Setiap kali rakan berborak mengenai kehebatan pasukan Manchester United, Chelsea dan Liverpool, saya hanya mendiamkan diri kerana tidak meminati sukan bola sepak.
Tahun 1993, sebelum bertugas di TV3, saya berkerja di Ipoh, Perak. Kebanyakkan kawan ketika itu penyokong fanatik pasukan bola sepak Perak. Biarpun tidak meminati sukan itu, saya sering dipelawa rakan menonton perlawanan membabitkan pasukan negeri kelahiran saya. Jadi, beberapa kali saya turut serta menjerit di stadium sekadar melawan tempikan penyokong pasukan lawan. Masih ingat, anggota kumpulan Senario, Mazlan Pet Pet waktu itu penyokong kuat pasukan hijau kuning, Kedah. Jika pasukan Perak bertemu Kedah, sudah pasti kedengaran ‘trademark’ Lan, bunyi trumpet berkumandang di stadium. Walau bagaimanapun, ketika itu kumpulan Senario belum ditubuhkan lagi, Lan tidak dikenali. Kalah atau menang dalam perlawanan, penonton hanya sekadar berbuat bising sebagai tanda sokongan, tamat perlawanan, kami pulang ke rumah masing-masing.
Itu trend penyokong 16 tahun lalu.
Kini saya masih tidak meminati bola sepak tetapi gemar memerhati gelagat penyokong sukan itu. Lihat sahaja penyokong Kelantan, pasukan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan, mereka membakar kain rentang dan kerusi. Bukan itu sahaja, botol air mineral, batu dan mercun dibaling sesuka hati ke padang.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery, 224 kerusi, pintu pagar dan tandas dilaporkan rosak membabitkan kerugian bernilai RM214,000. Itu semua duit rakyat.
Sama seperti warga Afrika, bukan semua jahat, begitu juga penyokong pasukan Kelantan, cuma sebahagian berotak dangkal, tindakan tidak terkawal.
Awe Oh! Awe, gapo demo jadi lagu tu?
Tahun 1993, sebelum bertugas di TV3, saya berkerja di Ipoh, Perak. Kebanyakkan kawan ketika itu penyokong fanatik pasukan bola sepak Perak. Biarpun tidak meminati sukan itu, saya sering dipelawa rakan menonton perlawanan membabitkan pasukan negeri kelahiran saya. Jadi, beberapa kali saya turut serta menjerit di stadium sekadar melawan tempikan penyokong pasukan lawan. Masih ingat, anggota kumpulan Senario, Mazlan Pet Pet waktu itu penyokong kuat pasukan hijau kuning, Kedah. Jika pasukan Perak bertemu Kedah, sudah pasti kedengaran ‘trademark’ Lan, bunyi trumpet berkumandang di stadium. Walau bagaimanapun, ketika itu kumpulan Senario belum ditubuhkan lagi, Lan tidak dikenali. Kalah atau menang dalam perlawanan, penonton hanya sekadar berbuat bising sebagai tanda sokongan, tamat perlawanan, kami pulang ke rumah masing-masing.
Itu trend penyokong 16 tahun lalu.
Kini saya masih tidak meminati bola sepak tetapi gemar memerhati gelagat penyokong sukan itu. Lihat sahaja penyokong Kelantan, pasukan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan, mereka membakar kain rentang dan kerusi. Bukan itu sahaja, botol air mineral, batu dan mercun dibaling sesuka hati ke padang.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery, 224 kerusi, pintu pagar dan tandas dilaporkan rosak membabitkan kerugian bernilai RM214,000. Itu semua duit rakyat.
Sama seperti warga Afrika, bukan semua jahat, begitu juga penyokong pasukan Kelantan, cuma sebahagian berotak dangkal, tindakan tidak terkawal.
Awe Oh! Awe, gapo demo jadi lagu tu?
Nota Beberapa komen menegur penggunaan 'gapo', sepatutnya 'bakpo', kata mereka. Maksud sebenar saya, 'Apa ke jadahnya berperangai macam itu?' Jelas?
tangkap sumbat dalam lokap, kalau denda takadil,persatuan yang rugi.
BalasPadamlepas itu beri Brain wash dekat ILIM atau Bina insan ..tatanegara bagi cuci minda..
ganas temu ganaz
jika pergi ILIM jumpa sesama 'demo'
hhee
kadang-kadang saya tidak faham sesetengah perangai penyokong fanatik bola sepak...kalau pasukan kegemaran kalah, mula la mengamuk tak tentu pasal....sampai harta benda rakyat yang jadi mangsa....huh
BalasPadamden duk kat stadium pun ketakutan yo nengok an perangai cik abe sumo.
BalasPadamentahlah. tak semua macam tu. tapi mana rasa hormat pada ketua negeri..anak2 kecil yang ikut sama. makcik2 yang ikut menyokong. takde rasa hormat langsung. semangta kesukanan tak payah cakap la. seronok juga dapat pengalaman tengok gelagat tak bertamadun.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtangkap pembakar kerusi > minta mereka bayar !!
BalasPadambodoh dia org !! kalo cam tu bubar jer la semua pasukan bola sepak !!
"kerugian bernilai RM214,000. Itu semua duit rakyat"
BalasPadamlepas tuh kata kerajaan makan duit rakyat.
nak wak guano gak.. demo dok guna aka ko? ikut napsu serakoh demo jo...
