Rabu, November 04, 2009

Hoi! Kau Nampak Ini?

Hebat! Memang hebat! Nasib baik saya tidak pernah terserempak dengan 2 remaja terbabit. Tersilap langkah, saya pun disamun dek mereka. Maklum sahaja, saya selalu ke Johor.

“Cepat!! Bak sini semua barang berharga! Nampak ini? Hoi! Kau nampak ini?”

Mungkin itu antara ‘skrip’ remaja berusia 18 dan 19 tahun diberkas polis di kafe siber di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, Johor, ketika menyamun mangsa sambil mengacukan ‘pistol’ dan ‘senapang M-16’ seperti dilaporkan. Kasihan wanita dan warga emas dijadikan sasaran, pasti mereka terperanjat dan menggigil ketakutan.

Senjata tiruan?

Beberapa bulan lalu sewaktu makan di Restoran Singgah Selalu, saya dapati peniaga gerai di kawasan sama menjual pistol tiruan secara terbuka. Saya tegur ‘keberanian’ mereka tetapi menerima senyuman sebagai balasan.

“Buat tembak cicak sahaja bang,” kata peniaga terbabit.

Kerap kali demi meraih seciput keuntungan, peniaga tidak hirau sekiranya barangan jualan mereka disalahgunakan pembeli.

Lebih mengejutkan, dua remaja sama bukan sahaja menyamun tetapi dilapor terbabit dalam kes pecah kereta di Skudai.

Mereka disiasat mengikut Sekyen 379 Kanun Keseksaan kerana menyamun berkumpulan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata tiruan.

Berbeza benar perangai remaja sekarang berbanding kelakuan remaja zaman saya. Dahulu, paling jahat, remaja mencuri rambutan, kini menyamun.

Di mana silapnya?

Nota Jangan lupa menyaksikan paparan 360, 'Hujan emas di negeri orang', 9 malam ini di TV3.

40 ulasan:

  1. Salam Bro Mazidul,

    Remaja hari ini jahatnya pelik. Saya pun pernah remaja, tapi sependek akal remaja sekarang.

    Saya yakin semasa mangkuk ni menyamun, diorang dah telan pil dulu.

    Tak pun amik syabu, tu sebab jadi berani lain macam.

    Yang betinanya berani posing maut, layan jantan sundal macam jalang lapar.

    Akhirnya sendiri yang rugi.

    Rugi?

    Apa yang diorang tahu tentang rugi?

    BalasPadam
  2. Pernah saya tangkap remaja mabuk minum arak di sebuah kelab malam di Johor Bahru. Bila nak tangkap, dia panjat atas meja dan pegang botol untuk buat senjata, dengan polis pun dia tak takut.

    Lepas tu saya masukkan ke dalam lokap. Esoknya, saya datang ambil dia di lokap, dia salam dan cium tangan saya pula.

    Inilah gayanya orang mabuk, atau ambil dadah atau hisap gam masa kena tangkap tu. Bila dah rasa siksanya masuk lokap, baru nak insaf, cium tangan kita pulak. Malam tadi tu dia dah lupa, dia macam hero koboi, nak ugut-ugut penguatkuasa JAIJ.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  3. yup.
    dulu2 paling nakal curi,tembikai, rambutan atau lastik burung maupun ayam jiran.

    tak tau kini kalau beli pistol mainan sudah tak perlu lesen RM5.

    pistol cicak nampak real dengan warna hitam dan stainles steelnya.

    BalasPadam
  4. Salam Tegas, Adil, Berhemah...

    Kita ada undang2 mengenai senjata tiruan ini...Tetapi perlaksanaan untuk membanteras senjata tiruan atau lebih sedap dipanggil senjata 'MAINAN' mungkin dipandang ringan sehingga peniaga ada kala tidak sedar mereka melakukan kesilapan...

    Tetapi, SALAH tetap SALAH..

    Mungkin dengan karisma yang ada pada diri saudara Mazidul sendiri, perkara menjual senjata 'MAINAN' ini boleh mula dipandang serius...

    Salam...

    BalasPadam
  5. Murid dulu kalau nampak cikgu, nyorok takut.
    Murid skang, cikgu pula takut kalau jumpa di luar.

    Mak bapak dulu tak payah cakap,
    jeling je anak dah takut.
    Mak bapak skang baru nak cakap,
    anak dah maki hamun.

