Isnin, November 09, 2009

Aduh! Sakit Tumit

Tengah malam kelmarin, saya dan krew 360 ke ladang kelapa sawit di Kampung Awah (Felda), Maran, Pahang menyertai operasi mencegah penyalahgunaan dadah bersama 40 penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaaan, AADK, Pahang.

Jam 8.30 pagi semalam, lain dicari lain terjumpa. Tiga lelaki Lombok, Indonesia, pekerja ladang kelapa sawit ditahan. Mereka mengaku tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan menyalahgunakan permit kerja sebelum ini.

“Ya, memang adat di Lombok, suka sama anak gadis orang, jika keluarga dia tidak setuju, kita larikan sahaja. Tetapi bukan semua lelaki Lombok begitu, hanya separuh,” kata ‘lwan’.

Iwan menyelinap masuk ke negara ini secara haram menggunakan perkhidmatan tekong darat dengan bayaran RM500 melalui Johor. Menurutnya kehidupan di Lombok, susah, majoriti penduduk mencari rezeki menanam padi dan tembakau.

Temubual bersama mereka akan disiarkan dalam paparan 360, ‘Lambaian Lombok’, 18 November kelak.

Jam 9 pagi, sarang penagih dadah itu mula dimasuki suspek pelbagai usia. Operasi berakhir pada jam 1 tengah hari terbabit berjaya menahan 17 lelaki Melayu dipercayai penagih dadah berusia di antara 20 dan 55 tahun.

Kebanyakan mereka penagih morfin, heroin dan syabu.

Liputan operasi terbabit akan disiarkan dalam eppisod 360 minggu ini, 11 November, jam 9 malam, bertajuk ‘Menjaga tepi kain orang’.

Pengamatan saya, lelaki Lombok ditangkap, datang seawal jam 8 pagi bertujuan mengutip buah kelapa sawit. Mereka berkerja tanpa dokumen sah, ditahan kerana melanggar Akta Imigresen 1959/1963.

Lelaki Melayu pula datang ke lokasi sama untuk memuaskan nafsu ketagihan dadah.

Itu sahaja bezanya.

Saya? Sakit tumit kerana berdiri lebih 12 jam di ladang kelapa sawit itu.

Aduh!

Gambar (atas) Iwan sedang ditemubual Penerbit 360, Mohd Raziff Zulkafli, (bawah) penguatkuasa AADK memberkas 2 lelaki dipercayai penagih tegar

17 ulasan:

  1. Salam Bro Mazidul,

    Hensem sangat ke jejaka Lombok? Mungkin 'ayat' diorang lebih. Remaja perempuan Melayu yang baru nak kenal dunia senang sangatlah ditipu.

    Saya pernah baca, memang pemuda Lombok yang bawa gadis luar untuk dijadikan isteri akan dipandang 'hebat' oleh masyarakatnya.

    Walaupun sekadar jadi pasangan kepada buruh kasar atau petani.

    Sian budak Melayu yang diperdaya, bukan sorang dua.

    Amacam, Bro pergi ke Lombok, bongkarkan berapa ramai lagi budak perempuan Melayu yang dah 'dilombokkan'...

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ..
    samada Lombok atau bukan, nafsu tidak mengenal siapa..

    Samada Melayu atau bukan, dadah tidak mengenal kita, hanya kita yang mesti mengenali dadah itu apa.. lalu tidak disalahguna..

    *BRO, sakit tumit demi tugas kira okeh tu.. jangan ada yg sakit tumit beratur beli tiket bola, tapi masuk stadium bergaduh baling barang macam orang gila.. huh..

    BalasPadam
  3. isu dadah & pendatang mmg x pernah kering or lapuk. mmg sukar utk ditangani. apapn, mmg tertunggu siaran 360 nti.

    BalasPadam
  4. Sekarang ni isu “Jaga Tepi Kain Orang” sudah tidak menjadi kebimbangan lagi, kerana melihat dari sudut positif, ianya sangat memberi kebaikan, jika cara “menjaga tepi kain” itu betul caranya...

    BalasPadam
  5. azie..betul tu :)

    main mercun dlm stadium lebih glamor uuu.. :p

    main kat kampung tak masuk tv :D

    .........

    sakit tumit ye..kesian en mazidul takpe lepas ni gi urut tapak kaki :)

    BalasPadam
  6. Sokong Azie...
    bukan sikit belanja nak repair kerusi kat stadium bukit jalil tu. Dulu dah kena denda ratus2 ribu...tak serik2... nak kasi denda apa plak kali ni?

    Bro Mazidul,
    12 jam duduk dalam ladang kelapa sawit? Mak oiii.... serius mengagumkan! Mesti balik umah terus mandi pasal badan dah berbintat kena gigit agas. heheheheh.. Tapi demi penonton 360, berkorban apa sahaja.

    BalasPadam
  7. Kata orang, kerja TV glamor. Jika menjadi wartawan dan pengacara program hiburan, ya, saya setuju.

    Kalau bertugas menjayakan program berbentuk jenayah dan kemasyarakatan, entahlah.

    Masuk ladang kelapa sawit, tanah basah selepas hujan. Pastinya tidak selesa duduk. Jadi berdiri sahaja pilihan tinggal. Itu belum diambil kira, gigitan nyamuk, agas dan pelbagai serangga, begitu tidak selesa keadaannya. Dalam keadaan becak, kaki seluar pastinya kotor berlumpur. Penat? Itu tidak perlu diolah.

    Sejak bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 12 malam sehingga jam 1 petang keesokan harinya, cuma minum air mineral dan makan sebungkus roti.