BalasPadam(entah betul entah tidak ayat kakcik ni..)
i like futball
BalasPadambaik Liverpool mahupun Mu...
jarang dengar penyokong diorang gaduh disebabkan kekalahan...
tapi di Malaysia terbalik plak...
nape sanggup wat camtu
sedangkan org Malaysia mempunyai tatasusila yg tggi dan mempunyai adab ketimuran yg bersopan santun...
pihak yg bertanggungjawab perlu membuat sesuatu utk mngelak kejadian ini terus berlaku pada mase akan dtg...
fanatik...fanatik jugak
tapi jgn sampai org lain yang dapat susah...
kasihanilah ibu2 dan anak kecil yg hadir ketika menonton perlawanan tersebut...
saya sempat menyaksikan seorang ibu mengandung diasak dan dibaling botol...
cube anda bayangkan yg prempuan tersebut ibu anda...kakak anda...adik perempuan anda...or maybe org yang anda kenali..
memang melampau tindakan yang dah dilakukan ni. kalau nk tunjukkan kehebatan,nk cari nama kononnya penyokong hebat bukan mcm ni caranya..
BalasPadamJgnlah pasal segelintir golongan yang tak tau berfikir ni yang kenenya satu negeri dapat bahana...
Bangga ke buat mcm ni,bangga ke masuk paper buat hal2 ni?
nie yang malas nak tengok liga malaysia..
BalasPadamkita nie nak sokong sukan tempatan tapi macam nie la jadinya..
macam liga inggeris kalau dah kena balun 3 - 1 diorang punya team dan fan tetap cool..
kita punya sukan negara nie je selalu sgt macam nie..
pape pun tahniah nogori 9 walaupun saya orang johor saya tetap bangga dengan pasukan dan peminat anda.
Salam Ziarah
BalasPadamLepas ni FAM kena buat sesuatu kalau Kelantan masuk final lagi penonton depa jangan bagi masuk stadium tengok dalam tv cukup.Biaq la depa nak bakaq tv ka nak bakaq rumah depa ka nak baling batu bata ka nak buat pa saja ka kat rumah sendiri tak dak sapa nak kacau .Ni jurukamera pun depa baling batu sampai kena jahit .Tak perikemanusiaan langsung.Apapun sekalung tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia .
Bro Mazidul . Kalau lah begitu semangat Malaysia Bila Malaysia Vs MU tempoh hari macamana? lagilah masuk World Press. ha.
BalasPadamwww.pengeRindu.com
Eelobor, yang pastinya, kalau sudah tahu perlawanan disiarkan secara langsung, bodoh apa bangga menunjukkan sikap vandalisme itu? Bangga sangat barangkali, sebab semua orang dapat menyaksikan perbuatan mereka kerana perlawanan disiarkan secara langsung, live?
BalasPadamKalau benar berlaku kes di Perlis seperti awak didakwa, saya percaya tindakan akan diambil cuma mungkin kes terbabit tidak mendapat liputan meluas.
Apapun, awak usah keliru, kes tidak menerima liputan meluas, tidak bererti tindakan tidak diambil, kan?
Dalam kes penyokong Kelantan, tiada apa boleh disembunyikan, jelas kelihatan api menyala membakar kerusi, tidak kisahlah berapa sekalipun harga kerusi terbabit, RM5 atau RM500.
RM5, duit rakyat, RM500, duit rakyat.
Kalau awak menganggap tindakan penyokong Kelantan itu wajar, mungkin itu maksud 'adil' pada tafsiran awak.
Sebaik je tau pasukan Kelantan masuk final, sy dah tau benda ni akan jadi. Ada kawan2 Kelantan kata, kali ni takkan jadi kecoh lagi sebab Kelantan dah serik nak bayar denda ratus2 ribu. Siap la kata saya anti-kelantan. Punya la yakinnya dia, siap bertaruh dengan sy KFC. Last2 jadi mcm ni dia buat2 tak nampak kalau jumpa sy di kantin. KFC pun tak nampak drumsticknya. Ha.... mana plak hilang semangat kekelantanan dia tu? Last2 sapa yang malu?
BalasPadamsy pun xpuas hati gk ngn segelintir sikap penyokong kelate ni.. wlupun sy kt utura, pasal bola sy tau ore ceruk kg di kelate pakat g tgk bola.. sunyi n lengang kota bharu. Bila dh berlaku cam ni, kita kdg2 tpk gak la mana sifat2 budi bahasa ore kelate sdgkan kita ni negeri pembangkang mesti kuat agama..
BalasPadamberita pg td mengumumkan jumlah kerugiaan sbyk RM 214,000 mmg sy tkjut, kecian kt KAFA (mmg duit rakyat) sdgkan masa perlawanan di perlis, kejadian mercun n pecahkan cermin kenderaan penokong kelate xde lak degembar gemburkan..
kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. yang selama ini mmg ore kelate ni di aim mcm2.. rasa nyer isu ni sebulan pun x bhenti lagi..
VIC, dalam rancangan Malaysia Hari Ini, Jumaat sebelum perlawanan, saya bangkitkan isu keganasan penyokong Kelantan.
BalasPadamAda pemanggil kata, polis kena bersedia berurusan dengan sikap penyokong pasukan negeri Che Siti Wan Kembang sewaktu perlawanan. Saya kata, harapannya begitulah.
Tetapi sewaktu perlawanan berlangsung, saya muak melihat tindakan sebilangan penyokong Kelantan. Muak semuak muaknya.
Mungkin pada awalnya, mereka teramat yakin mampu menjuarai perlawanan tetapi kemudian ternyata kecundang. Perasaan kecewa mendorong mereka bertindak di luar batasan.
