Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua ahli kumpulan Pengembaraan Alam Ghaib, PAG kerana selama ini begitu komited sewaktu menjalankan tinjauan bersama.
Jika diperhatikan, 666 bukan sekadar menyingkap fakta sebenar berhubung kes paranormal di pelbagai lokasi tetapi memberikan ruang dan peluang untuk semua kru saling kenal mengenali antara satu sama lain sekaligus merapatkan ukhwah.
Pada masa sama, 666 menyediakan landasan terbaik untuk setiap kru belajar saling hormat menghormati, mempraktikkan komunikasi berkesan dan mencetuskan semangat setia kawan.
"Kalau tiba-tiba, muncul entiti paranormal di hadapan mata. Apa perlu kita lakukan?," itu soalan pernah saya lontarkan.
Semua bersetuju untuk kami mendepani keadaan itu secara bijak.
"Tujuan kita untuk merakamkan audio visual kes paranormal, jika peluang itu wujud, kita harus menghadapinya bersama, bukan melarikan diri," ujar saya.
Tiada bangkangan terpancul dari mulut mereka.
Secara peribadi, saya amat mengkagumi kebolehan dan kekuatan setiap kru 666. Mereka terdiri daripada pelajar kolej swasta jurusan kejururawatan dan psikologi, pekerja syarikat swasta, kakitangan kerajaan, mekanik, runner syarikat kereta terpakai, penyunting visual, bekas kakitangan kelab golf terkemuka, wartawan media cetak dan elektronik.
Biarpun latar belakang berbeza namun objektif kami sama. Ingin saya tekankan di sini, kami bukan kumpulan ghost hunters atau pemburu hantu. 666 kumpulan gabungan 13 individu berusaha untuk membongkar dan mendedahkan fakta sebenar berhubung pelbagai dakwaan
mengenai kes atau kejadian paranormal menggunakan peralatan elektronik.
Ringkasnya, kami ingin berkongsi informasi bertujuan mendidik pelbagai lapisan masyarakat agar tidak berterusan dimomokkan dengan kisah seram tanpa dibuktikan kesahihannya.
Untuk rekod, sebelum ini kami telah melakukan lebih daripada 10 tinjauan secara bebas di lokasi berbeza. Hasil sebilangan tinjauan agak menggerunkan sekaligus menimbulkan tanda tanya manakala sebilangan lagi langsung tidak menegakkan bulu roma.
Itu hakikatnya.
Kru 666 sama sekali tidak berhasrat untuk mencipta 'hantu' semata-mata untuk menakutkan pengikut kami samada di Facebook atau di blog ini.
Setiap kali tinjauan dillakukan, kami akan mempersembahkan hasilnya samada melalui penulisan di blog ini atau dalam bentuk video. PAG telah menyiapkan klip video tinjauan kru 666 di Highland Towers bersama petugas NTV7 tempoh hari, klik di sini.
Pada awalnya, semuia kos pembiayaan tinjauan terhasil dari duit poket kru. PAG contohnya telah membeli pelbagai peralatan, saya anggar membabitkan kos ribuan ringgit.
Kini, 2 syarikat milik bumiputera bermurah hati menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan kameja-t untuk memperkemaskan hasil tinjauan dan penampilan kru 666.
Terima kasih kepada Restoran Supremo Donuts & Coffee dan Aroma Cinta Enterprise, syarikat pembekal minyak diaurakan dengan bacaan 30 juz Al-Quran, Kasturi Syifa'.
Hari ini 666 mula menerima sumbangan ikhlas pembaca blog ini, akan digunakan untuk menampung sebahagian kos tinjauan bakal kami laksanakan di masa terdekat.
Terima kasih kepada blogger Sweet Darling dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur kerana menjadi penyumbang terawal.
Berikut komen dilontarkannya.
"Saya suka membaca kisah mistik dari 666 maka saya seikhlas hati memberi sumbangan agar dapat terus membaca kisah-kisah begini"
Pada dasarnya, pedih jerih, penat lelah dan risiko ditanggung setiap kru tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Namun dek kerana minat, kami melaksanakan setiap misi dengan semangat kekitaan, kesabaran dan diplomasi.
Asalkan hasil tinjauan berupa maklumat bercetak atau paparan video mampu kami kongsikan bersama pembaca dan penonton.
Untuk rekod, kami tidak bertujuan memburu liputan media kerana percaya something different will always be dominant sekaligus akan menarik perhatian banyak pihak. Justeru jika ada pihak berkeinginan membuat liputan berhubung kegiatan kru 666, secara berlapang dada kami menerima. Kami percaya penyebaran maklumat positif bakal memungkinkan kami berkongsi hasil tinjauan bersama lebih ramai individu di negara kita cintai ini.
Saya teringat kenyataan kru 666, Razali Harun, 40 tahun, diutarakan 2 minggu lalu. Sebagai golfer dia memegang satu prinsip jelas.
Tenaga tanpa kawalan mampu membinasakan. Mengikut tafsiran saya, di dalam dunia golf, the hardest swing without proper control will never guarantee that a player will emerge as a champion.
Golf, permainan memerlukan strategi, kesabaran, ketenangan, stamina dan ketepatan atau precision. Pukulan secara semberono tidak mejamin pemain bakal muncul sebagai juara pada lubang ke 18. Begitu juga antara tuntutan sewaktu menjalankan tinjauan.
Bear in mind, I am not a golfer.
Kepada kru 666, sekiranya ingin berjaya melaksanakan misi secara berkesinambungan, lakukan tinjauan secara ikhlas dan usah lupa sesaat sekalipun untuk menghormati dan menghargai rakan sepasukan.
Let us keep the team spirit alive!
Smti.
BalasPadamtahniah kru 666~
keep it up kru 666!
BalasPadamSMTI
BalasPadamsmti...thumbs ups for all of u.!! congrats..!! :)
BalasPadamSMTI
BalasPadam"Tenaga tanpa kawalan mampu membinasakan"
Terima kasih kepada Kru 666 & Sdr Mas
keep it up kru 666!
BalasPadamsaya sentiasa menunggu cerita2 baru utk dibaca..
kadang2 berminat juga utk menyertai tp kekurangan masa
sy sgt berminat dgn kata2 ini:
"tenaga tanpa kawalan tidak berguna, sama seperti semangat, tanpa kawalan berbahaya."
terima kasih kembali...
BalasPadam