Selasa, November 24, 2009

Alza MPV Perodua


Jam 8.45 pagi tadi saya berpeluang menemubual Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar di lintas langsung program Malaysia Hari Ini. Menurut beliau MPV Alza mempunyai 6 pilihan warna, CC 1.5, manual dan automatik berharga di antara RM56,000 dan RM70,000.

"InsyaAllah, kita ada stok, jika pesanan dibuat, pembeli akan menerima MPV ini selewat-lewatnya 3 bulan bukan seperti mana terjadi kepada pesanan MyVi, ada hampir setahun baharu dapat," ujar beliau.

Barangkali ramai mempersoalkan 'kekuatan' enjin Alza, berikut kenyataan beliau mungkin berguna kepada bakal pembeli.

"Berat kereta ini lebih kurang 1 tan dan boleh ditampung kekuatan enjin 1.5 CC, tiada masalah. Ini kali pertama Perodua mengeluarkan kereta mempunyai CC sebegini"

Dahulu, saya diberikan peluang menemubual Pengarah Urusan Proton semperna pelancaran Exora, kali ini Alza. Saya berasa gembira menjadi saksi kepada sebahagian daripada sejarah automotif negara.

21 ulasan:

  1. lepas ini avanza tak akan dikeluarkan lagi...

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. cantik, tp husband ckp cc cuma 1.5, takut tak pickup, dah ler nak bawa muatan byk, tp harga rasanya boleh tahan

    BalasPadam
  3. satu pilihan golongan sederhana.

    FHw Plus sesuai, jika naik bukit 7 beradik di Gua Musang ..tak tau macam mana..

    BalasPadam
  4. Salam BRO MAZ...

    Dah 2 hari kengkawan di ofis ni dok bercerita pasal ALZA nih... siap amik katalog lagi.. test drive jer yg belum tu..

    I no komen, sbb kalu benda yang dah pasti pasti I tak bleh beli @ tak mampu beli, memang I tak ambik pot sangat..

    Apapun syabas, kereta tempatan berkembang maju..

    I like the maroon one..

    BalasPadam
  5. no plat WTF.. hehe..
    WTF? (what the f...)

    bahaye sket nih. =P

    anyway.. cantek la kereta ni..!

    BalasPadam
  6. Bro

    Sekali tengok macam Grand Lavina

    Dua kali tengok macam MyVi Version Wagon

    Tak seperti MPV yang lain

    Boleh tak kita panggil dia Mini MPV?

    Nota: Di USA, KIA Carnival cuma dalam kelas Mini MPV

    BalasPadam
  7. Alid, panggillah apapun.

    Anyway, selamat kembali berkerja di tanah air sendiri. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. OK lagi di negara sendiri, rasanyalah, kan?

    BalasPadam
  8. Boleh tengok je la....
    nak beli takdo la nampaknya...
    Kembara punya installment pun sakit nak bayo...
    inikan plak menda alah ni..

    BalasPadam
  9. Bro Mazidul,

    Saya dah tengok, dan dah buat penilaian peribadi di blog saya;

    http://brahimnyior.blogspot.com

    Saya dah ulas, tapi untuk kepuasan sendiri, eloklah rakan-rakan tengok di pusat pameran.

    BalasPadam
  10. hubby dah gi tgk semalam..katanya bonet tak besar mana.. kalau nak dibandingkan ngan exora..

    tapi ape2halpun..bangga ngan keupayaan negara mengeluarkan mpv.. tak kira le exora ke alza ke...
    pasti ada peminatnya...

    BalasPadam
  11. mcm kata paul tan, alza lebih sesuai dibandingkan dengan waja/persona, though bkan dlm kelas yg sama.. coz alza mmg xbley lawan exora.. klau dari segi harga, ye betol.. tapi kalau dari segi design,space dan mcm2 lagi, susah nk lawan..

    bile agaknya perodua nk keluarkan produk sendiri ek..

    BalasPadam
  12. Saya agak terkilan sedikit kerana istilah bahasa asing (SEPANYOL) dipilih sebagai jenama kenderaan pelbagai guna ini. Nampaknya, era penjenamaan kereta menggunakan bahasa Melayu tinggal sejarah. Kalau dahulu, Perodua mengutamakan bahasa Melayu apabila memilih jenama kereta, buktinya, kita berbangga dengan kereta berjenama KANCIL, KELISA, RUSA dan KEMBARA. Namun, mengapakah kecenderungan ini seakan-akan berakhir? Tidak wujudkan istilah atau kosa kata bahasa Melayu yang boleh kita pilih untuk dijadikan jenama kereta? Atau kita memandang bahasa Melayu tidak memiliki nilai komersial? Kalau begitu, bagaimanakah kita dapat menyumbang untuk memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia?

    BalasPadam
  13. cun arr nama dia > ALZA :)

    tapi combi suke toyota CALDINA.

    aduiii semua mcm nama pompuan ekk.

    ..........

    alid dah pindah sini ke.baby pun lahir kat sini ye :)

    BalasPadam
  14. Serba serbi ok.. walaupun sekali imbas nampak macam extended MyVi.. tapi yang paling tak best tu, bila tengok dashboard speedometer kat tengah macam Kancil/Vios.. ish ish ish...

    BalasPadam
  15. dah pegi tgk..mmg nice
    cuma tak berkenan bhgn bonet keta la..if tpt duduk belakang sekali diguna..mmg tpt simpan barang agak terhad la
    masuk dlm keta tuh..speedometer kt tgh..tp nice nmpk cantik x cam kancil
    speaker cun..

    pendek kata memuaskan hati but bila ye agaknya Perodua nak come out dengan design dia sendrik?

    BalasPadam
  16. komen saya ianya agak tak sesuai untuk dipanggil mpv...mungkin agak sesuai kalo compact 5+2...sebab mmg tk boleh nak jadi 7 seat sebenarnya....dan bahaya sekiranya berlaku orang sodok kat belakang...terlalu rapat...

    BalasPadam
  17. sekali pandang menarik juga MPV ni.. Kepada sesiapa yang mampu dan layak serta berminat bolehlah mendapatakan MPV ini ye..

    BalasPadam
  18. Persaingan kenderaan MPV pulak lepas ini. Sama -sama kita saksikan yang mana menjadi pilihan masyarakat kita.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.