Hari ini saya menerima emel dari rakan, Zaabra. Terima kasih kepadanya kerana sudi berkongsi informasi bersama kita semua.
'Mazidul,
Assalammualaikum.....
Terimakasih kerana mendedahkan perihal pengemis penipu tempoh hari.
Berdasarkan gambar-gambar yang Mazidul paparkan, teman telah bertemu dengan pengemis yang sama petang semalam (11/08/2011) di Bazar Ramadhan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Dia kemudiannya diminta supaya berhenti mengemis di bazar tersebut oleh seorang lelaki yang juga mengenali beliau.
Maklumat yang Mazidul paparkan telah mengelakkan kami daripada tertipu. Isteri teman pada mulanya ingin menderma telah teman halang daripada berbuat demikian.
Terimakasih sekali lagi Mazidul dari teman & isteri'
Berikut gambar terbaharu dihantar Zaabra.
Ini pula gambarnya dirakamkan pada 6 Ogos lalu ketika mengemis di Slim River, Perak.
Berikut pula antara gambar pengemis sama, ketika kisahnya dibongkar di Kota Damasaara, Petalng Jaya, Selangor sebelum ini.
Sekalung penghargaan kepada semua pembaca prihatin dan sudi menyalurkan maklumat dan berfungsi sebagai 'GPS Pengemis', mengesan dan memaklumkan kita semua berhubung kedudukan pengemis warga Kemboja berstatus pendatang haram terbabit.
Ya, dia pendatang haram dan kehadirannya di negara bercanggah dengan Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Orang Papa 1977.
Ya, dia pendatang haram dan kehadirannya di negara bercanggah dengan Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Orang Papa 1977.
Justeru, jika penguatkuasa Jabatan Imigresen terserempak dengan lelaki sama ketika membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan, sila ambil tindakan sewajarnya. Usah dipejamkan mata celik dianugerahkan Allah sebagai pancaindera utama.
Program Pemutihan barangkali tidak langsung menjadi kudis kepada warga asing terbabit, itu hemat saya. Lagipun, entah dia tahu entah tidak berhubung usaha kerajaan cuba mengekang bilangan pendatang haram di Malaysia ini.
Apapun, jelasnya dia terus mencabar kedaulatan perundangan negara ini. Itupun, jika pihak berkuasa berasa kredibiiti mereka tercabar.
Biarpun kisah tindakannya berterusan memperdayakan masyarakat telah dibaca lebih 60,000 pengunjung blog ini, nampaknya pendatang haram itu masih mampu tersenyum lebar sekaligus memenuhkan kantong seluarnya setiap hari.
Program Pemutihan barangkali tidak langsung menjadi kudis kepada warga asing terbabit, itu hemat saya. Lagipun, entah dia tahu entah tidak berhubung usaha kerajaan cuba mengekang bilangan pendatang haram di Malaysia ini.
Apapun, jelasnya dia terus mencabar kedaulatan perundangan negara ini. Itupun, jika pihak berkuasa berasa kredibiiti mereka tercabar.
Biarpun kisah tindakannya berterusan memperdayakan masyarakat telah dibaca lebih 60,000 pengunjung blog ini, nampaknya pendatang haram itu masih mampu tersenyum lebar sekaligus memenuhkan kantong seluarnya setiap hari.
Dipercayai dia bukan beragama Islam tetapi bertopengkan Islam untuk meraih simpati masyarakat.
Bantu saya, sila sebarkan tampalan ini melalui emel atau Facebook sehingga sampai kepengetahuan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia atau Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor.
Usaha membongkar kegiatan pengemis seperti ini bukan hanya terletak di bahu saya sahaja, semua mampu untuk berbakti, percayalah.
Jika maklumat ini telah disebarkan kepada kenalan, sila maklumkan saya, boleh?
Jika maklumat ini telah disebarkan kepada kenalan, sila maklumkan saya, boleh?
Terima kasih.
Bro,
BalasPadamMenurut kenalan saya, Bob, pekeliling telah dibuat dan di sebarkan ke seluruh KeTTHA ( Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) email kepada seluruh kakitangan kementerian initelah memuatkan entry bro Mazidul, termasuk gambar gambar yang bro sertakan. Sekarang iniusaha penyebaran ini masih berjalan, cuma apa tindakan yang bakal di ambil oleh pihak berkuasa belum di ketahui.
Red, thanks for the info. Sebarkan sekali perkembangan terkini berhubung individu sama.
BalasPadamMereka terlalu melampau kerana tidak ramai ingin campur tangan dalam hal ini.
Selain dari menggunakan kaedah itu, di Bandar Baru Bangi saya juga terjumpa "Ibu" yang mengendong anak-anaknya yang masih kecil, meraung kepanasan dicelah-celah hingar bingar ramai bersesak di laluan pengunjung, demi SIMPATI rakyat Malaysia...
