tiga line takde makna kalau takat tengok je..hampeh!
Salam,
BalasPadamSMTI
Taniah Satu pendedahan yang patut di puji!! Bertindak atas dasar memaklumkan pembaca berhati-hati dalam menderma agar tidak tertipu. Di harap saudara Mas Sudi menyambung atau memapar keseluruhan paparan, agar membuka mata setiap pembaca. saya telah terima email dari rakan2 Tulisan Sdr Mas bertajuk "Lebih Mengelirukan Berbanding Perlakuan Entiti Paranormal UPDATED "
Kepada para pembaca pendedahan ini bukan memaksa kita supaya tidak menderma. Sebaliknya terpulang kepada individu itu sediri. Sdr Mas hanya mendedahkan apa yang tak terlihat oleh para pembaca itu saja, selebihnya terpulang kepada pembaca sediri. Terima Kasih atas usaha Murni Sdr Mas
smti...teruskan usaha menegakkan kebenaran...... syabas bro
BalasPadampengemis tu dahlah menipu guna Islam lagi, memang patut kita dedahkan,
BalasPadamlagipun sesetengah orang kita ni, sentimen dia tak kena tempatkan?
tempelan ni memberi kesan kepada saya.. hingga ini berlaku: http://nadiyahashim.blogspot.com/2011/08/kerana-pengemis-di-sana.html
BalasPadamsaya jadi serba salah..
Pendedahan saudara Mazidukl ini sangat baik dan sangat berguna untuk menyedarkan masyarakat kita yg masih lg tertipu oleh sindiket pengemis warga asing seperti ini..Teruskan pendedahan anda..saya sangat menyokong usaha anda untuk menyedarkan masyarakat..
BalasPadamsmti
BalasPadamkadang-kadang kecian kat diorg ni..kadang-kadang geram pun ada..kat kampung baru ramai juga mintak sedekah time org nk makan..
BalasPadamsy sokonga abg terus bongkar identiti pengemis2 ni... dorg ni menipu jer.. nape abg x tumbuk je muka pengemis yg suka senyum tu?? kat area masjid india pun byk yg cmni kan...dulu keje kat kl slalu jupe dor ni...time p ngemis..kemain cacatnye.... bila time melepak minum ngan geng2 pengemis dorg ni...sungguh sihat dan sempurna anggota badan.... geram btoi rasenye... cmne nak bendung perkara cmni... sakit ati n meluat ngan sikap org cm dorg ni....
BalasPadamsmti..."siapa x kenal aku kat Kelana Jaya ni?".....hehe....ada aku kisah?....teruskan bang...panas hati jugak bila agama Islam tercabar dek tindakan pengemis warga asing nih....
BalasPadamSMTI..
BalasPadamDedahkan lebih banyak lagi.. Cikgu saya selalu ckp,kalau nak bersedekah,sedekah pada saluran yg betul.. Org2 tepi jalan tu belum tentu betul2 x berkemampuan..
SMTI ....3 line ke..4 line ke..10 line ke..pedulikan derang.. teruskan usaha murni bro...baru org kenal 1 Kelana Jaya pun dh nak kecoh..kesian..:)) perasan glamer!!
BalasPadampendedahan yang tulus tampa ada kepentingan..teruskan..
BalasPadamentah2, brader 3 line tu mkn pau kat pengemis kemboja tu kot... thats why die backup... kur kur kur...
BalasPadamSMTI.
BalasPadamDah lama saya tak bagi duit kat pengemis. Dulu, in 1995,di tepi bookstore berhampiran KFC Kompleks PKNS Shah Alam, ada pengemis buta, tiap2 hari dia di situ.
Then, 1 day, masa saya hendak menaiki Komuter, saya terserempak dengan pengemis yg sama yg juga sedang menunggu train.
Saya nampak dia sedang membuat panggilan telefon menggunakan handphone. Bayangkan, masa tu harga handphone masih mahal, tak seperti sekarang.
Saya sendiri (yg pernah bagi duit kat dia ni) tak ada handphone masa tu. Tipah rasa tertipu...
Teruskan pembongkaran. Kakcik menyokongnya.
BalasPadamSalam Bro.sy sgt setuju agar pengemis yg menyamar sabagai Islam di dedahkn lagi.
BalasPadamUtk pakcik yg 3 line atau 3 paku,usah rasa marah.walau terkenal kt kawasan tu,tapi gagal utk settlekn peminta sedekah kt kawasan tu.
