Melihat ibu dan anak kecil saya anggarkan berusia kurang 10 bulan duduk mengemis di Bazar Ramadahan di Kelana Jaya, Selangor, barangkali membuatkan ramai bersimpati.
Lazimnya, jika di kelilingi orang ramai lalu-lalang, bayi sepertinya pastti berasa kurang selesa. Namun hakikatnya tidak begitu. Lebih 15 minit saya berdiri berhampiran pengemis terbabit, bayi didukungnya tidak langsung merengek apatah lagi menangis
Saya difahamkan, pengemis warga Kemboja terbabit tidak begitu memahami bahasa tempatan. Terlintas di fikiran, siapakah bapa kepada bayi comel dikendung wanita bertudung itu? Di manakah dia sedang isteri dan anaknya tidak henti meraih simpati orang ramai di jalanan? Tidakkah lelaki bergelar ayah dan suami itu kasihkan dua insan kelihatan terpinga-pinga menadah tangan di bulan mulia ini?
Saya difahamkan, pengemis warga Kemboja terbabit tidak begitu memahami bahasa tempatan. Terlintas di fikiran, siapakah bapa kepada bayi comel dikendung wanita bertudung itu? Di manakah dia sedang isteri dan anaknya tidak henti meraih simpati orang ramai di jalanan? Tidakkah lelaki bergelar ayah dan suami itu kasihkan dua insan kelihatan terpinga-pinga menadah tangan di bulan mulia ini?
Majoriti pengunjung melihat wanita berperawakan Islam itu menghulurkan wang kepadanya biarpun sebilangan tidak ambil pusing. Barangkali kerana sudah terlalu kerap melihat pengemis di hampir setiap Bazar Ramadhan di Lembah Klang ini.
Apapun, dengarkan pengakuannya berhubung agama dianuti.
Selepas dihujani pelbagai soalan lain, dia bingkas bangun sekaligus meninggalkan Bazar Ramadhan terbabit.
Barangkali kini lebih ramai tersedar, pengemis warga asing acap kali dilihat mengeksploitasikan kanak-kanak, kecacatan fizikal dan agama bertujuan meraih simpati masyarakat tempatan dikenali bersikap pemurah.
Sebilangan kita pula hanya mampu melihat perkara tersurat bukan tersirat dalam hal berhubung kegiatan pengemis.
Tidak jauh dari lokasi pengemis pertama tadi duduk, saya terpandang kanak-kanak lelaki kelihatan cacat dan tidak mampu berdiri atau berjalan.
"Adik tinggal di mana?," soal saya perlahan.
"Sungai Buloh, datang sini naik teksi," jawabnya jujur.
Jiwa kanak-kanak tulus, tipu muslihat bukan agenda. Mereka hanya berkongsikan fakta berhubung kehidupan ditempuh tidak mengira susah atau senang. Jika disuruh oleh ayah mengemis, mengemislah mereka.
Bayangkan jika anak kita berusia lebih kurang sama, dipaksa mengemis sepertinya. Pasti hati sayu melihatkan suasana sebegitu. Hati ibu pasti merintih, jiwa ayah jika normal pasti terhiris.
Tetapi sanggupkah kita membiarkan anak sendiri mengemis demi meraih pendapatan mudah? Tambahan pula dia masih anak mentah di bawah umur.
Jawabannya pasti tidak.
Namun ayah kepada anak kecil itu, warga Kemboja, bak tidak berhati perut sekaligus dia tergamak mengeksploitasikan anak sendiri. Membiarkannya duduk dengan kaki terlunjur di atas jalan kotor, laluan pengunjung Bazar Ramadhan.
Kasihkah ayah kepadanya?
Kasihkah ayah kepadanya?
Tambah pengemis cilik fasih berbahasa Melayu itu, ayahnya berada di kawasan berhampiran. Telahan saya, barangkali ayah memerhatikan anak itu dari lokasi tidak ketara sambil menunggu bekas plastik berwarna merah ditadah anak dipenuhi wang ringgit sebelum beredar.
"Boleh bawa pak cik jumpa ayah?," pinta saya.
Dia mengangguk sekaligus merapatkan kedua kaki kelihatan cacat.