    Mat motor dulu nampak je polis,
    kelam kabut pasang side mirror,
    mat rempit skang nampak je polis,
    dia preng preng motor, ada berani kejar?

    Budak2 dulu main tembak-tembak pakai pistol air dengan kawan2,
    Budak2 skang tembak2 pakai raifel dan M16 pada org2 tua,

    Siapa yang perlu dipersalahkan?
    Apa kejadahnya smeua ini berlaku?
    kata mak bapak "kalau aku tau besar2 nak jadi samseng, kecik2 aku dah buang kat sungai Klang".

    BalasPadam
  6. salah siapa ? cuba tanya diorg kecik2 dulu diorg minum susu cap apa ? pastu cuba selidik dalam susu tu apa kandungan bahan kimianya... pastu cuba selidik lagi, apa bahan2 kimia dlm makanan yg buat diorg terjal ngalahkan firaun .... apa ada dlm daging ayam ? apa ada dlm daging lembu ? dlm sadin ? telur ??

    BalasPadam
  7. Lanun, entahlah. Kalau ada maklumat atas saranan awak, kongsikan sahaja di sini.

    BalasPadam
  8. Zeq, di kampung saya, selama 42 tahun saya hidup tidak pernah berlaku jenayah.

    Kenapa?

    Kerana semua orang kampung saling kenal mengenali secara rapat antara satu sama lain. Maksudnya, jika anak Pak Dolah mencuri kasut anak Pak Mat, Pak Dolah pasti akan malu alah berikutan tindakan anaknya. Malu berjumpa Pak Mat andai bersua di surau atau di pekan.

    Jadi, anak berfikir beribu kali sebelum melakukan tindakan tidak berfaedah, mengelak memalukan ahli keluarga.

    BalasPadam
  9. Kalau dah diajar tdk mendengar, sudah ditegur tak mahu akur, sudah dipukul & dirotan tetapi tetap melakukan kejahatan - Nak salahkan Ibu & Bapa? Sesunggunya Iman x dapat diwarisi...

    Anak2 muda zaman sekarang terlalu mengikut perasaan-Keupayaan berfikir dgn waras & mengamalkan amal maaruf nahi mungkar sudah tiada di dalam kotak pemikiran mereka. Arus kemodenan turut menyumbang kpd kebejatan pemikiran-x tau mana yg benar mana yg bathil.

    Ibu2, anda punyai kuasa di dalam rumahtangga-makanan samada yg di masak sendiri atau dibeli siap pastikan sumbernya. Kebersihan dan HALAL/HARAM sesuatu makanan & minuman yg kita telan setiap hari turut menyumbang kepada perilaku, tindakan & perbuatan kita.

    BalasPadam
  10. zaman yang makin menakutkan, kdg2 nak mengata anak orang risau pulak terkena kat anak kita -(banyak contoh depan mata, kat movie pun selalu tunjuk). Jagalah anak masing2 dengan baik, faktor pemakanan mungkin salah satu darinya, didikan dan sebagainya mungkin juga faktor. Tu belum kira pasal hiburan TV, CD, internet, propaganda yahudi. Pendek kata zaman teknologi makin canggih, budak2 nye pun makin 'canggih'

    BalasPadam
  11. Pada pendapat saya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam mendidik anak. Ada orang kata, "Jgn salahkan ibu mengandung" tapi pada saya, mungkin juga salah ibu yang mengandung. Masa mengandung, si ibu cukupkah amalan wajib dan sunat hari2 demi memastikan anak yang dikandung lahir sebagai anak yang soleh, cerdik akal dan jiwa serta taat? Sikap dan sifat ibu bapa juga mempengaruhi sifat anak2 yang dikandung. Lepas lahir, didikan agama bukan setakat akhil baligh saja tapi didikan agama adalah sehingga akhir hayat. Takkan pernah perfect pembelajaran agama walaupun hidup 1000 tahun. Ini pendapat saya saja. Saja juga seorang ibu yang kadang2 lalai... tetapi sebelum menuding jari ke sana dan ke mari, cermin2lah diri sendiri dulu.

    BalasPadam
  12. ...saya pernah tanya budak2 yg specis mcn ni mengapa buat macam tu?mengapa buat macam ni?tak takut?tak tahu malu?tak cukup ke apa yg ada sekarang?
    ...jawapan yg diberi cukup mudah...suka2 aje... nak berseronok...kalau tak cuba kita tak tahu... seronok yg sekarang tidak cukup kita mahu lebih lagi...kalau terkena lain ceritalah bang...janji puas hati..
    ...begitulah serba sedikit tentang budak sekarang..fikirkan sendiri
    terima kasih..