Wasalam
SMTI
BalasPadam"siapa x kenal saya d malaysia ini" - suka ayat tu
alahai kekadang geram aja rasa tertipu...
BalasPadamtapi betul bongkar aja..kalau boleh tangkap n hanta umah kebajikan...suh depa keje wat laa apa2 janji dpt duit... hanta kat sekolah2 jadi tukang kebun pun takpa..ni duduk tgh jalan tetiba dapat 100 hinggit sehari..apa kesss.. keje kat opis pun kena pening pala baru leh dapt 100 sehari...
Umat manusia akhir zaman
BalasPadamAbang Mazidul,terkejut saya melihat pengemis yang sama meminta sedekah di pasar ramadan bukit beruntung pada hari Ahad 7.08.11...jauh betul dia mengemis..sakit hati saya melihatnya..Wahai pihak yang berkenaan buatlah tindakan cepat..
BalasPadamTerkejut saya bila melihat orang yang sama mengemis di pasar ramadan Bukit Beruntung semalam 7.08.11, sakit hati melihatnya..wahai pihak yang berkenaan cepat lah bertindak..
BalasPadamSalam..saya suka dedahan mcm ni..saya pun dah naik muak dengan aktiviti2 pengemis yang semakin berleluasa di Malaysia ni..harap Bro boleh 'tengok2' kan pengemis2 kat area Shah Alam..dekat medan selera seksyen 2 (bersebelahan KFC Seksyen 2) ade anak beranak minta sedekah dari meja ke meja..selagi kita tak beri duit mmg dorg takkan berganjak dari meja..nak makan pun tak selesa..anak beranak ni dah lama menjalankan aktiviti dorg sejak medan selera sementara di hdpn Wetworld shah alam lagi..mungkin sekarang dorg dah kaya raya dan menjadikan aktiviti ni sebagai mata pencarian tetap..
BalasPadamSaya harap En Mazidul akan bersabar & teruskan perjuangan ini...kadang-kala tindakan baik sering kali disalah ertikan...
BalasPadamSMTI bro...terus dedahkan isu ni..ramai lagi yang menyokong bro MAS...takyah nak 3 line sgt la yea...=) kang btau Malek kang...
BalasPadamSmlm sy jmp org yg sama kat bazar bkt beruntung... Dgn muka tersengih2 nyeee...
BalasPadameii korang jgn la marah sgt kat brader-kelana-jaya tu..maybe dia obses sgt kat cite KL gangster...org mcm dia tu patutnye kene suruh abg long dil je yg uruskan..mmg takkan sempat jd ayahanda pnye..hahah...
BalasPadamSMTI... benci ngn perkataan 3 line tu... ape kalau org 3 line tu besar sgt ker?
BalasPadamorang yang sama selalu mengemis di pasar malam seri serdang
BalasPadamkita pun sama ngan kakcik..
BalasPadamteruskan pembongkaran..
nak tau helah di sebaliknya..
Saudara Mazidul...
"Saya bertanya kepadanya, apa papa kata bila ajak kamu datang ke sini? Apakah jawaban dia?"
ape jawaban budak tu..?
SMTI....
BalasPadamHEHEHE.... LAWAK TOL LA. PATUTNYA EN MAZ BGTAU SEMULA KAT BRO TU, SIAPA TIDAK KENAL SAYA DI MALAYSIA?.... GERENTI TERSEDAK.... OK EN MAZ. TERUSKAN CERITA INI TAU!
smti
BalasPadampatut ditanya semula, siapa x kenal saya dimalaysia pada abg 3 line tu..
gerenti tersedak....
hehehee... mcm-mcm jenis manusia ada...
jika pendedahan dibuat, aibnya cume sedikit kepada pengemis tersebut dan sedikit juga tempiasnya kepada semua pengemis yang lain.
BalasPadamjika pendedahan dibuat lebih besar manfaatnye kepada semua.
3 line? memang berfikiran singkat.
salam bro.. saya pun nak tau apa jawapan budak tu.