BalasPadamsmti
BalasPadamSaya akan cakap dengan pegawai penguatkuasa imigresen putrajaya mengenai hal ini.
BalasPadamdua hari lepas pengemis ini berada di pasar ramadhan bkt sentosa...tp gambar tiada..
BalasPadamDengan bukti2 yang di paparkan oleh rakyat perihatin begini, tak ada kah pihak berwajib yang boleh mengambil tindakan?
BalasPadamAda kah undang2 yang berkaitan?
Harap TUAN YANG ARIFF (jika berkenaan) dapat beri komen.
Terima kasih.
saya mohon share ke facebook tuk peringatan member2 facebook, terima kasih...
BalasPadamSha, silakan. I am more than glad
BalasPadamMamat ni saya pon pernah menderma.. x pe la.. halal je lah... rezeki dia la tu.. tapi x suka dengan apa yg dia buat nih! dah la menyamar jd org islam!
BalasPadamteringat cerita Kasih Alia. Budak2 dikidnap dan disuruh mengemis. Sedih...
dahpun di postkan dalam status fb juga twitter ...
BalasPadamsmti...
BalasPadamSalam bro.
BalasPadamMaaf kalau saya tanya soalan kurang cerdik sikit. Maklumlah saya ni walaupun duduk di Malaysia tapi macam kurang faham dengan perlaksanaan penguatkuasaan.
Saya ada dua soalan:
1. Jabatan Imigresen tu apa? Dah lama ke diaorang wujud? Kat JB ada tak ofis diaorang?
2. Jabatan Kebajikan Masyarakat ni pulak, untuk apa ya jabatan ni? Tak tahu pulak ada jabatan ni. Ramai ke staf dia? Ofis dia kat Putrajaya yang besor tu ke? Kalau macam tu, best lah dapat ofis besor. Aircon mesti kuat kan, yelah ofis baru. Agaknya kerusi opis ketua pengarah jabatan ni mesti empuk kan, yelah, macam tilam empuk, kalau dah sedap tidur, macam malas nak bangun.
Maaflah kalau saya tanya sebab saya ni kurang arif sikit. Jangan ketawakan saya ya. Maaf sekali lagi.
Kata org..
BalasPadam"Biarlah.. sesama Muslim pun nak berkira!?! Lebih ramai umat Islam dalam Malaysia lagi bagus!"
Kata saya..
"Alhamdulillah.. bagus sekiranya mereka menyumbang kearah kebaikan - bukan penjenayah, perogol, pembunuh, perompak, penipu, pandatang tanpa izin yg memalsukan dokumen perjalanan berkawan ngan penyangak (org biasa2 x brani/x tau nak menipu mcm nie). Bukankah mereka akan lebih memudaratkan umat Islam dan bukan Islam di Malaysia?"
Kata org..
"Biarlah.. memudahkan kita beramal dgn bersedekah"
Kata saya..
"Nak mudah, cuti Raya nie x yah kunci pintu, keta x yah lock.. apa2 jadi, anggap jer laa sbg sedekah. Nak sedekah buku2 atau keperluan lain kat anak2 yatim atau org yg betul2 susah mmg menyusahkan. Kita ambik mudah jer laa.. x payah pakai otak."
Pada pandangan saya, anak2 yg dtg dari humble family memerlukan ilmu. Bersedekah buku2 ilmiah/teknikal bergambar yg menarik (banyak eksperiment) adalah lebih bermanfaat - semai cinta pada ilmu. (susah la sket, sbb kena survey buku)
eg:
http://www.usborne.com/catalogue/science.aspx?cat=1&area=S
(saya tiada kene ngena ngan site/company tersebut) atau google je "children science books" then, click images..
Salam Ramadhan...
BalasPadamEn Mazidul, saya ada terlihat pengemis yang sama seperti gambar di atas memakai baju t-shirt yang sama (berbelang) di kawasan bazar ramadhan Bandar Baru Selayang (sebelah Stadium MPS) dalam minggu ini (antara hari isnin-rabu, maaf tak ingat hari apa).
Pada mulanya saya ingin menderma kepadanya. Apabila terlihat wajah pengemis ini, terus saya teringat akan blog saudara yang pernah memaparkan berita tentang pengemis ini.
Terima kasih kerana mendedahkan berita ini kepada masyarakat.
Akan di muatkan dalam blog saya. Moga aktiviti melampau ini, terus mendapat perhatian dari pihak berkuasa yang terlibat.
BalasPadamMohon sebarkan juga info mengenai ada group penculikan kanak-kanak di facebook
BalasPadamhttp://www.greenappleku.com/2011/08/awas-group-penculikan-kanak-kanak-di.html
DONE! already sharing with others..
BalasPadamharap jumpa dia di Terengganu pula... aku nak ketuk kakinya sebelah lagi.