    BalasPadam
  13. Kat JB ni memang ramai nak jadik John Wayne. lols. Lagi pulak kalau ada Mazidul Akmal Sidik.. hens ap! Jerit depa. lols lols

    BalasPadam
  14. budak2 skarang da jarang makan makanan hasil air tgn mak sendiri..asik mkn kt mamak je tu yg degil xleh blah..sy ni dari lahir sampai skg tinggal kt kL, da 23 taun x penah pn rase nk buat jahat smp cmtu..mengarut btul prangai dorg..

    BalasPadam
  15. Bro,
    Kalau tahun 2009, remaja kita dah berani buat macam tu..bayangkan 15 tahun lagi, mungkinkah negara kita ni jadi sarang mafia ?

    BalasPadam
  16. erm...pistol/senapang mainan??? tunang sue ade beli benda alah ni sebab nak halau burung gagak..
    betul kate Diana...
    dulu anak takut dgn cikgu/ibu bapa..
    sekarang cikgu/ibubapa lak kena takut ngan anak...
    byk kemungkinan kenapa mereka ke arah jalan gelap..
    mungkin family tunggang langgang... kurang kasih sayang, mereka carik kasih sayang kat luar pulak..
    ada juga yg terlebih manjakan anak dengan wang...
    bila mereka takde wang nak guna, mintak mak bapak tak dapat, jadi tangan panjang la pulak...

    BalasPadam
  17. Lambakan senjata tiruan yang menyerupai senjata sebenar di kedai memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah...patutnya tindakan lebih tegas serta pemantauan berterusan perlu dilakukan oleh pihak berwajib bagi membendung penjualan benda tu.

    Penjual seperti ini dah tak kisah salah atau tidak, yang dalam otak hanya keuntungan semata-mata.

    BalasPadam
  18. anak2 skrg ikut teladan ibubapa yg dok buat demo jalanan,maki hamun,baring2 atas jalanraya.. :p

    BalasPadam
  19. Semuanya memainkan peranan dari janinnya lagi bercantum, sampailah tempoh pembesaran pun pengaruh kawan-kawan bila telah remaja.

    Kanak-kanak sekarang leka dengan permainan komputer & berkumpulan kecil yang tak akrab sekampung.

    Jika zaman dulu main senapang bedil buluh cina peluru buah cenderai amat popular. Jika mula sekumpulan bermain; sekampung main senapang mainan begitu.

    Paling-paling ayam kampung yang jadi mangsa.

    Sekarang? lain pula ceritanya.

    Remaja kampung dahulu rajin menuba ikan dipaya-paya kut sesekali mencuri buahan & kelapangan pergi menonton wayang.

    Remaja sekarang lain yang dituba, bukan sesekali mencuri, merompak meragut, menyamun lagi. Bukan pergi menonton tapi gila buat filem lagi; sebar-sebarkan pula di dunia maya!.

    Tak mungkin kembali ke zaman lalu, tapi kita makin lemas di zaman kematu ini.

    Glosari... kematu: sangat keras KDiv

    BalasPadam
  20. Dulu2 ada toys senapang ni.. kita tak kisah pun...
    Dulu2 Guru Displin cuma perlu jalan meronda jer, budak2 berselerak lari..

    Sekarang ni, Guru Disiplin tak tido malam. Siap ada lak markah penalti utk student di sekolah..

    apa nak heran, bila remaja lebih berani dari guru sendiri... adusss..

    BalasPadam
  21. Betul Sdr Mazidul..

    Kini semangat kejirananmula berkurang di Kampung, dulu jarak jajahan takluk berita luas, 20 KM persegi, jika mandi Sungai akan sampai ke telinga keluarga.

    kIni di bandar hanya ada masa sebuah kiri sebuah kanan, sepintu kiri sepintu depan adalah jiran.

    M19 diseludup melalui bantal golek yang ditebuk (berharga +-RM70 )atau terdpat model pasang siap.

    BalasPadam
  22. Hi,


    Hmmm...apa nak jadi dgn remaja skg ni ....mereka makin menjadi-jadi ...mencuri , merogol , merompak , nmenyamun....n etc ...

    Geram bila baca news ttg jenayah remaja skg ni ...mereka spt x takut melakukan jenayah ..