BalasPadamsekadar kongsi apa yg pernah saya lihat pada bulan lepas, di kaki lima jalan depan Times Square, menghala ke low yat. bawah jejambat. duduk sorang warga asing ppuan, dengan anak kecik di pangkuan, minta sedekah. kebetulan masa tu suami berenti kat org meniaga steamboat sebelah ppuan tu. saya ingatkan ppuan tu dgn sorang anak kecik je. kemudian nampak lagi 3 orang anak kecil (besar sikit da bole lari2), budak2 tu main tepi jalan, macam halaman rumah sendiri tanpa rasa takut. saya perhatikan lagi... kemudian sy nampak budak2 tadi pergi kat 2 orang budak ppuan. Tak budak sangat, maybe umur dalam 13 dan 15 tahun yang duduk di atas tembok tinggi. budak ppuan tu tgk gaya tak la nampak miskin sangat coz rambut siap kaler2... baju pun tak de compang camping. cemana tu..... perasaan saya masa tu, kesian kat budak2 kecik tu tapi bila tgk kakak dia bole duduk kat tembok sambil makan2 fishball cucuk tu, baju pun kemas, tah la.. rasa marah pun ada.
abg mazidul....
BalasPadamsy sokong, jadi teruskan sahaja, ia mungkin aib, tapi ia sebagai pengajaran utk semua org.
Kalau bersempatan, sila la pergi ke area petronas ampang jaya berdekatan max value & mcD ampang. cuba duduk lepak disitu dlm sejam dua, pastu cuba kira berapa ramai pengemis dtg ke meja anda. Berdasarkan pengamatan saya, terdapat seorg kanak2 perempuan yang hampir tiap2 hari datang mengemis di situ, bila di tanya dia akan mendiamkan diri dan mcm xfaham bahasa kita. budak tu akan dtg berulang kali ke meja anda walaupun xsmp 30 minit lepas dia dah datang seolah2 dia xkenal anda...mula2 tu kesian tp bila dah lama2 nampak budak tu dah jd geram lak..xkira lg yg lain2 tu..mcm2 taktik...
BalasPadamBongkarkan sahaja perkara perkara seperti ini, bang. Masyarakat perlu tahu benda benda seperti ini. Sekurang-kurangnya abang Mazidul melakukan sesuatu daripada cuma criticize dan tidak berbuat apa apa.
BalasPadamSaya dan seluruh krew666 menyokong abang.
Mungkin siapa pun tak kenal saya nie.. Dr Khairil.
BalasPadamKat bazaar shah alam sec 18 pun ramai peminta sedekah kemboja...
BalasPadamteruskanlah..pada pandangan sy ini bkn hndak mengaibkan mana2 phk tetpi ingin membuka mata masyrkt kita..
BalasPadamSMTI..
BalasPadamtindakan saudara mazidul bagus untuk menyedarkan masyarakat malaysia yang terlalu pemurah.
Pendedahan yang bro Mazidul buat, memberi kesedaran kepada kami tentang helah pengemis. Saya sokong dengan pendedahan seperti ini.
BalasPadamsekali lg tahniah bro..
BalasPadamsaya tak nampak dimana isu nak mengaibkan orang dlm kes sebegini..mmg wajar dipaparkan kpd masyarakat..
"siapa tidak kenal saya di Malaysia ini?"
BalasPadamabang mazidul.
abang memang terbaik.
hanya senyuman mampu diukir di depan papan kunci.
ayat tipikal abang-abang tiga line.
saya pun biasa kena.
"siapa tak kenal aku kat sini."
biasanya ada "malaikat" yang konon cuba tenangkan di sebelah.
buat si lemah berlagak gagah.
ah.
kalau nak diikutkan rasa tak sayang nyawa.
memang saya luah rasa.
"pergilah abang petik lima orang makcik cleaner"
saya jamin semua lima geleng kepala"
tapi itulah.
saya bukan wartawan.
semangat wartawan tinggi.
pernah sekali saya pergi makan di kedai jual durian.
pakai topi jamaica.
warna keramat bagi sesetengah umat melayu.
brader tuan kedai itu datang.
nak tolong kupas durian kami beli di kedai beliau.
"seminit dia perhati sinis.
buat wajah bengis.
kemudian bersuara.
topi tu adik beradik abang punya!"
sambil parang di tangan.
brader tu kopek durian.
ah.
ikut rasa tak sayang nyawa.
mahu saja saya balas.
"adik beradik abang yang mana satu.
yang sulung ke yang bongsu"
tapi melihat parang tajam di tangan.
biarlah dia terbang dalam sarang dia sendiri.
tahniah abang mazidul.
great expose.
selamat berpuasa.
http://boxerkedut.blogspot.com/
Sila sambung, Terima kasih.