    Di mana glamornya kerjaya ini? Setakat ini tidak begitu jelas.

    BalasPadam
  8. demi tugas,

    moga boleh berkurang sikit penagih tegar., berat mata memandang
    berat lagi bibir menggigit, berat lagi tugas mencucuk.

    BalasPadam
  9. salam..

    cik Mazidul berdiri 12 jam? iskk.. jenuh jugak laa ek jadi wartawan ni.. ingatkan glemer..

    kalau nak glemer jadi wartawan hiburan laa ek.. (heheh..)

    selama seharian tak makan dan berdiri selama 12 jam sure berat badan bleh susut ni.. isk.. kalau laa saya pun berkemampuan macam tu kan best.. x yah p sliming center.. :)

    BalasPadam
  10. Sdr Mazidul

    Kerja keras macam itu syoknya ketika mahu makan selera amat, minum pun nikmat sangat. Kalau perokok tegar masa berembunlah paling sedap merokok. Bagaimana pun kesihatan itu kena diutamakan.

    Saya pun amat berminat kalau dapat rapat dengan lelaki Lombok ini, apa rahsia mereka. Pernah juga rapat dengan pelajar dari Acheh dia ada kasi ayat dari al-Quran untuk lembutkan hati orang; mana entah saya buang tak ingat pun.

    Ilmu tak rugi kalau ditambah, ilmu pikat perempuan pun kena belajar juga. Janji niatnya baik!. Arwah Abg yang kahwin ramai tu berpesan, tak payah pakai ilmu. Janji pandai mengayat & tabur janji sampai perempuan itu lemas. Batul ke? kata-kata janji boleh sampai perempuan lemas & ikut lari?.

    BalasPadam
  11. Pengorbanan yg bukan sedikit tu En. Mazidul. Terima Kasih!

    Saya amat berharap liputan di 360 nanti berdurasi 1 jam dgn memberi penekanan terhadap "Action Plan" pihak AADK & pihak lain yg terlibat secara langsung menangani para Penagih.

    Cuba tanya kpd penagih tersebut siapa "Pusher" mereka - kalau baik punya tanya, saya yakin akhirnya dapat tahu si PEMBEKAL DURJANAnya sekali - Dalang kpd kemusnahan anak bangsa inilah yg WAJIB diJERAT habis-habisan.

    En. Mazidul, cuba rendam kaki dgn air + Ais + garam Bukit-InsyaAllah, lega...
    Juga, jgn lupa bawa bekalan Buah Kurma & Plastik sampah di dalam beg galas tu pd setiap masa - Plastik blh buat lapik duduk (di hutan, di atas jln, lapik kusyen kereta kalau seluar dah kotor - kalau ramai, belah dua blh berkongsi duduk he..heee..), Kurma pulak baik utk mengalas perut - makanan yg paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga & disalurkan ke bahagian anggota badan & otak. Cubalah...

    Sudi tak En. Mazidul e-mailkan saya alamat rumah/pejabat? Boleh saya kirimkan Buah Kurma sebagai tanda penghargaan terhadap tenaga & usaha En. Mazidul yg sentiasa berusaha bagi memastikan rancangan 360 padat terisi dgn 'Kisah Benar' di dalam negara yg kita cintai ini. Sudi ka...?

    BalasPadam
  12. Pn. Liza, terima kasih. Saya jarang makan kurma. Terima kasih juga atas tip merendam kaki. Kejap lagi saya buat.

    Idan, dalam temubual sama, mereka mengakui sebilangan lelaki Lombok menggunakan ilmu penunduk dan pemikat untuk mendapatkan gadis Melayu di negara kita.

    Eja, kalau awak ikut saya, sekali sahaja, kemudian mesti tidak akan mengulanginya lagi.

    BalasPadam
  13. salam, sape kata kerja wartawan tak glamer, tgk saje en maz kita ni, kan glamer, satu malaya kenal, hehehe...

    harap pendedahan 360 rabu ni akan membuka mata anak2 gadis supaya jgn mudah terpedaya. Td baru je lepas baca blog kakcik seroja tentang anak yang tidak diperlukan oleh ibunya, sedih..

    BalasPadam
  14. En Mazidul...ada buruh dari negara jiran sendiri mengaku yang mereka tidak akan datang ke sini tanpa 'ilmu di dada'. Logiknya hanya orang yang 'berani' saja sanggup meredah lautan merantau ke negara orang.

    - lelaki asing masuk ladang seawal pagi utk bekerja.
    - lelaki Melayu masuk ladang utk lepaskan ketagihan.


    Hmmm..patut la ramai gadis Melayu sanggup ke Lombok. Biar hidup susah..jangan hidup merana.

    BalasPadam
  15. Leia, mengikut lelaki asing terutama ke Lombok bukan jalan penyelesaian. Bahagia buat seketika kemudian dikerah berkerja di ladang tembakau di bawah panas terik matahari.

    Ketika itu, baharu tersedar betapa senangnya hidup di Malaysia. Tiada pilihan lain, terpaksa menghubungi keluarga di tanaha air dan memerlukan kos lebih RM10,000 untuk membawa mangsa pulang.

    Senang ke macam itu? :)

    Mungkin tidak.

    BalasPadam
  16. Pn Liza,
    aik Offer kepda Sdr Mazidul aje ker??mana Aci, ramai di sini..

    BalasPadam
  17. Rakyat asing masuk ladang mencari duit, rakyat kita masuk ladang buang duit. rakyat asing masuk ladang buat kerja senonoh, rakyat kita masuk ladang buat kerja tak senonoh. Apalah hendak jadi rakyat kita..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.