Sheila, kes pecah cermin bas ke, cermin kereta ke, itu kerugian di kalangan penyokong. Kes berbentuk individu dan harus berurusan dengan pihak berkuasa dan hanya beberapa individu terbabit.
BalasPadamContohnya, kalau saya pecahkan cermin kereta awak, awak buat laporan polis mengatakan Mazidul pecahkan cermin kereta awak. Itu di antara kita berdua.
Stadium Nasional Bukit Jalil, stadium semua orang. Keperluan bagi banyak pihak dan ramai orang. Tidak sama dengan contoh, cermin kereta awak dipecahkan. Ish! Faham ke? Atau masih kurang jelas perbezaan di antara cermin kereta awak dengan 224 kerusi di Stadium 'Nasional' itu?
salam bang...
BalasPadamitu semua memang dan totally tindakan yang bodoh..!!!otak cetek..!!!dan x boleh nak terima kekalahan....ingt dorang sume tu nk byar ke...ptut final hri tu jgan bg sape2 pun tgok..tgok kt luar je..skrin besar...x pun hlang kan dgan pagar besi....n the better way is jgan jual tiket terus....suruh dorg tngok kt rumah dorg sndri.n kalau kalah,bakar tv n harta bnde dorg sndri.....stupid people....damn..!!
Nasi dah jadi bubur..apa yang penting kita cari jalan untuk menyelasaikan masalah itu..
BalasPadamMungkin :
1. pihak stadium kena pasang cctv
2. sistem cap jari macam kat jabatan pendaftaran negara, bila nak masuk stadium
Agaknya :
Para penyokong takut sikit nak buat benda yang bukan=bukan.
Zubair, lepas bakar kain rentang sendiri dan kerusi, kecewa, mereka balik awal. Maklumlah, perjalanan 8 jam ke Kota Bharu. Ada segelintir kereta bernombor pendaftaran bermula dengan huruf 'D' terbabit kemalangan teruk.
BalasPadamSewaktu mereka pulang secara berkumpulan, saya dalam perjalanan ke Maran, Pahang. Saya lihat, penuh kawasan Rehat dan Rawat dengan penyokong Kelantan, berehat dan menyegarkan badan.
Bayangkan betapa penatnya memandu dalam tempoh lama, hati pula terbuku kerana pasukan negeri disokong kalah.
Itu antara perkara bermain di minda saya.
Bro Mazidul,
BalasPadamSaya memang ada pengalaman pahit dengan penyokong kelantan. Saya tak dapat mengingati tahun bila, tapi pertemuan Kelantan dengan Selangor waktu tu di Stadium Shah Alam. Kami 4 orang perempuan, memakai lilit kepala Selangor dan bawa bendera Selangor. Disebabkan kesesakan dan ketiadaan parking kami masuk agak lewat. Perlawanan telah mula. Lebih malang lagi salah pintu. Termasuk di kawasan penyokong Kelantan. Nak ke sebelah Selangor, terlalu jauh, perlawanan pula tgh hangat masa tu. Jadi kami memutuskan duduk di penjuru sudut penyokong Kelantan. Sebaik sahaja Selangor jaringkan gol, kami tak berani nak melompat atau bersorak pun. Hanya tepuk tangan. Itu pun dibaling mercun ke arah kami. Kemudian depan mata, kerusi kami hadapan dan belakang kami dipecahkan. Mereka meludah tempat duduk kami. Kawan saya menangis ketakutan. Siap terdengar kata2 berbaur lucah penyokong Kelantan kepada kami. Kami balik awal sebab terlalu takut. Dulu saya kerap ke stadium memberi sokongan pada Selangor tapi itulah pengalaman di stadium paling ngeri pernah saya alami. Sejak tu saya fobia betul dengan orang Kelantan. Wajar kan? HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA
salam,
BalasPadamsaya sebagai rakyat kelantan memohon maaf apa yang berlaku pada perlawanan bukit jalil yang lepas.Perkara ini pasti akan berlaku pada mana-mana pasukan jika banyak berhabis wang tapi kalah pasukan idaman.Perlis sampai ke Johor pasti ada penyokong yang kepala angin jika pasukan mereka kalah bukan kelantan sahaja. Bagi mereka yang kata malas nak ikuti liga tempatan anda adalah bangsa mudah lupa kerana agungkan orang lain sedangkan laman sendiri di biar usang.Jika rakyat tanahair tidak hargai apa yang ada siapa lagi.Jangan asyik mengkritik tanpa memberi penyelesaian itu langkah orang kurang cerdik.
1) bila emosi menguasai diri, hilang pertimbangan akal
BalasPadam2) kerana nila setitik...
cik mazidul
BalasPadamrsnye ayat yg last tuh 'bakpo' demo jadi lagu tuh instead of 'gapo'~
Kelantan pernah dijolokkan sebagai serambi Mekkah. Sepatutnya rakyat negeri berkenaan menunjukkan sifat-sifat yang terpuji yang terkandung di dalam Asmaul Husna. Tetapi apa yang ditunjukkan adalah sifat-sifat keji atau lebih tepat lagi sifat syaitan atau iblis. Walaupun tidak semua begitu, berdoalah kita semuga saudara2 kita di sana belajar mengenal diri sendiri.
BalasPadammcm x bmoral je...
BalasPadamMalas nak cakap pasal fanatik bola ni.. benci meluat dan menyampah...
BalasPadamtengok bola tengok bola jer laaa... apasal nak baling barang? Kalu soh dia sendiri main kang.. pandai sangat ker dia main?
