20 Julai 2009, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 tahun, mengaku meminum arak di hotel di Cherating, Pahang, pada jam 11.30 malam, 11 Julai 2008.
Berikutan itu, hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 6 sebatan. Hukuman mengikut Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 itu sepatutnya dilaksanakan di Penjara Wanita Kajang, Selangor.
Kartika dilaporkan reda dengan hukuman terbabit, begitu juga keluarganya.
Kemudian pelbagai kejadian berlaku.
Sebilangan pertubuhan bukan kerajaan tempatan membantah, sebilangan lagi menyokong perlaksaan hukuman. Dalam pada itu media asing memberikan liputan meluas berhubung kes, tujuan mereka sama, memperjuangkan hak asasi manusia.
Setakat ini hukuman ke atas Kartika ditangguhkan dengan pelbagai alasan. Justeru, dia terus menanti begitu juga masyarakat, menanti jawaban berhubung kuasa Mahkamah Syariah menegakkan hukum Islam.
Berikutan itu, hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 6 sebatan. Hukuman mengikut Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 itu sepatutnya dilaksanakan di Penjara Wanita Kajang, Selangor.
Kartika dilaporkan reda dengan hukuman terbabit, begitu juga keluarganya.
Kemudian pelbagai kejadian berlaku.
Sebilangan pertubuhan bukan kerajaan tempatan membantah, sebilangan lagi menyokong perlaksaan hukuman. Dalam pada itu media asing memberikan liputan meluas berhubung kes, tujuan mereka sama, memperjuangkan hak asasi manusia.
Setakat ini hukuman ke atas Kartika ditangguhkan dengan pelbagai alasan. Justeru, dia terus menanti begitu juga masyarakat, menanti jawaban berhubung kuasa Mahkamah Syariah menegakkan hukum Islam.
Salam BRO MAZ..
BalasPadamsian juga dengan Kartika ni, masalah yg cuba dipulihkan dengan rela menerima hukuman, sebaliknya menjadi isu besar pula. Tak pasal-pasal dia dijadikan fokus dan macam mangsa keadaan..
Terkini, saya ada baca, dia dan suami pula berselisih pendapat dan konon tidak sefahaman. Sedang dalam proses berpisah. Entah benar, entah ada pihak mengambil yang mengambil kesempatan nak lakukan paper tabloid mereka...hmmmmm wanita.. wanita...
Guna agama-
BalasPadam1)Mengeluarkan manusia dari lembah yang gelap gelita kepada yang terang benderang.
2)Memberi petunjuk manusia dari Tuhan yang maha kuasa.
3)Mengajarkan cara2 untuk memperolehi kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.
Ilmu pengetahuan tanpa agama lumpuh,agama tanpa ilmu pengetahuan buta.
Masih menunggu lagi bila perlaksanaan hukuman akan diadakan....
BalasPadamHukuman setimpal sudah diisytihar, tuan punya badan sdh redha menerimanya tetapi tertangguh atas sbb2 yg tidak munasabah.
BalasPadamLantas membuka ruang & peluang utk didebatkan oleh 'yang bukan ahli'.
Sayang... Sayang sungguh...!
pernah terdetik dlm hati sy, bodoh sungguh org yang mempersoalkan tentang keputusan hakim itu..seoalh mempersoalkan hukum agama kita..tuan punya badan pon redha..nih org lain plak nak cipta kontroversi..alah, tu tak lain tak bukan, nak raih populariti lah tu..kesian lah kat tuan badan..terseksa dia tau tak!!kalo dia kene ke tak ke..badan dia yang sakit...bukan korang yang sokong atau tak!!!
BalasPadamBoleh tolak-tolak, boleh ansur-ansur juga..mengikut
BalasPadamacuan Malaysia
Sokong Pn. Liza,
BalasPadamApa kena mengena hak asasi manusia dan juga hukum agama?
Kalau begitu hukuman sivil pun ada juga melanggar hak asasi manusia contohnya lelaki main dgn pmpn bawah umur, walaupun pmpn tu rela tetapi lelaki tetap dituduh atas tuduhan rogol. Jadi hak asasi dia la nak berzina ye?? Bodoh tul... kalau nak menegakkan human rights jgn campur urusan pentadbiran agama kami!
Kartika dan ayahnya Sukarno sendiri malu dengan kejadian hukuman yang dilengahkan. Kalau tak berani menghukum, kenapa tahan? dedahkan kes? sebarkan hukuman? kemudian tarik balik hukuman? kemudian timbal balik? dan sampai hari ini masih fikir2??? Hendak menunjukkan pada bangsa asing, Agama kita lemah? Kita tak serius mengenai isu hukuman. Hukuman kita boleh dibuat main2?
Jadi... lepas ni ramai la org minum arak secara terang2an sebab.... takde hukuman, yang ada cuma publisiti, pembelaan dari badan2 yang kononnya menegakkan hak asasi manusia... oh.... macam artis! publisti~!!!!!
...pada fikiran saya adalah yg tersepit adalah orang yg ingin melaksanakan undang2 islam bukan tuan punya badan...mereka tahu banyak pihak akan mempertikaikan perlaksanaan hukuman sebatan tersebut...saya harap mereka ini jangan mengalah segera laksanakan hukum Allah...gunakan segala kelebihan dan juga ruang yg ada untuk menangkis dakyah2 dan juga propaganda2 ....buktikan kepada mereka dibumi Malaysia ini juga mampu melaksanakan hukum Allh seperti disesetengah negara islam...manalah tahu dgn terlaksananya hukuman ini setidak tidaknya dapat mengurangkan kadar jenayah yg sedia ada...
BalasPadamisu ni dah semakin panas bila makin lama hukuman ini tertangguh, sepatutnya, sudah tiada masalah bila hakim dah jatuhkan hukuman dan siempunya diri pula tiada masalah. selain tu kalau hakim dah jatuhkan hukuman, maknanya undang2 merotan utk orang Islam yg minum arak sudah ada. knp perlu dipertikaikan lg seperti undang2 tu hakim saja2 buat dan tak termaktub dalam undang2 malaysia. (tp masih ramai orang islam yg masih minum walau pun tahu ada hukuman yg berat(
BalasPadamInilah yang menjadikannya semakin susah.. Yang mana perlu di ikut?? sedangkan yang tuan badan redha dan menerima hukuman keatas dirinya..
BalasPadamlast week ada tjumpa dgn tuan badan di salah sebuah sekolah tahfiz...
BalasPadam