BalasPadamBro mazidul.. cuba sesekali datang di bazar ramadan Pansapuri Sri Meranti, Bandar Sri Damansara.. dekat situ sekurang-kurangnya ada 3 pengemis setiap hari menegemis dekat bazar tu.. rasanya sama macam orang yg diceritakan ni.. semacam ada sendiket yg hantar mereka.
BalasPadamsalam... saya dah letak post mengenainya dan pasti akan keluar dalam facebook dan twitter
BalasPadamInn, terima kasih di atas maklumat itu.
BalasPadamGreen, TQ di atas sokongan.
RHEA dan Adib, thanks.
My, saya tidak perlu berada di sana. Tanggungjawab mendedahkan kes pengemis menipu harus dilaksanakan semua. Saya cadangkan, rakam gambarnya dan post kan di Facebook supaya orang ramai lebih berhati-hati sewaktu memberi.
Assalamualaikum bro mazidul...saya ingin kongsikan maklumat ini dalam blog saya...semoga aktiviti tidak bertanggungjawab ini dapat dibendung..jangan sampai sifat pemurah rakyat Malaysia disalahguna individu tidak bertanggungjawab....TQ diatas maklumat ini...
BalasPadamNazzue, you're more than welcome to do so, thanks.
BalasPadamsaya akan share kt FB saya...
BalasPadamsalam saya share di blog saya boleh kan ?
BalasPadamhttp://puanbee.com/pengemis-pendatang-haram-poket-penuh/
Sudah dimaklumkan ke komunikasi koprat JIM berkenaan pendedahan Tuan Mazidul, syabas saya ucapkan kepada usaha tuan dan rakan-rakan untuk menyedarkan rakyat Malaysia akan tipu daya dan manipulasi pengemis asing terhadap kemurahan hati orang kita. Sekali lagi diucapkan syabas dan ribuan terima kasih.
BalasPadamsaudara Mazidul,
BalasPadamberita ni telah saya kuarkan dlm bloga saya. baru ari ni menjenguk ke sini...sibuk dgn ntah apa2 seblm ni..
harap2 pihak berkuasa & orang ramai dpt bertindak sewajarnya...
tkasih krn berkongsi...
salam pada semua pembaca... apa lah nak jadi dengan dunia hari ini.. semua perkara dah tak boleh dipercayai langsung....
BalasPadampasar tani di paya jaras, sg buloh juga ada kumpulan seperti ini yang meminta sedekah... kadang2 saya nampak hasilnya memang lumayan... memang tidak dinafikan rakyat malaysia begitu pemurah dan prihatin... kita mesti bertindak dan pastikan pihak yang berkenaan bergerak dan panas punggung sehingga mereka mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka ini....
Rasulallah Bersabda...
BalasPadamفَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ
Maka peliharalah (diri) kalian dari api neraka, sekalipun dengan sebiji buah kurma (yang disedekahkan).
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian. (QS. Adz-Dzariyat: 19)
BalasPadamAdapun orang yang meminta-minta, maka janganlah kamu menghardiknya.(QS. Adh-Dhuha': 10)
mamat tu sekarang berada di Bazar Ramadhan Sec 20 Shah Alam. Tak salah nak sedekah tapi perlu ke mamat tu pakai kopiah diatas kepala dan cuba menunjukkan alim? musafir? Islam? and at the same time ambil kesempatan diatas sifat murah hati org malaysia. Saya cukup anti dgn org yg mengambil kesempatan dgn berlakon. Peace!
BalasPadamMamat tu skrg berada di Bazar Ramadhan Section 20 Shah Alam.
BalasPadamhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=2114696318234&set=a.2114696278233.2113938.1570486242&type=1&theater
BalasPadamkini di tg malim
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2114696318234&set=a.2114696278233.2113938.1570486242&type=1&theater
BalasPadamtg malim..
Perlu ada laporan / aduan dari awam sebelum Unit Penguatkuasa Jab Imigresen boleh melakukan tindakan susulan..
BalasPadamhahah..
BalasPadamtu la kadangkala niat nak besedekah terbantot bile mende camni terjadik..pape pon yg mne da besedekah tu halalkan je la niat sedekah kerana Allah la yekk..
nota kaki: bro..mazidul..saye nak share sat gi ..thanks ngan info..
Sy skrg berada di pasar ramadan taman ehsan kepong...tau saper yg sy jumpa..?..orang yg sama seperti gambar diatas ni...pakaian yg sama,perwatakan yg sama...hmmmm...
BalasPadamSalam Bro,
BalasPadamJust nak infom, pengemis ini dikesan berada di pasar malam tanjung malim setiap hari sabtu...harap berita ini dapat disebarkan...
DIKESAN DI PASAR MALAM SRI MANJUNG BERHAMPIRAN GIANT SRI MANJUNG....
BalasPadamteknik dan cara yang sama....