Heeeeeee...
sume marah kan dgn apa yg berlaku..trutama ttg penyokong fanatik kelate..2 ke tiga puak buat hal..1 kelate dpt busuk. Banyak pro N contra di Bkt Jalil ari tu..persoalan??..ye ke rugi sampai jutaan ringgit??..rasanya kerusi yg kena bakar tue tak lebih dr 10 kan??? Tapi mlm tue mmg situasi tak trkawal..polis pun tak boleh buat apa. Yang kesian yg dtg bawa family, ibu2 mengandung..comfirm menyesal dtg..lain kali dok umah jer tengok dlm TV..apa jadi kt stadium kita relaks jer..banyak yg tersirat..sapa yang turun mlm tue saja yang tahu..lagi yg naik LRT..keadaan tak terkawal..diaorg nie tak takut ke tolak2..ke nak tunggu ada org jatuh di landasan dan kena gilis. Masa balik LRT sampai tak terasa aircond..cuma bau yg menusuk kalbu..ada pulak puak kelate ni yg baling2 benda dan gaduh dlm tren..tu tak trmasuk yg baling mercun di station bkt jalil lagi..nie kah gaya nak tengok bola..bila kata tak sokong, lain cerita..bila dah trlebih sokong mcm nie plak jadinya..buat kt tempat sendiri..rosak..nie plak bkt jalil yg rosak..esok2 nak buat kt mana???..bila cakap kelate berok..mu maroh..fikirkan sendiri..
BalasPadamVIC,
BalasPadamsah tika itu VIC pakai solekan menawan jejaka, nasib baik tak kena culik masuk kereta.
bukan "gapo demo jadi lagu tu"
BalasPadam"bakpo demo jadi lagu tu?" rasenye lagi sesuai.. hehe
Bila orang sebut pasal belia-belia Kelantan, automatik di dalam kepala saya akan fikir:
BalasPadam1. Kasar / agresif.
2. Suka gaduh.
3. Semangat kenegerian yang terlalu tinggi.
4. Diperintah oleh PAS (maka Kelantan sepatutnya sebuah negeri yang dipenuhi belia berakhlak mulia.)
Maaf, itu semua pendapat/impresi saya terhadap belia Kelantan ?
Sudah berapa kali penyokong Kelantan membuat kacau dan kerosakan di stadium ??
Berakhlak mulia ?
Atau samseng kampung dusun ?
http://cikguaziz.blogspot.com
hye! entah la.. prestasi pasukan bola sepak negara tak hebat ke mana. tapi nampak keganasan semakin berleluasa..
BalasPadam* rindu buat 'ombak' kat stadium..
jangan salahkan penyokong...pemain kena tanggung akibat..main lembik smacam...xberbaloi pnyokong datang dr jauh...
BalasPadamcik Mazidul,
BalasPadamtu baru lawan antara negeri... dah macam2 yang dijahanamkan.. cemana laa agaknya kalau pasukan kelantan lawan dengan MU ke, Chelsea ke.. toksah tengok jauh la.. kalau lawan dengan Siam skali pun ntah2 abih satu stadium dibakarnya..
bukan perkara baru mazidul
BalasPadammasa di johor 1992 dulu bila kelantan datang larkin je mesti merusuh la derang ni
dah dalam darah suka merusuh kot? dari dulu sampai skang memang team depa ke buat hal. team lain elok je.
Salam bro,
BalasPadamSaya adalah orang Kelate dan pernah menjadi penyokong fanatik pasukan bolasepak Kelate. Saya katakan 'pernah' kerana pada lewat tahun 70an dan sepanjang tahun 80an dan 90an saya tak pernah 'miss' menonton perlawanan bolasepak yang diwakili pasukan Kelate, kecuali bila saya menyambung pelajaran ke luar negara.
Pada tahun-tahun tersebut mutu permainan dan tingkah laku penonton boleh dikatakan baik dan terkawal.
Tetapi semenjak era tersebut saya jarang ke stadium kerana perkara telah menjadi terbalik.
Setelah sekian lama saya tidak ke situ, pada tahun ini saya tergerak hati untuk menonton perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Kelantan dan Perlis, di Stadium Sultan Muhammad keIV. Biasanya saya membeli tiket di bahagian astaka, tetapi kerana tiket sudah habis saya terpaksa duduk di ruang tidak berbumbung. Itu tak kisahlah, asal dapat tengok kehebatan pasukan kesayangan bertarung dan merasai sendiri suasana kehebatan penonton yang terkenal dengan sokongan padu itu.
Saya kembali sedih bercampur marah dan malu apabila ada segelintir penyokong Kelate yang tidak menghormati orang lain. Orang lain yang saya maksudkan ini bukan penyokong pasukan Perlis, tetapi mereka juga penyokong Kelate. Mereka adalah segerombolan wanita bersama pasangan mereka yang baru masuk ke stadium dan mencari tempat duduk. Apa yang terjadi ialah mereka telah dilontarkan dengan pelbagai benda; bukan setakat kata-kata lucah, tetapi berserta objek-objek seperti botol plastik berisi air mineral dan paling mengaibkan sekali bila ada yang menghadiahkan dengan plastik berisi air kencing. Bayangkan kalau benda itu terkena kita sendiri, atau saudara dan kenalan kita. Mau tak marah. Kesian kepada mereka...nak marah tapi kepada siapa kerana orang terlalu ramai. Memang ada ramai penonton Kelate yang marah kepada situasi begini. Apa tindakan yang perlu mereka lakukan, walhal pengawal keselamatan tidak berada pada masa itu. Yang ada cuma 3 orang polis simpanan am nun jauh di luar pagar di tepi padang.