    Hairan mengapa muncul niat mereka untuk melakukannya ....makbapa x ajar ke ???? hati mereka spt binatang ...ada yg sanngup membunuh selepas meragut ...

    Orang lain penat2 cari duit , mereka senang2 guna duit hasil curi n ragut ...

    Memang rasa nak pukul peragut 2 dengan besi tiang ...bgi dia sedar betapa susahnya org cari duit ...

    Hukuman sekrang mungkin x menakutkan mereka ...bgi je hukuman berat ...mereka spt sampah masyrakat ...mencemarkan imej malaysia sbg industri pelancongan ...

    *I fobia bawa beg tangan klu kat kl ...dah penah kena ragut , tp monyet 2 x sempat ragut bag i ..cuma dpt ragut bag kawan i ,,coz i buang bag i kat jiran ...*


    Sebat mereka 50 kali n ......

    BalasPadam
  23. Kadang-kadang 'keberanian' remaja bawah umur ini adalah disebabkan 'dasar kita' yang biasanya 'ditutupkan sebelah mata' atas alasan 'tiada kes'.

    Memang kebetulan, semalam AM baru menghubungi balai polis Ampang dan bercakap dengan seorang pegawai, berkenaan dengan tindakan yang pihak poils boleh ambil terhadap remaja yang sering 'buat pasal' di kawasan AM.

    Rasanya ada lebih dari 5 laporan polis telah dibuat oleh orang tertentu termasuk oleh seoang pembantu khas ADUN yang telah ditumbuk olehnya dan ayahnya sendiri, kerana kenakalan remaja tersebut yang seperti 'dah masuk air'. Suka sangat berkelahi, walau dengan sesiapapun.

    Malangnya pihak polis memberitahu AM bahawa mereka tidak boleh memasukkan remaja tersebut ke pusat tahan 'mental', kerana dia bukan gila. Alasan yang diberikan ialah "segala soalan yang ditanya oleh polis dia boleh jawab" (bermaksud dia bukan gila)

    Berkenaan dengan laporan yang dibuat oleh ayahnya dan pembantu kepada ADUN berkenaan, pihak polis memberitahu bahawa itu adalah perselisihan faham antara keluarga dan masalah dalaman parti politik berkenaan.

    Akibatnya 5 kali dia ditahan polis, 5 kali juga dia melangkah keluar dengan penuh bongkak. Dia merasakan perbuatan dia pukul orang, pukul adiknya dan memecah masuk bilik ayahnya, "tidak merupakan sesuatu yang salah'.

    Lama kelamaan dia menjadi semakin berani untuk membuat perkara yang lebih teruk dari apa yang telah dia lakukan.

    AM pernah bertanya kepada pihak-pihak tertentu, faktor-faktor seseorang remaja boleh ditahan disekolah kanak-kanak nakal. Mereka memberitahu antaranya ialah menyimpan senjata api dan membunuh.

    Ini bermaksud undang-undang yang kita ada, hanyalah untuk menghukum dan bukannya untuk mendidik remaja.

    Maka, sampai bila-bilapun jenayah dikalangan remaja nampaknya tidak akan ada kesudahan.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  24. remaja sekarang tak endahkan nasihat & teguran..juga tak menghiraukan undang2.sana sini kes rompak & ragut oleh pelaku remaja...menimbulkan panik org ramai sbb bkn setkt meragut malah tak takut pula membunuh...

    BalasPadam
  25. senjata 'tembak cicak' byk dijual di rantau panjang...

    pistol rm5
    senapang biasa/m16 rm15-rm50

    harga tahun 2005

    sekarang mungkin mahal skit...

    BalasPadam
  26. salam. bagi saya. sistem pendidikan yang terlalu membela pelajar sebagai punca

    BalasPadam
  27. Itulah bezanya antara remaja kini dan dahulu.. remaja dahulu senjata paling ganas adalah lastik sahaja..

    BalasPadam
  28. Keberanian ramaja tersebut di salahgunakan. Mungkin mereka ini sesuai di jadikan askar ( kerana berminat dengan M-16)

    BalasPadam
  29. kalau samun tersalah kena dengan warga tua yang memiliki senjata/ senapang yang betul seperti anggota RELA, apakah yang akan terjadi kepada remaja terbabit ye.. Hendak-hendak lagi terkena dengan bekas askar/ polis. Huhu..