Tanpa kelihatan kekok dia kemudian berdiri dan berjalan seperti biasa, justeru saya mengekorinya sambil merakamkan video berikut.
Menyedari tembelangnya terbongkar, pengemis dewasa terbabit pantas beredar menuju ke kawasan parkir kereta di bahagian belakang Bazar Ramadhan.
Pengemis itu kemudian menghilangkan diri buat seketika, meninggalkan anaknya berdiri bersedirian di tepi jalan.
Dia kelihatan menarik sesuatu keluar dari rumpun buluh lalu membuka getah membaluti hujung kaki kudungnya.
Saya perhatikan, dia memasukkan semua wang kutipan ke dalam beg disembunyikan di kawasan sama. Di tepinya, kelihatan tongkat sebelum itu disorokkan.
Mengapakah tongkat terbabit perlu disembunyikan dan dia sanggup mengesut untuk bergerak? Walhal lebih mudah jika pengemis itu bertongkat seperti gambar saya rakamkan berikut.
Mereka pulang ke Sungai Buloh, Selangor, menaiki teksi dan di sepanjang bulan Al Mubarak ini Bazar Ramadhan, lubuk wang bagi mereka.
Dilaporkan dalam tempoh 4 jam, pengemis warga asing bergantung kepada lokasi, mampu meraih pendapatan bersih tanpa cukai di antara RM100 dan RM200.
Dilaporkan dalam tempoh 4 jam, pengemis warga asing bergantung kepada lokasi, mampu meraih pendapatan bersih tanpa cukai di antara RM100 dan RM200.
Saya percaya pengemis sama berstatus pendatang haram kerana tidak pernah saya terdengar Jabatan Imigresen mengeluarkan permit kepada warga Kemboja untuk bekerja sebagai pengemis di Malaysia.
Petang ini barangkali mereka berada di bazar Ramadhan berbeza.
Salam abang Maz
BalasPadamKat Bazar Damansara Damai pun ada..meh la datang tengok..mula-mula memang rasa kesian..lama2 jadi meluat!
sedihnya tengok budak kecik kena berpanas ikut mengemis....
BalasPadamtak sanggup nak baca lagi..
pelik....macamana diorng senang2 boleh lolos masuk ke M"sia?
BalasPadamsmti~
BalasPadamsyabas, pendedahan yang sangat berani.....
BalasPadamTengok kan kepada tahap kecacatan budak tu, bukan macam orang kurang upaya dari lahir, tangan dan kaki nya nampak macam dibengkokkan plak, mungkin kah penjaganya tu yang sengaja membuat anaknya sebegitu semata mata untuk mengemis??
BalasPadamSemakin menjadi jadi lah pulak pengemis ni semua.
BalasPadamKalau saya tak silap, ini sambungan kepada kisah hari tu kan? Terima kasih! Baru tahu kisah hujung & pangkal.
BalasPadamMenderma & bersedekah adalah satu sikap & amalan yang terpuji, sangat digalakkan. Bersedekahlah walau sebiji tamar, walau dengan sekuntum senyuman - maka berfikirlah sejenak sebelum menghulurkan sumbangan - berikan kepada yg hak.
Sekiranya lelaki yang meminta-minta tersebut mengamalkan "patah sayap bertongkat paruh" dia tidak akan menyorokkan tongkatnya & tdk sesekali mempergunakan anaknya - AYAH, sungguh besar pengertian & tersangat besar tanggungjawabnya.
nak mengemis sampai bila? atau dia dah tanamkan dalam minda anak dia mengemis je takyah kerja pun dapat duit jugak. lagi tak perlu susah payah. dan mengemis menjadi kerjaya keturunan.
BalasPadamtahniah..sy suka pendedahan ni
BalasPadamgeram plak tgk org suka amik kesempatan mcm ni :(
kalau yg at least main keyboard ke, nyanyi ke sy boleh terima lagi..
yang saye heran, pihak berkuasa or yg berkaitan tak ambil port pun pasal ni. tiap kali gi pasar malam je kompen ade sorang dua dok tengah jalan minta sedekah. kadang2 org yang sama boleh jumpa kat lokasi pasar malam yang lain plak. hai... tak suka tau. huh
BalasPadamsmti..
BalasPadam