Moral of the story:
1. Bukan setakat penyokong pasukan lawan malah penyokong sendiri pun diorang buat kacau.
2. Bukan semua penonton/penyokong Kelate bersikap kurang ajar.
3. Tidak cukup pengawal keselamatan samada berunifom atau preman bertugas pengawal keadaan.
4. Pihak KAFA dan Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan mesti mencari formula untuk membenteras perkara ini dari berulang.
5. Perkara seperti ini tak pula berlaku di bahagian astaka. Munkin mereka yang duduk di situ lebih bermoral.
Sejurus setelah perlawanan berakhir saya mengambil keputusan untuk tidak ke Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya Kelate berjaya masuk final. Apa yang jelas perkara ini berlaku seperti yang saya jangkakan. Saya mendapat laporan lengkap dari adik saya yang pergi ke sana. Gambaran sebenar mungkin akan saya siarkan dalam entri lain. Sama-sama kita renungkan, terima kasih.
Duit rakyat tu duit sapa?
BalasPadamDuit tax kebanyakan orang yang kerja teruk dgn swasta macam saya ni ar.. adeh..adeh.... T_T stress.
Uhuhuhh.. Ni yang tetiba rasa nak bayar zakat banyak-banyak ni.
p/s: biaq pi la kat depa.. depa tensen susah-susah masuk final tapi tak menang. Depa nak ganti balik dengan duit ihsan kot? Opssss....
Penyokong pasukan kelantan ni, memang lain dari penyokong lain. 'fanatik' diaorang 'lebih' sangat dari negeri lain.. Tidak boleh pasukan mereka tewas.. hmm.. guano gitu??
BalasPadamBiasanya setiap pasukan bolasepak yang bertanding takut jika bertemu pasukan yang handal, tetapi pasukan bolasepak kini takut bertemu pasukan Kelantan. Bukan kerana pasukan bolasepak mereka terlalu handal, tetapi penyokong mereka yang terlebih 'handal'.
BalasPadamSarjan, penyokong kena terima hakikat, kalah menang mereka penyokong. Bukan ada istilah 'penyokong apabila menang' sahaja. Atau di Kelantana ada?
BalasPadamPemain lembik bukan persoalan, itu pemain Kelantan. Bukan pemain negeri lain disokong, kan?
Kerusi, kain rentang, pintu dan tandas, tidak bersalah. Kaji dahulu di mana silap pemain sendiri.
Andai kata jadi penyokong dan hanya berharap pasukan mesti menang dalam setiap perlawanan, penyokong jenis apakah itu?
VIC sesekali ke stadium jangan silap masuk tempat penyokong, tak kiralah pasukan apa pun. Lazimnya memang macam-macam boleh jadi.
BalasPadamPernah saya tenguk si ayah sokong Perak si anak (sekitar 7 tahun) sokong Selangor; Masing-masing dengan baju & ikat kepala pasukan idolanya. Nak jadi cerita ayah ini konon nak jaga hati anak masuklah ke kumpulan penyokong Selangor. Boleh jadi kecuh satu stadium. Penyokong Selangor boleh boo! & tak suka tenguk baju & ikat kepala peyokong Perak dalam kelompok mereka. Ayah pula jenis samseng; gaduh! bergelut; anak yang kasihan menangis takut tenguk ayahnya bergaduh. FRU yang terpaksa campur-tangan. Bawa dua beranak itu ke tempat selamat.
Perak & Selangor memang selalu bertembung di perlawanan akhir. Perak pulak asyik kalah! Cis!!!
Saya macam Sdr Mazidul juga, asalnya org Perak; Tapi apa kan daya pemain Perak habis kena beli. Huh! mata duitan betul. Saya penyokong fanatik Perak. Kalau perlawanan akhir biasanya saya turun ke stadium; dedululah. Sekarang sudah sakit jantung pelbagai bahaya pula terjerit-jerit kat stadium tu.
Apa-apa pun malam itu tiap detik saya tak lepas tenguk perlawanan itu. Sampai majlis penyampaian hadiah. Berharapkan Kelantan menang!. Lain pula jadinya.
salam,
BalasPadambuat sesuatu tak pikir panjang..
ikut hati dan perasaan sgt..sebok bakar sana sini, bukan dapat ape pun..bangang!
yg happy player klantan la,dpat masuk final je,dpt insentif umrah..alhamdullilah..
peminat yg bakar2 kerusi dpt ape??????
obviously its a shame...
BalasPadamsalam bro mazidul
BalasPadamsy teringin sgt tgk komen yg dh bro mazidul delete tu.. geram gak org yg menyokong keganansan ni.. bukannya apa.. dia tak merasai mcm mana yg dirasai oleh kebanyakan penyokong N9 rasai.. bayangkanlah penyokong wanita & yg membawa anak yg ada pada masa tu.. kesian diorg apabila lintang pukang dikejar dek org yg dh mcm menggila.. dh gila kot..
saya rasa lah bro mazidul..kalau lah jadi indonesia nak ganyang malaysia ni.. adalah baik kita hantar jer wira-wira cik siti wan kembang ni berjuang.. dari pemerhatian saya mlm tu.. dari dia ganyang stadium & penyokong N9 tu eloklah dia g mempertahankan negara.. sbb mereka ni kuat sgt..
aslkum bro.sy org klate n peminat bola sepak klate.
