Berikut laporan 2 akhbar tempatan hari ini.
‘Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilarikan pembantu rumah warga Indonesia kelmarin ditemui selamat di Stesen Komuter di Batu Tiga, Shah Alam semalam’ - Kosmo.
‘Siti Nurdiana Aung Soe, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilarikan amah dari rumah di Shah Alam semalam, ditemui seorang pekerja restoran di Chow Kit petang tadi’ - Berita Harian.
Ok.
Apapun, kesimpulannya, Siti Nurdiana kini selamat berada di pangkuan ibu bapanya.
Jika hanya membaca perenggan pertama laporan kedua akhbar terbabit, mungkin ramai terkeliru berhubung lokasi tepat dia ditemui.
Kisah sebenarnya barangkali begini.
Siti Nurdiana, 2 tahun, disedari hilang bapanya, Aung Soe@Abu Hussin, 38 tahun dan ibunya, Haslinda Damanik, 35 tahun, pada jam 7.30 malam kelmarin. Berikutan itu, mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor.
Keduanya percaya, anak mereka dilarikan amah warga Indonesia, Suparmi, 50 tahun dari kediaman mereka di Apartmen Brunsfields Riverview, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Suparmi juga didakwa membawa bersama semua pakaian Siti Nurdiana dan meninggalkan rumah dalam keadaan berselerak.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, amah terbabit membawa Siti Nurdiana ke restoran di Chow Kit, Kuala Lumpur. Curiga, pekerja wanita restoran kemudian mempersoalkan identiti anak kecil dibawanya. Mengakui kanak-kanak itu anak majikannya, setelah dipujuk, Suparmi bersetuju mengembalikan Siti Nurdiana kepada ibu bapanya. Namun dia meminta pekerja restoran terbabit menemaninya untuk menghantar Siti Nurdiana ke Stesen Komuter Batu Tiga.
Setibanya mereka di stesen komuter, Suparmi kemudian dikata menghilangkan diri.
Itu kesudahan kisah, noktah.
Eh! Ya ke? Tak! Tak! Ada lagi. Mari bersama kita teliti beberapa fakta lain tidak kurang ‘menarik’ berhubung kes ini.
1. Ayah, ibu Siti Nurdiana (mereka berdua dilaporkan menetap di negara ini sejak 10 tahun lalu), Suparmi dan pekerja restoran, SEMUA warga asing. Ayah berasal dari Myanmar, ibunya, Suparmi dan pekerja restoran, dari Indonesia.
2. Berita Harian dan Utusan Malaysia melaporkan, Suparmi dikatakan mula berkerja sebagai amah sejak September lalu, TANPA permit dengan gaji RM400 sebulan. Maksudnya, ibu dan ayah Siti Nurdiana selaku majikan menggaji sekaligus melindungi pendatang tanpa izin. Justeru, saranan saya Jabatan Imigresen harus menjalankan siasatan terhadap tindakan 'berani' pasangan terbabit, mengengkari perundangan negara ini.
3. Kes ini menuntut polis Malaysia meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan Siti Nurdiana. Bukan itu sahaja, sebelum mangsa ditemui, polis dilapor melancarkan gerakan mencari mangsa di seluruh Lembah Klang sekaligus mengadakan sekatan jalanraya di beberapa laluan keluar masuk utama di Selangor tetapi ternyata Suparmi bersama Siti Nurdiana berjaya memboloskan diri ke Chow Kit di Kuala Lumpur.

4. Setakat ini motif kejadian tidak disingkap secara jelas. Akhbar menggunakan beberapa istilah berbeza menggambarkan perbuatan amah terbabit, antaranya, 'melarikan' dan 'menculik'. Saya tidak berpeluang membaca laporan dan kertas siasatan polis, justeru tidak pasti mana satu.
Satu pengajaran penting khususnya bagi semua warga Malaysia, jika sudah terlalu ramai warga asing, begitulah jadinya, mereka punyai kisah tersendiri, kisah tersurat dan tersirat.