    BalasPadam
  30. utk 360 mlm nie...skit nak kongsi pengalaman saya ke Indonsia minggu lepas selama 3 hari hal kerja.
    Sedang saya berjalan bersama rakan kerja saya malaysia di saya berdua. Ada 2 org perempuan indon menegur saya untuk menjual barang dan memaksa saya membeli barangnyer..Saya membelilah. Selepas itu, dengan tiba-tiba salah seorang perempuan tersebut bertanya samada saya inginkan dia untuk di bawa ke malaysia. Dia ingin sgt datang ke malaysia kerana pada dirinyer dan berita yang dier dapat dari rakan-rakannyer, di malaysia seperti LUBUK EMAS. Malah perempuan tu kata, dier sungguh terpikat dengan Pemuda pemuda di Malaysia. Tak terpikah kah pemuda malaysia dengan wanita INDON...

    saya harap, bolehlah dapat jawapan dari persoalan yg bermain di pikiran saya.
    1. Benarkah kata-kata indon tu, malaysia lubuk emas??
    2. Benarkah mereka terpikat dgn Pemuda Malaysia atau saja nak pancing???


    Kita tgk malam nie 360.Bro Maz..sila KUPAS dan KUPAS....

    BalasPadam
  31. Salam....halamak.....Tmn Tampoi Indah memang black area Maz....tempat tinggal Ogie tu....adoiyaiiii.....nak kasi anak pergi kedai pun Ogie takut.....Samun dah biasa....diorang tak kira.....orang tua pun pernah kena seret. Menakutkan....

    BalasPadam
  32. Mungkin masa kecil dulu mereka ni suka main 'polis entry'. Tapi mereka suka jadi perompak masa itu sebab tak pernak kena cekup...

    Sekarang baru kena....

    p/s: padan muka..

    BalasPadam
  33. salam..

    memang ada peruntukan undang2 untuk mengsabitkan kesalahan kepada penjual senjata api tiruan ini.. kalau tak silap, bawah seksyen 39 Akta Senjata Api 1960..

    inilah bahananya kalau ramai yang nak jadik hero!!.. NGO sana sini dok hak asasi manusia!.. nak rotan murid pun sudah tak boleh lagi.. hak asasi jugak!!.. hasilnya, murid2 sudah tidak takut nak berkurang hajar kat cikgu2..

    pesalah2 jenayah berat seperti rompak bersenjata dan membunuhpun, masih lagi mengharapkan layanan 5 bintang di lokap2.. mereka2 ini tidak boleh dijentikpun!!

    ingat, penguatkuasa pun manusia juga.. siapa yang tidak hangen tengok penjenayah2 neh buat hal?.. pernah merasa soal siasat suspek2 yang mmg nyata buat kesalahan??.. kalau tak ada pengakuan direkod, macam mana nak sabitkan kesalahan?.. polis misalnya, bukan ada kuasa sakti nak cari bukti hakiki misalnya.. kalau tak dari soal siasat, nak dapat dari mana?.. ingat penjenayah neh nak buka mulut kalau kita belai?.. macam kita neh tak pernah buat salah dan di soal pulakkan??

    bila kes pincang.. bawak mahkamah.. kes tak sabit pun.. mereka bebas.. kerja jadi sia2.. tak berbaloi-baloi dengan penat jerah yang dibuat.. orang kata buang karan!!

    polis misalnya.. pun ada anak bini nak kasik makan.. kalau jentik pun sudah boleh dibuang kerja sebab kena komplen dok melanggar hak asasi manusia, macam mana tuh?? last2 buat kerja ala kadar.. lantak ler korang nak mengaku ka tidak!!.. asalkan periuk nasi aku tak tergugat gituh!!.. tapi bila penjenyah terlepas bebas, polis juga kena tak buat kerja katanya!!..

    .. bersambung..

    BalasPadam
  34. .. sambungan..

    one more thing, sikap ibu bapak sendiri.. orang sekarang, memang suka lepas tangan!!.. suruh cikgu 100% didik anak.. dari kementerian pelajaran, ditukar ke kementerian pendidikan.. nak suruh cikgu2 didik katanya.. tapi, hak2 cikgu untuk mendidik, tidak diberi.. macam mana?.. proses menghukum antara salah satu cabang didik!!.. tapi memang ler kena tengok cara.. kalau yang degil, ingat nak dengar ka dengan kaunseling saja??

    sebenarnya, polis dah macam cikgu sekarang neh.. lantak ler ko budak!!.. ko jadik setan tho bukan anak aku!!.. nak marah2, nak denda pun abes kereta cikgu dibakarnya!!..