BalasPadamitu ari sy pergi bukit jalil..
memang saya tau pemontong klatan ni yang buat salah.dan saya pun malu sebenarnya.
tapi setgah penontong tu datang buka untuk sokong team tuh,tp
datang nak beseronok, org klate pangil 'mari ile puah atau pun mari nak galok'
tp saya kesal ilah pihak FAM yang berat sebelah.
kalu bro mengikut perkembangan bola sepak klate,banyak FAM buat berat sebelah, contoh pasal perlis ari tu kenapa tak banyak media n fam ambil tau,kenapa masa perlawanan ternganu itu ari ada penyokong terenganu masuk padang dan nak pukul pengadir FAM hanya kena bayaran 5000 je,tp banyak kena.memang kita tau pasal rusuhan kat kota bharu,kalu org klatan tau hal ni,kenap punca rusuhan.dan masa rusuhan tu bukan lagi urusan pihak KAFA sbb dia luar dari perlawanan,berlaku pun da lewat...
apa yang saya kesal FAM mcm berat sebelah,
kalu bro nak tau lebih lanjut sila pergi blog ni..
http://kelatefc.blogspot.com/
salam..
Tidak patut Kafa atau persatuan bola sepak negeri yang harus membayar denda sebagai hukuman akibat keganasan penyokong-penyokong Kelantan ni..
BalasPadamPersatuan tersebut sudah pasti tidak mahu kejadian buruk seperti itu berlaku di mana-mana stadium..
Sewajarnya pihak berkuasa cari penyokong-penyokong hampas yang terlibat dalam kejadian itu dan suruh mereka yang ganti rugi....kalau tidak dapat cari, sebagai hukuma alternatif, penyokong-penyokong Kelantan tidak dibenarkan/dihalang daripada membeli tiket menyaksikan pasukan Kelantan beraksi di mana-mana stadium 2 atau 3 kali..
http://cikguaziz.blogspot.com
haha.
BalasPadamxmau ckp banyak.
saya bercakap juga soal ini.
fanatiknya mereka.
sila jengok blog i k.
http://dnalicious.blogspot.com/2009/11/fanatiknya-mereka.html
i guess one can describe some of those Kelantanese as 'gedebe'...
BalasPadamPenyokong Kelantan senyap sahaja apakah ini provokasi, manalah tahu kut! ada musuh dalam selimut.
BalasPadamPatutnya masa bakar tu tangkap sahaja si pembakarnya terus sumbat lokap!!!; tenguk Kad Pengenalannya. Entah-entah 08 macam Kad Pengenalan saya!. Mana boleh tipu nombor kad Pengenalan kan?.
Rasanya takkanlah ada kalangan Awe Kelantan itu berotak dangkal amat!. Bakar banyak kerusi tu!. Ramai kalangan kawan saya orang Kelantan. Baik sangat pijak semut pun tak mati!.
memang sedih, saya selaku orang kelate, rasa sangat malu dan kesal.
BalasPadamtapi bukan yang buat hanya segolongan kecil warga yang over-ly agitated. ore kelate ni semangat dia tinggi sangat kot.
tapi sedih jugak la. media asyik bias je dekat kelantan. pastu ramai la yang nak relate kan dengan tahap kemajuan, kurang entertainment la.
bullshait!! tadek kaitan pon tu semua.
saya strongly disagree ngan penyokong yang merusuh, tapi media tak payah la nak mencucuk lagi.
look at the bright side, fenomena tuu 70,000 datang support. orang negeri 9 duduk 3 jam dari KL pon tak ramai datang. cuma perangai penyokong2 ni kene diubah je. memang truk sangat ape yang dibuat hari tu.
ntah la.it's complicated la bro.
suruh jer kelab penyokong hendle benda ni..
BalasPadamkalau nak beli tiket kene melalui kelab..
sapa2 yang minat nak tengok bola kene register nama dengan kelab...
kalau tidak tak boleh beli tiket..
kelab kene keluarkan something macam kad ahli..
kalau dia betul minat bola sure register punya..
sebab kebanyakkan kes melibatkan orang yang bukan minat bola pun tapi cuma minat nak buat kacau...kaki gaduh..
kalau peminat buat kacau denda je la under kelab..
baru senang nak control..
sapa2 buat kacau tak sempat polis tangkap...geng2 kelab mesti dah cantas kepala samseng tu...
kalau tak buat camtu nanti diorang yang kene denda duit+tak dapat tengok bola lagi...hehehe
cadangan otak karat aku la..
peace....
salam..
BalasPadamsaya disini bukan nak komen pasal pasukan bola @ peminat yng merusuh..
Baru saja tadi saya menonton 360 berkenaan lambaian lombok..memang banyak memberi maklumat..
disini saya ingin mencadangkan 360 supaya turun ke sabah dan menyiasat berkenaan warganegara indonesia yang sewenang2 nya BERKAHWAIN,MELAHIRKAN ANAK MALAH MENDAFTARKAN ANK SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA...
Saya bukanlah memandang hina kepada warga indonesia..namun tindakan mereka akan mengakibatkn ramai oang malaysia bukan lagi malaysia..rakyat sabah susah mendaftar..namum warga indonesia dengan berbekal kan wang..mereka mampu mendaftarkan anak2 mereka...pernah saya bertanaya kepada warga indon yang mendaftar anak2 mereka..macam mana mereka dengan mudah mendaftar..dengan hanya RM5000 dan sedikit bantuan dari rakyat sabah sendiri sekelip mata indonesia jadi malaysia..pelik2..
saya juga mempunyai kenalan dengan warga indon yang mempunyai IC malaysia..saya bertanya macam mana mereka melakukannya..mereka berkata dengan membeli surat lahir rakyat sabah yang telah meninggal dunia meraka mampu membuat IC BIRU..sungguh tidak saya sangka begitu mudah mereka mendapatkan IC BIRU @ digelar BUNGA RAYA..