Satu pengajaran penting khususnya bagi semua warga Malaysia, jika sudah terlalu ramai warga asing, begitulah jadinya, mereka punyai kisah tersendiri, kisah tersurat dan tersirat.
Update Suparmi diberkas polis pada 19 November 2009 di kawasan Chow Kit
Salam BRO MAZ..
BalasPadamdulu, kata Raja Lelong "asal barang jadi duit.."
kini
asal orang jadi duit..
Bagi saya, semua yang terlibat ada salah masing-masing. Kecil dan besar.
Yang takda permit, yang niat larikan anak orang, yang kerja di sini tanpa permit, yang mungkin keja cuai makan gaji buta tak tengok sapa kuar masuk sempadan...
ntah-ntah ada yang makan rasuah dari tekong ker...uishhh
kalu disingkap semua, memang leh bongkar banyak benda...
Macam cerita berbingkai dalam cerita ada lagi retetan cerita lain. Kita banyak dah bercakap mengenai pendatang. Adakah kita benar-benar serius
BalasPadamMazidul..
BalasPadamSaya cadangkan setiap pejabat kerajaan dan swasta yang besar, perlu diadakan Taska dan Tadika supaya ibu bapa senang hantar anak. Sebahagian pejabat kerajaan sudah ada, dan kesannya cukup baik.
syarat2 mengambil bibik telah dinodai dengan pelaksanaan yang longgar, undang2 dn syarat2 slip gaji akaun dll sudah ketat.
BalasPadamPembekal bibik haram mungkin banyak terdapat.Pelaksanaan
Hmm. Menarik.
BalasPadamNampaknya hanya polis saja yang warga tempatan!
Dah la nama anaknya sama dengan nama saya. Nama ayah dengan emaknya takde pula berunsurkan ke"Myanmar"an tapi nama anaknya... MALAYSIA habis...
BalasPadamatau...
adakah nama saya yang seperti Myanmar?
Pihak berkuasa TOLONG JAWAB!
BalasPadamKerahkan anggota ke seluruh pelosok negara.
Apa yg ditunggu?
Adakah tindakan drastik hanya akan diambil sesudah anak dara VVIP dirogol 16 orang warga asing di tepi jalan?
Adakah tindakan drastik hanya akan diambil sesudah anak Pak Menteri di kerat 8 badannya di Pusat hiburan?
Apa yg menjadi kekangan? Sudah terhantuk baru nak terngadah?
Kita selalu baca berita pasal kekejaman majikan terhadap amah, macam mana pulak dengan kekejaman amah terhadap majikan? Kerugian majikan dsb? Takde sapa ke yang buat liputan supaya semua orang di rantau ini tahu, ramai amah yang buat onar sehingga memberi kesan kepada majikan?
BalasPadamtensss bro, nice info... ('',)
BalasPadamPenuhkan lagi cawan kecil kita dengan kopi luwak dari luar...
BalasPadamAir di balang sendiri tak pernah habis...
salam,
BalasPadamnampak sangat sistem perundangan kita terhdap pendatang asing lemah. Bila dah jadi macam ni, semua pihak susah, rakyat malaysia yang prihatin pun turut sama susah.. susah hati
Syukur lah dah jumpa budak tu balik...tapi majikannya tetap salah kerana membelakangi undang-undang negara kerana menggaji amah tanpa permit...
BalasPadamBro, gathering kat JB esok malam. See my entry. You belanja? terima kasih! lols lols.
BalasPadam..dah banyak kes jenayah yg membabitkan warga asing..dn sudah banyak yg telah diperkatakan...nampaknya masih berulang dan berulang lagi...mungkin kita pun sudah bosan...dan apabila sudah bosan kita akan meletakkan kesalahan ini pada pihak2 berkuasa yg terbabit...dan kita harapkan orang atasan yg duduk diatas sana segera lakukan sesuatu jangan asyik kata"kita akan buat" tapi nak buat tu entah bila tah...buat masa ini itulah keadaannya...menteri yg bertanggungjawab dah dua tiga kali bertukar tapi actionnya masih kureng....takkan nak tunggu anak bini atau saudara mereka kena barulah nak beraction..