    mak bapak yang bekerja sekarang, sibuk carik duit.. yang mak surirumah pulak, sibuk dok jaga laki takut carik lain.. yang laki pulak sibuk berskandel.. last2 rumahtangga perang sana sini, anak2 terabai.. dok carik pelepasan damai kat luar.. jumpa kawan ok dia ok lah.. jumpa kawan kiok, dia kiok sama!!.. nak jumpa kawan ok mmg susah, sebab kawan2 yang ok tidak bepeleseran!.. bila kita berpeleseran.. tau2 aja lah kawan mcm mana kita dapat??.. umpanya boleh ker kita nak carik isteri/suami solehah dalam pub?? (maybe bro mazidul terkecuali sebab dia buat kerja!! ahaksss!!)

    fikirlah sendirik..

    wassalam..

    BalasPadam
  35. en mazidul nak share cerita ni jap..

    tadi tengok WHI tajuknye stem lemak kalau tak silap *tak berapa pasti :)

    tetamu jemputan yatt,rossa dan seorg doc pakar kecantikkan.

    yg combi nak cerita pasal host yg sorang tu ada ke patut dia tanya soalan mcm gini >>> lagu 'hey ladies' nyanyian rossa tu lagu inggeris ke?
    mungkin sbb tajuk lagu tu dlm bahasa inggeris.

    lorr terkujat si rossa sekejap.sedangkan lagu tu hari2 dimainkan disemua stesen radio dan dah jadi siulan muda mudi kita.

    lenkali sebelum tanya soklan buat ler 'homework'.adehhh bikin malu jek :p

    combi mmg tabik spring kat azizah ariffin,ruhil syahanaz & ifa raziah.yg lain tu sila belajar dgn senior ye *atau dgn en mazidul hehe.. :)

    BalasPadam
  36. Dulu-dulu arwah ayah AM cerita, bila balik sekolah sianak mengadu dia dipukul oleh guru, maka tanpa usul periksa sibapa akan menambah lagi memukul sianak. Kemudian baru tanya kenapa guru pukul. Bila sianak cerita yang dia ada buat salah, sibapa akan tambah lagi.

    Zaman sekarang kita ada akta kanak-kanak. Tetapi bukan kerana akta itu, bila anak kena rotan oleh guru, ibubapa akan buat laporan polis dan guru akan diheret ke mahkamah. Kadang-kala tak sempat buat laporan polis, sibapa akan membuat hukuman sendiri kepada guru.

    Tak banyak sikit, gejala sosial anak remaja kita sekarang adalah sumbangan dari sikap ibubapa mereka sendiri.

    Kalau AM jadi menteri, jika anak buat jenayah, AM akan arahkan tangkap ibubapa mereka dan rotan mereka depan khalayak ramai. Zalim tak..:)

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  37. 360 mlm ni best. teringin nak rasa dessert bangla tu.. apa namanya? yang dibuat dari susu tu..?

    Org dari negara lain buat Msia ni lompong emas. Orang kita suka betoi nak kutuk2 Msia.. macam Msia ni teruk sangat.

    Thanks bro. Liputan yang best!

    Saya baru tonton video Namawee yang maki TNB tu. Sedih betul. Dulu Saya tinggal di Setapak, selalu juga terputus elektrik. bila call TNB, dalam masa 1/2 jam, dah sampai buat pembaikanan.

    Video itu tak bertanggungjawab. :(

    BalasPadam
  38. Marrisa, nama dessert dibuat daripada susu segar, 'Dui'. Rasa macam yogurt lebih kurang. Tidak terlalu manis, masam sikit.

    Banyak dibagi dek Bangla, simpan dalam peti ais di rumah. Kali pertama dalam hidup saya, dibelanja Bangla.

    3-7 Disember saya akan ke Dhaka, Bangladesh, kira pergi ke Bandar Sultan Suleiman macam orientation lah.

    BalasPadam
  39. remaja sekarang sudah moden. Lastik dah tak main. Berlainan dgn kita dahulu. Takkan nak tembak cicak lagi! tu yg mereka cuba tembak org plak... yg penting didikan agama. Itu yg paling UTAMA!!

    BalasPadam
  40. Hendak tahu jiwa seseorang, lihatlah kawan2 nya atau dengan siapa dia berkawan.Hidup manusia hanya 15 peratus bergantung kepada diploma dan 85 peratus kepada pergaulan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.