Kalu nak dikisahkan memang banyak lagi la..belum tentang warga filipin..harap 360 dapat melakukan siasatan dalam menbantu rakyat sabah juga negara kita malaysia..
BUKAN MENGHINA DAN MENCERCA..TAPI SAYA SAYANG NEGARA MALAYSIA..
suke berbaloh..?? ya dan tidak :)
BalasPadamabg hubby kawin dgn oghe sane..
kakak combi pun kawin dgn oghe sane..
anak buah combi pun kawin dgn oghe sane..
tapi ketiga-tiga dorang sgt bertuah dapat pasangan klate yg baik belako dan bukan yg bakar kerusi,baling botol,cakap lucah,baling air kencing dsbnye :)
mungkin sbb pasangan mereka terdiri dari yg cerdik pandai dan bukan specis berotak dangkal seperti en mazidul maksudkan :)
ermmm..begitu lah kira-kiranye (^_^)
* mlm tu kalau dorang menang pun mungkin kerusi terbakar jugak sbb rugi arr bawa mercun kalau tak dibakar..hiks
Hemat saya, kepada semua penyokong pasukan bola sepak Kelantan, jika ingin menunjukkan sikap 'gedebe' usah ditampilkan sewaktu siaran secara langsung, 'live' kerana perbuatan itu dapat disaksikan semua penonton 'at real time' dan tidak disunting.
BalasPadamJadi sudah pasti akan menjadi isu bualan hangat di kalangan orang ramai mahupun pengamal media.
Jika bermain bola di Bachok, Kelantan, bertumbuk, bersepak terajang sekalipun, sudah pasti tidak menjadi isu perbualan pokok di kalangan peminat bola sepak tanah air.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamto gelaskaca
BalasPadamsebenanya aku marah jugak dekat 'sesetengah' fans yang buat onar ni.
tapi apesal komen anda seperti anda
generalise kan penyokong kelantan dengan negativity yang berlaku ni.
the fact the PAS rule the state tidak bererti semua penduduk Kelantan are saints.
kelakar pulak lah. suka ati la ape orang nak fikir. cuma, when something like this happen, awak semua cuma tengok ape yang media hidangkan. memang la salah dan bodoh dan celaka sape yang bakar kerusi yang berharga rm 500 sebijik tu, tp awak tak boleh la generalise kan orang kelantan sebegitu rupa. immature that is.
p/s : kenapa? disco, cinema dekat Johor telah menerapkan nilai2 buruk dekat awak sejak kecil ke? haha..lain kali tak payah letak modal ni, tak strong and irrelevant.lol.please approve this comment mr.mazidul.
Perangai hodoh penyokong Kelate.
BalasPadambiar la sbulan cerite pasal keganasan org kelantan ni...
BalasPadammemang tak puas hati
biar la org nak cakap pe pun...
yg salah tetap salah
masih lagi nak pertahankan org yg salah...
hei tak paham betul
fikir2 kan laa ea...
bile da wat salah org akan tetap mengate dan ingat sampai hujung nyawa...
bukan nak blame sesape...
tapi kenyataan di depan mate
sape yg tgok dalam tv pun da rase marah yg gile cam nak mampos
ini kan plak org yg merase keadaan yg sebenar mala tu
macam tak cukup tanah berlari...
macam malaikat maut di hujung kaki...
owhhh
jgn la cetek sgt pemikiran tu...
org kelantan mane tau gune duet rakyat....dorg hidup dari dulu gunu duet "pas" la katekn....lain la org yg hidup kan bandar nie...sume hasil kerajan.....mmng la vndalism tu ader...tp tak la seteruk nie....
BalasPadamtak sume org kelantan camnie....
tp mejority sume hura hara jer...
kt mane2 pun same...
gomo, gomo gok....jgn ar gomo harto kerjaee...pitih rakyak bohh...demo nok buak kt kelate buleh la...takdok org tgk...hok nie live beb...bodo belako hok wat gitu...supo takdok otok ja...
kena akur AKUI dan kesal sikap gedebe yang tak kena tempat.
BalasPadamBab ini kena denda individu bagi serik.
cuma sikap itu tak kena mengena dgn salah ibu mengandung., salah diri semua dah besar panjang tak der kena mengena pengisian Islam zaman sekolah, zaman kerja atau semua zaman, semua ayah ibu telah mengajar bersopan, semua individu dah belajar, tapi sudah degil nak buat macam mana.. sifat individu hak peribadi..
genetik..tiada kena mengena dengan Perdana Menteri atau MB.
Jauh sangat pertaliannya.
di KB, terdapat kes ' MAIN' dalam tandas.
di sini kita nampak macam Islam dah tak masuk dalam minda..walaupun ceramah radio dll tiap hari...
Echah,
BalasPadambetul betul kalau menang pun mereka boleh membakar juga dah mercun terlepas bawa.
,dah beli dan susah payah seludup mercun. ..takkan nak bawa pulang semula.
ZZ..combi bangga dgn mu walaupun mu oghe klate tapi mu sgt bersopan santun sokmo :)
BalasPadamsetiap komen mu dari dulu smpi skrg takdok yg marah maki hamun belako :)
cepat sape nak minang ZZ combi bole tolong risik..hiks :p
claps 1000 x :D
* tak pandai kecek klate main hentam jek.sori (^_^)
Echah,
BalasPadam"Putu piring sedozen, kurang manisan
(dari mini India) Klang."