BalasPadamdah banyak sangat warga asing dalam negara kita ni sampaikan kita dah keliru n tak boleh nak membezakan yang mana sebenarnya warga kita!
BalasPadamBro
BalasPadamKes ni pelik sikit -> ha ha, dah semuaya orang asing, apa cerita? ha ha
Istilah dalam akhbar semua tidak sama -> ha ha, Dewan Bahasa dan Pustaka kena monitor penggunaan perkataan dan ayat
V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...
Dah la nama anaknya sama dengan nama saya. Nama ayah dengan emaknya takde pula berunsurkan ke"Myanmar"an tapi nama anaknya... MALAYSIA habis...
Orang Myanmar Islam ada dua nama, dua ID Card, Aung Soe tu kan ke nama Myanmar
atau...
adakah nama saya yang seperti Myanmar?
ha ha ha
Kiranya terlepas payahlah nak jumpa! Itu ada baiknya ada orang yang ambil tahu curiga & memujuk.
BalasPadamKes pembantu yang tak jujur ini sering kita dengar, kalau tak kes larikan anak begini, barangan kena kebas, majikan kena ugut, bawa jantan masuk rumah, dera anak-anak, lari rumah memang biasa. Malahan pernah ada kes membunuh majikan.
Maka itu jika mahu membawa orang masuk ke rumah sebagai pembantu berjaga-jagalah. Jika zaman dulu diamalkan ambil anak buah, saudara mara yang tiada kerja di kampung sebagai pembantu rumah. Sekarang telah maju kerja pembantu rumah ini terkongsong. Lebih suka kerja kilang!. Inilah masalahnya.
Bagaimana nak betulkan keadaan ini entahlah.
Kadang-kadang akhbar pun keliru sesama sendiri berhubung fakta yang sebenar. Inikan pula pembaca. Duduk di kedai kopi, berbual tentang topik yang sama, tetapi tempat kejadian berlainan. Haha.. tercetus peperangan..
BalasPadamBanyak pengajaran dan isi tersirat dalam cerita yang bro paparkan ini..
BalasPadamAlhamdlillah dah jumpa comel budaknya, tp sewaktu sy membaca berita berkaitan kes ini, amah tersebut memberitahu dia takut utk meninggalkan budak tu sorang diri kat rumah, sbb tu la dia bwk jugak budak tu. so mcm mana tu?. Sekurang2 nya masih ada lagi manusia yg amik tahu hal org lain. kalau tidak tergerak hati dan curiga pada amah ni, serta sikap penting kan diri rasanya kanak2 ni belum dijumpai lagi.
BalasPadamMacam2 kes yg melibatkan warga asing di negara kita, pihak berkuasa patut memantau leih lg berkaitan kegiatan warga asing.
Macam mana pendatang asing boleh buka restoran @ kedai di Malaysia? Banyak jugak duit diorg yer..??
BalasPadamTapi apa-apa pun, hari-hari saya makan kat kedai dia en.Mazidul. Kedai dia depan ofis jer... Naik muak pun ada juga. Sekarang ni makanan kat kedai dia semakin mahal pulak dia charge. Apakah tindakan yang perlu di lakukan??
Fakta yg di sebutkan di dlm blog:
2) Macam mana nak ada tindakan, sedangkan kedai yg mereka sewa tu kepunyaan seorang POLIS.
3) Tuan pemilik tapak kedai yg disewa tu seorang POLIS. Kalau tak jgn harap lar tindakan se drastik macam tue. "Lantak pi lah" bak kata org utara. Orang asing lagi pun...
4) Pemilik restoran mengaku yg dia ada marah pada amah sehari sebelum amah melarikan anaknya.
Sekian.