BalasPadamSMTI
BalasPadamtak baik buat mcm tuh,igt orang malaysia taktau ker ada yang menyamar,tapi diorang still derma jugak.sebab apa?renungkan (;
BalasPadamit's all about mindset.. kalau sejak kecil dah dilatih (mcm budak dlm kisah ini http://pakarhowto.com/kisah-benar/kisah-yang-menyentuh-emosi.html ) utk berusaha cari duit tanpa mengemis, campak kat mana2 pun, dia leh hidup berdikari..
BalasPadamxda masalah dalam sebarkan benda mcmni. yes, ada aib. tp Islam dah letakkan syarat2 yang tertentu bila di'boleh'kan menyebarkan aib.
BalasPadambahasa yang digunakan pun sgt berhemah, xda langsung bunyi caci maki. jadi, sy faham niat abg mazidul baik - utk menyedarkan org2 kita yang mudah bersimpati dan tertipu, mcm saya.
kalau abg x tulis dekat sini, mungkin saya pun akan tertipu. rasanya, nak jugak tau sambungannya, kalau dirasakan boleh dijadikan pengajaran.
cuma jgnlah kita bersangka buruk dgn org mcmni nanti. harta tu bukan milik kita, milik Allah. so bagilah jugak sedekah dekat diorang ni. Ustaz saya pernah ckp, xtau lah dia gurau ke, tp dia ckp, hatta org yg pakai kereta mewah, dia hulurkan tgn mintak sedekah, kita kena beri. bknlah wajib, tp x dosa, malah dpt pahala kalau ikhlas niat krn Allah.
Bro, last 10/8/2011 saya ke Bazar Ramadhan Bukit Sentosa Rawang, adalh terkejut melihat orang yg sama dalam gambar yg lelaki kudung kaki kiri dan bkopiah dan berbaju belang itu..dahsyat la..utara selatan Selangor KL dia datang meminta sedekah..
BalasPadamSemalam, 11/08/2011, teman terjumpa pengemis yang sama dengan taktik yang sama di Bazar Ramadhan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Ada seorang hamba Allah kemudiannya meminta pengemis ini supaya jangan mengemis di Bazar tersebut dan mengiringi pengemis tersebut ke tempat kaki palsunya ditinggalkan.
BalasPadamTerimakasih Mazidul, atas pendedahan anda, selamat penduduk BTP dari ditipu semalam.
benda mcm nih berani ler exposed,orang2 atas yang main politik kotor asal taknak exposed?goyang ker apa.setakat pengemis boleh ler kau sergah amik-amik gambar sume (:
BalasPadamKerol, maafkan saya. Itu sahaja saya berani buat, mengambil gambar pengemis.
BalasPadamBarangkali ada juga informasi mampu saya kongsikan bersama masyarakat berbanding awak hanya bijak melontarkan tuduhan dan memandang rendah terhadap usaha orang lain.
Ops! Seperkara lagi, awak mungkin orang berani, contohnya tidak gentar merakamkan gambar di medan perang, gambar penjenayah sedang melakukan rompakan ... apa lagi?
Saya menyokong pendapat dan tindakan saudara mazidul... semoga mendapat pendedahan dan manafaat yang perlu dikongsi... yang pandai bercakap, cuma boleh bercakap...buatnya tidak...hampeh!!!
PadamAssalamualaikum wbt.
BalasPadamTimbul isu larangan menyebarkan keaiban manusia.
1) Dalam isu ini ada kepentingan umum disebarkan, iaitu supaya orang ramai tidak ditipu.
2) Berbeza kita pi rakam orang dating, berzina, lepas itu kita sebarkan, sebab hal itu merupakan dosa mereka dengan Allah, bukan dengan manusia. Dan penyebarannya tidak mendatangkan manfaat.
Jadi, saya sokong pendedahan abang Mazidul, tetapi saya tidak sokong tindakan sesetangah orang rakam, orang buat maksiat, rakam orang dating, selepas itu disebarkan, kerana ia jelas-jelas bercanggah dengan syara'.
Wallahua'lam
kah kah kah brader 3 line sengal. Cakap bedegar-degar, tapi mintak pendapat, cadangan tak boleh bagi pulak.
BalasPadamPodahhh!!!!!
Assalamualaikum Saudara Mazidul...
BalasPadambaru tadi terserempak dengan orang ini di pasar malam Sri Manjung bersebelahan GIANT...