Upah bodek.
Nota: antara bahasa lisan, dengan bahasa tulis ada 4 saat sebelum tekan 'enter'
,2 saat tengok keyboard, 2 tengok display.
penyokong kelantan memang agak keterlauan..tapi tidakkah media juga kelihatan terlalu over dengan memberi gelaran yang ganas dan kurang ajar kepada mereka? ini menyebabkan mereka berasa bangga.begitu juga dengan gelaran mat rempit yang terus membuat mereka semakin ' layan ' dengan gelaran itu..igt lagi ketika pasukan kedah menang 1-0 ketika bertemu kelantan lebih kurang 10 tahun lalu.Bas pasukan kedah dibaling batu.tetapi media tidak memperbesarkan kes itu dan penyokong kelantan 'sejuk ' begitu sahaja..saya tidaklah menyalahkan media semata-mata.mungkin kelantan juga sangat jarang menjejak kaki ke final yang membuat mereka teruja kerana terlalu sedikit yang mereka boleh banggakan sebelum ini.
BalasPadammasa siaran langsung perlawanan bola sepak baru-baru ni saya ada perasan ada brother yang tengah memadam api kat kerusi stadium telah dibaling botol oleh penyokong Kelantan sehingga terkena kepala...kalau tolong padamkan api ok lagi...ni baling botol air kat kepala orang apa kejadahnya???
BalasPadamZamie a.k.a az cadangkan itu betul belaka; memang saya sokong sangat; Mesti ada kalangan yang begitu bukan minat sangat dengan bola pun! Suka buat kacau.
BalasPadamKalau memang penyokong Kelantan yang buat okey!; terima hakikat denda ke lokap ke?. Tak mungkin mereka dapat tiket jika bukan ahli.
Ini mana orangnya, apa nombor kad pengenalannya; kut! saya ulangi.. dalang semata!, musang berbulu ayam.
ZZ baik sangat orangnya, Combi pun mengaku waris belah mertuanya okey! sangat. Ramai kalangan rakan saya kaki bola juga orang sana... okey sahaja!.
Bekas kekasih saya pun orang sana, dia tak suka saya sebab masa tu saya sebijik macam Hail Amir, rambut panjang & seluar tutup kasut. Itu yang tak jadi kahwin. kalau boleh memang saya nak kahwin dengan orang Kelantan. Nak buat macam mana jodoh tak kesampaian.
Saya pun rajin ke stadium, penyokong mana pun sama sajalah, rajin juga pecah kereta orang!. Cumanya tak diwar-warkan sahaja.
Lagi bertamadun lagi... lagi manusia ini meraban; Tenguk penyokong England. Mereka orang maju; tapi perangainya sama sahaja... jadi janganlah asyik kutuk penyokong Kelantan sahaja.
Yang penting saya nak tenguk taraf keselamatan & petugas sana. Kenapa lepaskan sahaja si gerladangan ini?!.
saya sokong Kamila!!
BalasPadamto gelaskaca..please be matured..huhu..
Bro
BalasPadamHebat orang kita...
Perasaan penat memandu 8 jam ke Stadium Bukit Jalil tetiba bertukar menjadi panas menggila bila melihat pasukan kesayangan kalah... tambah penat,bila terpaksa memandu 8 jam kembali... mujur esoknya diberi cuti
BalasPadamLagi mujur ambo tak pergi ke sana..
Malu dan panas telinga ambo membaca komentar2 di sini tapi apakan daya...
Tapi rasanya tak adil juga nak hukum satu Kelantan dengan sikap sebegitu...
Ambo napok Fasha Sandha pun pakai baju Kelate malam tu....
salam,
BalasPadamsy berkesempatan ke stdium bkt jalil...merasai sendiri pglaman menakutkan duduk di dlm stadium yg kiri,kanan,atas & bwh dipenuhi balingan mercun...
hinggakan ditarik keluar oleh ayah sejurus masa kedua bermula...
b'dsrkan pemerhatian, mereka yg cetek otak ini sbnrnya dtg bkn utk melihat p'lawanan...
mrk sekadar 'tukang sorak' @ 'tukang jerit'...
langsung tdk mengendahkan p'lawanan...
hny tahu membaling itu ini...
berdiri di kerusi menari dgn pelbagai gaya...
yg sy lihat,kawalan di pintu masuk mmg tiada...
kami langsung tidak di'check' brg2 yg kami bawa...justeru,pelbagai mercun terlepas dgn mudah...
tidak guna pasukan kslmtn beribu2 jika tiada kawalan di pintu masuk...
lg pula, bkn semua pintu dibuka serentak...
jd, sy fikir pihak kslmtn akn lbh mudah mengawalnya...
itu pndpt sy...
sbg salah seorng peminat sukan bola sepak/penyokong pasukan kelate/rakyat kelate...
sy mohon maaf bg pihak segelintir mrk yg cetek pemikiran & bermoral rendah itu...bkn semua penyokong kelate begitu...
majoriti kami jijik dgn sikap minoriti itu
Adyn,
BalasPadamSaya tak makan cili dan tidak menanam lada. Buat apa nak malu.
kamila&adishroon
BalasPadamsori if i'm hurting ur feeling..
it's juz my point of view..
to kamila:disko&cinema kt johor xajr yg buruk2..just kne pndai jge diri jek..
hrp mklum..
sori again~~